tag:blogger.com,1999:blog-70460828842313623112024-03-13T18:03:35.466+08:00Terlangkah Ke Alam MisteriBlog ini merupakan sebuah kisah misteri.. Anggap sahajalah membaca enrtri ini sebagai satu hiburan,, janganlah mudah taksub, mudah percaya dan terikut-ikut,, anggaplah blog ini seperti kita menonton filem-filem seram,, saya tiada bukti secara visual , audio dan sebagainya untuk mengesahkan kebenarannya.. Wassalam..Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/11198936024243058686noreply@blogger.comBlogger141125tag:blogger.com,1999:blog-7046082884231362311.post-43736183895918634322019-02-15T01:46:00.000+08:002019-02-16T18:48:32.948+08:00Misteri Gudang Terbakar

Aku memang ada ramai kenalan dari Indonesia. Memang seronok, bila duduk bersembang dengan mereka, memang ada banyak cerita- cerita seram yang mereka kongsikan. Salah satunya cerita tentang satu gudang yang pernah terbakar di sana.

Menurut teman aku, yang mesra aku panggil Wiwik, kebakaran gudang mungkin disebabkan perbuatan khianat. Sewaktu dalam kebakaran, memang banyak nyawa yang terkorban. Semenjak dari kejadian itulah, banyak cerita- cerita dari mulut ke mulut yang meniti di mulut setiap warga.

Katanya, pernah terjadi pada teman sekampung Wiwik yang pernah melewati kawasan gudang yang terbakar, katanya sewaktu kejadian, dia berjalan berseorangan. Kawan Wiwik tersebut merupakan lelaki yang bernama Firman. Kata Firman, entah mengapa pada malam itu, sewaktu hendak pulang ke rumah, dia melewati bekas gudang tersebut. Padahal, terdapat dua dua jalan untuk pulang ke rumah. Tambah Wiwik, jalan yang satu lagi lebih dekat jika nak dibandingkan jalan yang melewati bekas gudang terbakar itu.

Sewaktu Firman baru sahaja melepasi kawasan gudang, tiba-tiba Firman mula terdetik di dalam hati, "Kenapa aku lalu sini?". Dalam keadaan bermonolog, tiba-tiba ada kelibat seorang budak lelaki yang menerpa ke arahnya. Kata budak tersebut, dia meminta tolong Firman untuk mencari neneknya yang sudah nyanyuk, yang terlepas ke dalam kawasan gudang yang terbakar.

Firman sendiri tidak mencurigai apa-apa, memandangkan budak lelaki tersebut kelihatan benar-benar cemas pada waktu itu. Firman sendiri bersetuju, untuk mencari nenek yang hilang. Setelah mereka benar-benar berada dalam gudang, lubang hidung Firman tercium bau hangit yang menyengat, walaupun kejadian kebakaran gudang itu, sudah bertahun berlalu.

Keadaan di dalam gudang tersebut, agak gelap, jadi pergerakan agak terbatas. Sewaktu sudah masuk semakin dalam, tiba-tiba Firman tersedar, budak lelaki tersebut, tiada bersamanya. Firman berteriak, "Adik!! Adik?!?". Sunyi... Tiada sebarang jawapan. Tanpa putus asa, Firman berteriak sekali lagi. "Adikkk!!". Masih senyap. Kali ini suaranya semakin kuat, berbaur dengan rasa marah dan tdan takut. "Adikkk!!!!!! Abang mahu pulang sekarang!".

Firman nekad ingin keluar dari kawasan gudang. Tambahan pula, bulu kuduknya mula merinding. Walau dalam kegelapan, dia dapat merasakan sesuatu yang sedang memerhati. Aneh... Firman dapat merasakan perjalanannya untuk keluar dari gudang, seakan agak jauh. Puas dia teraba-raba dalam kegelapan. Mencari jalan keluar,tapi kawasan gudang itu bagaikan dikepung dengan dinding utuh di setiap empat penjuru. Padahal, sebelum masuk ke kawasan gudang, dia melihat seperti ada banyak jalan keluar.

Peluh dingin mula membasahi dahi Firman. Pada perkiraannya, hampir satu jam, dia berlegar di dalam kawasan gudang, tetapi buntu mencari jalan keluar. Hendak merasa takut pun pada waktu itu, dirinya sudah benar-benar lelah. Sehingga memaksa Firman mencari satu tempat untuk duduk. Sampailah dia tidak sedar, bagaimana dia boleh tertidur.

Sehinggalah dia terdengar seperti namanya dijerit, "Firman!!!". Dia tersentak dan melihat keadaan sekeliling. Dikirinya terdapat jalan keluar. Dari pintu keluar itulah, dia dapat melihat hari sudah cerah. Dia bingkas bangun dan melulu keluar, sambil mencari punca suara itu. Di satu kawasan yang lapang, dia melihat begitu ramai warga. Firman pantas berlari ke arah orang ramai.

Ramai yang kaget apabila melihat Firman sambil kedengaran suara yang memuji Tuhan, "Alhamdulillah... Allahuakbar!". Firman terus memeluk ibunya sambil menangis, "Maaf mak, saya tak ada niat nak biarkan emak berseorangan malam tadi, saya betul-betul bingung mak.. ". Sewaktu dalam perjalanan ke rumah, Firman agak terkejut apabila mendapati dirinya sudah hilang selama 7 hari. Sehingga memaksanya mencari 'orang pintar'(jika di Malaysia dikenali sebagai orang pintar), untuk mengetahui keadaannya.

Jadi, apa komen korang tentang entri kali ini tentang gudang terbakar? Mungkin bunyi seperti sinetron. Tetapi di Indonesia, perkara ini tidak mustahil. Lagipun, atas ramai kenalan dari Indonesia, membuatkan aku agak tertarik untuk melawat beberapa tempat yang dikenali angker disana seperti Lawang Sewu, Alas Roban dan Pantai Parangtritis 😉

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/11198936024243058686noreply@blogger.com6tag:blogger.com,1999:blog-7046082884231362311.post-84588062817373579692019-02-12T16:21:00.000+08:002019-02-16T18:48:47.853+08:00Misteri Air Di Telaga Mahsuri

"Aku bersumpah, Langkawi akan menjadi padang jarak padang terkukur dan BERPUAKALAH selama tujuh keturunan...."

Rasanya perkataan ini sememangnya masyhur apabila kita bercerita tentang salah satu warisan di Pulau Langkawi, Taman Mahsuri,tempat dimana terletaknya replika makam Mahsuri, tapak rumah Mahsuri dan telaganya.

Hasil dari cerita dari mulut ke mulut, telaga Mahsuri tidak pernah kering walaupun pada musim kemarau. Malah, ada juga yang percaya, air di telaga Mahsuri boleh membuatkan seseorang menjadi awet muda. Ada riwayat menyebut, di telaga Mahsuri itulah tempat Mahsuri dimandikan pada waktu kelahiran sehinggalah ke akhir hayat, sewaktu memandikan jenazahnya.

Rasanya, kalau nak bercerita lebih tentang Mahsuri, mungkin ramai yang dah tahu. Tapi entri kali ini, cuma nak berkongsi tentang air botol yang dijual di Taman Mahsuri, air tersebut diambil dari telaga Mahsuri .Kalau lihat dari luar botol, airnya pun berwarna agak keruh. Tak silap, air tu dijual RM2.00 sebotol.

Apa yang menjadi misteri, tentang air yang terjual di warisan Taman Mahsuri. Cerita dari pengalaman kawan aku sendiri. Katanya, dia ada mencedok sendiri air dari dalam telaga, kemudian diisikan dalam satu botol kosong. Iyelah... Kalau aku jadi kawan aku tu pun, daripada bayar RM2.00, lebih baik ambik sendiri. Sebab nak masuk dalam Taman Mahsuri ni pun, kena bayar RM10.00.

Tapi, sesuatu yang terjadi pada waktu malam. Pada waktu tu, kawan aku dah balik ke hotel. Kiranya, dalam tengah malam, dia terbangun nak ke tandas. Tiba-tiba dia ternampak, ada satu perempuan berpakaian serba hitam (pakaian tradisi Melayu) dan juga dikepalanya berselendang jarang. Duduk atas meja (tempat dia letakkan botol air yang diambil dari telaga Mahsuri siang tadi).

Dari apa yang digambarkan, perempuan tu cantik, warna kulit kuning langsat. Cuma statik dan tak bergerak. Walaupun 'makhluk' tersebut tak keluarkan kata-kata, tapi kawan aku faham, apa yang 'benda' tu cuba nak sampaikan. Mungkin, 'dia' tak halalkan air tersebut diambil dengan cara seperti itu.

Dalam beberapa bulan lepas kejadian tu, aku dan kawan-kawan pula rancang ke Langkawi. Aku masih ingat, masa tu kulit aku tengah rosak teruk sebab tersalah guna produk. Memang naik naik segala mak nenek atok moyang jerawat dekat muka aku masa tu. Aku pun, gunakan kesempatan melawat Makam Mahsuri. Cuba ikhtiar basuh muka aku dengan air dari telaga tu.

Terpulanglah kalau ada yang kata aku ni mudah percaya dengan perkara-perkara tahyul. Tapi aku cuma berikhtiar selepas aku dah gunakan pelbagai cara untuk pulihkan semula muka aku masa tu. Aku mulakan dengan Bismillah... Kemudian aku basuh muka dengan air dari perigi tu sambil berselawat sebanyak tiga kali.

Kiranya ambil masa berbulan juga, selepas tu baru kulit aku pulih. Tak pasti kulit aku pulih sebab air dari telaga, ataupun kebetulan kulit aku memang nak sembuh. Untuk pengetahuan korang, kulit aku rosak makan masa dua hingga tahun jugak. Secara jujur, aku tak berani nak beli atau bawa balik air dari perigi. Sebab aku takut, perkara yang sama yang dah berlaku kat kawan aku tu, terjadi kat kat aku pulak.

Kalau korang pernah ada pengalaman bawa balik air dari telaga tu, kalau tak keberatan nak minta komen pembaca semua. Sekian, itulah kisah aku.

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/11198936024243058686noreply@blogger.com5tag:blogger.com,1999:blog-7046082884231362311.post-57135240409480222642019-02-12T04:08:00.002+08:002019-02-15T02:59:46.235+08:00Satu Katil Penuh Darah

Avatar Secret Garden, Penang

Rasanya, memang cukup lama aku tak menulis. Rasanya kali ini, aku mesti serius 😎 (sila ketawa). Memandangkan sekarang aku pun dah tua. Kena lupakanlah angan-angan nak jadi senang dengan cara berkahwin dengan orang kaya. Kisah kali ini, aku cuma nak kongsikan pengalaman sepupu aku sendiri. Sepupu belah abah aku, dari Terengganu.

Sepupu aku dari Dungun, Terengganu, datang melawat aku dan adik. Terus teringat masa zaman budak sekolah dulu, bila malam je berkumpul ramai-ramai sebab nak layan cerita hantu. Kiranya, lepas habis sekolah, lama juga terputus hubungan. Sampailah kami bertiga bertemu semula dalam keadaan yang damai sambil bertentangan mata dengan penuh mesra di awal tahun 2019 ni.

Nak cerita sekali semua memang banyak. Tapi dalam banyak-banyak cerita sepupu aku, ada satu cerita paling melekat dalam otak aku.Kisahnya, dalam lima tahun yang lepas, sepupu aku pernah jadi pengasuh kepada anak kepada abang dia. Kiranya, abang dia tu, abang sepupu akulah..

Dipendekkan cerita, ada orang buat benda tak baik, tapi dengan cara menggunakan 'cara halus'. Menurut sepupu aku, pada malam kejadian masa tu, di dah memang nak terlelap. Boleh dikatakan, mungkin masa tu, dalam keadaan 'sleep paralyzed' .

Tiba-tiba dia tersentak, bila dia tersedar ada budak kecil atas almari seperti nak menerkam ke atas sepupu aku ni. Sepupu aku pun, bingkas bangun terus hidupkan lampu bilik. Tapi, macam tak ada apa. Dia pun sambung tidur balik. Tak lama lepas tu, tiba-tiba dia ternampak ada kelibat lelaki tua.

Lelaki tua tu, datang dekat dengan sepupu aku yang tengah terbaring, sambil tapak tangan dia hampir-hampir nak menyentuh perut sepupu aku. Sepupu aku tiba-tiba rasa macam sakit yang teramat. Bila dia sedar, darah penuh satu katil! Sampaikan sepupu aku ni dah tak tahu nak buat apa. Sampai dah tergamam.

Dia bergegas masuk ke dalam bilik air, mandi. Memandangkan kain batik dia habis basah kuyup penuh dengan darah!. Kiranya waktu malam tu, kakak ipar dia dengan anak-anak semua dah masuk tidur dalam bilik. Abang sepupu aku pun belum pulang. Nak ketuk pintu bilik kakak ipar, dia macam rasa serba salah. Tak nak mengganggu.

Sepupu aku yang sememangnya panik, antara percaya tak percaya dengan apa yang dah berlaku. Terus telefon emak dia di kampung. Emak dia, makcik aku. Mungkin lepas dah berbual dalam telefon. Makcik aku telefon kakak ipar dia. Sekejap je kakak ipar dia keluar dari bilik sekali dengan anak dia masih kecil nak periksa keadaan sepupu aku. Masa itulah terdengar budak tu bercakap, "Emakkkk... Kita takutlah. Dekat bilik Makcik ada hantu!"

Hahahaha aku yang tengah menaip sekarang pun tiba-tiba rasa meremang. Maaflah, aku memang ada satu tabiat buruk, boleh rasa nak ketawa dalam keadaan yang serius. Dipendekkan lagi cerita, abang sepupu aku sampai rumah. Mungkin kakak ipar telefon, bagitahu abang sepupu aku tentang apa yang terjadi. Kiranya, masa pun dah nak dekat Subuh. Kiranya Subuh tu juga, mereka sekeluarga bertolak ke Terengganu.

Tambah sepupu aku lagi, masa keluar dari rumah nak masuk dalam kereta, mereka semua boleh lihat sendiri, dekat atas bumbung rumah mereka je macam dilindung awan yang tebal dan gelap! Ingatkan bila dah hidupkan enjin kereta, nak bergerak pulang ke kampung, kiranya pengalaman ngeri berakhir disitu.

Kisah tak habis disitu, masa dalam perjalanan, masa itulah kereta buat hal, tiba-tiba mati tengah jalan. Bila waktu dah mula cerah, kereta tu pun boleh dihidupkan dan mereka selamat sampai ke kampung halaman. Masa dalam perjalanan, abang sepupu aku buka cerita. Sebenarnya, masa dia dalam perjalanan nak pulang ke rumah, dia seperti tak berjumpa jalan pulang ke rumah, dia jadi sesat, asyik bertembung jalan yang sama!. Itulah salah satu sebab, kenapa dia lewat pulang ke rumah pada malam kejadian.

Bila dah berubat cara kampung, katanya 'benda' tu nak dikirimkan kepada abang sepupu aku. Tapi, kiranya kes salah 'attack' ni, terkena dekat kakak sepupu aku. Apa pendapat korang? Rasanya ada sesiapa boleh beri penjelasan yang saintifik tentang insiden yang menimpa sepupu aku ni?

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/11198936024243058686noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-7046082884231362311.post-40078470152483907512017-04-11T23:31:00.004+08:002019-02-15T03:02:17.620+08:00Hantu Kopek Penunggu Rumah

Asalnya kepulangan aku ke Tampin tempoh hari aku nak cari hantu dekat Mydin Pulau Sebang. Disebabkan pakteh aku dah warning, katanya jangan berani sangat. Takut nanti kalau dia betul-betul muncul dekat depan muka, kau tak terkata apa. Kau cuma berdiri terpacak sampai ke Subuh. Huhuhu soram pulak den.

Tapi tak mengapalah. Walaupun aku tak dapat nak tengok face to face tentang kegemilangan hantu yang semakin unggul di mata hati penduduk Tampin, tapi aku dapat juga beberapa cerita yang bagi aku bolehlah tahan juga.

Okay, kali ini aku nak bercerita tentang misteri satu rumah sewa kat Tampin. Tampin tu besar juga. Tak perlulah aku nyatakan betul-betul kat mana rumah tu dekat bumi Tampin ni.

Khabarnya dekat Tampin ada satu rumah sewa dimana penyewanya memang tak akan tinggal lama. Kiranya memang betul-betul berhantulah. Selain dari kisah rumah sewa dekat Shah Alam dengan Taman Medan, hantu kat Tampin ni kira not bad jugalah tahap puakanya.

Kisah rumah puaka ni, bukan sahaja memberi kesan kepada penyewa malahan termasuk juga masyarakat sekeliling. Bayangkan, sampai jiran dia pun sampai demam-demam nak kena bawa berubat bila ternampak 'benda' tu.

'Benda' tu bukan reti duduk kat rumah je tau. Tapi berani juga melintas depan rumah jiran-jiran.

Aduhai.. tak padan dengan nama hantu kau ni, dahlah duduk rumah pun free sewa tak bayar. Alih-alih penyewa juga yang terpaksa keluar dari rumah. Tak cukup dengan penyewa, jiran-jiran pun kau nak kacau.

Berbalik pasal cerita pengalaman penyewa ni, punca sampai dia keluar dari rumah, bila ada satu malam tu dia balik dari kerja. Penyewa tu nurse tak silap.

Balik-balik je dah penat ingat nak landing atas katil terus jadi segar bugar balik bil dia nampak 'benda' tu tengah landing atas katil dia.

Masa tu dia pun tak cakap banyak. Terus dia bawa anak-anak keluar dari rumah malam tu juga, tumpang tidur rumah jiran-jiran.

Aku tanya gak pakteh aku, macam mana rupa 'benda' tu sampai orang nampak pun boleh pindah rumah, jiran-jiran nampak pun boleh demam.

Menurut pakteh aku, 'benda' tu gemuk, t*t*k dia besar dan layut jatuh ke bawah, dekat sekeliling dia ada dua orang budak, seorang budak macam tarik t*t*k dia ke bawah (bahagian depan badan), satu lagi t*t*k dia siap lipat atas bahu dan ada seorang lagi budak kecik bergayut kat situ.

Aku ingatkan seram sangatlah hantu kopek tu, walaupun aku tak pernah nampak, tapi aku rasa lawak pulak bila pakteh aku cakap hantu tu gemuk.

Serius weh, aku bukan nak mendeskriminasi golongan gemuk ni, sebab aku sendiri pun gemuk. Kalau manusia gemuk ni, bolehlah tahan juga kelihatan comel.

Tapi, bila cerita pasal hantu gemuk ni, aku rasa lawak. Pada aku hantu gemuk ni menjejaskan kredibiliti hantu-hantu yang seram kat Malaysia ni macam Cik Lang dan Cik Pon.

Kahkahkah

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/11198936024243058686noreply@blogger.com7tag:blogger.com,1999:blog-7046082884231362311.post-82124893091394651052016-10-09T03:14:00.001+08:002019-02-15T03:06:36.229+08:00Shopping Mall Berhantu

Wah lama jugak aku tak update blog. Sampai lupa dah macam mana format blog ni, sebab selama ni selalu main Wordpress je. Okay lah, tak perlu intro panjang, aku nak cerita sikit pasal kononnya ada satu Shopping Mall Berhantu yang baru buka di Pulau Sebang. Seperti biasa, saya memang tiada bukti secara visual, cuma cerita ini disampaikan dari mulut ke mulut (maksudnya cakap-cakap orang, jangan fikir lain, lempang kang!).

Imej Hiasan.

Kredit Foto : ibtimes.co.uk

Aku dengar cerita ini pun dari makcik aku, bila aku berpeluang pulang ke Tampin untuk satu hari, melawat makcik(maksu)dimasukkan ke Hospital Alor Gajah. Makcik aku yang bercerita ini, aku panggil dia Makteh, dia sendiripun dapat cerita ni dari sepupu aku si Eira. Sepupu aku ni pun masa aku balik, dia tengah kerja, jadi aku tak berpeluang jumpa dia.

Kisahnya, semenjak tempat membeli belah itu dibuka, orang mula nampak macam-macam kat situ pada waktu malam. Ada yang kononnya terlihat satu entiti syaitan betina, yang dikenali sebagai Cik Pon. Kiranya, spesies Cik Pon ni memang popularlah sejak tempat tu dibuka.Kelas kau Jah,, eh silap,, kelas kau Ponnn..

Lagipun, tempat membeli belah ini, sewaktu dalam pembinaan, memang ada kes runtuhan. Memang ada orang yang mati, jadi lawaknya bila ada orang buat cerita, mayat salah seorang kat situ ada yang terkambus dan ditanam disitu juga (kau ingat ni cerita Gudang Kubur?).

Aku yang mendengar ni, antara percaya dengan tak percaya jelah. Tak mengapa, ada kesempatan hujung tahun ni, aku ingat nak jengah juga tempat tu, kalau boleh aku nak snap gambar atau rakam video ke, mana tahu,kalau aku bernasib baik, bolehlah hantar footage kat David Teoh kehkehkeh.

Mungkin sesiapa yang ada pengalaman sendiri ataupun tahu kisah pasal shopping yang baru buka ni, bolehlah komen kat bawah ni. Kalau tanya pendapat aku, aku cuma nak kata, cerita ini mungkin rekaan sebab shopping tu baru buka, jadi sedikit sebanyak turut memberi kesan pada perniagaan yang lain.

Kalau betul pun aku percaya je, sebab dekat kawasan Tampin dengan Alor Gajah ini memang ada kisah, selain Cik Pon, kisah Encik Pocong pun famous juga disitu.Nanti, entri akan datang, aku akan share pula pengalaman aku dengan sepupu sewaktu mencari Pokemon.

Tapi kalau memang betullah kisah pasal Shopping Mall berhantu ni, kiranya bijak jugaklah hantu ni, pilih 'port' baru buka je, masa aku balik sebelum ni, aku selalu je lalu lalang dengan sepupu aku merempit tengah-tengah malam cari Pokemon, elok pulak tak nampak apa-apa dan tak ada pula aku dengar cerita bukan-bukan pasal shopping tu.

Tak apa, tunggu je hujung tahun ni aku balik.

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/11198936024243058686noreply@blogger.com8tag:blogger.com,1999:blog-7046082884231362311.post-42325272593581286702015-09-29T02:38:00.002+08:002019-02-15T03:08:55.944+08:00Rahsia Rintihan Pokok Ketapang

Secara jujurnyalah aku sendiri tak pernah kenal dengan rupa pokok ketapang. Aku dapat cerita tentang pokok ketapang ni dari seorang kenalan yang aku jumpa masa tengah promote jual tudung tadi. Alhamdulillah... aku dapat dua rezeki. Pertama jual tudung, keduanya dapat jugaklah sumber untuk blog aku ni.

Terima kasih Encik Google

Menurut teman aku yang berasal dari pantai timur ni. Cerita pasal pokok ketapang ni bermula sewaktu dia dengan rakan- rakannya pergi ke kelas mengaji pada waktu malam akan melewati pokok ketapang.Tak tahu kenapa, setiap kali mereka melewati pokok tersebut mereka akan terus berlari kononnya lumba siapa sampai simpang dimana mereka berlima akan berpisah.

Nak dijadikan cerita, ada satu malam macam mana entah teman aku ni boleh pulak pulang bertiga je.. dua perempuan satu lelaki.Dari rumah Ustazah yang ajar mengaji mereka banyak berdiam pada malam itu. Tiba masa lalu di pokok tersebut. Bulu roma kawan aku ni dah meremang. Serentak dengan itu terdengar suara orang menangis.

Rupanya bukan kawan aku seorang yang dengar. Dua yang lain turut terdengar. Tiba-tiba salah seorang dari mereka yang lelaki tunjukkan sesuatu dari atas pokok. Kawan aku yang bercerita ni tak nampak apa-apa.Tiba-tiba salah seorang dari mereka terjerit histeria. Kawan aku dengan seorang lagi teman yang menunjuk ke arah pokok tu jadi kaget.

Nasib baiklah malam tu, ada orang lain yang lalu kat situ. Agak kawan aku, kalau tak ada orang lain mahunya kawan yang kena histeria tu terjun sungai agaknya.Nak harapkan mereka berdua sekuat manalah kudratnya. Pakcik dan makcik yang lalu tu baru balik surau cuba pegang budak yang kena histeria tu, memang agak susah jugak.

Sampaikan kena panggil orang yang pandai bacalah apa yang patut. Memang seram jugaklah. Budak tu jenis lemah lembut. Suara halus tiba-tiba suara berubah garau. Paling seram dengar macam bunyi suara mendengus. Lebih kurang macam bunyi suara kucing nak bergaduh.Dari cerita orang kampung, pokok tu memang ada sesuatu. Rupa- rupanya pokok tu pernah jadi tempat orang buang 'belaan'. Kalau tengok kat pokok tu macam ada satu paku. Jadi siapa-siapa yang buang paku tu, automatik orang yang buang paku tu akan jadi 'tuan baru' kepada belaan terbabit.

Selang beberapa tahun, pokok tu ditebang. Kecoh sekampung bila orang nampak kat dahan atas pokok macam ada satu ' benda' rupanya macam patung kecil. Berambut panjang mata dan hidung rompong, bertaring dan berkuku panjang. Tak tahulah nak kata jenglot ke. Sampai sekarang tak tahu, apa orang kampung buat dengan 'benda' tu atau siapa yang simpan.

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/11198936024243058686noreply@blogger.com5tag:blogger.com,1999:blog-7046082884231362311.post-49754434485844932942015-09-22T19:49:00.002+08:002019-02-15T03:11:18.788+08:00Padah Membuat Perjanjian Syaitan, 3 Keturunan Disumpah Mati

Cerita ini disampaikan oleh seorang yang bernama Ita (bukan nama sebenar). Cerita ini terjadi kepada kenalannya di Utara tanah air yang dikenali sebagai Maz (juga bukan nama sebenar).

Menurut Ita, nenek moyang sebelum Maz telah membuka tanah (meneroka tanah baru), didalam hal ini telah terjadi rasa tidak puas hati pada sebelah pihak.

Yelah, mana taknya, dalam hal ini ada satu pihak yang tidak berpuas hati. Oleh hal yang demikian ada yang membuat perjanjian dengan syaitan untuk menghancurkan keturunan Maz.

Entahlah.. ada yang kata perjanjian tersebut dibuat bersama jin Islam. Tetapi agak mustahil jika jin Islam terjebak dengan kancah tersebut. Ada juga yang mengandaikan jin tersebut dikenali sebagai bajang yang menjaga tanah terbabit.

Sebenarnya keluarga Maz iaitu mak ayah, nenek moyang sebelumnya sudah mati akibat penyakit misteri. Sehinggalah pada satu hari Maz juga mengalami penyakit yang sama.

Akhirnya pada satu hari, keluarga Maz berjumpa dengan seorang hamba Allah. Katanya, Maz sakit bercampur iaitu terdapat elemen-elemen mistik di dalam penyakit tersebut.

Hamba Allah tersebut mencadangkan agar suami Maz berubat secara perubatan tradisional. Proses perubatan tidak boleh dilakukan dirumah, maka perubatan tersebut dibuat dirumah mak saudara Maz.

Mengapa rumah mak saudara Maz? Ada sebab mengapa. Kononnya mak saudara Maz ada membela hantu raya. Mak saudara Maz sudah tua, mungkin oleh kerana itulah dia mula ingin memberikan belaannya kepada sesiapa yang terdekat.

Cara dia memberi belaan ini semudah seperti dia memberi kain kepada orang lain. Tetapi kain tersebut bukan kosong. Ingat tu!.

Ok lah berbalik dengan cerita Maz, hamba Allah tersebut berpesan. Bila malam nanti naik ke atas bumbung. Jadi suami Maz naik ke atas bumbung. Pada waktu itu suami Maz terlihat ada banyak atap-atap yang lusuh cuma ada satu sahaja yang masih berkilat!.

Memang betullah, dekat situlah adanya 'benda' itu menumpang. Malam itu hijab suami Maz terbuka. Suami Maz lihat dengan mata kepalanya sendiri, ada satu benda putih bersayap kemudian terus terbang.

Bagaimana proses perubatan itu berlaku, Ita pun tak ingat. Tapi yang pasti, selepas itu Maz tiba-tiba sembuh. Sedangkan sebelum ini Maz seperti sudah teruk bertebuk sana bertebuk sini sebab dah masuk kan?.

Setahun selepas itu, Ita dapat berita mengejutkan Maz meninggal sewaktu dalam perjalanan, betul-betul atas pangku suaminya.

Dapat tahu, rupa-rupanya keluarga Maz lupa nak buat satu lagi perjanjian iaitu hendak memberi makan kepada anak-anak yatim.

Tetapi macam itulah, ajal maut ditangan Allah. Bertambah misterinya pada malam kematian Maz, mereka ternampak seorang lelaki tua sedang menghisap rokok dihadapan rumah sambil tersenyum memandang ke dalam rumah. Wallahualam..

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/11198936024243058686noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-7046082884231362311.post-563025900429481442015-09-19T14:12:00.000+08:002019-02-15T03:14:24.743+08:00Pokok Berpenunggu Dipanah Petir

Sebenarnya dah lama aku nak kongsikan kisah seram ni. Ini adalah pengalaman dari pakcik aku yang mesra dipanggil Pakteh. Pakteh aku ni memang ada kebun. Tanah memang luaslah beb!Kalau ada semput ke aku tak suggest korang ke sini. Biasalahkan, bila kita dah masuk ke hutan-hutan ni memang dah jadi tempat dia. Jadi, aku nak share dengan pembaca tentang satu pokok yang berpenunggu ni.

Dalam bulan Ramadhan tahun ni, aku dapat panggilan dari makteh aku, buah durian dekat kebun pakteh dah gugur. Wah.. buat "Hantu Durian" macam aku ni, nyata berita ni memberi aku khabar yang gembira.Aku terus ke Puchong ke rumah Maklang sebab kami naik satu kereta. Senang. Akhirnya sampailah kami ke Tampin, Negeri Sembilan.

Mula-mula kami sampai petang tu, pergi kebun tengok-tengok durian dah tak ada. Pakteh aku pun bengang, sebab katanya pagi selepas sahur dia memang dah longgokkan durian ni kat satu tempat. Katanya, mesti orang-orang yang dia kenal jugalah yang ambil tu.Kami pulang hampa petang itu. Tapi, keesokan paginya selepas sahur kami memulakan misi menjejak durian.

Wah pagi itu, hasilnya memang cukup lumayan... banyak durian yang best kami jumpa. Ajaibnya, walaupun kami bermandi peluh sampai naik hangit ketiak pun, kami tak berasa letih langsung sepanjang hari itu.Mungkin keberkatan bulan Ramadhan ataupun mungkin inilah hikmahnya sebab kami teraniaya petang semalam ceh!. (Mohon gelak).

Waktu tengah cari durian ni lah Pakteh aku terbuka cerita. Dekat puncak kebun paling atas sekali ni ada satu pokok besar.Kata Pakteh aku, dia sendiri tak nafikan mungkin pokok itu agak 'keras' sebab macam ada penunggu. Katanya setiap kali kalau dia lalu bawah pokok ni, tak sah kalau bulu roma dia tak meremang.

Pernah satu kali, Pakteh aku balik dari kebun, bahu dia terasa berat sangat.. Tiba-tiba ada orang nasihatkan suruh pakteh aku pergi berubat.Sewaktu dalam sesi berubat, dapat tahu 'benda' yang bertenggek atas bahu tu rupa-rupanya 'betina'. Wargh...kakkakah patutkah miang, dasar "betina" hahhaha.

Nak dijadikan cerita pada satu hari ada petir. Dalam banyak-banyak pokok yang ada dalam kebun tu, pokok yang Pakteh aku maksudkan itu je yang kena panah petir.Tapi kata pakteh aku, lepas pokok tu kena petir, setiap kali dia lalu kat situ dah tak ada lagi dia merasa meremang macam dulu lagi.

Jadi dibawah ni, aku kongsikan lagi dua gambar pokok yang dikatakan berpuaka ni. Seperti yang kamu lihat, ada kulit dia dah terkopak sebab kena panah petir.

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/11198936024243058686noreply@blogger.com2Tampin, Negeri Sembilan, Malaysia2.472971 102.231193999999962.3460625 102.06983249999996 2.5998794999999997 102.39255549999996tag:blogger.com,1999:blog-7046082884231362311.post-38467761003410024242015-09-18T23:52:00.000+08:002019-02-15T03:18:03.803+08:00Diganggu Puaka Sungai Sewaktu Tengah Memancing

Sekali lagi aku berterima kasih kepada likers KHK. Berkat dari perkongsian cerita-cerita seram. Akhirnya aku dapat lagi satu bahan menarik untuk aku muatkan ke dalam blog ni. Atas permintaan pencerita. Lokasi dan nama pencerita terpaksa diubah. Biar aku namakan pencerita ni sebagai Atan dan tempat ini terletak di salah satu tempat di utara Malaysia.

Sudah menjadi kebiasaan Atan dan tiga lagi kawannya memancing disini. Tempat ini boleh dikatakan sebagai lubuk emas ikan siakap. Tidak pasti mengapa pada malam itu mereka diganggu, padahal kata salah seorang dari mereka (bukan Atan) kononnya, "Alah... puaka dekat sini pun dah kenal dengan kita oranglah".

Mungkin kerana takbur? Bercakap besar? atau mereka berkata sebegitu hingga menyebabkan 'makhluk' yang telah lama mendiami tempat itu terasa tercabar. Oleh hal yang demikian, 'makhluk' tersebut menunjukkan dirinya yang sebenar pada malam itu.

Mengikut pengalaman mereka lagi, sebelum ini mereka tidak pernah berasa takut kalau-kalau bertemu dengan hantu. Tetapi apa yang paling mereka risaukan adalah jika bertembung dengan babi hutan.

Kata Atan, babi hutan disitu memang ganas! Entah mengapa pada malam itu, salah seorang dari mereka boleh pula bersembang tentang kisah-kisah seram. Sambil melayan kisah seram. Kata Atan, dia berasa sungguh geram bila melihatkan rakan-rakannya yang lain sudah berjaya membawa naik ikan siakap 1.5kg.

Kemudian tiba-tiba sahaja hujan turun renyai. Mereka teruskan memancing kerana bagi mereka mungkin hujan tersebut turun sekejap. Entah mengapa tiba-tiba Atan dapat merasakan bulu romanya tiba-tiba meremang.

Atan kemudian berlari ke salah seorang rakan sambil bertanya jika mereka ada rasa sesuatu. Selang beberapa saat, tiba-tiba sebuah pokok api-api yang agak besar berada dihujung tiba-tiba bergoncang..

Mereka terpana seketika, tiba-tiba dari celah-celah rimbunan pokok-pokok terbabit, mereka melihat ada satu objek berwarna putih keluar dari situ dan terus bertenggek dengan sebatang pokok yang hampir dengan mereka, dimana pokok itulah mereka berteduh.

Pada waktu itulah mereka terdengar hilai ketawa yang amat nyaring! Dalam kepanikan, masing-masing lari menuju ke motor. Ada juga yang terlepas joran termasuk dalam sungai. Pada waktu itu, memang tidak terfikir jika ada yang sanggup melompat ke dalam sungai untuk mendapatkan joran terbabit.

Sewaktu dalam perjalanan pulang kerumah, salah seorang rakan Atan yang bernama Lan memerli, "Hai, kata dah kenal dekat puaka sungai ni, kenapa lari?". Tiada masa untuk marah. Pada malam itu mereka hanya berasa ketakutan yang amat sangat.

