Sumpahan "The Smith Sister"




Hai,
Sebenarnya aku tergerak hati nak buat cerita pasal 'The Smith Sister' neh bila aku dengar kat dalam Misteri Jam 12. Cerita mengisahkan kawan kepada pemanggil yang menelefon konti Ria sewaktu segmen Misteri Jam 12 ada terbaca sebuah blog berkenaan dua beradik  yang dibunuh secara kejam pada Tahun 1993, tetapi sehingga kes ini ditutup pada 2000, pembunuhnya masih lagi tidak dapat dikesan.

Menurut pemanggil lagi, dia sendiri tidak berani membaca blog terbabit kerana dalam blog itu, muzik latar yang digunakan sangat menyeramkan. Ceritanya lagi, selepas kawannya membaca blog tersebut, dia diganggu secara perlahan-lahan. Pada mulanya, dia sering bermimpi yang buruk-buruk dan menyeramkan.Sehingga dia pernah menjerit-jerit didalam tidur, mujurlah suaminya ada menyedarkannya dari tidur. Selepas sering diganggu dalam tidur, dia seperti mengalami halusinasi. Mungkin juga, kerana kawannya terlalu taksub kepada blog terbabit, sehingga menyebabkan dia menjadi gila. sehingga dia terpaksa dirawat di hospital sakit jiwa.

Lepas aku dengar tentang pengalaman pemanggil, aku berminat nak ' google' tentang dua beradik neh. Tapi, memang betul, waktu aku baca blog neh aku jadi tertarik. Disebabkan kisah 'Smith Sister' neh dari Planfield, Wisconsin. Kebanyakan blog yang aku baca semua dalam Bahasa Inggeris.

Jadi, aku akan persembahkan balik kisah 'The Smith Sister' dengan cara aku sendiri dalam Bahasa Melayu.

Cerita bermula pada Tahun 2005 apabila tersebar satu surat berantai dilaman-laman sosial tentang Artikel Pembunuhan Dua Beradik ini.

Artikel berbentuk keratan akhbar pada Tahun 1993, Real Life Mysteries.Com berbunyi sebegini.

"Lisa & Sara Smith Dibunuh

Dua beradik telah dibunuh secara kejam di komuniti pekan kecil di Planfield, Wisconsin. Lisa Smith,19 dan adiknya Sarah Smith,15 telah diserang dirumah ibu bapa mereka pada malam 17 November dalam 1.30pagi.

Sarah ditemui ditikam dan dicekik diatas katil manakala Lisa telah dijempui tergantung didalam almari pakaian dan kulitnya disiat hidup-hidup.

Polis telah cuba melakukan penyiasatan dengan bersungguh sungguh tetapi pembunuhnya tetap tidak dapat diberkas. Bukan itu sahaja, malahan motif serangan juga tidak dapat dikesan. Pihak berkuasa hanya dapat menemui  satu mesej berunsur ugutan didalam komputer Lisa, yang telah dihantar melalui 'Internet Relay Chat Service' kemudian kes ditutup pada Oktober 2010"

Beberapa bulan kemudian setelah artikel tersebut tersebar di internet, artikel tersebut menjadi surat berantai dan harus disebarkan. Dalam e-mel berantai itu ada menyebut, jika e-mel berserta artikel ini tidak disebarkan, penerima akan mengalami nasib yang buruk, seperti kecederaan fizikal dan mati.

Sebaliknya jika surat itu disebarkan, penerima akan disayangi, kaya dan mempunyai kesihatan yang baik.
Surat berantai itu juga sama seperti artikel diatas, tetapi seperti sudah terdapat tokok tambah cerita.

Dalam surat berantai yang terbaru (yang telah ditokok tambah) berbunyi seperti ini.

Berikut adalah artikel berantai yang diterima pada tahun 2005.

"Seorang budak perempuan berkenalan dengan seorang lelaki didalam Yahoo Messenger. Budak perempuan itu ialah Lisa Smith,19 yang menggunakan ID Chat HotNsPiCy91 manakala Crazy1_86 adalah ID Chat bagi lelaki yang tidak dikenali.

Crazy1_86      : Hai Sayang!!!
HotNsPicy91  : Sapa neh?
Crazy1_86     : Peminat kamu
HotNsPicy91 : Oh yeke?
                        Jangan Merepek!
                        Sapa neh?

Crazy1_86   :  Saya suka awak pada kali pertama saya tenung mata awak.
                       Hari-hari saya teringat awak.
                       Awaklah yang saya idam-idamkan
                       Ibarat MIMIPI menjadi kenyataan.
                       Kita Pernah jumpa sekali, saya rasa mungkin awak tak ingat.
                       Saya kelar diri saya sendiri sebab kesakitan itu dapat mengurangkan perasaan saya 
                        terhadap awak. Malam ini awak akan jumpa saya.

HotNsPicy91 : SAPA NEH?1?1?1?

Crazy1_86   : Jangan risau, saya akan jaga awak baik-baik.

Crazy1_86   : (Keluar dari Chat)

Selepas perbualan itu, budak perempuan tersebut menjadi takut, lalu mengunci semua pintu dan tingkap dan dia juga memastikan biliknya dalam keadaan selamat. Dia tidak pasti, benda neh benar atau sekadar gurauan lalu mengambil keputusan untuk tidur bersama adik perempuannya.

Kemudian, dia terdengar bunyi ketukan ditingkap, dia berjalan perlahan ke tingkap dan terdengar bunyi ketukan semakin kuat. Apabila dia intai keluar tak ada apa-apa cuma ranting-ranting pokok kelihatan.

Dia kembali ke katil adiknya untuk tidur dan dia perasan katil adik dia basah dan seperti ada satu bau yang tidak enak, dia fikir mungkin adik dia terkencing atas katil, dia 'switch on' kan lampu, kemudian dia perasan bilik penuh dengan darah.

Dia tidak tahu nak buat apa, dia terus menyorok dalam almari baju, takut pembunuh tersbebut masih ada disana sedang menunggu dia. Sewaktu menyorok, dia nampak ada satu bayang hitam tapi dia tidak pasti apa benda tu. Dia mula rasa takut dan lelaki tersebut semakin menghampiri almari pakaian.

Dia hanya mampu memejamkan mata dan berharap semua ini hanyalah mimpi. Tiba-tiba, lelaki tersebut membuka pintu almari tersebut lalu merentap Lisa keluar dari almari.

Keesokannya, Ibu Bapa Lisa & Sarah Smith terjumpa mayat dua beradik malang itu. Lisa Smith dijumpai tergantung didalam almari dalam keadaan kulit disiat hidup-hidup. Manakala Sarah Smith mati ditikan diatas katilnya sendiri.

Dua tahun kemudian, Ibu Lisa & Sarah Mengandungkan seorang bayi lelaki, John Smith.
Bilik Lisa telah dijadikan bilik tamu manakala Bilik Sarah dijadikan bilik bayi, dimana tempat Pembunuhan dua beradik malang Lisa & Sarah Smith dibunuh.

Bayi lelaki itu membesar menjadi kanak-kanak yang pintar. Nak dijadikan cerita pada satu malam, sewaktu sedang menghadap komputer, dia mendapat 'Instant Message' (Chat service dari Yahoo).
HotNsPicy91 ialah Lisa Smith, 2seXay4u ialah John Smith.


HotNsPicy91 : Hai Adikku!!!
2seXay4u      : Ko neh sape?
HotNsPicy91 : Kakak kau..
2seXay4u       : Aku mana ada akak, aku anak tunggal. Kau buat lawak yek?

HotNsPicy91 : Mak & Abah tak pernah bagi tau kau?
                       Aku dah mati 15 tahun lepas dengan seorang lagi akak kau, Sarah.
                       Sarah adik aku. Kitorang dibunuh dalam bilik kau sekarang, bilik kau adalah bilik 
                       adik Sarah, dia dibunuh atas katil dan aku dibunuh dalam almari pakaian. Aku mati 
                       tergantung dalam almari akibat disiat kulit hidup-hidup.

2seXay4u    : Penipu! 
                     Aku tak pernah ada akak.
                     Kalau tak mesti mak & abah dah inform. 
                     Bongok ko!

HotNsPicy91 : Ko tak percaya aku?
                         Ok, kalau kau nak tengok bukti ada kat bawah lantai almari pakaian ko.
                         Aku ada ukir nama aku, masa dan tarikh aku dibunuh, kemudian aku ukir nama 
                        adik aku,Sarah. Kalau kau tak percaya, pergi 'check' internet, taip "Smith Sister 
                          Murdered Anonymously"

HotNsPicy91 : Aku sayang kau dik, aku sayang mak & abah sangat-sangat. Tapi tak sangka diorang simpan rahsia neh dari pengetahuan kau. Dorang memang patut kene bakar dalam neraka.


HotNsPicy91 : (signed out)

Kemudian, John terus memeriksa alamri pakaian. Ternyata.. ada ukiran disitu tertulis "Lisa & Sara Smith 1993".

Kemudian, John terus melayari internet dan mendapat segala info tentang "Lisa & Sara Smith Murdered Anonymously".

Esok pagi, dia turun ke bawah dan dia rasa rumah tersebut seperti sunyi sepi. Mungkin mak & ayah masih tidur, John mengagak. kemudian John terjumpa, Mak & Abah dalam almari pakaian mereka dan kulit mereka disiat. Kemudian John terlihat satu mesej terukir disitu :

"Kan aku dah kata,
Aku tak tipu..
Dik, Aku sayang Mak & Abah,
Tetapi kenapa diorang rahsiakan kewujudan kami dari pengetahuna kau?
Susah aku nak percaya.
Tapi takpe,
Sekarang aku dah bebas dari dari dunia yang kejam ini.
Aku tak nak cederakan kau seperti diorang (Mak & Abah).
Aku Sayang kau dik..

- Lisa Smith "

Sebenarnya terdapat dua versi tentang kisah John Smith. Versi kedua menyatakan:

"John Smith dibunuh dan digantung dalam almari pakaiannya serta kulit John disiat-siat,, kemudian dibawah almari tersebut terukir nama John 2007, selepas nama Lisa & Sarah Smith 1993."


Itulah contoh artikel berantai yang diterima oleh penduduk Plainfield, Wisconsin pada Tahun 2005 melalui emel atau lebih dikenali sebagai emel berantai.

Emel berantai ini mengandungi sumpahan dimana, sesiapa yang mendapat artikel diatas dan tidak menyebarkannya kepada orang lain, dia akan mengalami kecelakaan & MATI...

Berdasarkan kisah yang aku dengar dalam Misteri Jam 12, kemungkinan, kawan kepada pemanggil tersebut juga mendapat emel berantai kot. Hahahha

Mungkin kawan kepada pemanggil tu terlalu ikut perasaan sebab tu lah dia termimpi-mimpi masa tidur dan terbawa-bawa sehingga dia sakit jiwa...

Hurm...
Sebenarnya aku ada benda nak cakap dengan korang neh...

Sebenarnya korang baru sahaja baca Blog Berantai...
Huhuhuhuuhu...
Sesiapa yang Baca blog neh pastuh korang tak share dekat FB, Google+, Twitter...

Korang akan....

HAHAHAHHAHAHAHAHAHHHAHAHAHAHHAHAHAHHAHAHHAHAHHAHAHAHAHHAHAHHAHAHAHHAHAHAHAHHAHAHAHHAHAHHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHHAHAHHAHHAHHAAHHAAHAHHAHAHAHAHHAHAHHAAHAHHA



















Comments

  1. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts