Tone Excel

Thursday, June 26, 2014

Gangguan Sebelum Ramadhan

Sebenarnya pagi neh. Bila sampai kat ofis. Aku agak panas hati gak bila tengok ada orang 'on' kan PC aku.. Aku heran.. sape lak yang buat keje kat tempat aku neh.. ker aku lupe nak 'turn off' kan PC aku sebelom balik ofis semalam.

Tuesday, June 10, 2014

Sumpahan "The Smith Sister"




Hai,
Sebenarnya aku tergerak hati nak buat cerita pasal 'The Smith Sister' neh bila aku dengar kat dalam Misteri Jam 12. Cerita mengisahkan kawan kepada pemanggil yang menelefon konti Ria sewaktu segmen Misteri Jam 12 ada terbaca sebuah blog berkenaan dua beradik  yang dibunuh secara kejam pada Tahun 1993, tetapi sehingga kes ini ditutup pada 2000, pembunuhnya masih lagi tidak dapat dikesan.

Menurut pemanggil lagi, dia sendiri tidak berani membaca blog terbabit kerana dalam blog itu, muzik latar yang digunakan sangat menyeramkan. Ceritanya lagi, selepas kawannya membaca blog tersebut, dia diganggu secara perlahan-lahan. Pada mulanya, dia sering bermimpi yang buruk-buruk dan menyeramkan.Sehingga dia pernah menjerit-jerit didalam tidur, mujurlah suaminya ada menyedarkannya dari tidur. Selepas sering diganggu dalam tidur, dia seperti mengalami halusinasi. Mungkin juga, kerana kawannya terlalu taksub kepada blog terbabit, sehingga menyebabkan dia menjadi gila. sehingga dia terpaksa dirawat di hospital sakit jiwa.

Lepas aku dengar tentang pengalaman pemanggil, aku berminat nak ' google' tentang dua beradik neh. Tapi, memang betul, waktu aku baca blog neh aku jadi tertarik. Disebabkan kisah 'Smith Sister' neh dari Planfield, Wisconsin. Kebanyakan blog yang aku baca semua dalam Bahasa Inggeris.

Jadi, aku akan persembahkan balik kisah 'The Smith Sister' dengan cara aku sendiri dalam Bahasa Melayu.

Cerita bermula pada Tahun 2005 apabila tersebar satu surat berantai dilaman-laman sosial tentang Artikel Pembunuhan Dua Beradik ini.

Artikel berbentuk keratan akhbar pada Tahun 1993, Real Life Mysteries.Com berbunyi sebegini.

"Lisa & Sara Smith Dibunuh

Dua beradik telah dibunuh secara kejam di komuniti pekan kecil di Planfield, Wisconsin. Lisa Smith,19 dan adiknya Sarah Smith,15 telah diserang dirumah ibu bapa mereka pada malam 17 November dalam 1.30pagi.

Sarah ditemui ditikam dan dicekik diatas katil manakala Lisa telah dijempui tergantung didalam almari pakaian dan kulitnya disiat hidup-hidup.

Polis telah cuba melakukan penyiasatan dengan bersungguh sungguh tetapi pembunuhnya tetap tidak dapat diberkas. Bukan itu sahaja, malahan motif serangan juga tidak dapat dikesan. Pihak berkuasa hanya dapat menemui  satu mesej berunsur ugutan didalam komputer Lisa, yang telah dihantar melalui 'Internet Relay Chat Service' kemudian kes ditutup pada Oktober 2010"

Beberapa bulan kemudian setelah artikel tersebut tersebar di internet, artikel tersebut menjadi surat berantai dan harus disebarkan. Dalam e-mel berantai itu ada menyebut, jika e-mel berserta artikel ini tidak disebarkan, penerima akan mengalami nasib yang buruk, seperti kecederaan fizikal dan mati.

Sebaliknya jika surat itu disebarkan, penerima akan disayangi, kaya dan mempunyai kesihatan yang baik.
Surat berantai itu juga sama seperti artikel diatas, tetapi seperti sudah terdapat tokok tambah cerita.

Dalam surat berantai yang terbaru (yang telah ditokok tambah) berbunyi seperti ini.

Berikut adalah artikel berantai yang diterima pada tahun 2005.

"Seorang budak perempuan berkenalan dengan seorang lelaki didalam Yahoo Messenger. Budak perempuan itu ialah Lisa Smith,19 yang menggunakan ID Chat HotNsPiCy91 manakala Crazy1_86 adalah ID Chat bagi lelaki yang tidak dikenali.

Crazy1_86      : Hai Sayang!!!
HotNsPicy91  : Sapa neh?
Crazy1_86     : Peminat kamu
HotNsPicy91 : Oh yeke?
                        Jangan Merepek!
                        Sapa neh?

Crazy1_86   :  Saya suka awak pada kali pertama saya tenung mata awak.
                       Hari-hari saya teringat awak.
                       Awaklah yang saya idam-idamkan
                       Ibarat MIMIPI menjadi kenyataan.
                       Kita Pernah jumpa sekali, saya rasa mungkin awak tak ingat.
                       Saya kelar diri saya sendiri sebab kesakitan itu dapat mengurangkan perasaan saya 
                        terhadap awak. Malam ini awak akan jumpa saya.

HotNsPicy91 : SAPA NEH?1?1?1?

Crazy1_86   : Jangan risau, saya akan jaga awak baik-baik.

Crazy1_86   : (Keluar dari Chat)

Selepas perbualan itu, budak perempuan tersebut menjadi takut, lalu mengunci semua pintu dan tingkap dan dia juga memastikan biliknya dalam keadaan selamat. Dia tidak pasti, benda neh benar atau sekadar gurauan lalu mengambil keputusan untuk tidur bersama adik perempuannya.

Kemudian, dia terdengar bunyi ketukan ditingkap, dia berjalan perlahan ke tingkap dan terdengar bunyi ketukan semakin kuat. Apabila dia intai keluar tak ada apa-apa cuma ranting-ranting pokok kelihatan.

Dia kembali ke katil adiknya untuk tidur dan dia perasan katil adik dia basah dan seperti ada satu bau yang tidak enak, dia fikir mungkin adik dia terkencing atas katil, dia 'switch on' kan lampu, kemudian dia perasan bilik penuh dengan darah.

Dia tidak tahu nak buat apa, dia terus menyorok dalam almari baju, takut pembunuh tersbebut masih ada disana sedang menunggu dia. Sewaktu menyorok, dia nampak ada satu bayang hitam tapi dia tidak pasti apa benda tu. Dia mula rasa takut dan lelaki tersebut semakin menghampiri almari pakaian.

Dia hanya mampu memejamkan mata dan berharap semua ini hanyalah mimpi. Tiba-tiba, lelaki tersebut membuka pintu almari tersebut lalu merentap Lisa keluar dari almari.

Keesokannya, Ibu Bapa Lisa & Sarah Smith terjumpa mayat dua beradik malang itu. Lisa Smith dijumpai tergantung didalam almari dalam keadaan kulit disiat hidup-hidup. Manakala Sarah Smith mati ditikan diatas katilnya sendiri.

Dua tahun kemudian, Ibu Lisa & Sarah Mengandungkan seorang bayi lelaki, John Smith.
Bilik Lisa telah dijadikan bilik tamu manakala Bilik Sarah dijadikan bilik bayi, dimana tempat Pembunuhan dua beradik malang Lisa & Sarah Smith dibunuh.

Bayi lelaki itu membesar menjadi kanak-kanak yang pintar. Nak dijadikan cerita pada satu malam, sewaktu sedang menghadap komputer, dia mendapat 'Instant Message' (Chat service dari Yahoo).
HotNsPicy91 ialah Lisa Smith, 2seXay4u ialah John Smith.


HotNsPicy91 : Hai Adikku!!!
2seXay4u      : Ko neh sape?
HotNsPicy91 : Kakak kau..
2seXay4u       : Aku mana ada akak, aku anak tunggal. Kau buat lawak yek?

HotNsPicy91 : Mak & Abah tak pernah bagi tau kau?
                       Aku dah mati 15 tahun lepas dengan seorang lagi akak kau, Sarah.
                       Sarah adik aku. Kitorang dibunuh dalam bilik kau sekarang, bilik kau adalah bilik 
                       adik Sarah, dia dibunuh atas katil dan aku dibunuh dalam almari pakaian. Aku mati 
                       tergantung dalam almari akibat disiat kulit hidup-hidup.

2seXay4u    : Penipu! 
                     Aku tak pernah ada akak.
                     Kalau tak mesti mak & abah dah inform. 
                     Bongok ko!

HotNsPicy91 : Ko tak percaya aku?
                         Ok, kalau kau nak tengok bukti ada kat bawah lantai almari pakaian ko.
                         Aku ada ukir nama aku, masa dan tarikh aku dibunuh, kemudian aku ukir nama 
                        adik aku,Sarah. Kalau kau tak percaya, pergi 'check' internet, taip "Smith Sister 
                          Murdered Anonymously"

HotNsPicy91 : Aku sayang kau dik, aku sayang mak & abah sangat-sangat. Tapi tak sangka diorang simpan rahsia neh dari pengetahuan kau. Dorang memang patut kene bakar dalam neraka.


HotNsPicy91 : (signed out)

Kemudian, John terus memeriksa alamri pakaian. Ternyata.. ada ukiran disitu tertulis "Lisa & Sara Smith 1993".

Kemudian, John terus melayari internet dan mendapat segala info tentang "Lisa & Sara Smith Murdered Anonymously".

Esok pagi, dia turun ke bawah dan dia rasa rumah tersebut seperti sunyi sepi. Mungkin mak & ayah masih tidur, John mengagak. kemudian John terjumpa, Mak & Abah dalam almari pakaian mereka dan kulit mereka disiat. Kemudian John terlihat satu mesej terukir disitu :

"Kan aku dah kata,
Aku tak tipu..
Dik, Aku sayang Mak & Abah,
Tetapi kenapa diorang rahsiakan kewujudan kami dari pengetahuna kau?
Susah aku nak percaya.
Tapi takpe,
Sekarang aku dah bebas dari dari dunia yang kejam ini.
Aku tak nak cederakan kau seperti diorang (Mak & Abah).
Aku Sayang kau dik..

- Lisa Smith "

Sebenarnya terdapat dua versi tentang kisah John Smith. Versi kedua menyatakan:

"John Smith dibunuh dan digantung dalam almari pakaiannya serta kulit John disiat-siat,, kemudian dibawah almari tersebut terukir nama John 2007, selepas nama Lisa & Sarah Smith 1993."


Itulah contoh artikel berantai yang diterima oleh penduduk Plainfield, Wisconsin pada Tahun 2005 melalui emel atau lebih dikenali sebagai emel berantai.

Emel berantai ini mengandungi sumpahan dimana, sesiapa yang mendapat artikel diatas dan tidak menyebarkannya kepada orang lain, dia akan mengalami kecelakaan & MATI...

Berdasarkan kisah yang aku dengar dalam Misteri Jam 12, kemungkinan, kawan kepada pemanggil tersebut juga mendapat emel berantai kot. Hahahha

Mungkin kawan kepada pemanggil tu terlalu ikut perasaan sebab tu lah dia termimpi-mimpi masa tidur dan terbawa-bawa sehingga dia sakit jiwa...

Hurm...
Sebenarnya aku ada benda nak cakap dengan korang neh...

Sebenarnya korang baru sahaja baca Blog Berantai...
Huhuhuhuuhu...
Sesiapa yang Baca blog neh pastuh korang tak share dekat FB, Google+, Twitter...

Korang akan....

HAHAHAHHAHAHAHAHAHHHAHAHAHAHHAHAHAHHAHAHHAHAHHAHAHAHAHHAHAHHAHAHAHHAHAHAHAHHAHAHAHHAHAHHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHHAHAHHAHHAHHAAHHAAHAHHAHAHAHAHHAHAHHAAHAHHA



















Wednesday, June 4, 2014

Pengalaman Ibu 5 : Berjalan ke Kuburan




Ok, ini ialah pengalaman ibu yang kelima, pengalaman ibu sewaktu berjalan nak hantar kawan dia pulang, tapi ibu tak tahu kawasan rumah kawan ibu tuh ada kubur.

Biasalah kan, bila sebut kubur neh tak sah kalau tak ada cerita-cerita misteri disebaliknya. Kadang-kadang aku sendiri respect bila tengok orang yang boleh tinggal dekat kawasan perkuburan. Ataupun apa sahajalah yang berkaitan dengan kubur, termasuklah penggali kubur.

Salah satunya termasuklah pengalaman Ibu. katanya sewaktu Ibu dalam perjalanan  hendak menemani kawannya pulang kerumah. Ibu terbau sesuatu yang harum...

Harum macam mana nak tau? Bau macam kapur barus.. Kita semua maklum, kapur barus digunakan sewaktu kita hendak mengkafankan mayat. Aku sendiri tak pasti macam mana kapur barus digunakan. Adakah sewaktu mayat dimandikan ataupun kapur barus tuh diletak pada kain kapan? Tapi yang aku tahu bau kapur barus memang kuat kalau kita pergi rumah orang mati. Hahhahah bila sebut bau kapur barus neh aku nak tergelak jugak sebenarnya. Semalam aku berjalan dengan adik aku dekat Mid Valley, nak tengok wayang cerita MALEFICENT, tiba-tiba ada promoter bagi aku bau satu perfume neh, tak payah lah aku sebut brand apa hahahhaha, aku dapat jer aku cium, terus meremang bulu roma aku.. nape bau dia neh macam familiar? Eh? bau kapur barus kot.. hahhaha selalu kalau aku dapat kertas yang dorang spray perfume tuh aku simpan dalam beg atau purse, tapi kali neh aku dapat, aku cium, aku terus buang..Seram kot bau dia.. Kononnya bau 'Rose'.. oh yer lupe lak.. air 'Rose' pon sebenarnya bau orang mati gak tau..Aku pernah nampak masa ada kelas pengurusan jenazah, ada orang pergi percik air mawar atau ros dekat atas kain kapan bagi wangi hahahhaa.

Eh jauh lak aku melalut, berbalik kisah Ibu, itu lah yang dia terbau , bau kapur barus sepanjang perjalanan. Lepastuh tiba-tiba Ibu toleh belakang, Ibu terlihat ada orang tengah usung jenazah tengah malam...
Aku pun tak tanya Ibu dengan betul masa tuh, apakah yang dilihat Ibu benar-benar orang yang usung jenazah atau dia lihat dari 'mata batin' dia...


Sebenarnya, kalau ikutkan logik, gangguan di kubur bukanlah dari orang yang dah mati. Sebab orang yang dah mati tak boleh buat apa-apa. Tapi macam biasalah, kubur neh tempat yang sunyi, memang menjadi tempat permainan 'Syaitonirrojim'...

Tapi ada gak yang tak takut dengan kubur. contoh macam golongan mabuk kaki judi neh, sangggup pergi kubur nak mintak nombor ekor lah.. Kadang-kadang aku rasa setan pon takut dengan manusia yang macam tuh.







Sumber Foto :

1) http://usimages.detik.com/thumbnail/2013/05/02/1383/082655_jeruk4.jpg

2) http://lakonhidup.files.wordpress.com/2012/01/pengusung-jenazah-yang-berjalan-mundur-ilustrasi-budiono.jpg?w=426

Sunday, June 1, 2014

Pengalaman Ibu 4 : Burung Besar

Hai dah lama tak tulis blog ada dalam 4 hari kot.. huhuhuh mula-mula ingat nak tulis pengalamn kat Kellie's Castle tapi tak berkesempatan last-last tengok labu sayung jer lah hahahhaha. Kellie's Castle anganku musnah .... yang tinggal hanyalah Kellie's Custard.. sedap gak makan custard hujung-hujung minggu neh.. nak2 custard jagung simple jer.. k lah berbalik dengan pengalaman Ibu.. ada beberapa lagi pengalaman Ibu yang belom habis lagi dikongsi.

Esok aku akan share tentang pengalaman ibu tentang perjalanan nya kat tanah kubur.. boleh tahan gak lah seram nya tau...


Korang pernah nampak  burung bangau atau burung unta? Kalau tak pernah tolong google sekarang...




Dah-dah tak payah google.. lambat.. nah aku tunjukkan yang atas neh burung bangau k?
yang kat bawah neh burung unta.. seksi tak burung unta neh? seksi kan? aummm.... hahhahaha



K lah mengarut jer aku neh... kalau korang perhatikan antara gambar Burung Unta dengan Burung Bangau,, Burung Bangau kaler putih tapi kecik sikit dari Burung Unta, sebaliknya Burung Unta bulu berwarna coklat kehitaman dan lebih besar dari Burung Bangau.

Katakanlah bulu Burung Unta tuh kaler putih tiba-tiba korang nampak tengah-tengah malam.. apa yang korang fikirkan? mungkin korang masih ingat burung lagi kan? tapi kalau burung besar tuh terbang tinggi dan berpusing-pusing keliling korang?

Sebenarnya selain dari Pengalaman Ibu neh, aku pernah dengar beberapa pengalaman orang yang berkongsi di Misteri Jam 12.. tiap kali kalau diorang nampak 'benda tuh' mula-mula diorang ingat Burung Bangau.. tapi diorang akan pelik ,, kalau Burung  Bangau atau Burung Unta sekalipun, boleh ker dorang terbang dari tanah ke puncak pokok ketapang atau pokok beringin??? ok lah mungkin normal.. cuba bayangkan korang duduk apartment, tiba-tiba tengah malam korang nampak burung besar tuh terbang dari bawah ke atas, dari tingkat 'Ground floor' ke Tingkat 12.. tinggi tak? apa korang fikir waktu tuh? huhuhu

Oklah berbalik pengalamn ibu, sebelom aku dengar cerita ibu neh aku pernah dengar banyak cerita tentang pengalaman orang yang berjumpa dengan burung besar ini yang meragukan. Menurut Ibu, ada satu malam Ibu ternampak Burung Besar neh,, mula-mula ibu ingat Burung Bangau.. tapi Ibu berasa pelik bila Burung Bangau neh warna matanya merah,,

Burung Besar tuh macam faham yang Ibu dah tahu 'dia' tuh siapa, sengaja jer makhluk tuh pusingkan kepala dia 360 darjah .. huhuhuhu

Then, dia terbang plak keliling Ibu.

Sebenarnya, aku pon macam pernah ternampak kelibat Burung besar neh kat satu tempat.. tapi aku just buat bodoh.. sebab aku rasa dia cuma burung.. kepada korang yang pernah terlihat kelibat burung besar neh malam-malam berhati-hati lah.. jangan mulut tuh cabul nak menegur ke apa.. kang tak pasal-pasal dia tunjuk diri dia yang sebenar..

tapi, kalau korang masuk "Night Safari" kat Zoo tuh tolong pertimbangkanlah bila korang ternampak "Burung Besar" tengah-tengah malam kat dalam zoo yek heheheh...




Sumber Foto :

1) Burung Bangau

http://1.bp.blogspot.com/-3rvFECr1ek0/UdZw4ba6y1I/AAAAAAAAO9Y/mbY0zU16HFo/s631/Gambar+3.0.jpg

2) Burung Unta

http://4.bp.blogspot.com/-hdGdZ-q5gFE/Tz6FO51volI/AAAAAAAADpU/lalCz9Q-4EI/s1600/Burung+Unta.jpg