Hotel Berhantu : Bekas Tapak Hospital Lama










Heheheheh are you ready to rocks? Eh silap, Are you ready to momoks?  

Ok kali ini aku nak bercerita tentang satu hotel berhantu disekitar Kuala Lumpur . Aku tak berani nak sebut nama hotel tersebut, sebab aku tak sanggup disaman oleh syarikat korporat, kalau cerita pasal hantu jer tak ada masalah, sebab hantu neh tak ada maknanya nak saman-saman manusia neh kan, hantu neh bukan berduit nak upah lawyer koh koh koh. Jadi natijahnya, aku lagi berani sebut nama hantu dari nama orang, ede fehem?(ada faham? )

Cerita 1 

Cerita pertama yang aku nak sebut adalah cerita seorang Warga Singapura yang teringin nak berjalan-jalan di Malaysia disekitar Kuala Lumpur. Mereka tiba di Kuala Lumpur agak awal jadi tak boleh nak 'check in' , tunggu dalam pukul 3 petang barulah mereka dapat masuk ke dalam hotel. 
Biar aku namakan mereka Fira dan Ariana, mereka di Kuala Lumpur bukanlah berdua sebaliknya mereka juga ada satu kenalan yang menetap di Kuala Lumpur yang bernama Diana. Setibanya di Kuala Lumpur, Fira menghantar teks pesanan ringkas kepada Diana. Sewaktu Fira memberitahu yang mereka menetap di Hotel tersebut, Diana terus membalas "?????????? kenapa duduk hotel situ?". Pada mulanya mereka tidak mengesyaki apa-apa. mungkin Diana bermaksud hotel tersebut seolah-olah seperti Hotel Bajet dan Murah.

Nak dijadikan cerita, mereka bertiga berjumpa di tengah Ibu Kota Kuala Lumpur mungkin melepak dan shopping bersama. Lewat malam , barulah mereka bersurai, Diana terus pulang kerumah manakala Fira dan Ariana balik ke hotel, sewaktu keluar dari lif sewaktu mereka berjalan menuju ke bilik mereka, Ariana bersuara "Fira, ko rasa tak macam jauh jer nak sampai kat bilik kita neh.. kenapa yek?".. Fira terus menjawab "Alah,, ko dah penat memang lah rasa macam tuh"..

Setibanya di hadapan bilik mereka, mereka seperti tidak sedap hati apabila terdengar seolah-olah ada bunyi seseorang menekan kunci pada tombol pintu dari dalam. Mereka cuba mengawal perasaan dan terus masuk.

Fira terus duduk di hujung katil, manakla Ariana pula sedang membuka kasut, sewaktu Ariana sedang membuka kasutnya sambil memandang kearah Fira, dia bersuara " Fira, tolong jangan pandang belakang, terus bangun dan keluar dari sini sekarang!".

Mereka bergegas keluar dan terus turun ke lobi. Sewaktu berada di lobi lah Fira menceritakan yang dia ternampak ada satu perempuan berambut panjang berpakaian putih sedang terbaring terbujur di belakang Fira.!

Sepanjang malam, Fira dan Ariana hanya tidur di lobi hotel, keesokan paginya mereka terus masuk kebilik hanya mencuci muka tanpa mandi terus pulang ke Singapura.




Cerita 2



Cerita kedua pula mengisahkan seorang lelaki yang duduk di hotel yang dimaksudkan, ceritanya agak ringkas, katanya sewaktu dia sedang menyewa di hotel tersebut seorang diri, pada waktu tengah malam dia tersedar apabila tercium bau yang sangat busuk, kemudian alangkah terkejutnya apabila dia terpandang ada satu lembaga sedang duduk mencangkung diatas TV. Badannya kecil seperti kanak-kanak tapi mukanya sangat hodoh!. 

Dia bingkas bangun dan membuka lampu, kemudian lembaga tersebut terus menghilangkan diri.

Begitulah beberapa kisah yang aku dapat pasal hotel tersebut. Mungkin sesiapa yang tinggal sekitarnya sudah maklum dengan HOTEL terbabit. kebanyakkan yang datang menyewa semuanya dari orang yang luar di kawasan Kuala Lumpur. 

Jadi berhati-hatilah, jika anda merancang untuk berjalan dan bercuti adalah bagus jika anda 'google' nama-nama hotel yang bakal anda pergi sebelum mengambil keputusan menetap disana, untuk mengelakkan malam yang indah anda hanya berakhir di lobi hotel ekekekeke.
































Comments

  1. sumpah seram... tapi saya nak tahu gak hotel tu kat mana. Harap2 saya tak termasuk dalam hotel tu.

    salam singgah...


    CARA MENCEGAH ALZHEIMER

    ReplyDelete
  2. kalau nak tau, yg tulis cite antu ni kakak saye.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh x email sy apa nma hotel tu,sbb nk elak sy dn kluarga terkena.lyn7778@gmail.com

      Delete
    2. Boleh x email sy apa nma hotel tu,sbb nk elak sy dn kluarga terkena.lyn7778@gmail.com

      Delete
    3. tune hotel x x silap saya..di chow kit KL..sbb sbb cikgu pernah cerita

      Delete
  3. Saya pernah dengar cerita ni kat youtube mj12 kompilasi kisah kisah seram hotel berhantu. Hehehe

    ReplyDelete
  4. TUNE HOTEL DOWNTOWN KL.

    ReplyDelete
  5. Dah 5 malam stay kat hotel yg dimaksudkan.Menurut suami, dia dilahirkan di hospital yg kini dijadikan hotel ni.Allah Maha Mengetahui.Alhamdulillah....tiada apa yg berlaku seperti dikatakan kebanyakan orang.

    ReplyDelete
  6. kelinci99
    Togel Online Terpercaya Dan Games Laiinnya Live Casino.
    HOT PROMO NEW MEMBER FREECHIPS 5ribu !!
    NEXT DEPOSIT 50ribu FREECHIPS 5RB !!
    Ada Bagi2 Freechips Untuk New Member + Bonus Depositnya Loh ,
    Yuk Daftarkan Sekarang Mumpung Ada Freechips Setiap Harinya
    segera daftar dan bermain ya selain Togel ad juga Games Online Betting lain nya ,
    yang bisa di mainkan dgn 1 userid saja .
    yukk daftar di www.kelinci99.casino

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts