Tone Excel

Thursday, October 30, 2014

Resort Berhantu



Kali neh, aku nak bercerita pengalaman Amelia yang pernah menginap salah satu resort di Malaysia. Rasanya tak perlulah aku sebut nama resort terbabit. Sebenarnya Amelia memang tidak berpuas hati bila jejak saja kaki ke Resort terbabit, ternyata indah khabar dari rupa!

Sewaktu dia dan suami membuat review secara online, kelihatan semuanya indah belaka. Bila sampai jer Amelia terkejut kelihatan agak lama. Ada satu laluan seperti ada sarang labah-labah seolah-olah laluan tersebut sudah lama tidak dilalu oleh sesiapa.

Tambah Amelia, sebenarnya sebelum neh dia dah buat tempahan secara atas talian (online) , dah confirm booking room. Tapi bila sampai disana, dia terpaksa menunggu hampir setengah jam, kononnnya bilik tak 'ready'. Mengamuk jugak lah dia masa tuh. Selepas merungut kepada Reception hotel terbabit, barulah pekerja tersebut memberi dia sebuah bilik.

Sewaktu sampai sahaja ke bilik mereka, suaminya Hamzah terus meluru masuk ke bilik air, kerana dari perjalanan lagi dia sudah mengadu perutnya memulas. Disebabkan Amelia tidak berpuas hati, hampir ke semua benda-benda didalam bilik tersebut diperiksa, katil, cadar, sofa, Tv dan tandas hanya dapat diperiksa selepas suaminya keluar.

Dari waktu dia sampai sehinggalah malam dalam pukul 8, suaminya masih mengadu perutnya memulas, lantas suaminya meminta izin keluar sebentar untuk membeli ubat untuk menghentikan ketidakselesaan tersebut.

Sewaktu Amelia menonton tv, dia dapat dengar seperti ada orang sedang menggunakan bilik air. Dia berasa pelik, bukankah suaminya dah keluar? Tapi dalam masa yang sama, Amelia terasa ingin tahu.

Tapi, belum sampai ke depan tandas, langkah kaki Amelia terhenti apabila...

Amelia terlihat dari pantulan cermin yang betul-betul menghadap bilik air tersebut, dia nampak sesusuk tubuh perempuan dalam keadaan basah kuyup dan muka pucat kebiruan.

Astaghfirullah al azim.. Amelia beristighfar...

Jika dulu, Amelia pernah terdengar kata-kata orang, kononnya hantu tidak boleh dilihat melalui cermin, tetapi pada malam itu, persepsinya terus berubah, Ternyata kata-kata itu tidak boleh digunapakai.

Amelia terus meraba-raba tas tangannya untuk mencari telefon bimbit, untuk menghubungi suami. Tiba-tiba baru dia teringat, yang telefonnya berada dalam pouch bag suaminya, dan beg tersebut telah dibawa sekali sewaktu suaminya keluar tadi.

Tidak mahu terus menunggu, Amelia mengambil keputusan untuk keluar dan menunggu di balkoni sehinggalah suaminya balik. Pada waktu itulah dia diuji lagi, terdengar seperti tapak atau langkah orang berjalan dari dalam seperti bunyi berkecak kecak dapat Amelia bayangkan tapak kaki tersebut seperti bunyi orang sedang basah dan memakai pakaian sehinggalah boleh menghasilkan bunyi berkecak tersebut.

Sewaktu suami Amelia pulang, suaminya kehairanan dan menegur " Awak buat apa kat luar neh?"..

Amelia menceritakan apa yang terjadi, pada waktu itulah mereka masuk bersama-sama dan alangkah terkejutnya mereka...

...alangkah terkejutnya mereka, bila mereka lihat bilik tersebut basah! Suaminya terus menghubungi maintenance, manakala Amelia merungut hendak menukar bilik.

Mereka menunggu diluar, Sewaktu mereka bersama-sama dengan maintencance dan incharge resort pada malam tersebut sama-sama masuk kedalam, aneh!

Bilik tersebut kering.

Tetapi Amelia tetap berkeras hendak menukar bilik lain. Ketika ditanya alasan untuk menukar bilik oleh reception tersebut, Amelia tetap berkeras, "Saya tak kira!. Bilik saya basah ke tak? Yang penting saya nak tukar bilik lain sekarang!"

Bukan Halusinasi, Tetapi suami Amelia juga turut menyaksikan bagaimana bilik yang basah tiba-tiba boleh menjadi kering!

Wednesday, October 29, 2014

"Sue...Oh Sue..."


Ok kali ini, aku nak cerita tentang satu lagi dari teman aku, Ika. Menurut dia neh pengalaman dia masa belajar kat asrama dulu. Masa tuh penghujung tingkatan 4, dia belajar kat sekolah teknik, masa tuh dah nak exam. Masa mula masuk kat situ, ada satu Senior dah pesan, jangan guna satu tandas dekat hujung blok, kononnya tandas tuh kotor.

Nak dijadikan cerita, pada satu petang, Ika neh masuk juga lah ke tandas yang dimaksudkan tuh. Biasalah dah duduk asrama, kadang-kadang malas nak berebut toilet dengan pelajar lain, jadi dia pun mencuba nasiblah kot pergi tandas yang dilarang Senior masa mula-mula masuk dulu.

Masuk je Ika kat dalam toilet tuh...

...............WAH......!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Memang terbaiklah! Toilet tuh memang bersih, lagi satu air kat shower dia pun kuat, memang best lah mandi. Lagi seronok, dia guna bilik air tuh seorang! Tak payah susah-susah nak berebut dan beratur macam toilet satu lagi tuh.

Semenjak Ika masuk dalam toilet tuh, memang lepastuh Ika selalu mandi semua kat situ jer lah. Tak kiralah time bila pon even lepas prep pon Ika akan masuk jugak kat toilet tuh. Tau jer lah kalau prep habis dalam pukul 12 malam atau 1 pagi macam tuh.

Sampailah satu hari tuh, nak dijadikan cerita, masa tuh lepas prep. Masa tuh nak exam tak silap, ada lah Ika stay sampai pukul 2 pagi, pastuh nak masuk tidur pergilah basuh muka & gosok gigi, pergi dekat toilet yang 'best' tuh.

Memang Ika neh pergi sorang jer lah dalam toilet tuh. Pergh,.. bayangkan, keringnya hati dak Ika neh baru aku tau.

Tengah dia gosok-gosok gigi, tiba-tiba waktu dia nak meludah tuh, lampu terpadam!...

Sikit pun dak Ika neh tak takut, malah dia jerit "Woi! sapa kat luar tuh? Jangan main-mainlah.. Tak payah kacau aku!"..

Kemudian lampu menyala semula.. lepastu dengar orang ketawa. Ika memang dah suspek neh mesti kawan-kawan dia yang nakal neh.

Lepastuh nyala, padam, nyala, padam,padam nyala halal haram haram halal haramjadah... eh sori ape aku merepek neh..

kiranya macam dia main-main dengan suis lampu lah..  Ika jadi bengang. Menyirap pun ada, dia terus keluar nak tengok siapa kat luar dengan tak pakai spek mata, nampak macam 'blur' jer lah..

ceh!

Rupe-rupenye kawan dia si Sue!.

Bukan main lagi si Sue tuh berlari sambil tergelak-gelak sampai hujung tangga lepastuh hilang dari pandangan.

Usai memberus gigi dan cuci muka semua, Ika terus masuk kebilik. Terkejut! Sue dah tidur nyenyak siap berdengkur.

Cara Ika memerhatikan Sue diperhatikan oleh seniornya, Kak Mimi. Ika lantas bertanya " Kak, Sue neh baru tido ker ? Kesian dia, baru tidur dah berdengkur macam neh hehhehe"..

Kak Mimi terus membalas "Ika, Sue kan demam.. Tadi pun masa prep mana ada dia turun bilik prep tadi, lepas maghrib jer dia terus tidur sampai sekarang, kan dia tak sihat?"..

Sambung Kak Mimi apabila melihat Ika terdiam," Kenapa Ika, ko nampak Sue kat mana-mana ke tadi?"

Ika hanya terdiam, tak berani nak cerita kepada Kak Mimi, takut tak percaya satu, kedua takut kene marah sebab pergi toilet yang hujung blok tuh.

Jadi, Ika berfikir memang betul lah waktu dia nampak Sue berlari kemudian tiba-tiba meng 'hilang' bukanlah sebab dia tak pakai spek mata.. tapi rupa-rupanya sebab.....heheheheheheh

Sebenarnya menurut Ika, dekat asrama dia tinggal neh memang berhantu, macam-macam cerita, kiranya kalau sorang histeria satu sekolah boleh berjangkit!.

Nantilah aku cerita lagi..


Tuesday, October 28, 2014

Misteri Kereta Putih di Lebuh Raya Pantai Timur



Kali ini masih lagi nak bercerita tentang pengalaman Ika. Kali ini pengalaman yang ditempuh bersama keluarga, mak, ayah dan adik sekali.

Menurut Ika, sewaktu menerima khabar yang atuknya sedang sakit. Mereka sekeluarga mengambil keputusan secara drastik untuk pulang ke kampung ke Gua Musang. Menurut Ika lagi ayahnya yang memandu ketika itu, dan ayahnya juga tahu serba sedikit jalan tikus(jalan pintas).

Faham-faham jer lah, kalau dah nama pun jalan pintas tengah-tengah malam, lalu hutan, dengan tanah merah, memaksa ayahnya memandu agak perlahan. Memang mustahil jugak bagi Ika kalau ada kereta yang boleh bawak laju.

Sedang ayahnya memandu, masih lagi dalam suasana hutan dengan tanah merah, tiba-tiba ada satu kereta putih berdesuppp...!!! memotong kereta yang dipandu oleh ayah Ika.

Untuk makluman Ika dan adik duduk ditempat duduk belakang, tiba-tiba adiknya menunduk kan kepala, Ika fikir mungkin adiknya tertidur kepenatan.

Ntah macam mana ayah Ika boleh lak menegur tengah-tengah hutan macam tuh, sambil berkata "Eh laju kereta neh bawak tengah-tengah hutan dengan jalan teruk macam neh, apa kata kita ikut dia, mungkin dia tahu selok belok jalan dalam neh"

Tiada bantahan, ayah Ika terus mengekori kereta tersebut, tetapi tiba-tiba kereta putih tersebut perlahan, mungkin sebab ada kabus yang tebal dihadapan.

Sewaktu mereka semakin hampir dengan kereta putih tersebut, ayah Ika menjadi agak tertekan kerana kereta putih dihadapan terlalu perlahan hingga memaksa mereka memotong kereta tersebut.

Sewaktu mereka memintas kereta itulah mereka terpandang sesuatu yang tidak kena pada pemandu terbabit.

Tiba-tiba kereta putih tersebut memintas kereta mereka dengan lebih laju, untuk menyedapkan hati ayah Ika bersuara "Mungkin dia dah sampai rumah dia kot".

Untuk makluman, Ika dan Ayah terlihat satu penampakan satu susuk tubuh badan memakai jubah seperti orang alim.. tetapi...

.....TAK ADA KEPALA... hew hew hew hew hew

Nasib baik bukan aku yang drive. Kalau aku lah mau aku pengsan atau tersasar ke mana-mana.

Pengalaman Bermalam di Hotel Putrajaya


Kali ini sekali lagi aku nak bercerita tentang satu hotel yang berhantu kali ini di Putrajaya. Tak payah lah aku sebut nama hotel tersebut. Pengalaman dari seorang teman yang kebetulan terpaksa bermalam disitu kerana 'out station' demi memenuhi tuntutan tugas. Sebenarnya teman aku neh bukanlah check in seorang diri, tetapi dia dan beberapa lagi rakan sekerja yang satu jabatan juga bermalam disitu, cuma bilik berlainan,. Temanku yang mesra ku sapa Ika (bukan nama sebenar) pada mulanya bermalam dengan seorang lagi rakan sepejabatnya Izah (bukan nama sebenar) dalam satu bilik. Tapi pada malam keesokannya, Izah sudah pulang lebih awal.

Masa mula-mula check in disitu, kebetulan Izah, Ika dan kawan-kawan yang lain dapat bilik yang sama di tingkat 11. Kemudian Ika merasa pelik apabila penyambut tetamu disitu berkata "Take Care".. Tapi tak mengapalah, mungkin dia hanya minta Ika dan kawan-kawan yang lain berhati-hati sahajalah seperti pesanan yang biasa.

Ika dan Izah naik lift terlebih dahulu, setibanya di tingkat 11 mereka rasa pelik, keadaan terlalu sunyi. Mungkin yer lah kot, laluan hotel, tak kan lah ada orang nak main bola dekat situ.

Kemudian sedang mereka mencari bilik, tiba-tiba mereka terlihat ada dua orang 'Maintenance' sedang membaiki salah satu pintu bilik hotel ditingkat tersebut, salah seorang dari mereka menegur "Hai dik, duduk sini ker? Ok tak duduk sini?" jelas Ika dan Izah  berasa tidak selesa dengan sapaan tersebut dan terus berlalu tanpa mempedulikan mereka, getus Ika dalam hati "Aku baru jer sampai, belum duduk sini kot, yang ko beriye-iye nak tanya aku ok ker tak neh pe hal?"..

Mereka terus berjalan dan masuk kebilik. Pada malam tersebut, Izah sudah tertidur terlebih dahulu dan asyik terjaga, manakala Ika masih belum melelapkan mata sampai pukul 3 pagi, kerana berasa 'nervous' untuk 'presentation' nya keesokan pagi. Dalam Izah yang asyik-asyik tersedar sewaktu tidur, tiba-tiba pada waktu 3 pagi, Izah bersuara "Ika, kau dengar tak ada bunyi orang asyik ketuk-ketuk pintu dari tadi?".. Ika terus menjawab "Siapa pulak yang nak ketuk pintu tengah malam-malam buta pukul 3 pagi neh. Merepeklah!"..

Keesokan paginya, Ika bergerak ke dewan untuk 'Presentation', Ika perasan housekeeper disitu membersihkan satu bilik sampai 5 orang?  Tambahan lagi mereka membuka bacaan ayat Al-Quran denga kuat. Ika masih tidak berfikir apa-apa lagi. Mungkin sudah menjadi kebiasaan pekerja disitu buat kerja bersama atau pun tidak banyak bilik kosong untuk dibersihkan jadi mereka membersihkan satu bilik beramai-ramai.

Kemudian pada malam kedua, Izah sudah balik terlebih dahulu, manakala Ika masih menginap di hotel tersebut semalam lagi sebelum mengambil keputusan untuk pulang keesokannya.  Masih tidak mampu melelapkan mata, Ika hanya berbaring sehinggalah dia perasan jam menunjukkan pukul 1 pagi, tiba-tiba terdengar bunyi orang ketuk pintu, kemudian seolah-olah orang tersebut berlari.

Kemudian, sekali lagi terdengar bunyi orang mengetuk pintu kemudian berlari. Hampir dua tiga kali berulang bunyi ketukan tersebut. Tapi Ika masih terdiam dan menganggap mungkin ada budak-budak nakal yang masih lagi bermain-main diluar.

Tiba-tiba langsir disebelah katil Ika bergerak-gerak seperti ada orang sedang menyentap berulang kali. Pada waktu itu, Ika sudah mula terduduk. Terasa seperti mahu check out masa tuh jugak. Tapi dia beranikan diri, bukak tv dengan suara yang agak kuat.

Tiba-tiba...

Terdengar satu suara tangisan bayi yang agak nyaring. Memang terlalu kuat. Bagi Ika adalah mustahil jika suara tangisan itu adalah bunyi tangisan dari orang sebelah. Seolah-olah bunyi itu berada dalam bilik itu sendiri!.

Ika tidak mampu hendak berbuat apa-apa, terus selubungkan diri dengan kain selimut, entah bila dia terlelap pun tak sedar. Esoknya apabila berjumpa dengan kawan-kawan sepejabat yang lain sewaktu check out mereka juga mengalami pengalaman yang sama di Tingkat 11 hotel tersebut! Ada yang diganggu dengan cara 'benda' tersebut bermain-main dengan TV, bukak tutup TV dan sebagainya.


Monday, October 27, 2014

Hurm.. Bilik Hotel ini Selamat tak untuk saya?



Sebenarnya bila kita bercakap pasal Hotel, Motel mahupun Resort yang berhantu neh bukan satu dua tempat jer. Ikutkanlah terlalu banyak tempat yang memang berhantu. Bagi korang yang tak pernah mengalami pengalaman-pengalaman seram sepanjang menginap dimana-mana tempat Alhamdulillah.. Tapi bagi korang yang pernah 'terkena' janganlah berasa serik. Sebenarnya terdapat beberapa cara yang korang boleh tahu tempat tersebut berhantu atau tak.

Sebagai contoh, jika korang pergi mana-mana hotel tiba-tiba kalau 'Reception' tuh dah kata dah full. Tak payah lah korang meradang tak tentu pasal. Memang mana-mana hotel sebenarnya ada menyediakan bilik-bilik kosong yang digunakan untuk kecemasan, dan bilik tersebut hanya disimpan untuk orang-orang luar. Sebab apa? Dari pengalaman seorang yang pernah bekerja sebagai Staff Hotel, kebanyakan mereka sudah maklum ada sebab kenapa bilik tersebut tidak mahu diberikan kepada orang-orang tempatan terutamanya sesetengah orang Melayu yang percaya benda-benda mistik, sebab bilik tersebut memang pernah ada sejarah seperti orang yang mati dalam keadaan tak wajar seperti bunuh diri, dibunuh, kemalangan contoh macam terhimpap kipas, peti ais, almari dan sebagainya.

Tapi bila Guest dah memang nak sangat terpaksalah dia bagi jer bilik tuh, sebab tak nak kecoh dan bergaduh panjang. Kadang-kadang pernah tak korang pelik, bila korang datang, korang dah booking bilik tuh awal-awal tiba Receptionist kata bilik tuh belum ready lah atau apa-apa alasan lah sebab diorang tak nak korang dapat bilik 'bertuah' tersebut, tapi dalam masa yang sama dia usahakan bilik yang lain untuk korang. Tapi bila korang dah 'kerek' sangat, nanti dia pun terpaksa bagi bilik tuh kat korang then 'enjoy' your night ok? Hahahahhahahhahahahhahahah (Kejam tak gelak ketawa aku?)

Lagi satu, kita manusia neh memang dikurniakan satu perasaan, sebaik sahaja korang menjejakkan kaki, korang rasa macam tak sedap hati. Better tukar jer lah bilik. Sebelum masuk tekan loceng, bagi salam dan perhatikan keadaan bilik tersebut, perhatikan ada keganjilan tak? Sebagai contoh korang masuk-masuk jer bilik korang tengok cadar atau selimut dia macam tak kemas, atau korang perasan macam bilik air basah macam ada orang baru guna lagi satu yang paling kronik korang terjumpa daun-daun atau bunga-bunga kering. Dah jangan cakap banyak. Korang terus turun kat reception mintak tukar je bilik walaupun dia bagi apa sahaja alasan kononnya kecuaian housekeeping lah apa lah..

Secara logik, kalau korang check in mana-mana hotel, reception akan contact housekeeping terlebih dahulu betul tak? Untuk bertanya bilik tersebut dah ready(kemas) ke tak?  Sebelum dia orang izinkan korang masuk terlebih dahulu. Jadi logik tak bila korang masuk ada benda-benda yang tak kemas?

Lagi satu korang juga boleh tahu sama ada bilik tersebut sudah lama tidak berpenghuni atau tidak dengan cara memeriksa bau bilik. Setengah bilik hotel yang berkarpet korang boleh bau macam ada satu bau yang orang lama tak vakum. Then, korang tengok tuali mandi dia pulak, masih ada lagi bau Softlan atau bau segar? Tidak berbau hapak seperti lama atau pun tuala tersebut sedikit keras sebab lama tak guna? Dari situ korang boleh tahu sebenarnya. Tak pun susah-susah sangat, bila ada mana-mana bellboy(tukang bawak beg korang) yang hantar beg kat bilik korang, bagilah sikit tips Rm5 ker Rm10 sambil tuh korang boleh risik dan tanya dia, bilik tuh bila last orang check in? Atau kalau korang nak tahu sejarah bilik tuh berhantu ker tak bagi lah tips tuh lebih sikit, sambil korang janji tak akan dedahkan nama atau identiti pemberi maklumat bila korang nak tukar bilik lain nanti.

Itulah serba sedikit tips yang dapat aku kongsikan untuk korang. Kalau korang ada beberapa tips lain boleh lah komen jer kat ruangan komen kat bawah. Lagi satu aku nak ucapkan bebanyak terima kasih kepada korang yang baca, komen dan +1 blog aku. Aku mintak maaf aku tak boleh nak reply komen korang. Untuk pengetahuan korang yang pernah komen, aku akan singgah dan stalk kat blog korang cuma aku tak boleh komen atau reply komen dengan akaun google time kerja sebab mungkin administrator kat ofis aku ada buat restriction kot, Kalau guna laptop rumah aku boleh komen dan balas cuma aku jarang update blog kat rumah.

Sekali lagi terima kasih banyak :)
Walaupun follower aku cuma 39 orang sekarang neh, tapi traffic blog aku Alhamdulillah lebih dari 39.




Motel Berhantu di India

Mungkin dari minggu lepas aku banyak nak bercerita pasal hotel atau motel yang berhantu. Nak buat macam mana dah banyak sangat dapat citer pengalaman kat hotel, ok takpe lepas neh aku nak citer kat korang pasal pengalaman kat resort lak hahahhaha.Eh nanti dulu, Kali neh aku nak bercerita tentang satu motel yang berhantu di India. Cerita bermula apabila ada 3 sekawan dari Malaysia mencuba nasib sebagai 'backpacker' ke India. Untuk makluman, sewaktu berada di Malaysia lagi mereka sudah membuat tempahan awal-awal. Walaupun mereka hanya bermalam di sebuah motel.



Friday, October 24, 2014

Pohon Besar


Kali neh aku nak bercerita tentang tiga sekawan yang sememangnya 'Taik Judi' atau dalam erti kata lain orang yang suka berjudi. Biarlah aku namakan mereka Samdol, Dogol dan Badigol (ketiga-tiga tersebut bukan nama sebenar).

Mereka gemar membeli nombor ramalan seperti 4D, Jackpot, Sport Toto, Tonto ke ntah hape lah yang seangkatan dengannya. Selalu mereka membeli nombor tapi tidak pernah mengena, nak dijadikan cerita pada satu hari mereka dikenalkan dengan seorang bomoh ekor yang bernama Pak Raden (bukan nama sebenar).

Setelah bertemu dengan Pak Raden,akhirnya mereka ditemukan dengan satu pokok yang kononnya berpenunggu. menurut Pak Raden, sesiapa yang ingin meminta nombor haruslah yakin dan tidak perlu ada was-was, jika peminta merasa tidak yakin, apa yang mereka hajati tidak kesampaian.

Pada malam pertama itu "Atuk (kata ganti diri merujuk kepada pokok terbabit), tolong kami Atuk, hanya Atuk yang boleh tolong kami, kami janji kalau kami kena kali ini, kami akan belanja Atuk makan banyak-banyak".. kata Badigol. Kemudian perlahan-lahan (tak perlu lah aku sebut bagaimana mereka mendapat petunjuk 'blues' tuh) Samdol mengutip petunjuk, dan Dogol pula mencatit nombor yang diperolehi.

Esoknya mereka terus pergi ke kedai nombor ramalan, beberapa hari kemudian nombor yang mereka beli mengena, tapi tidaklah terlalu banyak tapi mengena lah jugak, jika dibahagi 3 terasa lah seperti sikit.

Bila sesuatu diperoleh dengan tidak berkat dan cara yang salah, selalunya tidak pernah cukup, akhirnya mereka datang buat kali kedua, tapi kali kedua itu pokok tersebut seperti tidak memberi apa-apa petunjuk. Mereka mendapatkan kembali Pak Raden, menurut Pak Raden " Lah.. dah memang lah tak dapat, kali pertama kau mintak dia bagi sebab kau dapat tunaikan hajat kau yang simple tuh, kali kedua kau datang cuba lah tawarkan sesuatu yang lebih 'advance' dari tawaran kau yang pertama itu, Asyik-asyik nak bagi ayam golek , ayam golek apa kau ingat 'Atuk' tuh biawak ker asyik nak makan ayyyaaaaaam jer?" hahahhahaha

Mereka datang kali ketiga, tapi tidak sangka , Samdol yang paling berani antara mereka dan terus mencelah "Atuk, kalau atuk dapat tunaikan permintaan saya kali neh, atuk boleh ambil anak pertama saya". Badigol dan Dogol terkejut lantas memarahi Samdol..

Akhirnya mereka mendapat petunjuk, kali ini mereka dapat lebih banyak dari hari itu.. Tidak perlu lah mereka nyatakan berapa ribu, Tetapi Badigol dan Dogol tidak tergamak mengambil duit itu apabila mengenangkan Samdol sanggup menggadaikan anaknya sebagai galang ganti kepada kemenangan itu.

Setahun kemudian, Samdol pun berkahwin, setelah 6 bulan perkahwinan isteri Samdol disahkan hamil, sewaktu usia kehamilan memasuki 6 bulan, tiba-tiba bayi dalam kandungan isteri Samdol menjadi ghaib. Apabila dirujuk pakar, perkara itu adalah normal, dipanggil sebagai 'Kandungan Hantu' dalam perubatan modern.

Mungkin apa yang berlaku kepada Samdol hanyalah kebetulan. 

Pengalaman Membela Kuntilanak



Kali ini, aku ingin bercerita tentang satu pengalaman seorang wanita yang pernah membela kuntilanak. Sebenarnya terdapat banyak versi tentang kuntilanak, ada yang mengatakan kuntilanak adalah makhluk yang berambut putih, jika di Malaysia dipanggil polong. Tapi ada juga yang mengatakan Kuntilanak adalah Pontianak dipercayai Hantu Betina yang mati ketika melahirkan anak.

Menurut Mak Kiah ( Bukan nama sebenar), walaupun membela kuntilanak boleh membuatkan hidup seseorang itu mewah, tetapi nerhati-hatilah kelak ianya akan memakan diri. Mak Kiah menambah, makhluk itu sebetulnya hanya dia saja yang mampu melihat, jika ada orang lain yang pernah terlihat makhluk tersebut, orang itu akan diganggu sehingga meracau-racau dan boleh menjadi gila

Menurut pengalaman pertama Mak Kiah, waktu mula-mula membela kuntilanak teramatlah mudah, pada mulanya makhluk tersebut hanya mahu darah-darah haiwan, jadi Mak Kiah kadang-kala hanya memberi darah-darah seperti arnab, ayam dan sebagainya.

Tetapi semakin hari, makhluk tersebut semakin 'demand'. Kemudian, makhluk tersebut mahukan sesuatu yang lebih 'enak' seperti darah manusia. Kebetulan, Mak Kiah mempunyai seorang kenalan yang berkerja di hospital, maka senanglah Mak Kiah hanya meminta dari temannya sahaja.

Kemudian, makhluk tersebut semakin melampau apabila dia meminta uri. Kata Mak Kiah, untuk kali pertama, kedua dan ketiga boleh lah ditunaikan, tapi lama-kelamaan  Mak Kiah merasakan makhluk itu makin menyusahkan. Iyer lah, bukan senang untuk dia mendapatkan uri walaupun dia mempunyai teman yang berkerja di hospital.

Akhir sekali, Mak Kiah meminta tolong dari seorang lagi rakan sepeguruannya yang sama-sama menuntut ilmu ini, untuk membuang makhluk kuntilanak tersebut. Dengan bantuan Pak Man ( bukan nama sebenar), kuntilanak tersebut dibawa ditengah-tengah hutan, lalu dipakukan disebatang pokok.

Mak Kiah berpesan, jika ada sesiapa yang masuk ke hutan tersebut dan berada berhampiran dengan pohon terbabit, dia akan terdengar suara tangisan suara perempuan merayu-rayu meminta tolong. Jika ada orang yang melayan, makhluk tersebut berjanji akan memberikan harta kekayaan kepada sesiapa yang melepaskannya.

Tetapi bukan semudah itu, selepas ia dibebaskan, kuntilanak tersebut akan meminta pula permintaan yang lain seperti yang terjadi dengan Mak Kiah, jika seseorang itu tidak mampu memberikan apa yang dia mahu. Makhluk tersebut akan menghisap darah dijari kaki Tuan barunya sehingga habis, sehingga mati!...

Jadi berhati-hatilah. Cerita ini mungkin betul atau rekaan. Tapi kita seharusnya menjadikan pengalaman Mak Kiah ini sebagai pengajaran. Sesuatu perkara yang melibatkan jin dan syaitan tidak pernah mendatangkan kebaikan, mungkin anda akan berasa senang sekali, tetapi menderita sepanjang hayat.

Tuesday, October 21, 2014

Hotel Berhantu : Bekas Tapak Hospital Lama










Heheheheh are you ready to rocks? Eh silap, Are you ready to momoks?  

Ok kali ini aku nak bercerita tentang satu hotel berhantu disekitar Kuala Lumpur . Aku tak berani nak sebut nama hotel tersebut, sebab aku tak sanggup disaman oleh syarikat korporat, kalau cerita pasal hantu jer tak ada masalah, sebab hantu neh tak ada maknanya nak saman-saman manusia neh kan, hantu neh bukan berduit nak upah lawyer koh koh koh. Jadi natijahnya, aku lagi berani sebut nama hantu dari nama orang, ede fehem?(ada faham? )

Cerita 1 

Cerita pertama yang aku nak sebut adalah cerita seorang Warga Singapura yang teringin nak berjalan-jalan di Malaysia disekitar Kuala Lumpur. Mereka tiba di Kuala Lumpur agak awal jadi tak boleh nak 'check in' , tunggu dalam pukul 3 petang barulah mereka dapat masuk ke dalam hotel. 
Biar aku namakan mereka Fira dan Ariana, mereka di Kuala Lumpur bukanlah berdua sebaliknya mereka juga ada satu kenalan yang menetap di Kuala Lumpur yang bernama Diana. Setibanya di Kuala Lumpur, Fira menghantar teks pesanan ringkas kepada Diana. Sewaktu Fira memberitahu yang mereka menetap di Hotel tersebut, Diana terus membalas "?????????? kenapa duduk hotel situ?". Pada mulanya mereka tidak mengesyaki apa-apa. mungkin Diana bermaksud hotel tersebut seolah-olah seperti Hotel Bajet dan Murah.

Nak dijadikan cerita, mereka bertiga berjumpa di tengah Ibu Kota Kuala Lumpur mungkin melepak dan shopping bersama. Lewat malam , barulah mereka bersurai, Diana terus pulang kerumah manakala Fira dan Ariana balik ke hotel, sewaktu keluar dari lif sewaktu mereka berjalan menuju ke bilik mereka, Ariana bersuara "Fira, ko rasa tak macam jauh jer nak sampai kat bilik kita neh.. kenapa yek?".. Fira terus menjawab "Alah,, ko dah penat memang lah rasa macam tuh"..

Setibanya di hadapan bilik mereka, mereka seperti tidak sedap hati apabila terdengar seolah-olah ada bunyi seseorang menekan kunci pada tombol pintu dari dalam. Mereka cuba mengawal perasaan dan terus masuk.

Fira terus duduk di hujung katil, manakla Ariana pula sedang membuka kasut, sewaktu Ariana sedang membuka kasutnya sambil memandang kearah Fira, dia bersuara " Fira, tolong jangan pandang belakang, terus bangun dan keluar dari sini sekarang!".

Mereka bergegas keluar dan terus turun ke lobi. Sewaktu berada di lobi lah Fira menceritakan yang dia ternampak ada satu perempuan berambut panjang berpakaian putih sedang terbaring terbujur di belakang Fira.!

Sepanjang malam, Fira dan Ariana hanya tidur di lobi hotel, keesokan paginya mereka terus masuk kebilik hanya mencuci muka tanpa mandi terus pulang ke Singapura.




Cerita 2



Cerita kedua pula mengisahkan seorang lelaki yang duduk di hotel yang dimaksudkan, ceritanya agak ringkas, katanya sewaktu dia sedang menyewa di hotel tersebut seorang diri, pada waktu tengah malam dia tersedar apabila tercium bau yang sangat busuk, kemudian alangkah terkejutnya apabila dia terpandang ada satu lembaga sedang duduk mencangkung diatas TV. Badannya kecil seperti kanak-kanak tapi mukanya sangat hodoh!. 

Dia bingkas bangun dan membuka lampu, kemudian lembaga tersebut terus menghilangkan diri.

Begitulah beberapa kisah yang aku dapat pasal hotel tersebut. Mungkin sesiapa yang tinggal sekitarnya sudah maklum dengan HOTEL terbabit. kebanyakkan yang datang menyewa semuanya dari orang yang luar di kawasan Kuala Lumpur. 

Jadi berhati-hatilah, jika anda merancang untuk berjalan dan bercuti adalah bagus jika anda 'google' nama-nama hotel yang bakal anda pergi sebelum mengambil keputusan menetap disana, untuk mengelakkan malam yang indah anda hanya berakhir di lobi hotel ekekekeke.
































Penampakan Paderi Tanpa Kepala


Pernah menonton cerita Hantu Jeruk Perut sebuah Filem Horror dari Indonesia yang mengisahkan Hantu Paderi Tanpa Kepala? Sebenarnya cerita ini adalah adaptasi dari kisah mulut ke mulut penduduk sekitar Tempat Pemakaman Jeruk Purut di Jakarta Selatan.

Jika anda pernah menonton filem terbabit, dapat diringkaskan cerita Hantu Jeruk Purut mengisahkan hantu Paderi Tanpa Kepala yang menghantui kawasan Perkuburan Jeruk Purut, ditambahkan dengan lagi satu watak Hantu Betina yang dikenali sebagai Kuntilanak. Dalam filem menceritakan, yang Hantu Paderi Jeruk Purut neh meninggal kerana difitnah merogol kekasihnya yang bernama Lasmi, padahal paderi tersebut cuba menyelamatkan Lasmi sewaktu Lasmi hampir diperkosa, dalam pertelingkahan itulah Paderi tersebut mati kerana kepalanya dipancung.

Itu cerita dari Filem. Kalau cerita dari penduduk kampung, Hantu Paderi tanpa kepala neh mati akibat dipancung sewaktu Zaman Belanda, tiada sebab yang jelas kenapa dia dipancung.

Menurut penduduk sekitar, Hantu Jeruk Perut akan berkeliaran disekitar kawasan Perkuburan Jeruk Purut (Perkuburan Islam) sambil memegang kepalanya yang sudah terpisah dari badan manakala tangan yang sebelah lagi akan memegang lampu gasolin atau tanglung sambil diiring dengan seekor anjing yang berwarna hitam.

Cerita bermula apabila penjaga kawasan perkuburan Islam tersebut ternampak susuk tubuh paderi tanpa kepala itu kononnya tersesat, dia seorang kristian tetapi termasuk dalam kawasan perkuburan islam, walaupun bunyinya agak lucu, tapi kalau sesiapa terserempak pun pasti akan ntah lah, kalau aku lah kan aku pengsan kot hahahha.

Cerita lainnya pula, seorang lelaki yang keretanya rosak betul-betul dikawasan Perkuburan Jeruk Purut, sebelum keretanya rosak dan termati tengah jalan dia terlihat ada satu susuk tubuh ditengah jalan dengan lampu yang agak samar-samar, dia menderas keretanya secara perlahan-lahan, apabila susuk tubuh paderi tersebut tinggal beberapa meter lagi, enjin keretanya termati masa itu jugalah dia ternampak seeokor anjing melintas jalan didepan kereta dengan cara melayang-layang. Eeeee,,,, seram doh.. kalau aku lah mau terkencing kat situ..

Kemudian, pemuda tersebut mengalih pandangan pada lembaga yang berdiri ditengah jalan tadi. Ya Allah, terkejut bukan kepalang, apabila lelaki tersebut terlihat susuk tubuh paderi tanpa kepala dan memegang kepalanya sendiri dengan cara memegang rambutnya.  Terus lelaki tersebut pengsan di tempat kejadian. sehinggalah dia ditemukan penduduk kampung pada waktu pagi keesokannya.

Monday, October 20, 2014

Sejarah Rumah Pemprosesan Kentang



Kali ini, aku nak bercerita tentang satu cerita misteri dari Jakarta Selatan di Daerah Prapanca, Indonesia. Cerita ini melibatkan seorang roh kanak-kanak yang tidak tenteram.
Cerita bermula, apabila pada satu hari, seorang wanita iaitu pemilik katering mendapat tempahan yang banyak. Nak dijadikan cerita, sewaktu merebus kentang, tiba-tiba anak wanita tersebut terjatuh kedalam periuk rebusan kentang dan mati.

Semenjak peristiwa itulah, sesiapa yang melalui dihadapan rumah sama ada menaiki kenderaan , apatah lagi berjalan kaki, akan tercium bau kentang rebus di rumah tersebut. Ada juga yang terdengar suara budak kecil yang menangis sayup-sayup dipercayai suara roh kanak-kanak terbabit.

Menurut ahli paranormal disana, bau kentang yang kadang kadang dialami oleh penduduk setempat adalah berpunca daripada satu makhluk yang dikenali sebagai 'genderowo'. Di dalam Mitos Jawa, Genderuwo adalah sejenis makhluk halus yang kelihatan seperti monyet dan bertubuh manusia yang berbadan besar dan mempunyai kulit yang hitam kemerahan. Mereka juga percaya, makhluk ini gemar menduduki kawasan-kawasan batu-batu yang berair seperti air terjun, bangunan dan rumah-rumah lama, pokok-pokok besar dan apa-apa sahaja tempat yang lembap, teduh dan sepi.

Kisah Rumah Kentang ini sudah diabadikan dalam sebuah filem yang berjudul Rumah Kentang. Menurut krew krew filem yang terlibat, "Tempat ini (Rumah Kentang) sangat misteri walaupun luaran kelihatan biasa-biasa sahaja, Disini seolah-olah ada aura kesakitan dan amarah yang teramat sangat, saya juga tak faham, kenapa mesti adakan 'shooting' dekat tempat cerita ini berasal? Rumah ini bukan sahaja ada roh anak kecil malahan terdapat beberapa makhluk lain, tapi yang paling jelas tidak suka dengan kedatangan kami adalah roh anak kecil itu. Dia tidak suka diganggu dan seolah-olah meminta kami keluar dari sini secepat mungkin kalau tidak akan berlaku sesuatu musibah kepada kami".

Apa yang dikatakan oleh krew penggambaran diatas ternyata benar, kerana pelakon utama, Gilang Dirgahari sempat merasakan perkara-perkara pelik ketika sedang berada di bilik air menurutnya (terjemahan dalam Bahasa Melayu) " Secara jujur saya ada terbau kentang selepas buang air kecil. Bau seperti kentang yang lepas dicuci, Saya mula dapat merasakan yang rumah ini memang 'keras' setelah terbau kentang tadi."

Akhir sekali,  sutradara yang  berpengalaman, Jose Poernomo mempunyai beberapa petua untuk menghindari perkara-perkara yang tidak diingini sepanjang pengambaran. Salah satunya, Jose mengelak untuk 'shooting' di hari Jumaat kerana kerana menurut penduduk sekitar, pada hari Jumaat, 'penghuni tetap' disitu akan 'menunjukkan' diri.

Menurut Jose lagi, selama penggambaran dijalankan, dia tidak pernah diganggu oleh makhluk-makhluk mistik kerana dia sering bersama-sama dengan enam hingga tujuh krew di bahagian kamera. Peristiwa misteri hanya terjadi kepada jurumekap artis dan juga pelakon yang memegang watak hantu itu sendiri.

Friday, October 17, 2014

Rumah Angker


Kali ini aku ingin bercerita tentang satu rumah berhantu di Jakarta Selatan atau rumah ini lebih dikenali dengan panggilan Rumah Pondok Indah. Menurut cerita yang disampaikan mulut ke mulut, dahulunya rumah ini pernah didiami oleh sebuah keluarga. Satu hari berlaku rompakan dirumah terbabit, sekeluarga dan pembantunya dipukul sehingga mati oleh segerombolan perompok tersebut. Ada yang mengatakan, kejadian rompakan tersebut adalah kerana bermotifkan dendam oleh pesaing dalam perniagaan.

Setelah beberapa hari kejadian, bermula lah kisah-kisah seram dan rumah itu menjadi berhantu. Sehingga kini, walaupun kejadian terbabit sudah lama berlaku hampir berpuluh tahun, tapi kesan  seram tentang rumah ini tetap ada. Malahan, bagaikan ada satu sumpahan :
"Sesiapa yang pernah memasuki rumah itu, maka tidak akan ada lagi jalan kembali...."
Masih segar lagi diingatan penduduk disitu pada penghujung bulan September pada tahun 2003 apabila seorang tukang goreng nasi yang berniaga dihadapan rumah berhantu ini hilang, yang tinggal hanyalah kereta sorong/wagon(tempat peniaga meletak barang-barang niaga seperti makanan dan sebagainya) yang dipesan oleh seorang perempuan dipercayai dari rumah terbabit, kerana walaupun rumah itu sudah kosong dan tiada penghuni tetapi pada waktu malam rumah itu kelihatan cantik seperti berpenghuni, walaupun pada hakikatnya jika disiang hari rumah itu ditumbuhi lalang.