Beberapa hari selepas kejadian, barulah mereka mendapat tahu, rupa-rupanya, belakang sikit dari 'port' memancing mereka terdapat satu kuil. Jadi, di sungai yang sering mereka memancing itu sering menjadi tempat untuk membuang abu mayat.

Jadi, tenpat itu sememangnya 'keras'. Tapi mungkin kerana salah seorang dari mereka bercakap besar, jadi, makhluk itu menunjukkan dirinya yang sebenar.. Jadi, moralnya.. berhati-hatilah dalam berkata, sebab bila kita tersalah cakap, makhluk halus pun sakit hati kehkehkeh.

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/11198936024243058686noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-7046082884231362311.post-4319671912429573272015-09-17T01:13:00.002+08:002019-02-15T03:20:13.761+08:00Penampakan Syaitan Betina Diluar Tingkap Dapur

Masih menggila berkongsi tentang kisah gambar-gambar penampakan makhluk halus yang terdapat di dalam foto. Semalam aku berkongsi tentang kisah admin KHK, Parjo yang telah diganggu, lepas spam link blog dekat page tersebut (nasib baik admin dia bagi aku peluang sekali spam kat situ, aku takut2 gak kalau kena ban, tapi aku janji tulah sekali aku spam link kat situ, sebab tu dorang tak ban aku huhu), aku mendapat satu gambar dari salah seorang likers.

Macam biasa aku katakan, korang berhak untuk mempercayai ataupun hanya menganggapnya sebagai hiburan sahaja. Tetapi aku percaya, dalam setiap agama dan kaum mempunyai kepercayaan masing-masing tentang makhluk astral ini.

Jika korang melihat gambar yang aku kongsi ini, korang akan melihat ada satu kelibat yang terdapat diluar tingkap bersebelahan dengan kain putih yang tersidai disitu (aku ada bulatkan). Penampakan kali ini lebih jelas daripada gambar yang aku kongsi semalam.

Menurut kisah rakan yang berkongsi gambar ini dengan aku. Dia dan isteri tinggal disebuah rumah kampung.Sebelum ini sering mendengar suara orang menangis diluar rumah.

Kemuncaknya pada satu hari, beliau memanggil seorang ustaz. Mungkin makhluk yang dimasukkan adalah seperti didalam gambar. Seramkan?

Aku yang tengah taip tengah-tengah malam ni pun meremang bulu roma. Aku bukan nak berlagak berani, cuma aku nak katakan, dalam dunia ini, masih ada dimensi lain yang kita juga berkongsi dengan makhluk ciptaanNYA.

Apa pendapat korang dengan gambar ini?

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/11198936024243058686noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-7046082884231362311.post-40543917282064541352015-09-16T01:51:00.004+08:002019-02-15T03:23:15.454+08:00Anda Mempunyai Panca Indera Keenam? Jom UJi Mata.. Ada Berani?

Aku dapat gambar ni dari admin Kepala Hotak Kamu (KHK) yang merupakan sebuah laman troll yang popular di Malaysia. Tiba-tiba lepas maghrib, salah seorang admin yang dikenali sebagai Parjo memuatnaikkan gambar ini. Katanya hanya orang-orang tertentu sahaja yang boleh melihat ada 'sesuatu' dalam gambar ini. Ada berani? Jom uji mata, samaada korang ada panca indera keenam (sixth sense) atau tidak.

Kalau korang jengah ke page sekarang ni, korang tak akan jumpa lagi gambar ni. Sebab admin ni dah padam, kata admin dia sudah berbual dengan seorang ustaz yang berada di luar negara, makhluk yang ada dalam gambar ni kononnya makhluk ni memang sudah lama berada diluar rumahnya, cuma bila dah dipertontonkan di khalayak ramai, 'benda' ni jadi marah.

Sekarang 'benda' ni mungkin sudah berada didalam rumah. Salah seorang likers page terbabit pun komen kononnya makhluk ni jembalang. Ada juga yang komen kononnya nampak benda ni dalam wujud syaitan betina.

Lama-lama admin ni dah terangkan gambarnya, aku pun tilik punya tilik, aku pun macam perasan ada something dalam gambar ini. Jadi mana yang aku bulatkan ni, adalah benda yang aku nampak bila tenung lama-lama.

Pada mulanya aku nampak macam ada 4 ekor.. bila tengok betul-betul macam ada lima ekor. Aku puas tunjukkan dekat adik aku, adik aku memang tak boleh nampak apa-apa. Jadi, dekat sini aku nak tunjukkan kat korang.

Kalau korang lemah semangat, tak digalakkan melihat gambar ini dengan lebih lanjut. Jadi mana yang aku bulatkan ni, adalah benda yang aku nampak dengan mata aku lah ye.. Kalau korang tak boleh nampak juga, maka mungkin korang pun tergolong sama macam adik aku, dia pun tak boleh nampak apa-apa. Ataupun mungkin hanya perasaan aku sendiri. Wallahualam..

Hah? Nampak tak? Kalau korang tak nampak jugak biar aku explain dari kanan gambar ye. Nampak tak belah kanan sekali yang paling lonjong? Kalau korang nampak macam ada satu syaitan betina merenung korang tajam. Sebelah dia pulak yang aku bulatkan pun rupa syaitan betina, kemudian ada dua bulatan kan sebelahnya? Biar aku explain, yang belah atas nampak macam rupa binatang, macam anjing gitu, kemudian bawahnya nampak mata yang tajam. Last sekali, belah kiri sekali bulatan korang akan nampak satu wajah yang jelas, mata dia memang bulat, dekat dahi dia macam ada bulatan tak pasti samada bulat tu bunjut 'pocong' ke apa. Sebab kalau pandang lama-lama macam pocong pun ada juga.

Kalau korang boleh nampak, maksudnya korang sama dengan aku. Kalau tak, jangan kecewa ramai lagi yang tak boleh nampak. Macam admin ni kata tadi, cuma orang-orang tertentu je boleh lihat. Walau bagaimanapun, aku sendiri tak pasti. Apakah yang aku lihat ni sama atau tak seperti yang admin ni lihat. Atau cuma aku ni je yang perasan ada sixtsense kahkahkahkah.

Sebab admin ni cuma nampak seekor sahaja. Kesahihan gambar ini juga tidak dapat dipastikan. Apakah benar dan apa motif admin ini mengambil gambar tersebut tak dapatlah aku pastikan. Seperti yang pernah saya katakan, anggap sahajalah blog ini sebagai hiburan dan janganlah mudah terikut-ikut.

Wassalam..

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/11198936024243058686noreply@blogger.com4Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia2.725889 101.937823900000012.4721185 101.61510040000002 2.9796595 102.26054740000001tag:blogger.com,1999:blog-7046082884231362311.post-39543600279343162252015-07-05T02:46:00.000+08:002015-07-05T02:46:19.163+08:00Disampuk Jin Di Taman Botanik

Walaupun dalam kedatangan bulan Ramadhan, adakalanya cerita-cerita mistis ini seolah-olah tidak lekang dari bibir masyarakat. Ada juga yang mempertikaikan, "Eh tak akanlah dalam bulan Puasa pun ada hantu?"

Tapi sebenarnya, memang wujud pun benda-benda ni dalam bulan puasa. Sebab yang kena belenggu hanyalah syaitan. Tapi jin tetap wujud. Pengertian jin ni termasuklah orang yang mempunyai saka seperti hantu raya, pocong, pomtianak dan sebagainya.

Oklah berbalik dengan pengalaman tentang seorang teman. Khabarnya kawan aku ni baru sahaja pergi berkhemah atau berkelah aku tak pasti, tapi yang pasti dia dengan teman-teman kolej pergi ke satu taman botani.

Kalau aku sebut pun mesti ramai yang kenal lah. Taman Botani ini terletak di selatan Malaysia. Kisah seorang kawan dia terkena 'keteguran' sewaktu disana.

Masa dekat Taman Botani tak nampak sangat. Bila dah balik KL baru perasan, kawan dia ni macam lain macam sikit. Tanya sepatah, jawab sepatah. Paling ketara, ramai teman sekolej perasan, dia ni tak makan-makan pun.

Tapi bila tanya, dah makan ke belum? Jawabnya dah.. Padahal dia memang tak makan. Sampailah satu hari, mereka tekad nak panggil seorang ustaz datang ke hostel mereka.

Masa malam tulah, baru kawan dia tu tunjuk belang, meraung-raung. Semua yang datang tolong pegang pun terkena tempias juga. Termasuklah teman aku ni. Tangan dia jadi kebas sebelah.

Dia pun risau, tanya ustaz, mujurlah ustaz kata tak ada apa-apa. Mungkin teman aku ni kuat semangat ataupun orangnya memang menjaga solat.

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/11198936024243058686noreply@blogger.com2Jalan Taman Botanikal, 77200 Melaka, Melaka, Malaysia2.2787779 102.298032499999982.2748114 102.29298999999997 2.2827444000000003 102.30307499999998tag:blogger.com,1999:blog-7046082884231362311.post-47998529945796311892015-05-30T22:11:00.000+08:002015-05-30T22:11:38.938+08:00Terjumpa Pocong di Linggi

Baru-baru ini aku berpeluang berjumpa dengan ibu angkat aku. Kebetulan terserempak, maka panjanglah kisahnya. Aku memang suka berborak dengan ibu ni sebab dia memang ada kebolehan tengok benda-benda halus ni. Bukan ibu seorang je yang nampak, dalam keluarga dia termasuk suami dan anak perempuan tunggalnya juga. Jom baca lagi.

Cerita pasal penampakan pocong ni melalui dari suami ibu, biarlah aku bahasakan dirinya sebagai ayah. Cerita ini sewaktu ayah dalam perjalanan dari Melaka ke Kuala Lumpur.

Waktu itu ayah cuma menunggang motor dari Melaka. Kiranya Melaka itu kampung ayah. Kiranya ini perjalanan dari kampung nak balik KL.

Waktu sampai dekat Highway Linggi tiba-tiba ayah ternampak macam ada benda berbunjut dekat tepi jalan. Masa tu ayah memang dah nampak dia buat-buat tak nampak je lah.

Ingatkan kat situ dah settle, rupa-rupanya benda tu mengikut sampai balik rumah. Waktu ayah dah sampai rumah, benda tu boleh pulak baring sebelah ayah hihihi. Ya Allah, kalau aku jadi ayah waktu tu lah kan, mau aku pengsan. Kalau aku tak pengsan, aku buat-buat pengsan.

Mungkin sebab keluarga ibu dah biasa nampak benda-benda macam itu, jadi tahulah mereka buat apa yang patut.

Sebenarnya kalau nak cerita pasal lebuhraya dekat Selatan ni memang macam-macam cerita tau, nanti aku cerita untuk entri akan datang.

By the way, terima kasih banyaklah buat korang yang suka baca blog aku ni. Aku perasan pembaca aku ni selain Malaysia, aku perasan ada juga dari Indonesia yang baca. Terima Kasih bangat, kita memang serumpun.

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/11198936024243058686noreply@blogger.com1Linggi, Jalan Rantau, 71150 Linggi, Negeri Sembilan, Malaysia2.483606 102.01182.420152 101.931119 2.54706 102.09248099999999tag:blogger.com,1999:blog-7046082884231362311.post-39548063510708104242015-05-23T12:13:00.000+08:002015-05-23T12:17:46.609+08:00Perjalanan dari Johor ke KL ada Kucing Hitam dan Sesuatu...

Kali ini cerita dari pengalaman seorang teman yang pergi ke sebuah site di Kluang,Johor. Tiada perkara yang aneh yang berlaku sepanjang di Kluang, cuma sewaktu dalam perjalanan dari sana hendak pulang ke KL ada sesuatu yang terjadi.

Menurut cerita seorang teman yang mesra aku panggila Mala ini, sebelum pulang ke KL, sempat lagi dia bersama dengan seorang temannya yang dipanggil Kuna singgah beberapa tempat. Kira bila dah nak maghrib barulah mereka membuat perjalanan terus pulang ke KL.

