Tone Excel

Friday, October 17, 2014

Rumah Angker


Kali ini aku ingin bercerita tentang satu rumah berhantu di Jakarta Selatan atau rumah ini lebih dikenali dengan panggilan Rumah Pondok Indah. Menurut cerita yang disampaikan mulut ke mulut, dahulunya rumah ini pernah didiami oleh sebuah keluarga. Satu hari berlaku rompakan dirumah terbabit, sekeluarga dan pembantunya dipukul sehingga mati oleh segerombolan perompok tersebut. Ada yang mengatakan, kejadian rompakan tersebut adalah kerana bermotifkan dendam oleh pesaing dalam perniagaan.

Setelah beberapa hari kejadian, bermula lah kisah-kisah seram dan rumah itu menjadi berhantu. Sehingga kini, walaupun kejadian terbabit sudah lama berlaku hampir berpuluh tahun, tapi kesan  seram tentang rumah ini tetap ada. Malahan, bagaikan ada satu sumpahan :
"Sesiapa yang pernah memasuki rumah itu, maka tidak akan ada lagi jalan kembali...."
Masih segar lagi diingatan penduduk disitu pada penghujung bulan September pada tahun 2003 apabila seorang tukang goreng nasi yang berniaga dihadapan rumah berhantu ini hilang, yang tinggal hanyalah kereta sorong/wagon(tempat peniaga meletak barang-barang niaga seperti makanan dan sebagainya) yang dipesan oleh seorang perempuan dipercayai dari rumah terbabit, kerana walaupun rumah itu sudah kosong dan tiada penghuni tetapi pada waktu malam rumah itu kelihatan cantik seperti berpenghuni, walaupun pada hakikatnya jika disiang hari rumah itu ditumbuhi lalang.

Selain itu, ramai juga pemandu teksi yang diganggu. Warga disitu juga menceritakan pada waktu menjelang maghrib hingga habis Subuh sering terlihat kanak-kanak sedang bermain bola di tempat letak kereta dalam rumah terbabit.

Akhirnya, rumah itu pun diubahsuai kemudian disewakan. Lagilah berbagai-bagai cerita yang didengar, ada yang melihat kelibat perempuan sedang memotong daging didapur tengah-tengah malam, menyapu lantai diluar rumah dan kelibat beberapa kanak-kanak berlari-lari didalam rumah, menonton Tv dan sebagainya. Pernah juga terdapat beberapa keluarga dari negara luar datang menyewa yang tidak percaya dengan kewujudan makhluk-makhluk ghaib juga tidak tahan tinggal disitu.

No comments:

Post a Comment