'Pelawat' di Bulan Perayaan Hantu



Bulan Hantu atau Ghost Month didalam kepercayaan cina yang jatuh dalam Bulan ketujuh dalam kalendar lunar. Dipercayai pada bulan ini, pintu neraka akan dibuka seluas-luasnya. Kalau korang perasan bila Bulan Hantu jer mesti korang akan perasan ada kaum cina sedang membakar colok ditepi-tepi jalan atau tempat-tempat tertentu seperti dipadang dan sebagainya. Walaupun kita berbeza kaum, agama dan budaya. Tak salah jika kita menghormati adat dan budaya orang lain.

Berikut tentang cerita Bulan Hantu, ada satu kisah dari Samad (bukan nama sebenar), walaupun Samad berbangsa Melayu, Samad juga dapat merasakan sesuatu setiap kali perayaan bulan hantu. Kata Samad setiap kali bulan hantu, ditingkap bilik Samad akan dikunjungi sesuatu.

Hanya pada bulan hantu sahaja ditingkap bilik Samad akan dihinggapi satu lembaga yang kelihatan seperti burung besar. Samad juga pernah mengutarakan hal ini kepada ibunya, ternyata ibu Samad juga percaya, hal ini mungkin kerana bulan tersebut adalah bulan hantu.

Lalu ibu Samad mencadangkan agar Samad memasang bacaan ayat-ayat Al-Quran. Samad perasan , burung besar tersebut akan datang ditingkap biliknya setiap kali waktu maghrib hanya pada Perayaan Hantu.

Walaupun Samad tidak percaya tentang Bulan Hantu, tetapi Samad juga tidak berani untuk mengintai setiap kali tingkap biliknya dikunjungi 'burung besar' tersebut. Kemungkinan, kebetulan bulan tersebut adalah bulan hantu dan musim hujan, jadi kemungkinan kebetulan pada musim hujan spesies burung besar tersebut gemar singgah ditingkap biliknya.

Tetapi, sangkaan sains nya itu berubah, apabila setelah Samad memasang bacaan ayat Al-Quran didalam biliknya 'burung besar' itu tidak lagi singgah ditingkap biliknya.

Kini, sedarlah Samad, bukan semua perkara dan misteri boleh terjawab dengan logik sains.

Selain kisah Samad, aku juga pernah terdengar. Kalau korang nampak macam ada bekas yang berisi makanan yang siap ada colok, jangan terlangkah, sebab kalau korang terlangkah, korang boleh 'diganggu'.
Sebelum kisah Samad ini, aku pernah juga terdengar kisah seorang kawan yang tak sengaja terlangkah 'Bekas Makanan ' untuk diberikan kepada hantu pada Bulan Hantu akhirnya jatuh sakit dan kurus kering. Dengar cerita puas dia berubat dengan Pakar Perubatan Tradisional Melayu tetapi tidak berkesan, akhirnya dia terpaksa berjumpa dengan Pakar Perubatan Tradisonal Cina. Hurm bahayakan?

Cuma pengajaran dari kisah ini, aku bukanlah nak suruh korang percaya dan menyimpang dari ajaran islam. Cuma kita yang hidup dengan berbilang kaum dan agama haruslah ada sikap toleransi dan bertolak ansur, walaupun berbeza agama, budaya, tetapi haruslah hormat menghormati.

Sekian...


Comments

Popular Posts