Dendam Isteri
Tiba-tiba aku teringat satu cerita dari kawan aku, masa nak tido malam tadi, tapi aku tak berani nak update tengah-tengah malam heheheh.
Masa tuh aku ingat aku form 6 lagi. Menurut kawan aku yang mesra ku sapa Kartika. Cerita yang ingin aku ceritakan kali neh cerita seram dari Masyarakat India. Memandangkan Kartika memang berbangsa India.
Tak silap aku cerita neh pernah terjadi dalam keluarga jauh dia tak silap aku bau-bau bacang macam tu lah kot. Cerita yang dia dapat neh mungkin penyampaian dari mulut ke mulut.
Menurut Kartika, Letchumi (bukan nama sebenar) merupakan isteri kepada Prabu (bukan nama sebenar). Letchumi dan Prabu dikurniakan seorang anak. Selepas melahirkan bayi perempuan, tiba-tiba Letchumi mendapat tahu yang Prabu mempunyai perempuan simpanan iaitu Kencana (bukan nama sebenar jugak hhuhuuh).
Letchumi dan Prabu bertengkar, tak silap aku mereka bercerai. Selepas Prabu bercerai, Prabu dan Kencana berkahwin. Akibat terlalu kecewa, akhirnya Letchumi membunuh diri.
Pada malam kematian Letchumi, ribut kuat melanda kampung, rumah ibu bapa Prabu tiba-tiba kecoh apabila menerima tetamu tidak diundang!
Sesusuk tubuh wanita memakai sari mengetuk-ngetuk pintu rumah menjerti dan meminta kembalikan anaknya. Mendengar dari suara tersebut mereka kenal itu adalah suara mendiang Letchumi. Darah mereka seisi keluarga berderau. Semua tidak boleh tidur sepanjang malam akibat diganggu dengan ekstrem.'Hantu' Letchumi balik dan membuat onar untuk menuntut anaknya kembali.
Akhirnya, pakcik kepada Prabu yang agak bijak menipu Letchumi dengan mengatakan anaknya telah mati. Pada mulanya Letchumi semakin meradang apabila mengetahui anaknya sudah mati. Setelah berjaya dipujuk oleh beberapa sami, akhirnya Letchumi pergi.
Mungkin cerita ini betul dan mungkin tidak hanya direka oleh orang-orang tua sebagai pengajaran.
Macam tak berapa nak logik.
ReplyDeletedapat dari orang cerita neh heheheh
DeleteSesuai dijadikan novel pendek ni..
ReplyDeletekalau diberi peluang jadi penulis saya nk jer. blog neh cuma sambilan :)
Delete