Pesakit Katil Hadapan
Kali neh aku nak bercerita pasal seorang pesakit yang ditahan wad disebuah hospital di Singapura. Menurut Rossy (bukan nama sebenar), dia ditahan didalam wad yang mempunyai 4 katil (pesakit) sebilik.
Pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh Rossy ini melibatkan seorang pesakit yang duduk berhadapan dengannya yang telah dimasukkan wad terlebih dahulu, asyik terbaring dan terlantar. Pesakit itu juga mengeluarkan suara yang agak bising seperti suara orang yang menahan kesakitan.
Nak dijadikan cerita, pada satu pagi, sekumpulan nurse dan seorang doktor datang ke katil pesakit tersebut, dan membawa keluar pesakit tersebut dalam keadaan ber 'drip'. "Hurm.. nak kena 'operate' lah tuh" kata Rossy dalam hati.
Rossy tidak menyedari bila waktu pesakit tersebut sudah habis pembedahan, tetapi Rossy tersedar pada tengah malam dan dia terperasan tirai ditarik bagi menutup katil pesakit dihadapan. Serentak dengan itu, suara pesakit terbabit seperti merintih kesakitan kini makin kuat.
Rossy terus menekan 'bell' untuk memanggil jururawat dan mengadu pesakit dikatil hadapan mungkin mengalami implikasi selepas pembedahan dan kerana itulah dia mengerang kesakitan.
Jururawat tersebut terus menyelak tirai yang menutupi katil tersebut dan menunjukkan kepada Rossy bahawa tiada orang dikatil hadapan.
Rossy tetap berkeras dan juga mempertahankan bahawa dia ada mendengar suara tersebut sambil meminta jururawat tersebut bertanya lagi dua pesakit yang berada dalam bilik tersebut.
Tetapi ternyata, lagi dua pesakit yang bersama satu wad dengan Rossy tidak mendengar suara rintihan yang didakwa oleh Rossy.
Akhirnya, satu ayat yang mebuatkan Rossy terus terdiam apabila jururawat tersebut berkata " Ma'am there's nobody infront of you since the patient passed away this morning (Puan, depan katil puan memang dah tak ada pesakit sejak pesakit dikatil hadapan neh dah meninggal pagi tadi).
Kini sedarlah Rossy, bahawa pagi tadi sewaktu sekumpulan jururawat dan seorang doktor membawa pesakit itu keluar bukanlah kerana pembedahan, sebaliknya pesakit itu telah mati.
apehal laa crite ko bantut2 je
ReplyDelete