Tone Excel

Friday, November 22, 2013

Kaitan Kayap dengan Sihir.

Cerita neh, sudah bertahun berlalu. Terjadi dalam saudara terdekat aku jugak.. Cuma aku agak terkilan, Mak Saudara aku neh meninggal dalam usia yang muda.. Dia bukanlah adik beradik kandung mak aku.. Tapi sepupu dengan mak aku.. Kalau sepupu mak aku,, kira pangkat mak sedara gak lah.. Tapi walaupun dia pangkat mak sedara  dengan aku, aku dah terbiasa panggil dia akak,, biarlah aku namakan dia sebagai Kak Iza.

Tuesday, November 12, 2013

Sumpahan Foto Neng Jemah


Neng Jemah (Bukan Nama Sebenar) merupakan seorang Pakar Ilmu Hitam. Neng Jemah bukan sahaja menimbulkan huru hara sewaktu dia hidup, malahan selepas dia meninggal dunia pon dia masih menimbulkan kekacauan.

Thursday, November 7, 2013

Ilmu Pukau Pak Arab


Tadi bila aku dengar Misteri Jam 12 kat Youtube yang tarikh 05/11/2013 aku jadi tertarik nak share pasal pengalaman pukau yang aku pernah alami sendiri.

Dua kali aku di pukau. Aku bercerita cuma untuk sesiapa yang baca blog aku neh lebih hati-hati. Modus operandi memang sama, dan apa yang aku perasan pelaku tu memang orang dari Asia Barat, kalau tak orang Arab mungkin Iran macam tu lah.. sebab aku boleh perasan dari Bahasa Inggeris yang digunakan.

Wednesday, November 6, 2013

Siapa Ambik Saka Tok Darwin???

Aku tak nak komen banyak pasal cerita neh,, dan aku tak nak ulas dengan lebih lanjut macam mana aku boleh dapat cerita neh.. 

Sepanjang hayat Tok Darwin, semua penduduk kampung akui yang Tok Darwin seorang yang kuat beribadat dan rajin solat berjemaah di surau/masjid kampong.. Hayat Tok Darwin hampir 90 tahun jika mengikut daripada kad pengenalan,, tetapi kemungkinan umur Tok Darwin lebih dari itu kerana mengikut cerita orang-orang, orang kampung dahulu lambat mendaftar kelahiran anak masing-masing.. 

Tok Darwin ada membela seorang cucu dari cucu nya itu bayi lagi,, Nak dijadikan cerita , rumahtangga cucu Tok Darwin berantakan dan sering bergaduh dengan suaminya sebelom bercerai.. Atas rasa kesian kepada cucunya, Tok Darwin pernah berbual secara peribadi untuk menyampaikan satu ilmu,, Tak pasti ilmu apakah itu,, tetapi mengikut Tok Darwin, apabila ayat ini diturunkan kepada cucunya, Tok Darwin akan MATI..

Cucu Tok Darwin tidak sampai hati, kerana Cucu Tok Darwin merasakan yang dia masih memerlukan Tok Darwin.. Lagipon ilmu yang diturunkan tu seperti jampi serapah dalam Bahasa Siam.. Hurm... Selang beberapa bulan Cucu Tok Darwin menolak penerimaan ilmu tersebut,, Cucu Tok Darwin berpisah dengan suaminya. Mungkin dah takdir, jodoh perkahwinan mereka hanya bertahan selama 13 tahun sahaja.. 

Selang 10 tahun, Tok Darwin meninggal dunia kerana sakit tua. Tapi yang menjadi persoalan,, dengan siapakah Tok Darwin turunkan ilmu tersebut sebelum dia meninggal dunia? Memang lah jodoh, kematian  semua takdir Allah.. Tetapi kemungkinan juga Tok Darwin sudah tidak mengamalkan ilmu tersebut sebelum dia meninggal.. Wallahuallam..