Mereka menaiki kereta yang sama, jadi Kuna yang memandu. Mereka melewati kawasan kampung dimana disana hanya terdapat beberapa buah sebuah-sebuah. Iyelah, nama pun rumah kampung, masing-masing kebanyakannya ada lot tanah yang besar-besar.

Tiba-tiba tengah perjalanan, Kuna asyik memandang satu tiang lampu ni. Mala menegur, "Kenapa beb?", Kuna hanya menggeleng.

Kuna terus memecut kereta laju. Mala berasa pelik kerana selepas Kuna memandang tiang lampu terbabit, Kuna seperti kehilangan fokus, sampaikan sewaktu lampu isyarat bertukar isyarat warna merah pun, Kuna tidak memberhentikan kenderaan.

Mala terus jadi meradang, "Eh, kau ni kenapa?". "Aku tak ada apalah beb..", tegas Kuna. Kuna terus memecut kereta laju, tiba-tiba tengah perjalanan yang sunyi ada seekor kucing hitam berdiri di tengah jalan, Kuna terus langgar, mungkin tidak sengaja.

Mala yang merupakan seorang pencinta kucing hanya terdiam. Mala tahu, Kuna tidak sengaja. Akhirnya sewaktu tiba di KL, Kuna membuka cerita.

Menurut Kuna, sewaktu dia melewati satu tiang lampu terbabit, dia terlihat seperti ada satu lembaga berkain putih, berambut panjang mengerbang dan bermata merah sedang mencangkung atas satu tiang lampu.

Rupa-rupanya makhluk tersebut mengikuti Kuna hingga ke KL. Selepas Kuna berikhtiar dengan apa-apa yang patut akhirnya gangguan tersebut tak ada lagi.

Bila ditanya, adakah Kuna memang memiliki panca indera keenam, Mala hanya menjawab,"Tak. Kiranya kejadian malam itu, pertama kali dia ternampak 'benda' itu".

Lagi satu, mereka juga tidak pasti jika kucing yang mereka langgar itu memang kucing sebenar atau jelmaan kerana kereta Kuna terdapat sedikit remuk.

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/11198936024243058686noreply@blogger.com5Kluang, Johor, Malaysia2.030068 103.318463899999981.903118 103.15710239999999 2.157018 103.47982539999998tag:blogger.com,1999:blog-7046082884231362311.post-14717668530779095782015-05-21T02:53:00.000+08:002015-05-21T02:53:29.929+08:00Kubur Bidan Kampung Berasap

Mak Ku pada satu masa dahulu pernah menjadi bidan kampung. Lama kelamaan mana ada lagi orang yang meminta khidmat Mak Ku untuk menyambut kelahiran, dengan adanya sebuah klinik desa di kampung tersebut, jika tidak sempat ke hospital, penduduk kampung bolehlah hanya bersalin di klinik desa terbabit.Sebenarnya kalau nak diceritakan memang agak payahlah juga, tak pasti jika Mak Ku ada mengamalkan ilmu yang salah atau tidak. Selepas dia tidak lagi menjadi bidan, penduduk kampung masih lagi mengambilnya menjadi tukang urut.

Memandangkan Mak Ku seorang bidan dan pernah menjaga orang yang pantang bersalin sekali dengan urut badan. Jadi, itu sahajalah kerja yang tinggal untuk Mak Ku sebelum dia menghabiskan nyawanya.

Tapi, jangan salah sangka. Walaupun begitu, Mak Ku sering sahaja mewah berbelanja sehingga ke akhir hayatnya, sampaikan sewaktu orang kampung nak uruskan mayatnya, ada salah seorang penduduk kampung yang terjumpa satu tin milo yang penuh dengan barang kemas.

Selepas kematian Mak Ku menjadi perbualan ramai orang, ada yang mempertikaikan rezeki Mak Ku, mungkin Mak Ku ada 'membela' jin dan syaitan, memandangkan Mak Ku bekas bidan, mungkin jin peliharaan Mak Ku yang menyebabkan dia menjadi kaya.

Pada mulanya, ada juga yang bersangka baik dengan tidak menghiraukan cakap-cakap orang kampung yang mungkin 'dengki' dengan Mak Ku. Tetapi sehinggalah satu hari, beberapa orang kampung yang baru pulang dari masjid yang lalu dikawasan perkuburan terlihat sesuatu yang berasap dikawasan perkuburan.

Boleh dikatakan ramai lelaki yang berjalan kaki, jadi mereka berani masuk kedalam kawasan kubur, manalah tahu kot ada yang buat perkara khurafat, nak minta nombor ekor ke.

Lama kelamaan mereka perasan asap tersebut datang dari kubur Mak Ku mereka yang ramai itu semakin menghampiri.

Sampai sahaja mereka perasan seperti ada satu tebuk lubang sebesar bola pingpong di kubur Mak Ku. Asap tersebut datangnya dari dalam lubang kubur Mak Ku yang keluar mengikut lubang sebesar bola ping pong itu.

Pada mulanya mereka berjanji untuk tidak menceritakan perkara ini kepada sesiapa, tetapi biasalah, mulut manusia, dalam 10 orang mesti ada 1 orang yang tak boleh simpan rahsia. Walaupun hanya satu mulut yang bersuara, bahananya satu kampung kembali panas tentang kisah Mak Ku.

Sehingga kini, masih tidak dapat dipastikan kisah Mak Ku itu benar ataupun tidak.

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/11198936024243058686noreply@blogger.com3Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia3.139003 101.686854999999922.885326 101.36413149999993 3.3926800000000004 102.00957849999992tag:blogger.com,1999:blog-7046082884231362311.post-60542537944053238692015-05-19T23:26:00.000+08:002015-05-20T00:49:51.769+08:00Perempuan Misteri Di Ambert Court

Amber Court turut dikenali sebagai Amber Apartment mula popular apabila satu perempuan mati akibat bunuh diri. Semenjak dari itu bermacam-macam cerita yang didengari termasuklah Ina (bukan nama sebenar) yang turut pernah diganggu sewaktu pernah menetap disitu.

Secara ringkas, sebelum kita bercerita tentang pengalaman Ina, antara pengalaman yang biasa didengar bagi mereka yang pernah menetap disitu adalah kadangkala terlihat kononnya kelibat wanita yang terjun bunuh diri, tetapi sebenarnya bukan, 'benda' tersebut terbang dan kelihatan seperti sedang terjun.

Rasanya termasuk Ina mungkin diganggu makhluk yang sama seperti yang pernah dialami oleh orang lain.

Cerita Ina bermula apabila dia yang pernah menetap bersama ibu bapanya disitu diganggu satu kejadian yang aneh. Kata Ina, setiap kali dia menaiki lif seorang diri, pasti ada seorang wanita yang sama-sama akan menaiki lif bersamanya.

Pada mulanya dia tidak kisah bila dia asyik menaiki lif yang sama dengan wanita itu untuk beberapa kali. Sehinggalah pada satu hari Ina terdengar perbualan ibu dan bapanya berkenaan dengan gangguan-gangguan di Amber Court.

Entah bagaimana satu hari Ina terjumpa satu artikel akhbar lama tentang kisah seorang wanita berbangsa cina yang pernah mati bunuh diri disitu. Apabila dia amati, wajah wanita terbabit adalah orang yang sama-sama menaiki lif dengannya selama ini.

Selain dari kisah Ina ini, antara kisah yang selalu didengari oleh mereka yang menyewa disitu adalah sering diganggu dengan bunyi orang berlari-lari, wanita mengilai, TV terbuka sendiri dan kelibat seorang wanita sedang terjun bunuh diri, tetapi bila lihat dibawah tiada pun jasad wanita yang telah terjun tersebut.

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/11198936024243058686noreply@blogger.com2Genting Highland, Genting Highlands, 69000 Genting Highlands, Pahang, Malaysia3.42425 101.79611-22.0977845 60.487516 28.9462845 143.104704tag:blogger.com,1999:blog-7046082884231362311.post-26322967848141885072015-05-19T01:17:00.000+08:002015-05-20T00:50:06.085+08:00Tragedi Yogya Department Store

Pada 15 Mei 1998, terjadi satu kematian besar-besaran di gedung ini, Yogya Department Store. Kejadian ini benar-benar berlaku sewaktu tragedi rusuhan yang dikenali sebagai Reformasi 1998. Tragedi ini juga dikenali sebagai Tragedi Mei atau Mei Kelabu.

Kononnya pada kejadian waktu itu, gedung ini sengaja dibakar, padahal pada waktu itu masih ramai yang membeli belah dan berniaga didalam gedung ini.

Rusuhan yang terjadi sudah pastilah satu perkara yang tidak murni, kerana mereka mahukan pembaharuan kerana terdapat jurang perbezaan sosial yang ketara.

Menurut saksi, golongan bawahan berasa tidak puas hati dengan golongan kaya yang berbelanja di pusat membeli belah. Oleh yang demikian mereka membakar kesemua pusat membeli belah yang terdapat dikawasan itu termasuklah Yogya Department Store.

Pada waktu tragedi itu, mangsa (golongan kaya yang membeli belah) tidak berani keluar dari gedung terbabit kerana risau dipukul beramai-ramai, dirogol malah mungkin juga dibunuh. Mereka bertahan menunggu didalam dengan harapan ada jalan seperti pintu belakang untuk mereka keluar.

Ternyata jangkaan mereka meleset kerana sebaliknya mereka dikelilingi oleh api yang marak dan mati terbakar.

Tiga hari selepas tragedi, sering terlihat oleh penduduk sekitar seperti beberapa orang yang memakai pakaian seragam seperti pekerja di gedung terbabit sedang berkerumun menunggu pengangkutan awam. Tetapi apabila diamati, ternyata hanyalah pemandangan malam yang sunyi sepi.

Menurut cerita dari seorang pemandu bas, pada satu hari dia bersama dengan konduktor bas mengambil sebilangan penumpang yang ramai di Daerah Buaran, pada waktu itu memang ramai penumpang dan bas menjadi penuh.

Setibanya di gedung angker tersebut, kesemua penumpang tersebut. Pemandu bas terbabit menjadi tidak sedap hati lalu meminta wang kutipan penumpang bas dari konduktornya. Alangkah terkejutnya mereka, ternyata wang yang mereka perolehi pada hari itu bertukar menjadi daun.

Jika mendengar cerita yang lain pula, cerita ini dari dari pengalaman seorang anak kepada mangsa dalam tragedi ini. Ayahnya yang mati dalam kebenaran tidak dapat diketemui mayatnya sehingga 3 hari. Masuk hari ketiga datang seseorang kerumahnya memberitahu kononnya ada seseorang mencarinya di tingkat tiga gedung terbabit. Anak mangsa itu menjadi pelik dan terus bergegas ke tingkat tiga gedung itu dan ternyata jenazah ayahnya dijumpai dengan jam tangan masih utuh lagi dipergelangan tangan tanpa ada kesan terbakar.

Selepas peristiwa itu, gedung ini dirasmikan semual, tetapi beberapa hari selepas perasmian, gedung ini menjadi sunyi seketika kerana kononnya sesiapa yang membeli belah disini akan diganggu makhluk halus. Cerita ini masih lagi kuat diingatan penduduk Jakarta, apatah lagi dalam kalangan mangsa korban. Oleh hal yang demikian, setiap tahun gedung ini akan mengadakan upacara tabur bunga.

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/11198936024243058686noreply@blogger.com2Jakarta, Special Capital Region of Jakarta, Republic of Indonesia-6.2087634 106.84559899999999-6.4613213999999992 106.5228755 -5.9562054 107.16832249999999tag:blogger.com,1999:blog-7046082884231362311.post-27935394405554075232015-03-22T19:49:00.001+08:002015-03-22T19:51:25.411+08:00Penampakan Kuntilanak dan Gendurowo di Taman Langsat

Hai masih lagi berkisarkan kisah misteri dari negara seberang, Indonesia yang terkenal dengan kisah mistiknya. Jika berpeluang, memang penulis teringin melawat Indonesia, khabarnya Alas Roban merupakan tempat yang dikatakan terpaling angker disana. Tapi kali ini penulis ingin mengupas kisah seram di Taman Langsat, Mayestik, Jakarta Selatan.

Taman Langsat ini sebenarnya merupakan taman rekreasi yang digunakan untuk berolahraga dan aktiviti bersama keluarga. Meskipun taman ini ditumbuhi pepohonan yang indah, tetapi tidak ramai yang berkunjung ke sini untuk memanfaatkan kemudahan yang telah disediakan.

Kerana tidak ramai pengunjung, lama kelamaan taman ini dikatakan berhantu. Kononnya pada malam hari ada yang terlihat penampakan kuntilanak dan genderuwo. Kuntilanak jika bahasa disini lebih dikenali sebagai pontianak atau syaitan betina. Manakala genderuwo merupakan syaitan yang berupa binatang.

Gambaran Genderuwo

Menurut salah seorang peniaga rokok yang membuka kedai di tepi Taman Langsat, pernah pada satu kali, pada jam 1 pagi, seseorang datang ke kedainya mengaku terlihat penampakan genderuwo. Kisah ini juga disokong oleh seorang pekerja yang pernah bekerja untuk menjaga Taman Langsat, kadangkala bila tersedar pada waktu malam, tercium bauan yang pelik dan terdengar bunyi hilaian tawa yang tidak pasti dari mana suara itu datang.

Tetapi kini, setelah kebanjiran kiosk-kiosk baru dikawasan tersebut, keseraman tempat itu semakin kurang dan fungsi Taman Langsat kembali seperti sediakala, sebagai tempat rekreasi.

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/11198936024243058686noreply@blogger.com6South Jakarta, South Jakarta City, Special Capital Region of Jakarta, Indonesia-6.2689913 106.80603880000001-6.5215228 106.48331530000002 -6.0164598 107.1287623tag:blogger.com,1999:blog-7046082884231362311.post-2495756501528366262015-03-21T23:56:00.002+08:002015-03-21T23:57:43.044+08:00Lelaki Tergantung Bunuh Diri Di Terowong Casablanca

Kali ini kita menjelajah ke Indonesia. Rasanya ramai yang tahu, Indonesia memang terkenal dengan cerita-cerita mistis. Memang seronok mendengar cerita-cerita dari sana. Jika kita diberi pilihan cerita seram Malaysia dan Indonesia, maaf cakaplah cerita seram Malaysia memang tak dapat menandingi Indonesia. Berbalik kisah tentang Terowong Casablanca yang terletak di bawah Jalan HR Rasuna Said yang terkenal dengan keangkerannya.Kisah ini mula dikatakan berhantu apabila pernah melihat lelaki separuh abad mati tergantung dengan kain sepanduk. Semenjak kejadian itu, banyak kejadian mistis yang berlaku, antaranya pernah telihat makhluk misteri yang berjalan-jalan dipinggir kaki lima.

Menurut pengalaman tukan ojek (teksi motosikal), pernah didatangi oleh seorang wanita yang minta hantar ke rumahnya yang berada di belakang makam. Wanita tersebut meminta tukang ojek menghantarnya dengan menggunakan jalan pintas dengan cara mengikut jalan dari dalam kawasan pemakaman. Hai, entah kenapalah tukang ojek ini berani sangat. Kalau saya sepatutnya dah boleh berfikir macam ada satu benda tak kena dan mungkin menolak.

Mungkin kerana wanita tersebut memberi alasan untuk cepat, jadi tukang ojek tiada pilihan. Khabarnya, orang ramai yang memerhatikan tukang ojek tersebut hairan, kenapa tukang ojek tersebut berani masuk lalu dalam kawasan kubur, sedangkan orang lain tak nampak pun yang tukang ojek tu ada bonceng sesuatu. Kiranya hanya tukang ojek je yang nampak wanita tersebut.

Tiba disebuah pokok yang besar dalam kubur tersebut, wanita itu minta diturunkan disitu, akhirnya wanita itu menghulurkan duit yang berupa sekeping daun kemudian terus hilang dengan terbang ke atas!. Eeee... Ya Allah. Tak dapat bayangkanlah kalau saya kena macam itu. Rasanya kalau, tak pengsan pun, mahunya saya buat-buat pengsan.

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/11198936024243058686noreply@blogger.com3Jalan HR Rasuna Said, Kecamatan Setiabudi, Kota Jakarta Selatan, Daerah Khusus Ibukota Jakarta, Indonesia-6.2153677 106.82964800000002-6.2232601999999995 106.81956300000002 -6.2074752 106.83973300000002tag:blogger.com,1999:blog-7046082884231362311.post-52136373744200112622015-03-21T12:46:00.002+08:002015-03-21T12:46:59.724+08:00Misteri Tingkat 3 Asrama

Ini bukan cerita lawak. Ini adalah cerita seram. Pergh lama aku tak update blog. Bersawang dah agaknya. Aku sibuk sekarang sejak dah kerja dan buat artikel di Viralkini.my jadi kalau korang ada masa, bacalah tau. Penat aku taip memerah idea.

Oklah cerita tentang sekolah yang terpaksa dirahsiakan. Ceritanya, ada beberapa kawan yang duduk asrama. Pelik apabila pihak sekolah melarang pelajar-pelajar pergi ke tingkat 3, dengan alasan domitri di tingkat 3 tersebut untuk digunakan pada waktu-waktu kecemasan.

Pelik juga, kalau untuk waktu kecemasan pun, kenapa sampai nak kena berpagar dan berkunci? Sebenarnya buat Rina, Ayu, Lisa dan Ferra, mereka pernah membaca blog-blog dari pelajar-pelajar yang senior, kononnya di tingkat 3 asrama tersebut, pernah terjadi kes bunuh diri.

Ya! Bunuh diri!. itulah jawapan yang mereka peroleh jika mencari di carian google tentang asrama mereka. Dijadikan cerita, pada satu cuti semester, mereka enggan pulang ke rumah. Tidak pasti sama ada enggan pulang ke rumah atau mengambil keputusan untuk pulang lewat sikit dari pelajar-pelajar yng lain.

Memang mereka teringin mengetahui tentang apa yang ada di tingkat tiga tersebut. Tibalah pada waktu malam, mereka yang dari tingkat 4 turun ke tingkat 3. Memang pagar tersebut terkunci dengan rantai yang besar dan bermangga.

Sikit pun tidak mematahkan semangat mereka, malahan mereka mencari kerusi. Untuk pengetahuan, sebelah pagar yang bermangga ada satu tembok. Jadi, jika hendak pergi ke tingkat tiga, mereka terpaksa memanjat tembok terbabit.

Tiba giliran Ayu, tiba-tiba dia enggan naik ke atas, alasannya dia ada terlihat ada satu kelibat pelajar di tingkat 3 di atas. Pelajar tersebut berambut panjang dan kini pelajar itu berada di depan pagar di tempat mereka memanjat tembok.

Ferra menarik nafas panjang-panjang. Lalu melihat ke pagar, aneh dia tidak melihat kelibat sesiapa pun di pagar. Mungkin Ayu ada kelebihan untuk melihat sesuatu. Tak mengapa biarkan.

Akhirnya setelah beberapa kali dipujuk, Ayu setuju untuk naik ke atas. Berbekalkan lampu suluh. Mereka berjalan dari satu domitri ke domitri di tingkat tiga tersebut. Mereka masuk ke setiap bilik, kesemuanya lengkap dengan katil dan almari. Cuma ada satu bilik tersebut yang kosong, tiada katil dan almari. Sewaktu masuk ke bilik tersebut, mereka merasa dingin dan bulu roma meremang.

Mungkin bilik inilah yang dikatakan orang ada kes pelajar mati. Setelah 30 minti berada di atas, Ferra dan Ayu mengambil keputusan untuk turun ke bawah semula, biarkan yang lain-lain terus meneroka lagi bilik-bilik disitu.

Sewaktu Ferra dan Ayu sampai di pagar berkunci tersebut, tiba-tiba terdengan bunyi suara jeritan. Ayu dan Ferra terkejut. Ferra terus menjerit kepada rakan-rakan mereka yang masih diatas, "Woi! Korang ok tak?!"

Kemudian , mereka keluar dari salah satu bilik sambil menyuluh ke arah mereka dan bercakap, "Ok".

Sehingga ke hari ini, Ferra dan Ayu hanya diam dan tidak memberitahu rakan mereka yang lain tentang apa yang didengar oleh mereka.

Sampai hari ini, mereka tidak tahu, siapa yang harus dipercayai. Keyboard Warrior yang menulis tentang tingkat 3 asrama tersebut? Atau kata guru-guru kononnya tingkat 3 tersebut adalah tingkat untuk kecemasan, andaikata jika berlaku pengubahsuaian, maka mana-mana tingkat asrama yang terjejas boleh menggunakan tingkat tiga terbabit.

Masalahnya, asrama tersebut ada empat tingkat? Kenapa tingkat tiga? Kenapa bukan tingkat 1 atau empat?

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/11198936024243058686noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-7046082884231362311.post-21349462252038278892015-01-02T06:03:00.000+08:002015-01-13T11:02:04.269+08:00"Tuhan tolong,,,,Aku dah tak TAHAN!!!"

Tak tahu kenapa aku tak boleh tidur sepanjang malam ini. Puas bermacam-macam cara aku buat. Pernah aku terdengar orang syorkan kira kambing lah, berangan sebelum tidur lah tapi tak menjadi.

Aku sebenarnya tak tahu nak kata masalah ini berpunca dari persekitaran aku atau dari dalam diri aku sendiri. Nak kata aku membungkang sepanjang hari tak jugak.

Sebenarnya dari dulu lagi aku selalu perasan kadang-kadang kalau ada perkara nak jadi, mesti adalah perkara-perkara aneh yang muncul waktu tuh, sebagai contoh beberapa tahun yang lepas aku pernah tiba-tiba terbau hanyir darah kat tempat kerja, bila balik rumah tengok-tengok dekat kawasan rumah aku ada orang kena bunuh, pernah juga satu malam aku terjaga bila terdengar suara tangisan dalam bilik aku, padahal aku tidur seorang diri, aku tersedar, intai luar tingkap tengok-tengok ada perempuan kena pukul dekat luar rumah. Terpulanglah nak percaya ke tak, adakalanya apa yang nak terjadi tuh aku akan dapat mimpi siap-siap, contoh dua minggu lepas aku mimpi aku mandi dalam sungai yang luas, rupa-rupanya maksud mimpi tuh, aku nak kena harung banjir dekat Temerloh baru-baru ini. Mungkin orang dengar pun cakap aku neh poyo jer nak berlagak dan riak konon-konon ada kuasa firasat la tu. Sebenarnya sengaja aku nak canangkan satu dunia yang aku ada sixth sense supaya kebolehan dan kelebihan aku ni dapat ditarik oleh Tuhan secepat mungkin sebab aku dah betul-betul tak tahan. Ye lah orang yang ada sixth sense mana boleh cakap besar dan bagitahu orang lain yang dia ada kelebihan tu.

Aku tak tahu, adakah benda ini satu anugerah atau memang dekat dalam diri aku ini ada sesuatu. Mungkin penulisan aku kali ini agak panjang, tapi izinkan aku nak luahkan apa yang terpendam dalam diri aku selama ini. Sebenarnya ada sebab kenapa aku minat berblog tentang kisah-kisah misteri salah satunya sebab misteri ini sebahagian dari dalam diri aku.

Aku perasan gangguan atau aku tak tahu nak cakap apa sebenarnya dah lama ganggu aku makin teruk sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Aku selalu perasan ada benda tak kena sebenarnya dalam bilik aku ini.

Pertama bilik aku ini memang sentiasa bergelap dan tak boleh ada lampu, dah beberapa kali bapak aku panggil orang wiring, cuma lampu dalam bilik aku jer akan terpadam.

