'Berkat' Kilang Roti
Kali ini, aku nak bercerita tentang satu kilang roti yang bukan berada di Malaysia. Harituh seorang budak baru masuk bekerja di kilang tersebut yang bernama Kirah(bukan nama sebenar), hal ini diperhatikan oleh Supervisor kilang terbabit yang bernama Mano (bukan nama sebenar). Kebetulan pada hari yang sama Kirah dan Mano bekerja shift pagi dari pukul 8pagi sampai 4 petang.
Tiba-tiba pada pukul 2 petang, pekerja yang baru masuk bekerja hari tersebut bernama Kirah keluar ketandas. Kemudian sewaktu Kirah kembali dari tandas, Mano perhatikan dia sedang berborak dengan seorang lagi pekerja yang sudah lama bekerja dikenali sebagai Sue (bukan nama sebenar) yang telah bekerja 3 tahun dikilang terbabit. Mano mencuri dengar perbualan mereka.
Kirah : Kak, tadi saya pergi tandas, saya jumpa dengan satu makcik neh, Dia pelik. Dia cakap jangan masuk tandas bilik nombor 6. Saya masuk tandas nombor 5 dengar bunyi suara orang menangis, Bila keluar carik, makcik yang jaga tandas tuh pun tak ada, tak tahu apa punca bunyi orang menangis tuh.
Sue : Ko pergi tandas lama tu ker?
Kirah : Ntah lah kak. Tapi tandas tuh bersih jer, dalam kosong takde orang, makcik tuh pun nampak pelik, muka dia macam orang tak cukup tidur, bawah mata macam merah kehitaman macam tuh. Dia siap pesan jangan masuk tandas no 6. Saya tak fikir apa-apa kak. Mungkin tandas tuh rosak. Saya masuk tandas no 5 dengar bunyi orang menangis tapi lama-lama macam ketawa pun ada. Saya keluar nak carik makcik tadi tapi tak jumpa, lepastuh suara tuh dah tak kedengaran bila saya kat luar tandas. Saya terus lari balik kesini.
Kemudian mano pun menyampuk,
Mano : Takpe, lepas kerja neh aku cerita kat ko.
Setelah habis syif pagi, pada pukul 0445 petang, setelah semua staf syif pagi keluar dari operasi, Mano dan Kirah berjumpa, Mano terus membawa Kirah ke tandas yang dimaksudkan.
Mano : Tandas neh ker yang ko pergi tadi ?
Kirah : Yer, tandas neh lah yang aku pergi.
Mano : Tandas neh dah lama berkunci.
Kirah : Eh ? tapi masa aku pergi , tandas neh tak kunci , siap ada satu makcik jaga . Aku cakap betul , aku pergi tadi tandas neh bersih.
Mano : Sebab tuh aku pelik bila ko cakap ko boleh masuk dalam tandas neh. Sebenarnya tempat neh ada cerita dan sejarah.
Kirah : Cerita apa ?
Mano : Macam ni, sebenarnya, dari hari kilang neh bukak, setiap enam bulan sekali, mesti ada orang mati dekat dalam kilang neh. ..
Kemudian.. terdengar suara Kak Sue memanggil mereka dari belakang.. mereka menoleh.. Kak Sue menyampuk..
Sue : Tandas neh dah lama ditutup sejak ada satu peristiwa yang mengejutkan kat kilang neh berlaku.
Mano memandang Kirah seolah-olah memberitahu yang dia tidak menipu apabila Sue bercerita perkara yang sama. Sue yang agak becok terus menyambung.
Sue : Dulu tandas neh ada orang mati betul-betul kat depan pintu tandas neh sebab tergelincir. Seminggu lepastuh pulak ada orang mati sebab terkunci kat tandas no 6. Pagi esoknya, bila pekerja tandas bukak pintu tandas no 6, orang tuh dah mati dan ada tanda lebam kat tangan kiri lepastuh kat leher merah macam terkena air panas.Semenjak peristiwa tuh, kilang neh macam ada satu sumpahan, setiap 6 bulan sekali mesti ada orang mati dekat kilang neh , dalam keadaan mengerikan, mata terkeluar, dan jari hilang .
Selepas mendengar penjelasan Mano & Sue, Kirah menjadi menggeletar dan terus ingin terduduk dibawah satu pokok menghadap kekilang bangunan kilang yang besar itu. Untuk makluman kilang roti itu sungguh luas, mempunyai keluasan 8 hektar dan mempunyai dua bangunan. Bangunan lama dan bangunan baru. Kirah bekerja di bangunan baru pada hari pertama dia bekerja. Kemudian Kirah mula bersuara.
Kirah : Hey. cuba tengok kat tingkat dua bangunan tuh. Macam ada satu perempuan memakai hijab sedang melambai-lambai.
Sue & Mano berpusing seraya berkata mereka tidak nampak apa-apa. Kemudian Sue meminta diri untuk beransur kerana dia berlainan arah dari dorang. Beberapa saat kemudian, Mano & Kirah bergerak perlahan-lahan keluar kawasan kilang, pada waktu itulah tiba-tiba Mano teringat, dia tertinggal telefon bimbitnya dan meminta diri untuk patah balik.
Kirah terus keluar, dan sewaktu melintas jalan tiba-tiba Kirah kecelakaan, dia dirempuh dengan sebuah kereta dan tercampak sejauh 2 meter betul-betul depan kilang.
Cara kematian Kirah, sungguh tragis. Sama seperti yang diceritakan oleh mereka, mayat kirah dalam keadaan mata terkeluar, jari-jarinya putus dan hilang!
Kirah adalah merupakan Korban yang ke-6!.
Kilang tersebut memang akan menuntut korban setiap 6 bulan, Pernah juga , kilang tersebut menerima aduan dan digesa supaya ditutup. Tapi sehingga sekarang, kilang tersebut masih operasi. Untuk pengetahuan, setiap kali kilang tersebut menerima 'KORBAN" setiap kali itulah perniagaannya semakin laris! Sehinggakan tanah 8 ekar hanya untuk Kilang Roti sahaja. Bayangkan..
Selain cerita Kirah, ada satu cerita melibatkan pengalaman pencerita sendiri, apabila ada seorang budak berumur 12 tahun pernah terlihat, 'orang' yang pernah mati di kilang terbabit, menangis-menangis teresak-esak dihadapan kilang terbabit.
Selain itu, pengalaman dari orang luar yang bukan pekerja kilang itu juga pernah terserempak pada satu malam jumaat, ada satu ambulans berhenti betul-betul dihadapan kilang. Didalamnya semua terdapat orang-orang yang pernah mati kecelakaan di kilang roti terbabit.
Comments
Post a Comment