Selain itu, ramai juga pemandu teksi yang diganggu. Warga disitu juga menceritakan pada waktu menjelang maghrib hingga habis Subuh sering terlihat kanak-kanak sedang bermain bola di tempat letak kereta dalam rumah terbabit.

Akhirnya, rumah itu pun diubahsuai kemudian disewakan. Lagilah berbagai-bagai cerita yang didengar, ada yang melihat kelibat perempuan sedang memotong daging didapur tengah-tengah malam, menyapu lantai diluar rumah dan kelibat beberapa kanak-kanak berlari-lari didalam rumah, menonton Tv dan sebagainya. Pernah juga terdapat beberapa keluarga dari negara luar datang menyewa yang tidak percaya dengan kewujudan makhluk-makhluk ghaib juga tidak tahan tinggal disitu.

Kelibat 'Perempuan Cantik' di Jambatan Ancol


Jambatan Ancol terletak di Jakarta Utara. Jambatan ini sudah lama wujud sejak dari Zaman Belanda, juga dikenali sebagai Kanaal Antjol. Sebenarnya, Jambatan ini mempunyai sejarah tersendiri dan hal ini digemparkan lagi dengan kelibat 'perempuan cantik' yang selalu berkeliaran disekitar Jambatan Ancol dipercayai roh seorang perempuan yang tidak tenteram yang telah dirogol dan dibunuh lalu mayatnya dicampak ke dalam air dibawah Jambatan Ancol.

Antara pencerita-pencerita yang mengaku pernah terjumpa dengan si 'Cantik' ini adalah seperti berikut :

Cerita 1 : Nelayan
Kejadian berlaku agak lama, iaitu berpuluh-puluh tahun yang lalu. Pada waktu itu, Kawasan Ancol masih merupakan kawasan hutan dan belum diteroka. Seorang Nelayan yang ingin menyeberang kawasan Sungai Ancol terserempak dengan si 'cantik' ini dan meminta untuk pergi ke seberang pada waktu malam.
Pada Mulanya, nelayan tidak mengesyaki apa-apa dan menganggap mungkin perempuan tersebut sedang 'kecemasan' . Setibanya di seberang, tiba-tiba Nelayan tersebut terperasan yang si 'cantik' itu ghaib dan wang yang diberikan merupakan selembar daun.

Cerita 2 : Pelukis

Cerita ini terjadi di dalam kawasan Pasar Seni Ancol. Seorang pelukis tiba-tiba didatangi seorang wanita 'cantik' pada waktu tengah malam dan si 'cantik' tersebut meminta dirinya untuk dilukis. Pada waktu si Pelukis ini sedang asyik melukis wanita terbabit, tiba-tiba dia menghilang!

Tetapi pelukis tersebut terus melukis wajah si 'cantik' itu sehingga lengkap, kerana si Pelukis masih mengingati kecantikan dan kehalusan wajah si cantik tersebut dan tidak mahu wajah itu dilupakan lantas diabadikan dalam sebuah lukisan.

Cerita 3  : Pemilik Hotel

Jika anda pergi berkunjung ke Indonesia, jangan terkejut jika anda menginap dengan satu hotel yang berdekatan dengan kawasan Ancol, pemilik hotel tersebut ada menyediakan satu bilik khas untuk si 'cantik' Jambatan Ancol.

Walaupun, Seiring dengan peredaran zaman, kawasan pantai satu-satunya di Jakarta menerima banyak pengunjung, juga kini banyak apartmen yang telah dibina dikawasan sekitar, tetapi itu tidak bermaksud kawasan tersebut bebas dari  aura angker.

Tambahan lagi, rumah Penginapan Putri Duyung Ancol pernah digemparkan dengan satu tragedi dimana seorang perempuan simpanan pernah mati secara tidak wajar, hal ini pada penduduk menambahkan lagi 'keangkeran' dikawasan Ancol.




Thursday, October 16, 2014

Tragedi Kecelakaan Stesen Keretapi Bintaro



Masih berkongsi pengalaman dari seorang teman. Kali ini aku ingin bercerita tentang Tragedi Bintaro. Jujur aku katakan, walaupun aku orang Malaysia, tapi aku suka berkawan dengan orang-orang Indonesia yang bekerja disini, kerana bagi aku mereka ni lebih jujur dalam persahabatan. Selain itu, aku berminat mengorek rahsia kecantikan dari mereka termasuklah penjagaan diri, jamu dan akhir sekali kisah-kisah mistik.

Menurut temanku yang ku kenal sebagi Riz (bukan nama sebenar), dia menceritakan stesen keretapi Bintaro neh pernah kecelakaan dari Tahun 1987, kemudian kata Riz lagi Stesen Keretapi Bintaro masih lagi kecelakaan tak silap katanya pada penghujung tahun lepas.

Memelikkan, saat ketiga-tiga kemalangan ini berlaku, berlaku pada Tarikh dan Waktu yang sama.

Apa yang aku dapat dari Riz seperti tidak cukup, kemudian aku terus berusaha mencari lagi artikel tentang Bintaro. Ye, memang menyeronokkan. Maksud aku memang mengerikanlah. Dari salah satu artikel yang ku baca, kemalangan yang berlaku pada 19 Oktober 1987 melibatkan ribuan jiwa yang terkorban. Sejak peristiwa itulah, orang-orang kampung ada yang terlihat kepala-kepala terbang, perempuan berbaju putih dengan mata merah menyala dan merintih-rintih persis suara rengekan seekor kuda. Memang pada aku mengerikan!

Hal ini bukan sahaja dirasai oleh penduduk kampung, malahan orang luar seperti pengguna jalan juga pernah diganggu, Kononnya, hantu-hantu ini akan muncul dari Maghrib hinggalah ketengah malam, ataupun pada malam-malam tertentu selepas berlaku kemalangan disitu.

Kebanyakan penduduk kampung sudah terbiasa mendengar suara-suara orang seperti menangis kesakitan, melihat makhluk yang memakai  baju yang koyak rabak dengan darah dan luka yang penuh diseluruh badan 'mereka'(Hantu di Kawasan Bintaro) kelihatan seperti bergerak beramai-ramai menuju ke kawasan tragedi lalu menghilang.

Penduduk kampung percaya, setiap kali berlaku kemalangan yang melibatkan kehilangan nyawa, akan muncul roh-roh yang tidak tenteram (gentayangan), bayangkan, wilayah ini sudah terkenal dengan keangkeran yang berlaku di Stesen Bintaro, ditambah lagi dengan kemalangan jalanraya disebabkan terlihat makhluk-makhluk yang menggerunkan dikawasan Bintaro, lalu pengguna jalan raya hilang perhatian dan kemalangan, lalu terbunuh ditempat kejadian? Esok atau lusa, penduduk akan terlihat roh yang mati terlibat dalam kemalangan bergentayangan di  jalan raya tersebut.

Ramai mengaku tidak berani melalui jalan yang berdekatan dengan Stesen Bintaro jika sudah waktu malam, mereka lebih rela memilih jalan yang lebih jauh sebagai alternatif supaya tidak terganggu.




'Berkat' Kilang Roti



Kali ini, aku nak bercerita tentang satu kilang roti yang bukan berada di Malaysia. Harituh seorang budak baru masuk bekerja di kilang tersebut yang bernama Kirah(bukan nama sebenar), hal ini diperhatikan oleh Supervisor kilang terbabit yang bernama Mano (bukan nama sebenar). Kebetulan pada hari yang sama Kirah dan Mano bekerja shift pagi dari pukul 8pagi sampai 4 petang.

Tiba-tiba pada pukul 2 petang, pekerja yang baru masuk bekerja hari tersebut bernama Kirah keluar ketandas. Kemudian sewaktu Kirah kembali  dari tandas, Mano perhatikan dia sedang berborak dengan seorang lagi pekerja yang sudah lama bekerja dikenali sebagai Sue (bukan nama sebenar) yang telah bekerja 3 tahun dikilang terbabit. Mano mencuri dengar perbualan mereka.

Kirah : Kak, tadi saya pergi tandas, saya jumpa dengan satu makcik  neh, Dia pelik. Dia cakap jangan masuk tandas bilik nombor 6. Saya masuk tandas nombor 5 dengar bunyi suara orang menangis, Bila keluar carik, makcik yang jaga tandas tuh pun tak ada, tak tahu apa punca bunyi orang menangis tuh.

Sue : Ko pergi tandas lama tu ker?

Kirah : Ntah lah kak. Tapi tandas tuh bersih jer, dalam kosong takde orang, makcik tuh pun nampak pelik, muka dia macam orang tak cukup tidur, bawah mata macam merah kehitaman macam tuh. Dia siap pesan jangan masuk tandas no 6. Saya tak fikir apa-apa kak. Mungkin tandas tuh rosak. Saya masuk tandas no 5 dengar bunyi orang menangis tapi lama-lama macam ketawa pun ada. Saya keluar nak carik makcik tadi tapi tak jumpa, lepastuh suara tuh dah tak kedengaran bila saya kat luar tandas. Saya terus lari balik kesini.

Kemudian mano pun menyampuk,

Mano : Takpe, lepas kerja neh aku cerita kat ko.

Setelah habis syif pagi, pada pukul 0445 petang, setelah semua staf syif pagi keluar dari operasi, Mano dan Kirah berjumpa, Mano terus membawa Kirah ke tandas yang dimaksudkan.

Mano : Tandas neh ker yang ko pergi tadi ?

Kirah : Yer, tandas neh lah yang aku pergi.

Mano : Tandas neh dah lama berkunci.

Kirah : Eh ? tapi masa aku pergi , tandas neh tak kunci , siap ada satu makcik jaga . Aku cakap betul , aku pergi tadi tandas neh bersih.

Mano : Sebab tuh aku pelik bila ko cakap ko boleh masuk dalam tandas neh. Sebenarnya tempat neh ada cerita dan sejarah.

Kirah : Cerita apa ?

Mano : Macam ni, sebenarnya, dari hari kilang neh bukak, setiap enam bulan sekali, mesti ada orang mati dekat dalam kilang neh. ..

Kemudian.. terdengar suara Kak Sue memanggil mereka dari belakang.. mereka menoleh.. Kak Sue menyampuk..

Sue : Tandas neh dah lama ditutup sejak ada satu peristiwa yang mengejutkan kat kilang neh berlaku.

Mano memandang Kirah seolah-olah memberitahu yang dia tidak menipu apabila Sue bercerita perkara yang sama. Sue yang agak becok terus menyambung.

Sue : Dulu tandas neh ada orang mati betul-betul kat depan pintu tandas neh sebab tergelincir. Seminggu lepastuh pulak ada orang mati sebab terkunci kat tandas no 6. Pagi esoknya, bila pekerja tandas bukak pintu tandas no 6, orang tuh dah mati dan ada tanda lebam kat tangan kiri lepastuh kat leher merah macam terkena air panas.Semenjak peristiwa tuh, kilang neh macam ada satu sumpahan, setiap 6 bulan sekali mesti ada orang mati dekat kilang neh , dalam keadaan mengerikan, mata terkeluar, dan jari hilang .

Selepas mendengar penjelasan Mano & Sue, Kirah menjadi menggeletar dan terus ingin terduduk dibawah satu pokok menghadap kekilang bangunan kilang yang besar itu. Untuk makluman kilang roti itu sungguh luas, mempunyai keluasan 8 hektar dan mempunyai dua bangunan. Bangunan lama dan bangunan baru. Kirah bekerja di bangunan baru pada hari pertama dia bekerja. Kemudian Kirah mula bersuara.

Kirah : Hey. cuba tengok kat tingkat dua bangunan tuh. Macam ada satu perempuan memakai hijab sedang melambai-lambai.

Sue  & Mano berpusing seraya berkata mereka tidak nampak apa-apa. Kemudian Sue meminta diri untuk beransur kerana dia berlainan arah dari dorang. Beberapa saat kemudian, Mano & Kirah bergerak perlahan-lahan keluar kawasan kilang, pada waktu itulah tiba-tiba Mano teringat, dia tertinggal telefon bimbitnya dan meminta diri untuk patah balik.

Kirah terus keluar, dan sewaktu melintas jalan tiba-tiba Kirah kecelakaan, dia dirempuh dengan sebuah kereta dan tercampak sejauh 2 meter betul-betul depan kilang.

Cara kematian Kirah, sungguh tragis. Sama seperti yang diceritakan oleh mereka, mayat kirah dalam keadaan mata terkeluar, jari-jarinya putus dan hilang!

Kirah adalah merupakan Korban yang ke-6!.

Kilang tersebut memang akan menuntut korban setiap 6 bulan, Pernah juga , kilang tersebut menerima aduan dan digesa supaya ditutup. Tapi sehingga sekarang, kilang tersebut masih operasi. Untuk pengetahuan, setiap kali kilang tersebut menerima 'KORBAN" setiap kali itulah perniagaannya semakin laris! Sehinggakan tanah 8 ekar hanya untuk Kilang Roti sahaja. Bayangkan..

Selain cerita Kirah, ada satu cerita melibatkan pengalaman pencerita sendiri, apabila ada seorang budak berumur 12 tahun pernah terlihat, 'orang' yang pernah mati di kilang terbabit, menangis-menangis teresak-esak dihadapan kilang terbabit.

Selain itu, pengalaman dari orang luar yang bukan pekerja kilang itu juga pernah terserempak pada satu malam jumaat, ada satu ambulans berhenti betul-betul dihadapan kilang. Didalamnya semua terdapat orang-orang yang pernah mati kecelakaan di kilang roti terbabit.








Tuesday, October 14, 2014

Nombor Angker


Kali neh aku berminat nak berkongsi cerita pasal nombor telefon misteri. Kadang-kadang pernah tak korang nampak orang-orang yang suka jual nombor conteng-conteng dalam tandas lah, dekat 'bus stop' , laman-laman sosial pun ada berniat nak memburukkan orang?. Pernah korang terasa nak telefon nombor-nombor tuh?.

Mungkin apa yang aku ingin kongsikan hanyalah rekaan semata-mata yang disampaikan dari mulut ke mulut. Tapi macam biasa lah, terpulang sejauh mana korang hendak menilai kebenaran cerita yang bakal akan kusampaikan neh.

Cerita neh 'viral' macam cerita Hantu Kum Kum, Makcik Keropok dan sebagainya dalam beberapa tahun lepas, tapi tiba-tiba ada balik tahun neh kat Singapura. Tapi sejauh mana kebenaran tuh tak dapat lah dipastikan.

Cerita bermula, katanya ada satu nombor telefon, jika kita dail nombor telefon tuh, sebelum kita disambungkan kita akan terdengar satu pesanan suara yang menakutkan. Tak pasti suara tuh macam mana. Dikhabarkan, sesiapa yang terdengar suara tuh walau sesaat, korang tunggulah, dalam masa beberapa hari suara yang sama yang korang dengar dalam telefon tuh akan mengganggu hidup korang.

Hurm sampai macam tuh sekali kan?

Mungkin cerita neh hanyalah rekaan semata-mata supaya korang tidak suka-suka mendail nombor-nombor yang korang jumpa kat tempat tak sepatutnya macam aku cakap kan kat atas tadi. Tapi ada gak terdengar, cara neh macam salah satu cara "Pengamal Ilmu Sihir" untuk carik makan, iye lah.. kalau dah kena sampuk mestilah korang akan cari seseorang yang ahli dalam bidang perubatan betul tak.? Tapi aku tak tuduh semua macam tu, Ada yang betul-betul ikhlas membantu kerana kemanusiaan, agama dan Tuhan.

Selebihnya, terpulang kepada korang untuk menilai.

Rumah Puaka


Kali ini, aku nak cerita tentang satu pengalaman sepasang suami isteri yang memilih untuk menetap di rumah kampung milik arwah ibu bapa kepada suami.

Pada waktu itu, si isteri sedang mengandung. Mungkin sudah takdir, kebetulan ibu kepada suami, baru sahaja meninggal dunia. Nak dijadikan cerita, terdapat beberapa gangguan sewaktu mereka suami isteri menetap disitu.

Antaranyalah, sewaktu mereka baru berpindah disitu, sewaktu sedang tidur, tiba-tiba mereka terdengar bunyi orang mengetuk-ngetuk tingkap bilik, untuk makluman, rumah kampung yang mereka duduki pada waktu itu mempunyai bilik ditingkat atas, maka adalah mustahil jika ada orang boleh mengetuk tingkap bilik, kerana kedudukan tingkap bilik adalah agak tinggi tak tercapai tangan jika disentuh dari luar rumah melainkan menggunakan kayu. Mereka terdengar bunyi orang mengetuk dan memberi salam. Mulanya si isteri menegur, tetapi si suami hanya meminta tidak mempedulikan, kerana kedudukan rumah kampung itu berada di tengah hutan, adalah agak mustahil jika ada orang mencari mereka tengah-tengah malam dan terus mengetuk tingkap bilik, bukan pintu rumah.

Kemudian nak dijadikan cerita, akhirnya si isteri pun bersalin, pada waktu itulah si isteri diganggu dengan lebih dahsyat, Pada waktu itu, si isteri sedang menyusukan bayi, tiba-tiba si isteri terpekik. Si suami pun pergi mendapatkan isterinya, dalam keadaan teresak-esak, isteri menerangkan apa yang terjadi, menurut isteri tiba-tiba sewaktu dia sedang mendukung bayi, kepala bayi tersebut bertukar menjadi muka orang tua, muka seorang lelaki, tetapi suami tak percaya.

Nak dijadikan cerita, kemuncak kepada kisah ini yang membuatkan mereka berpindah apabila pada satu malam suami isteri sedang menonton tv diruang bawah rumah. Tiba-tiba mereka terlihat sesusuk tubuh wanita tua dengan rambut putih merangkak turun ke tangga.

Sekarang, rumah tersebut tidak lagi mereka duduki, tetapi di sewa. Menurut mereka, sepanjang penyewa baru menduduki rumah itu, tiada mereka mendengar sebarang aduan tentang kejadian-kejadian pelik tersebut, mungkin makhluk tersebut hanya mengganggu mereka suami isteri.

Sekian..

Monday, October 13, 2014

Perempuan di Pokok Ru


Cerita bermula apabila seorang lelaki bernama Ben. Pada satu malam, sewaktu Ben melewati satu Pokok Ru, Ben terlihat seorang perempuan jarinya tersepit di Pokok Ru terbabit. Ben membantu, dan akhirnya wanita tersebut mengucapkan terima kasih dan berkata "Abang, boleh tak malam esok abang datang kesini lagi?".

Ben merasa kehairanan  lalu bertanya. Tetapi setelah diyakini oleh wanita tersebut bahawa dia hanya berniat hendak berkawan dan tidak mempunyai niat yang lain.

Pada kesokannya, Ben berjumpa wanita tersebut di Pokok Ru.

Pada malam pertama kedua dan ketiga tak ada apa-apa sehinggalah pada malam ke-4 dia ditegur oleh makciknya "Kau pergi kemana neh malam-malam baru balik?". Ben hanya menjawab "Pergi jumpa kawanlah".

Sehinggalah pada satu hari, Ben tidak pulang kerumah selama dua minggu, lalu makcik Ben meminta bantuan Pakar Tradisional untuk mencari Ben.

Akhirnya, Ben ditemui di sebatang Pokok Ru. Setelah dicerita, tahulah Ben, rupa-rupanya Ben sudah disorok selama dua minggu. Menurut pakar tradisional, Ben disorok oleh Bunian.

Ben tidak sedar, sewaktu masuk ke alam bunian, masa berlalu agak cepat, sebagai contoh, sejam dialam bunian, mungkin bagi alam manusia sudah seminggu.

Sebenarnya, sudah lama makcik dan anak sedara nya perhatikan, pada mulanya, Ben tidak pulang, semalaman, kemudian sehari, seminggu dan akhirnya dua minggu, tetapi Ben tidak sedar yang dia tidak pulang kerumah terlalu lama.

Wednesday, October 8, 2014

Pesakit Katil Hadapan


Kali neh aku nak bercerita pasal seorang pesakit yang ditahan wad disebuah hospital di Singapura. Menurut Rossy (bukan nama sebenar), dia ditahan didalam wad yang mempunyai 4 katil (pesakit) sebilik.

Pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh Rossy ini melibatkan seorang pesakit yang duduk berhadapan dengannya yang telah dimasukkan wad terlebih dahulu, asyik terbaring dan terlantar. Pesakit itu juga mengeluarkan suara yang agak bising seperti suara orang yang menahan kesakitan.

Nak dijadikan cerita, pada satu pagi, sekumpulan nurse dan seorang doktor datang ke katil pesakit tersebut, dan membawa keluar pesakit tersebut dalam keadaan ber 'drip'. "Hurm.. nak kena 'operate' lah tuh" kata Rossy dalam hati.

Rossy tidak menyedari bila waktu pesakit tersebut sudah habis pembedahan, tetapi Rossy tersedar pada tengah malam dan dia terperasan tirai ditarik bagi menutup katil pesakit dihadapan. Serentak dengan itu, suara pesakit terbabit seperti merintih kesakitan kini makin kuat.

Rossy terus menekan 'bell' untuk memanggil jururawat dan mengadu pesakit dikatil hadapan mungkin mengalami implikasi selepas pembedahan dan kerana itulah dia mengerang kesakitan.

Jururawat tersebut terus menyelak tirai yang menutupi katil tersebut dan menunjukkan kepada Rossy bahawa tiada orang dikatil hadapan.

Rossy tetap berkeras dan juga mempertahankan bahawa dia ada mendengar suara tersebut sambil meminta jururawat tersebut bertanya lagi dua pesakit yang berada dalam bilik tersebut.

Tetapi ternyata, lagi dua pesakit yang bersama satu wad dengan Rossy tidak mendengar suara rintihan yang didakwa oleh Rossy.

Akhirnya, satu ayat yang mebuatkan Rossy terus terdiam apabila jururawat tersebut berkata " Ma'am there's nobody infront of you since the patient passed away this morning (Puan, depan katil puan memang dah tak ada pesakit sejak pesakit dikatil hadapan neh dah meninggal pagi tadi).

Kini sedarlah Rossy, bahawa pagi tadi sewaktu sekumpulan jururawat dan seorang doktor membawa pesakit itu keluar bukanlah kerana pembedahan, sebaliknya pesakit itu telah mati.

Misteri Lebuh Raya Utara Selatan

Hai, bertemu kembali setelah sekian lama tak update blog. Kali ini aku ada satu citer yang agak best pasal Lebuh Raya Utara Selatan. Rasanya, korang pun mungkin ada pengalaman tersendiri sepanjang menggunakan lebuhraya neh.

Sebenarnya, aku dapat sumber cerita neh dari orang Singapura. Pengalaman neh dah lama, masa tuh isterinya tengah mengandung anak pertama.

Katanya sewaktu dalam perjalanan, waktu tuh dia tengah menggunakan lebuhraya Utara Selatan, dia terlihat ada satu makcik tua tengah berjalan kaki. Waktu tuh, isteri dia tidur kat sebelah. Dalam hujan renyai. Macam biasalah, ada diantara kita neh memang seorang yang prihatin, kadang-kadang kita pun tak tergamak nak fikir bukan-bukan, dia tuh penyamun ker, perogol ker, sebab dah perempuan tua kan? Nak dijadikan cerita, akhirnya kawan neh ringankan mulut bertanya, "Makcik nak kemana?" orang tua tuh bercakap dia nak pergi satu kampung yang berada dekat sikit, pada mulanya makcik tua tuh macam nak taknak jer nak tumpang, tapi setelah dipujuk, akhirnya makcik tuh pun akur.

Makcik Tua : Isteri kau neh mengandung yer?
Pemandu     : Ye makcik.
Makcik Tua : Bukan apa, berhati-hatilah yer.. Isteri kau neh mengandung anak pertama, darah manis.
Pemandu     : Eh macam mana Makcik boleh tahu neh anak pertama.

Tiba-tiba isteri pemandu terbabit tersedar, dan bertanya :

Isteri        : Abang borak dengan siapa ?
Pemandu : Abang borak dengan makcik neh, abang tolong hantar dia kat depan neh ha.

Agak lama dalam beberapa saat.

Isteri : Abang, abang cakap dengan siapa neh bang?? Belakang mana ada orang???