Rumah Puaka
Kali ini, aku nak cerita tentang satu pengalaman sepasang suami isteri yang memilih untuk menetap di rumah kampung milik arwah ibu bapa kepada suami.
Pada waktu itu, si isteri sedang mengandung. Mungkin sudah takdir, kebetulan ibu kepada suami, baru sahaja meninggal dunia. Nak dijadikan cerita, terdapat beberapa gangguan sewaktu mereka suami isteri menetap disitu.
Antaranyalah, sewaktu mereka baru berpindah disitu, sewaktu sedang tidur, tiba-tiba mereka terdengar bunyi orang mengetuk-ngetuk tingkap bilik, untuk makluman, rumah kampung yang mereka duduki pada waktu itu mempunyai bilik ditingkat atas, maka adalah mustahil jika ada orang boleh mengetuk tingkap bilik, kerana kedudukan tingkap bilik adalah agak tinggi tak tercapai tangan jika disentuh dari luar rumah melainkan menggunakan kayu. Mereka terdengar bunyi orang mengetuk dan memberi salam. Mulanya si isteri menegur, tetapi si suami hanya meminta tidak mempedulikan, kerana kedudukan rumah kampung itu berada di tengah hutan, adalah agak mustahil jika ada orang mencari mereka tengah-tengah malam dan terus mengetuk tingkap bilik, bukan pintu rumah.
Kemudian nak dijadikan cerita, akhirnya si isteri pun bersalin, pada waktu itulah si isteri diganggu dengan lebih dahsyat, Pada waktu itu, si isteri sedang menyusukan bayi, tiba-tiba si isteri terpekik. Si suami pun pergi mendapatkan isterinya, dalam keadaan teresak-esak, isteri menerangkan apa yang terjadi, menurut isteri tiba-tiba sewaktu dia sedang mendukung bayi, kepala bayi tersebut bertukar menjadi muka orang tua, muka seorang lelaki, tetapi suami tak percaya.
Nak dijadikan cerita, kemuncak kepada kisah ini yang membuatkan mereka berpindah apabila pada satu malam suami isteri sedang menonton tv diruang bawah rumah. Tiba-tiba mereka terlihat sesusuk tubuh wanita tua dengan rambut putih merangkak turun ke tangga.
Sekarang, rumah tersebut tidak lagi mereka duduki, tetapi di sewa. Menurut mereka, sepanjang penyewa baru menduduki rumah itu, tiada mereka mendengar sebarang aduan tentang kejadian-kejadian pelik tersebut, mungkin makhluk tersebut hanya mengganggu mereka suami isteri.
Sekian..
Comments
Post a Comment