Kelibat 'Perempuan Cantik' di Jambatan Ancol


Jambatan Ancol terletak di Jakarta Utara. Jambatan ini sudah lama wujud sejak dari Zaman Belanda, juga dikenali sebagai Kanaal Antjol. Sebenarnya, Jambatan ini mempunyai sejarah tersendiri dan hal ini digemparkan lagi dengan kelibat 'perempuan cantik' yang selalu berkeliaran disekitar Jambatan Ancol dipercayai roh seorang perempuan yang tidak tenteram yang telah dirogol dan dibunuh lalu mayatnya dicampak ke dalam air dibawah Jambatan Ancol.

Antara pencerita-pencerita yang mengaku pernah terjumpa dengan si 'Cantik' ini adalah seperti berikut :

Cerita 1 : Nelayan
Kejadian berlaku agak lama, iaitu berpuluh-puluh tahun yang lalu. Pada waktu itu, Kawasan Ancol masih merupakan kawasan hutan dan belum diteroka. Seorang Nelayan yang ingin menyeberang kawasan Sungai Ancol terserempak dengan si 'cantik' ini dan meminta untuk pergi ke seberang pada waktu malam.
Pada Mulanya, nelayan tidak mengesyaki apa-apa dan menganggap mungkin perempuan tersebut sedang 'kecemasan' . Setibanya di seberang, tiba-tiba Nelayan tersebut terperasan yang si 'cantik' itu ghaib dan wang yang diberikan merupakan selembar daun.

Cerita 2 : Pelukis

Cerita ini terjadi di dalam kawasan Pasar Seni Ancol. Seorang pelukis tiba-tiba didatangi seorang wanita 'cantik' pada waktu tengah malam dan si 'cantik' tersebut meminta dirinya untuk dilukis. Pada waktu si Pelukis ini sedang asyik melukis wanita terbabit, tiba-tiba dia menghilang!

Tetapi pelukis tersebut terus melukis wajah si 'cantik' itu sehingga lengkap, kerana si Pelukis masih mengingati kecantikan dan kehalusan wajah si cantik tersebut dan tidak mahu wajah itu dilupakan lantas diabadikan dalam sebuah lukisan.

Cerita 3  : Pemilik Hotel

Jika anda pergi berkunjung ke Indonesia, jangan terkejut jika anda menginap dengan satu hotel yang berdekatan dengan kawasan Ancol, pemilik hotel tersebut ada menyediakan satu bilik khas untuk si 'cantik' Jambatan Ancol.

Walaupun, Seiring dengan peredaran zaman, kawasan pantai satu-satunya di Jakarta menerima banyak pengunjung, juga kini banyak apartmen yang telah dibina dikawasan sekitar, tetapi itu tidak bermaksud kawasan tersebut bebas dari  aura angker.

Tambahan lagi, rumah Penginapan Putri Duyung Ancol pernah digemparkan dengan satu tragedi dimana seorang perempuan simpanan pernah mati secara tidak wajar, hal ini pada penduduk menambahkan lagi 'keangkeran' dikawasan Ancol.




Comments

Post a Comment

Popular Posts