Sejarah Rumah Pemprosesan Kentang
Kali ini, aku nak bercerita tentang satu cerita misteri dari Jakarta Selatan di Daerah Prapanca, Indonesia. Cerita ini melibatkan seorang roh kanak-kanak yang tidak tenteram.
Cerita bermula, apabila pada satu hari, seorang wanita iaitu pemilik katering mendapat tempahan yang banyak. Nak dijadikan cerita, sewaktu merebus kentang, tiba-tiba anak wanita tersebut terjatuh kedalam periuk rebusan kentang dan mati.
Semenjak peristiwa itulah, sesiapa yang melalui dihadapan rumah sama ada menaiki kenderaan , apatah lagi berjalan kaki, akan tercium bau kentang rebus di rumah tersebut. Ada juga yang terdengar suara budak kecil yang menangis sayup-sayup dipercayai suara roh kanak-kanak terbabit.
Menurut ahli paranormal disana, bau kentang yang kadang kadang dialami oleh penduduk setempat adalah berpunca daripada satu makhluk yang dikenali sebagai 'genderowo'. Di dalam Mitos Jawa, Genderuwo adalah sejenis makhluk halus yang kelihatan seperti monyet dan bertubuh manusia yang berbadan besar dan mempunyai kulit yang hitam kemerahan. Mereka juga percaya, makhluk ini gemar menduduki kawasan-kawasan batu-batu yang berair seperti air terjun, bangunan dan rumah-rumah lama, pokok-pokok besar dan apa-apa sahaja tempat yang lembap, teduh dan sepi.
Kisah Rumah Kentang ini sudah diabadikan dalam sebuah filem yang berjudul Rumah Kentang. Menurut krew krew filem yang terlibat, "Tempat ini (Rumah Kentang) sangat misteri walaupun luaran kelihatan biasa-biasa sahaja, Disini seolah-olah ada aura kesakitan dan amarah yang teramat sangat, saya juga tak faham, kenapa mesti adakan 'shooting' dekat tempat cerita ini berasal? Rumah ini bukan sahaja ada roh anak kecil malahan terdapat beberapa makhluk lain, tapi yang paling jelas tidak suka dengan kedatangan kami adalah roh anak kecil itu. Dia tidak suka diganggu dan seolah-olah meminta kami keluar dari sini secepat mungkin kalau tidak akan berlaku sesuatu musibah kepada kami".
Apa yang dikatakan oleh krew penggambaran diatas ternyata benar, kerana pelakon utama, Gilang Dirgahari sempat merasakan perkara-perkara pelik ketika sedang berada di bilik air menurutnya (terjemahan dalam Bahasa Melayu) " Secara jujur saya ada terbau kentang selepas buang air kecil. Bau seperti kentang yang lepas dicuci, Saya mula dapat merasakan yang rumah ini memang 'keras' setelah terbau kentang tadi."
Akhir sekali, sutradara yang berpengalaman, Jose Poernomo mempunyai beberapa petua untuk menghindari perkara-perkara yang tidak diingini sepanjang pengambaran. Salah satunya, Jose mengelak untuk 'shooting' di hari Jumaat kerana kerana menurut penduduk sekitar, pada hari Jumaat, 'penghuni tetap' disitu akan 'menunjukkan' diri.
Menurut Jose lagi, selama penggambaran dijalankan, dia tidak pernah diganggu oleh makhluk-makhluk mistik kerana dia sering bersama-sama dengan enam hingga tujuh krew di bahagian kamera. Peristiwa misteri hanya terjadi kepada jurumekap artis dan juga pelakon yang memegang watak hantu itu sendiri.
Saya pernah tengok filem Rumah Kentang tu. Memang best. Tak sangka pula tu kisah benar.
ReplyDelete