Kedua aku pernah cuba sembahyang dari dalam bilik aku tiba-tiba ada angin kuat sangat-sangat tak tahulah kalau kebetulan kan. Angin yang kuat tuh cuma datang time aku nak sembahyang jer.

Ketiga bilik aku neh macam ada benda yang suka main pintu bilik aku. Aneh aku, pintu bilik bapak aku bersebelahan, kalau angin kenapa pintu bilik bapak aku tak bergerak. Kalau korang nak tahu pintu bilik aku neh memang agak susah nak bukak, kena tolak betul-betul baru dia terkuak, kadang-kadangkan tiba-tiba jer pintu bilik aku neh terkuak walau tak ada angin dan tak ada ribut. Tak kiralah siang-siang hari ker. Yang paling aku rasa takleh blah, pernah sekali masa tuh aku sorang kat rumah, pintu bilik aku neh dia main-main kejap bukak kejap tutup tapi tak rapat macam ada orang gerakkan, aku sendal dengan plastik hitam yang siap dengan penuh dengan pakaian, ko tau, 'benda celaka' (maaf terkasar bahasa) neh nak tunjuk kononnya dia neh wujud lah kot, 'dia' tolak plastik hitam yang isik baju tuh. Kalau anginkan, kenapa pintu tuh tak gerak sekali?Plastik berat berisi baju tuh jer bergerak tau!.Benda neh bukan aku sorang jer yang perasan, mak aku pun perasan gak tau.

Kalau aku nak citer pasal aku dan bilik aku neh sampai bila pun tak habis. Cuma aku geram malam ini, aku rasa macam nak demam, betul-betul letih, aku cuba nak tidur asyik gelisah jer sampailah tiba-tiba dalam pukul 5 aku terdengar suara bapak aku azan. Aku keluar bilik, tengok-tengok dia tengah tidur dekat ruang tamu badan tak bergerak tapi mulut dia laungkan azan, bibir dia pun tak gerak tau. Aku panggil mak aku kejutkan dia sekali, barulah bapak aku cerita dia rasa macam ada 'benda' keluar dari bilik aku datang kat dia macam nak masuk dalam badan dia, benda tuh dah pegang kepala dia. Aku tanya dia, benda tuh 'berbulu' ker? Dia cakap mungkin, sebab pernah satu malam yang lain dia tidur dekat ruang tamu gak, dia rasa macam ada satu tangan berbulu dan kuku dia panjang tengah usap belakang badan dia.

Pergh, Aku terus teringat, aku pun banyak kali gak diganggu bila tiap kali tertidur dekat ruang tamu, aku pernah dihimpap dengan benda besar, warna hitam dan berbulu. Korang rasa?

Tu lah, aku rasa macam nak panggil Pakar Perubatan Tradisional tentang 'benda' yang melanda sama ada diri aku atau 'rumah/bilik' aku neh sendiri.

Betul aku cakap, kadang-kadang aku tak tahan. Benda neh kadang-kadang bila dia nak tunjukkan kat aku sesuatu, dia buat aku sampai tak boleh tidur malam.

Tolonglah Tuhan, izinkan aku menjadi manusia yang normal. Aku dah penat dengan semua ini! Pernah satu ketika dalam tahun 2014, aku tak boleh tidur sepanjang malam, sampai aku terpaksa jumpa doktor untuk mintak pil tidur. Aku dah makan, dalam pukul 10 aku masuk tidur, aku sedar pukul 3 pagi terdengar bunyi guli jatuh dan orang bertukang tengah-tengah malam. Serius aku memang tak tahan. Aku jumpa doktor balik, doktor tuh macam percaya tak percaya cakap aku, katanya sesiapa yang dah makan pil tidur, adalah mustahil dia akan tersedar sendiri tanpa jam loceng!

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/11198936024243058686noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-7046082884231362311.post-16535455420519720342014-12-31T19:51:00.000+08:002015-01-13T11:02:56.301+08:00"Shhhh.... Ibu sebenarnya dah MATI"

Hai,

Dah lama aku tak update blog. Ada dalam seminggu lebih nak dekat dua minggu jugak lah aku tak mengadap laptop. Baru-baru ini aku ke Pantai Timur menghadiri satu majlis perkahwinan. Bermacam-macam pengalaman yang aku timba dalam meredah banjir, satu lagi dia mengajar aku erti KESABARAN. Ye lah, sedangkan mereka disana diuji dengan kehilangan tempat tinggal tetapi aku pulak tak boleh nak pulang ke KL pada Isnin lepas, dengan jalan tutup dan aku dapat info tiket bas dari sana ke KL tidak dijual. Mujurlah semalam, ada rezeki aku tumpang kereta orang, ada dalam 10 jam perjalanan. Letih jangan cakaplah walaupun aku tak drive.

Kepergian aku kat sana, aku dapat satu cerita yang agak 'hot' untuk aku kongsi. Memang aku tak mintak izin tuan punya badan untuk berkongsi, tapi aku rahsiakan sedikit lah identiti pencerita. Biar aku namakan si pencerita ini sebagai Ayu (Macam biasa, bukan nama sebenar).

Aku memang betul-betul terkejut dan tersentak bila dia menceritakan ibu mertuanya sudah meninggal hampir 8 bulan, TETAPI orang lain masih melihat ibu mertuanya itu masih hidup. Dia lumpuh sebelah badan, hanya anggota kirinya sahaja boleh diangkat. Tidak boleh bergerak, hanya mampu bercakap dalam tutur kata yang tidak dapat difahami dan boleh mengelipkan mata.

Menurut Ayu, pada diri ibu mertuanya ada tiga ekor jin yang menempel yang dipanggil 'Hantu Raya'. Seekor di bela dan diambil oleh ibu mertuanya sendiri sebagai penyeri dan penjaga diri, dua ekor lagi diperolehi dari suami (mungkin sudah meninggal dunia) dan dari arwah ibunya juga. Oleh kerana itulah, jasad ibunya masih dilihat masih hidup. Andaikata satu hari nanti jin-jin tersebut meninggalkan badan ibu mertuanya, yang tinggal hanyalah rangka, kerana ibu mertuanya benar-benar sudah meninggal dunia.

Aku cuba bertanya, apakah dia dan juga adik beradik suaminya tidak ikhtiar untuk memanggil perawat perubatan Islam agar dapat membebaskan jin-jin yang masuk dalam tubuh ibu mertuanya? Kata Ayu, hal ini sudah diketahui oleh adik beradik yang lain, tetapi mereka enggan. Mereka tidak mahu kehilangan ibu mereka.

Ayu sebenarnya sudah tidak tahan sering diganggu dengan terdengar bunyi tapak kaki orang berjalan diatas bumbung rumah, lebih menakutkan dia pernah termimpi 'makhluk' tersebut dengan mata yang tersembur keluar. Kata Ayu, bukan mudah untuk membuang saka tersebut dari kehidupannya, kerana itu semua memerlukan kerjasama dari adik beradik yang lain, menurut kata seorang pakar perawat Islam yang pernah ditemui, untuk membuang saka, suaminya, ibu,ayah dan adik beradik yang lain perlu berada bersama sewaktu sesi perubatan.

Kesan Hantu Raya tersebut bukan sahaja memberi impak kepada Ibu Mertua, malahan memberi kesan kepada Ayu, Anak dan juga adiknya. Pernah sekali Ayu terlihat adiknya sedang berborak bersendirian, apabila ditanya kepada pakar adiknya berborak dengan 'Makhluk Perliharaan' tersebut.

Malahan anak ayu juga mengidap penyakit jangkitan paru-paru, apabila bertanya kepada pakar, Hantu raya peliharaan ibu mertuanya itu sudah mula memakan organ dalaman anaknya. Walaupun kedengaran tidak logik, tetapi apabila dikuatkan dengan beberapa dakwaan Ayu yang Ibu Mertuanya akan takut, gelisah bahkan sehingga demam apabila pada satu hari Ayu dan Suami merancang untuk memanggil orang ramai membaca yaasin dirumahnya. Apabila dibawa ke hospital, doktor sahkan yang Ibu Mertuanya tidak demam.Pernah juga Ayu sengaja membuka bacaan Ayat Al -Quran dengan lantang dan kuat, tiba-tiba sahaja Ibu Metua Ayu meraung-raung dan menangis.

Mungkin kisah ini tidak logik tetapi perkara ini tidak mustahil jika hidup kita menggunakan pendamping dari kalangan jin dan syaitan. Ingatlah! Jin dan syaitan mungkin boleh menunaikan satu atau dua permintaan, tetapi implikasi akan ditanggung sehingga kita mati.

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/11198936024243058686noreply@blogger.com1Pahang, Malaysia3.8126318 103.32562039999993-0.24083019999999955 98.162046399999937 7.8660938 108.48919439999993tag:blogger.com,1999:blog-7046082884231362311.post-51722182705916704462014-11-27T22:47:00.000+08:002014-11-27T22:54:18.128+08:00Sumpahan Warna Hitam dalam perkahwinan

Petang tadi lepas bawak mak aku pergi medical check up waktu pagi sampai tengah hari,teman kawan aku fitting baju kahwin dekat butik, kira mak dia ada sekali. Sekarang neh dah memang trend, konsep perkahwinan banyak orang gabungkan dengan warna hitam. Selama neh aku ingat orang cina dan agama lain jer yang anggap warna hitam neh untuk warna berkabung, rupanya dalam masyarakat Melayu sendiri pun ada pantang gak.

Tak boleh pakai busana hitam, masa hari persandingan ataupun pernikahan kononnya nanti bercerai tak kekal lama sebab warna hitam tuh macam aura yang tidak baik. Hahahhaha selama neh aku ingat Master Feng Shui jer yang cakap macam neh, tak sangka master baju kahwin pun boleh cakap macam neh gak. Mula tuh memang kami ketawa, kemudian mak dia pun menyampuk, jangan pakai warna hitam, ramai yang dia tengok yang kahwin pakai baju hitam, mesti bercerai, kalau tak bercerai hidup bermadu lah hahhahahha.

Mula-mula kawan aku berkeras gak, dia tetap nak baju nikah tuh pakai baju hitam + golden lace. Mak dia mula meninggi suara "Kau tak nak bersanding, mak boleh terima, kau tak nak ikut adat melayu dalam perkahwinan ko pun makboleh terima,tak nak buat malam berinai semua tuh, tapi kali neh tolonglah, jangan lah pilih warna hitam,kali neh dengar cakap mak. Mak kalau boleh, nak kau kahwin bahagia, tak nak kau jadi macam mak, mak dulu kahwin ada mengenakan busana songket hitam, tengok apa jadi pada kami? kawan mak pun sama, kahwin pakai baju hitam sikit jer kat songket pengantin lelaki, sekarang neh hidup bermadu. memang kaler hitam neh tak baik kau tau tak? dah banyak orang bercakap, bila dah banyak orang bercakap dia macam dah jadi satu doa. Korang neh budak tak tahu pape. Cuba korang tengok budak2 sekarang, kahwin berape bulan bercerai berai, sebab tak pernah nak mendengar cakap orang tua-tua"..

Aku terus serius dengan kawan aku Sophea. Kemudia terus Sophea pilih warna hijau + gold untuk majlis akad nikah dia. Untuk resepsi dia dah pilih gaun warnah putih krim.Tapi dia belum tempah lagi lah gaun tuh. Masih survey dekat butik-butik lain. Sebab butik yang dia pergi neh tak pandai buat gaun. Owner butik tuh tanya gak, nape kahwin tak nak pelamin? Kawan aku cakap simple,dia dah suruh mak dia pesan kat saudara mara dia, "Pada hari tuh nanti, saya buat kat taman, jadi ada banyak background semulajadi untuk fotografi, not necessary pelamin. Kalau ada saudara mara sibuk mengumpat pasal pelamin, senang! saya suruh dorang balik jer, Saya cakap betul, hari tuh Hari Bahagia saya, saya nak orang cakap benda baik-baik. Kalau tak mampu nak berdoa kebahagian saya, just jangan cakap pape. Saya memang jemput tak ramai dalam 200 orang jer"

Hahahah aku memang sokong dengan Sophea,sebenarnya perkahwinan neh benda yang ringkas, kadang2 adat yang remeh neh yang menyebabkan orang kahwin lambat dan tak berkahwin langsung. Aku sokong Sophea bab2 adat neh dia tak nak ikut dalam majlis perkahwinan dia. Tapi tentang busana hitam tuh cukuplah aku anggap warna hitam tuh tak sesuai dan tak menarik untuk perkahwinan, nak percaya pun tak boleh, kalau percaya kang syirik pulak.

