Satu Katil Penuh Darah


Avatar Secret Garden, Penang
Rasanya, memang cukup lama aku tak menulis. Rasanya kali ini, aku mesti serius 😎 (sila ketawa). Memandangkan sekarang aku pun dah tua. Kena lupakanlah angan-angan nak jadi senang dengan cara berkahwin dengan orang kaya. Kisah kali ini, aku cuma nak kongsikan pengalaman sepupu aku sendiri. Sepupu belah abah aku, dari Terengganu.


Sepupu aku dari Dungun, Terengganu, datang melawat aku dan adik. Terus teringat masa zaman budak sekolah dulu, bila malam je berkumpul ramai-ramai sebab nak layan cerita hantu. Kiranya, lepas habis sekolah, lama juga terputus hubungan. Sampailah kami bertiga bertemu semula dalam keadaan yang damai sambil bertentangan mata dengan penuh mesra di awal tahun 2019 ni.

Nak cerita sekali semua memang banyak. Tapi dalam banyak-banyak cerita sepupu aku, ada satu cerita paling melekat dalam otak aku.Kisahnya, dalam lima tahun yang lepas, sepupu aku pernah jadi pengasuh kepada anak kepada abang dia. Kiranya, abang dia tu, abang sepupu akulah..

Dipendekkan cerita, ada orang buat benda tak baik, tapi dengan cara menggunakan 'cara halus'. Menurut sepupu aku, pada malam kejadian masa tu, di dah memang nak terlelap. Boleh dikatakan, mungkin masa tu, dalam keadaan 'sleep paralyzed' .

Tiba-tiba dia tersentak, bila dia tersedar ada budak kecil atas almari seperti nak menerkam ke atas sepupu aku ni. Sepupu aku pun, bingkas bangun terus hidupkan lampu bilik. Tapi, macam tak ada apa. Dia pun sambung tidur balik. Tak lama lepas tu, tiba-tiba dia ternampak ada kelibat lelaki tua.

Lelaki tua tu, datang dekat dengan sepupu aku yang tengah terbaring, sambil tapak tangan dia hampir-hampir nak menyentuh perut sepupu aku. Sepupu aku tiba-tiba rasa macam sakit yang teramat. Bila dia sedar, darah penuh satu katil! Sampaikan sepupu aku ni dah tak tahu nak buat apa. Sampai dah tergamam.

Dia bergegas masuk ke dalam bilik air, mandi. Memandangkan kain batik dia habis basah kuyup penuh dengan darah!. Kiranya waktu malam tu, kakak ipar dia dengan anak-anak semua dah masuk tidur dalam bilik. Abang sepupu aku pun belum pulang. Nak ketuk pintu bilik kakak ipar, dia macam rasa serba salah. Tak nak mengganggu.

Sepupu aku yang sememangnya panik, antara percaya tak percaya dengan apa yang dah berlaku. Terus telefon emak dia di kampung. Emak dia, makcik aku. Mungkin lepas dah berbual dalam telefon. Makcik aku telefon kakak ipar dia. Sekejap je kakak ipar dia keluar dari bilik sekali dengan anak dia masih kecil nak periksa keadaan sepupu aku. Masa itulah terdengar budak tu bercakap, "Emakkkk... Kita takutlah. Dekat bilik Makcik ada hantu!"

Hahahaha aku yang tengah menaip sekarang pun tiba-tiba rasa meremang. Maaflah, aku memang ada satu tabiat buruk, boleh rasa nak ketawa dalam keadaan yang serius. Dipendekkan lagi cerita, abang sepupu aku sampai rumah. Mungkin kakak ipar telefon, bagitahu abang sepupu aku tentang apa yang terjadi. Kiranya, masa pun dah nak dekat Subuh. Kiranya Subuh tu juga, mereka sekeluarga bertolak ke Terengganu.

Tambah sepupu aku lagi, masa keluar dari rumah nak masuk dalam kereta, mereka semua boleh lihat sendiri, dekat atas bumbung rumah mereka je macam dilindung awan yang tebal dan gelap! Ingatkan bila dah hidupkan enjin kereta, nak bergerak pulang ke kampung, kiranya pengalaman ngeri berakhir disitu.

Kisah  tak habis disitu, masa dalam perjalanan, masa itulah kereta buat hal, tiba-tiba mati tengah jalan. Bila waktu dah mula cerah, kereta tu pun boleh dihidupkan dan mereka selamat sampai ke kampung halaman. Masa dalam perjalanan, abang sepupu aku buka cerita. Sebenarnya, masa dia dalam perjalanan nak pulang ke rumah, dia seperti tak berjumpa jalan pulang ke rumah, dia jadi sesat, asyik bertembung jalan yang sama!. Itulah salah satu sebab, kenapa dia lewat pulang ke rumah pada malam kejadian.

Bila dah berubat cara kampung, katanya 'benda' tu nak dikirimkan kepada abang sepupu aku. Tapi, kiranya kes salah 'attack' ni, terkena dekat kakak sepupu aku. Apa pendapat korang? Rasanya ada sesiapa boleh beri penjelasan yang saintifik tentang insiden yang menimpa sepupu aku ni?

Comments

  1. kelinci99
    Togel Online Terpercaya Dan Games Laiinnya Live Casino.
    HOT PROMO NEW MEMBER FREECHIPS 5ribu !!
    NEXT DEPOSIT 50ribu FREECHIPS 5RB !!
    Ada Bagi2 Freechips Untuk New Member + Bonus Depositnya Loh ,
    Yuk Daftarkan Sekarang Mumpung Ada Freechips Setiap Harinya
    segera daftar dan bermain ya selain Togel ad juga Games Online Betting lain nya ,
    yang bisa di mainkan dgn 1 userid saja .
    yukk daftar di www.kelinci99.casino

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts