Saka Mencari Tuan Di Malam Kematian


Sekarang aku nak cerita tentang satu pengamal perubatan tradisional yang dipanggil Pak Ali (bukan nama sebenar). Pak Ali merupakan pengamal perubatan tradisional di kampung. Ramai yang mencari Pak Ali jika mempunyai apa-apa masalah atau ingin berubat. Ramai yang tahu Pak Ali menggunakan cara yang salah untuk mengubati seseorang iaitu dengan menggunakan pengantara jin dan syaitan. Sehinggalah pada satu hari Pak Ali meninggal dunia. Setelah urusan pengkebumian selesai, salah seorang membuka kata, "Korang tahukan Pak Ali tuh masa hayat dia ada membela. Jadi malam neh kalau boleh lepas maghrib semua kena duduk kat rumah jangan keluar, sebab takut-takut lah kan".

Man(bukan nama sebenar) hanya mendengar, walaupun bunyi seperti agak tidak logik, ye lah. Masalah sekarang, Pak Ali yang membela, kenapa mereka pulak yang kena berjaga-jaga, lagipun tidak siapa tahu, kepada siapa saka tersebut diperturunkan, memandangkan Pak Ali memang tidak mempunyai waris.

Tetapi Man, hanya mengambil langkah berjaga-jaga, Ye lah manalah tahu, kalau benar malam neh Qarin Pak Ali kembali dan membuat kacau di kampung.

Pada malam kematian Pak Ali, bukan sahaja dirasai oleh Keluarga Man, malahan seluruh penduduk kampung. Boleh dikatakan pada malam itu, satu kampung berasa seram, jika dulu orang berani lepak ke kedai kopi hingga lewat malam, tetapi boleh dikatakan pada malam itu selepas maghrib jer suasana kampung benar-benar lengang dan hening.

Pada malam itu, Man juga tidur bersama-sama dengan anak-anak dan isteri di ruang tamu, mungkin kerana berasa takut yang teramat sangat!... Tiba-tiba dalam pukul 12 lebih tengah malam terdengar bunyi orang mengetuk pintu rumah sambil memberi salam. Memang Man  diam tak terkutik, kerana suara tersebut memang suara orang yang mereka kenal iaitu Pak Man!. Mujurlah anak-anak dan isteri Man sudah nyenyak tidur pada malam itu.

Sepanjang hayat Pak Man, selain menjadi pengamal ilmu hitam, Pak Man juga seorang perokok yang tegar, kerana itulah Pak Man mempunyai suara yang agak garau dan kasar kerana selalu batuk-batuk. Hampir setengah jam bunyi suara orang memanggil-manggil sambil memberi salam tidak dipedulikan oleh Man,. akhirnya ia berlalu pergi.

Tiba-tiba Man terfikir, nasib baik dia mendengar kata-kata penduduk kampung. Walaupun agak sukar untuk dipercayai, tapi sekurang-kurangnya tak salah jika dia mengambil langkah berjaga-jaga atau berundur selangkah daripada menjadi terlalu berani dan tidak menghiraukan kata-kata mereka.

Tambahan penduduk kampung lagi, jin yang dipelihara oleh Pak Ali memang terlalu banyak, jadi nasib lah kepada siapa-siapa yang berada diluar pada malam kematian Pak Ali, kerana ada desas desus mengatakan, jika sesiapa bertemu dengan 'Pak Ali' pada malam itu, secara automatik dia akan menjadi 'tuan' yang baru kepada jin-jin yang ditinggalkan oleh Pak Ali.

Comments

  1. Replies
    1. hurm... anggap jer cerita2 neh semua sebagai hiburan.. thanx for reading :)

      Delete
  2. Menakutkan tapi kisah begini biasa terjadi sebenarnya. Cuma kita saja yang belum pernah mengalaminya kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul... kalau yang pernah ada pengalaman memang tahu macam mana. kalau tak takkan cerita macam neh boleh ada. terima kasih sudi singgah

      Delete

Post a Comment

Popular Posts