Resort Berhantu



Kali neh, aku nak bercerita pengalaman Amelia yang pernah menginap salah satu resort di Malaysia. Rasanya tak perlulah aku sebut nama resort terbabit. Sebenarnya Amelia memang tidak berpuas hati bila jejak saja kaki ke Resort terbabit, ternyata indah khabar dari rupa!

Sewaktu dia dan suami membuat review secara online, kelihatan semuanya indah belaka. Bila sampai jer Amelia terkejut kelihatan agak lama. Ada satu laluan seperti ada sarang labah-labah seolah-olah laluan tersebut sudah lama tidak dilalu oleh sesiapa.

Tambah Amelia, sebenarnya sebelum neh dia dah buat tempahan secara atas talian (online) , dah confirm booking room. Tapi bila sampai disana, dia terpaksa menunggu hampir setengah jam, kononnnya bilik tak 'ready'. Mengamuk jugak lah dia masa tuh. Selepas merungut kepada Reception hotel terbabit, barulah pekerja tersebut memberi dia sebuah bilik.

Sewaktu sampai sahaja ke bilik mereka, suaminya Hamzah terus meluru masuk ke bilik air, kerana dari perjalanan lagi dia sudah mengadu perutnya memulas. Disebabkan Amelia tidak berpuas hati, hampir ke semua benda-benda didalam bilik tersebut diperiksa, katil, cadar, sofa, Tv dan tandas hanya dapat diperiksa selepas suaminya keluar.

Dari waktu dia sampai sehinggalah malam dalam pukul 8, suaminya masih mengadu perutnya memulas, lantas suaminya meminta izin keluar sebentar untuk membeli ubat untuk menghentikan ketidakselesaan tersebut.

Sewaktu Amelia menonton tv, dia dapat dengar seperti ada orang sedang menggunakan bilik air. Dia berasa pelik, bukankah suaminya dah keluar? Tapi dalam masa yang sama, Amelia terasa ingin tahu.

Tapi, belum sampai ke depan tandas, langkah kaki Amelia terhenti apabila...

Amelia terlihat dari pantulan cermin yang betul-betul menghadap bilik air tersebut, dia nampak sesusuk tubuh perempuan dalam keadaan basah kuyup dan muka pucat kebiruan.

Astaghfirullah al azim.. Amelia beristighfar...

Jika dulu, Amelia pernah terdengar kata-kata orang, kononnya hantu tidak boleh dilihat melalui cermin, tetapi pada malam itu, persepsinya terus berubah, Ternyata kata-kata itu tidak boleh digunapakai.

Amelia terus meraba-raba tas tangannya untuk mencari telefon bimbit, untuk menghubungi suami. Tiba-tiba baru dia teringat, yang telefonnya berada dalam pouch bag suaminya, dan beg tersebut telah dibawa sekali sewaktu suaminya keluar tadi.

Tidak mahu terus menunggu, Amelia mengambil keputusan untuk keluar dan menunggu di balkoni sehinggalah suaminya balik. Pada waktu itulah dia diuji lagi, terdengar seperti tapak atau langkah orang berjalan dari dalam seperti bunyi berkecak kecak dapat Amelia bayangkan tapak kaki tersebut seperti bunyi orang sedang basah dan memakai pakaian sehinggalah boleh menghasilkan bunyi berkecak tersebut.

Sewaktu suami Amelia pulang, suaminya kehairanan dan menegur " Awak buat apa kat luar neh?"..

Amelia menceritakan apa yang terjadi, pada waktu itulah mereka masuk bersama-sama dan alangkah terkejutnya mereka...

...alangkah terkejutnya mereka, bila mereka lihat bilik tersebut basah! Suaminya terus menghubungi maintenance, manakala Amelia merungut hendak menukar bilik.

Mereka menunggu diluar, Sewaktu mereka bersama-sama dengan maintencance dan incharge resort pada malam tersebut sama-sama masuk kedalam, aneh!

Bilik tersebut kering.

Tetapi Amelia tetap berkeras hendak menukar bilik lain. Ketika ditanya alasan untuk menukar bilik oleh reception tersebut, Amelia tetap berkeras, "Saya tak kira!. Bilik saya basah ke tak? Yang penting saya nak tukar bilik lain sekarang!"

Bukan Halusinasi, Tetapi suami Amelia juga turut menyaksikan bagaimana bilik yang basah tiba-tiba boleh menjadi kering!

Comments

  1. Jangan sampai saya masuk ke resort tu dah la.

    ReplyDelete
  2. kelinci99
    Togel Online Terpercaya Dan Games Laiinnya Live Casino.
    HOT PROMO NEW MEMBER FREECHIPS 5ribu !!
    NEXT DEPOSIT 50ribu FREECHIPS 5RB !!
    Ada Bagi2 Freechips Untuk New Member + Bonus Depositnya Loh ,
    Yuk Daftarkan Sekarang Mumpung Ada Freechips Setiap Harinya
    segera daftar dan bermain ya selain Togel ad juga Games Online Betting lain nya ,
    yang bisa di mainkan dgn 1 userid saja .
    yukk daftar di www.kelinci99.casino

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts