Tone Excel

Thursday, October 16, 2014

Tragedi Kecelakaan Stesen Keretapi Bintaro



Masih berkongsi pengalaman dari seorang teman. Kali ini aku ingin bercerita tentang Tragedi Bintaro. Jujur aku katakan, walaupun aku orang Malaysia, tapi aku suka berkawan dengan orang-orang Indonesia yang bekerja disini, kerana bagi aku mereka ni lebih jujur dalam persahabatan. Selain itu, aku berminat mengorek rahsia kecantikan dari mereka termasuklah penjagaan diri, jamu dan akhir sekali kisah-kisah mistik.

Menurut temanku yang ku kenal sebagi Riz (bukan nama sebenar), dia menceritakan stesen keretapi Bintaro neh pernah kecelakaan dari Tahun 1987, kemudian kata Riz lagi Stesen Keretapi Bintaro masih lagi kecelakaan tak silap katanya pada penghujung tahun lepas.

Memelikkan, saat ketiga-tiga kemalangan ini berlaku, berlaku pada Tarikh dan Waktu yang sama.

Apa yang aku dapat dari Riz seperti tidak cukup, kemudian aku terus berusaha mencari lagi artikel tentang Bintaro. Ye, memang menyeronokkan. Maksud aku memang mengerikanlah. Dari salah satu artikel yang ku baca, kemalangan yang berlaku pada 19 Oktober 1987 melibatkan ribuan jiwa yang terkorban. Sejak peristiwa itulah, orang-orang kampung ada yang terlihat kepala-kepala terbang, perempuan berbaju putih dengan mata merah menyala dan merintih-rintih persis suara rengekan seekor kuda. Memang pada aku mengerikan!

Hal ini bukan sahaja dirasai oleh penduduk kampung, malahan orang luar seperti pengguna jalan juga pernah diganggu, Kononnya, hantu-hantu ini akan muncul dari Maghrib hinggalah ketengah malam, ataupun pada malam-malam tertentu selepas berlaku kemalangan disitu.

Kebanyakan penduduk kampung sudah terbiasa mendengar suara-suara orang seperti menangis kesakitan, melihat makhluk yang memakai  baju yang koyak rabak dengan darah dan luka yang penuh diseluruh badan 'mereka'(Hantu di Kawasan Bintaro) kelihatan seperti bergerak beramai-ramai menuju ke kawasan tragedi lalu menghilang.

Penduduk kampung percaya, setiap kali berlaku kemalangan yang melibatkan kehilangan nyawa, akan muncul roh-roh yang tidak tenteram (gentayangan), bayangkan, wilayah ini sudah terkenal dengan keangkeran yang berlaku di Stesen Bintaro, ditambah lagi dengan kemalangan jalanraya disebabkan terlihat makhluk-makhluk yang menggerunkan dikawasan Bintaro, lalu pengguna jalan raya hilang perhatian dan kemalangan, lalu terbunuh ditempat kejadian? Esok atau lusa, penduduk akan terlihat roh yang mati terlibat dalam kemalangan bergentayangan di  jalan raya tersebut.

Ramai mengaku tidak berani melalui jalan yang berdekatan dengan Stesen Bintaro jika sudah waktu malam, mereka lebih rela memilih jalan yang lebih jauh sebagai alternatif supaya tidak terganggu.




No comments:

Post a Comment