Colic
Didalam bahasa perubatan, 'Colic' atau dalam bahasa melayu dia 'Kolik'.. Aku saje jer letak tajuk dia Bahasa Inggeris , 'Colic' barulah "Spain..uOlzzz"..
Kolik adalah satu keadaan apabila bayi kerap menangis lebih dari tiga jam sehari, tiga hari seminggu selama tiga minggu atau lebih. Kolik boleh memberi kesan negatif baik kepada ibu dan bapa serta bayi itu sendiri kerana boleh menyebabkan 'stress'. Walaubagaimanapun punca sebenar berlaku nya Kolik tidak dapat dipastikan.
Kolik sering terjadi sehingga bayi berusia 3 bulan hingga 4 bulan tetapi boleh juga berlanjutan hingga ke satu tahun.
Kisah bermula bila Mak Jemah (bukan nama sebenar) diminta menjaga cucunya pada waktu itu yang baru berusia beberapa bulan sehinggalah berusia setahun lebih.
Mak Jemah memang lah tak kisah memandangkan cucu sendiri, tetapi yang menjadi permasalahannya apabila cucunya itu berkelakuan pelik .
Maksud Mak Jemah berkelakuan pelik ialah apabila pernah Mak Jemah meninggalkan cucunya didalam bilik bayi, pada mulanya cucunya akan ketawa sendiri. Mak Jemah tak kisah, kerana perkara itu adalah normal bagi bayi, kadangkala mereka bermain dengan alam mereka sendiri. Tetapi, ketawa cucunya itu bertukar menjadi ngeri apabila tiba-tiba cucunya menangis terjerit-jerit seolah-olah takutkan sesuatu.
Hal ini berlarutan sehinggalah pada satu hari Mak Jemah mendengar tangisan cucunya ditengah malam. Mak Jemah terus mendapatkan cucunya dan memeluknya erat. Tiba-tiba sedang Mak Jemah memeluk cucunya, dia perasan diatas katilnya seperti ada benda berbunjut,, lama diperhatikan benda berbunjut itu seperti ada lima ikatan dibadannya.Ya Allah, mengertilah Mak Jemah, apa yang dilihat tu adalah makhluk pocong.
Pada keesokannya, Mak Jemah menelefon Pakar Perubatan Tradisional, dan pakar tersebut menegaskan tiada apa perkara yang serius. Cuma perbanyakkan sembahyang dan mengaji dirumah tersebut. Akhirnya setelah Mak Jemah menurut kata pakar tersebut, cucu Mak Jemah tidak lagi menangis teruk-teruk seperti dulu.
Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
ReplyDeleteDalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
Yang Ada :
TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
Sekedar Nonton Bola ,
Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
Website Online 24Jam/Setiap Hariny