Jadi, sejauh mana korang setuju dengan pantang memakai busana hitam neh? Bagi aku dengan Sopeha, inilah kali pertama aku dengar yang kita tak boleh pakai baju hitam di hari persandingan.

Adakah hanya kebetulan yang memakai busana hitam neh akan bercerai dan bermadu?

Adakah sudah menjadi satu sumpahan yang warna hitam memang tak boleh dipakai di hari perkahwinan kerana cakap-cakap orang yang menjadi satu doa?

Ataupun adakah kerana orang dulu -dulu terlampaun terikut2 dengan budaya neh?

Jadi aku dan Sophea hanya menganggap, yang kami hanya mendengar cakap orang tua-tua saje lah. Tapi aku dapat rasakan yang Sophea memang terkilan.

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/11198936024243058686noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7046082884231362311.post-12442491791163964382014-11-26T01:31:00.000+08:002014-11-26T01:31:45.737+08:00'Dia' KEMBALI . . .

Kali ini, aku nak bercerita dari pengalaman teman aku pasal gangguan yang baru berlaku dekat dia 3 hari lepas. Teman aku neh, mesra ku sapa Ris pergi kerumah rakan kepada suami beliau, katanya ada makan-makan(kenduri gitu). Kebetulan masa Ris dan suami nak balik, masa tuh malam hujan lebat. Memandangkan kereta Ris tak ada aircond, jadi tak boleh lah nak tutup tingkap sebab hujan kan, jadi Ris dan suami ambil keputusan nak bermalam dirumah teman tersebut.

Kiranya rumah kawan yang mereka pergi tuh rumah suami isteri, yang Suami bernama Firman manakala isterinya Via.

Encik Firman tawarkan Ris untuk tidur didalam satu bilik, yang dah kosong selama 4 bulan . Menurut Ris bilik tuh ok, ada katil, tilam semua memang bilik tuh bersih. Sewaktu Ris tengah tertidur, suami Ris berborak lagi dengan Encik Firman, tiba-tiba Ris tersedar ada satu lembaga hitam sebelah Ris. Apa lagi, Ris menjerit sekuat hati.

Aneh tak ada siapa yang dengar! Ris terus keluar dari bilik, tengok-tengok, suami dia ada dekat ruang tamu tengah berborak. Ris bertanya kepada suami, "Awak tak dengar ker saya menjerit kat dalam tuh?".. suami Ris bermati-matian kata dia tak dengar,.

Ris hairan, padahal jarak bilik dengan ruang tamu tak jauh, ada dalam satu meter jer. Tak mengapalah!. Suami Ris terus menemani Ris untuk tidur ,"Dah-dah jom masuk, saya teman awak. Takde pape lah"..

Ris pun tertidur, sampai lah dia tersedar keesokan paginya, suaminya tiada disisi. Bila intai keluar, suami nya sedang tidur diruang tamu. Ris terus menggerak kan suaminya "Bila awak tidur sini?"..

Suami Ris menjawab "Memang sepanjang malam saya tidur sini."

Ris kehairanan dan bertanya "habis malam tadi awak temankan saya tidur?"

Suami Ris bermati-matian mengatakan yang dia tidak tidur bersama Ris malam tadi.

Dua hari lepas sebelum majlis makan-makan tuh, ada orang hantar kelapa seguni, padahal tak ada siapa pun yang order. Bila tanya katanya hadiah dari seseorang .Tak ada siapa pun yang berani makan, diorang letak kelapa tuh kat dapur. Keesokan pagi tengok kelapa seguni tuh boleh hilang!..

Berbalik kisah Ris diganggu dirumah terbabit, akhirnya mereka membuka cerita, dahulu jiran rumah mereka ada membela. Bela apa tuh tak pastu, tapi yang pasti benda tuh pandai menjelma jadi manusia. Kiranya, jiran sebelah neh pernah simpan 'benda' tuh kat dalam rumah mereka neh, sebab masa tuh rumah neh dah lama kosong.

Lepastuh tak silap, gangguan dah tak ada sebab 'tuan' kepada makhluk tuh dah ambik balik, kiranya dua tahun mereka aman lah. Tapi siapa sangka lepastuh gangguan tuh datang kembali.

Mereka suami isteri dah serik diganggu, boleh dikatakan setiap malam jumaat mereka diganggu. Antara gangguan yang maha dahsyat apabila suatu hari Encik Firman balik ke rumah, dia lihat Via sedang masak, Encik Firman perasan kenapa muka isterinya Via macam pucat, rupa-rupanya 'benda' tuh menyamar. Benda tuh pandai menyamar tiru sebijik dengan perangai orang yang dia menyamar tuh(aku tak tahu nak susun ayat macam mana).

Menurut teman Ris lagi, mereka pernah memanggil Pengamal Perubatan Tradisional untuk menghalau makhluk tersebut. Tapi menurut pakar, 'benda' tuh kena Tuan dia yang ambil. Masalahnya, tuan kepada 'benda' neh pernah datang ambik, tapi ntah macam mana benda tuh boleh datang balik. Yang lucunya, menurut Via, pernah satu kali dia baca yaasin dalam bilik, boleh lak dia terasa benda tuh ketuk kepala dia hahahhaha (aku yang menaip neh boleh lak gelak, kena sendiri baru tahu).

Aku yang menulis neh tak rasa seram sangat, tapi aku kesian dengan Ris yang tak boleh tidur malam. yer lah kena kat batang hidung dia kan.

Sebenarnya, aku pernah terbaca info tentang jin yang suka menyamar jadi manusia neh selalunya Hantu Raya, walaupun nama dia Hantu Raya, tak semestinya masa musim-musim perayaan jer dia muncul, hari biasa pun dia ada gak hahhahantah pape lah aku neh.

Ok lah aku serius, sebenarnya Hantu Raya neh adalah spesies jin yang paling jahat dan otai.. Sebab tuh dia digelar Hantu Raya, (kalau dalam Bahasa Melayu, Raya tuh merujuk kepada benda-benda yang besar seperti jalan RAYA, Pasar RAYA) jadi Hantu Raya neh memang jahatlah.

Hantu Raya neh memang mempunyai keupayaan untuk menyamar especially menyamar jadi tuan dia, tapi dalam kes Ris neh aku tak pasti makhluk tuh jenis jin apa, sebab boleh menyamar jadi semua benda, tak pasti lah buah kelapa pun dia boleh menyamar ker.

Sebenarnya senang jer kita nak tahu, orang yang kita kenal tuh memang dia ker tidak salah satunya korang tenung anak mata dia, kalau dia manusia, anak mata dia . Korang tahu tak anak mata tuh yang mana?

Kalau korang tengok mata manusia neh ada putih mata, dengan hitam mata, kat dalam hitam mata tuh kan macam ada satu lagi lingkaran bulat kan? hah . yang tu lah anak mata.

Korang tenung lama-lama anak mata dia, kalau dia tak berani tentang dia takut, kalau dia berani tentang gak mata korang , korang akan perasan, anak mata dia bukan berbentuk bulat, anak mata dia berbentuk macam segitiga macam tuh. Huhuhu kalau 'benda' tuh berani bagi korang tengok anak mata dia yang segitiga tuh, maksudnya dia memang saja nak 'bergurau' dengan korang lettewwww....

Huuhuhuhuhuuh Selamat Malam.....

Ehem.. Sebelah katil korang ade ape yek?

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/11198936024243058686noreply@blogger.com0Johor, Malaysia1.4853682 103.76181539999993-0.54537730000000018 101.18002839999993 3.5161137 106.34360239999994tag:blogger.com,1999:blog-7046082884231362311.post-5670946401611700272014-11-22T22:51:00.000+08:002014-11-22T22:51:35.376+08:00Pengemis di Jalan HR. Rasuna Said, Kuningan, Jakarta, Indonesia

Jalan ini dikatakan berhantu kerana banyak nyawa yang pernah terkorban, jalan disini lebar tetapi agak berliku dan kadangkala membuatkan pemandu dan penunggang motosikal selalu memecut laju ekoran banyak nyawa yang terkorban, maka jalan disini dikatakan berhantu.

Jalan di HR. Rasuna Said ini dikatakan berpuaka kerana para pengguna jalan seringkali terlibat kelibat manusia yang tiba-tiba ingin menyeberang jalan. Kemudahan di jalan ini belum lagi dikatakan mencukupi kerana tiada jejantas untuk pengguna jalan kaki menyeberang jalan, hanya berbekalkan lintasan zebra dan tombol manual yang ditekan untuk pengguna jalan kaki. Oleh yang demikian, jika tiada siapa yang menekan tombol manual pada lampu isyarat untuk menyeberang jalan maka lampu isyarat disitu sentiasa hijau.

Akan tetapi, pada waktu dahulu, tombol manual di lintasan zebra Jalan HR. Rasuna Said adalah automatik. Hal ini bermakna, lampu hijau untuk pejalan kaki tetap akan menyala walaupun tiada siapa yang menekan tombol untuk melintas jalan.

Pada waktu itulah (di saat tombol lalu lintas itu masih automatik), kebanyakan pengemis mengambil kesempatan meminta sedekah kepada pemandu-pemandu yang berhenti di lampu isyarat ketika berwarna merah. Pengemis yang datang meminta-minta pada waktu itu tidak kira waktu, baik siang hari hingga kelarut malam.

Salah satu cerita seram dikwasan tersebut, berlaku pada awal 90 an dimana kawasan itu pada waktu itu masih jarang kereta yang lalu disitu hingga kelarut malam, cerita mengisahkan seorang saksi yang pernah terlibat dalam kemalangan dikawasan itu, menurutnya pada waktu itu sudah tengah malam, memang tiada kenderaan lain disitu. Tiba-tiba lampu isyarat berwarna merah dan memaksa dia berhenti sementara tunggu hijau tiba-tiba datang seorang pengemis yang merupakan seorang kanak-kanak datang meminta sedekah. Dia hanya mengangkat tangan kerana tidak mempunyai wang kecil. Tetapi budak tersebut masih berdiri diluar kereta berdekata dengan pintu pemandu masih tidak berganjak dan terus tersenyum.

Tiba-tiba lampu isyarat sudah bertukar hijau, pemandu tersebut terus memandu, yang menyeramkan, budak tersebut masih berada disebelah pintu pemandu walau kenderaan sudah berjalan, tidak berganjak dan terus ketawa "Hi hi hi hi hi hi hi hi hi...."

Tiba-tiba bayang kanak-kanak pengemis tersebut menghilang dengan cara terbang naik keatas kenderaan terbabit. Kerana terlalu terkejut, pemandu tersebut menekan minyak kereta dengan terlalu kuat sehingga menyebabkan keretanya hilang kawalan dan terbabas. Pemandu wanita itu selamat tetapi cedera parah.

Kini, jalan itu digelar 'Segitiga Emas' kerana selalunya berlaku kecelakaan. Rentetan terlalu banyak peristiwa-peristiwa kemalangan yang menyebabkan kecederaan dan korban, jalan disitu kini dilebarkan, jambatan sudah didirikan untuk memudahkan pejalan kaki untuk melintas dan juga jalur untuk laluan bas .Laluan zebra juga dikurangkan untuk mengelakkan peristiwa yang tidak diingini berlaku.

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/11198936024243058686noreply@blogger.com0Jalan HR Rasuna Said, Setiabudi, Kota Jakarta Selatan, DKI Jakarta, Indonesia-6.215535 106.82965200000001-6.2234275 106.819567 -6.2076425 106.83973700000001