Tone Excel

Monday, October 28, 2013

Mayat Mati Kemalangan

Aku memang suka sangat dengar Misteri Jam 12 kat 87.9FM, neh stesen radio kat Singapore. Aku memang tak dapat dengar secara live. So, aku selalu dengar kat Youtube. Kalau nak cerita satu per satu memang banyak aku yang aku ingat, tapi ade satu neh selalu melekat sampai sekarang.

Cerita neh dari seorang pemanggil yang telefon stesesen radio.. kata Ahmad (bukan nama sebenar). Dulu dia seorang Mat Rempit, macam biasalah kata Ahmad, kalau dah kata rempit, mesty ade pompuan yang ikut. Nak dijadikan satu cerita, satu hari tuh, kawan dia Khairul (bukan nama sebenar) menunggang motorsikal dengan satu awek, biarkan aku nama perempuan tuh Daliliah (bukan nama sebenar).

Katanya nak dijadikan cerita kawan Ahmad, Khairul & Dalillah kemalangan dan mati ditempat kejadian.
Disebabkan hubungan Ahmad & Khairul neh memang rapat, memang dia datang lah majlis pengebumian kawan dia tuh sampai malam, Aku pon tak berapa nak ingat sangat cerita neh. ape hubungan sebenar Khairul dengan Dalilah, sebab masa hari pengkebumian tuh, ibu kepada Dalilah ada sekali dekat rumah Khairul.

Nak dijadikan cerita, masa tuh waku maghrib, masa tuh kebetulan ada satu budak neh terkejut beruk sebab katanya dia ternampak Dalillah yang dah mati tuh datang, nak masuk ke dalam rumah dalam keadaan berdarah-darah dengan memakai pakaian yang dipakai waktu masa kejadian..

Ibu kepada Dalillah pujuk budak tuh suruh masuk rumah cepat-cepat dan suruh semua budak-budak tu mandi dan sembahyang. Menurut ibu kepada Dalillah, yang datang tu bukan Dalillah,, macam biasalah,, tak lain tak bukan hanya syaitan yang nak menyesatkan manusia, kemungkinan juga Qarin kepada Dalillah..

Tuesday, October 22, 2013

Penjaga Rumah

Cerita neh, memang agak sensitif.. mungkin agak menyentuh sensitiviti sesetengah pihak.. tetapi aku cuma mintak sahaja cerita neh sebagai hiburan.. Sebab aku sendiri pon tak lihat dengan mata kepala sendiri tentang ape yang berlaku. Cerita disampai mulut ke mulut.

Di sebuah kampung tinggal sepasang suami isteri.. Pak Jat dan Nek Jiha.. Hidup bahagia walaupun tinggal berdua sahaja.. Tetapi bagaikan satu tragedi dan menyentuh hati penduduk kampung apabila Pak Jat dan Nek Jiha meninggal dunia.. Mula-mula Pak Jat meninggalkan Nek Jiha, kemudian Nek Jiha pun menyusul.

Kemudian cerita yang tak enak pun menyusul.. Katanya, selepas pasangan suami isteri itu meninggal, jiran sebelah cuba menghalau binatang peliharaan Arwah pasangan tesebut yang masuk ke perkarangan rumahnya. Dipendekkan cerita, pada malam kejadian, dia terasa rumahnya bagaikan diketuk-ketuk.. Bukan diketuk di pintu sahaja, sebaliknya ketukan itu ibarat bagai ada orang berlari-lari keliling rumah sambil mengetuk-mengetuk dinding rumah.. Yer lah rumah kampung separuh batu separuh papan,, kalau ketukan itu diketuk di papan  memang lah berbunyi.

Tak habis dengan cerita tuh, aku dengar lagi,, ade orang ternampak bagai kelibat Pak Jat pada satu maghrib seperti sedang menuju ke surau.. Masa hayat Pak Jat,Pak Jat memang selalu pergi sembahyang berjemaah di surau kampung.

Tetapi, ada cerita yang tak enak lagi, konon2 nya Rumah Arwah Pak Jat & Arwah Nek Jiha macam ada 'penjaga' sebab semasa hayat Pak Jat, dia memang rajin tanam buah-buahan di sekeliling rumah. Tapi kata orang kampung, sampai sekarang, walaupun sudah 10 tahun Pak Jat & Nek Jiha dah meninggal dunia, pokok buah-buahan bagaikan tak terusik,, kononnyer,, ulat pun takut nak makan.. Ish3... Ntah lah.. 

Tapi ada 'statement' yang menguatkan lagi dakwaan, yang konon nye Rumah Arwah Pasangan tuh memang ada 'Penjaga' apabila pada zaman kanak-kanak Nik (Bukan nama sebenar) pernah terlihat ada satu perempuan sedang berlegar-legar dihalaman rumah pasangan tersebut. Perempuan tuh berpakaian tradisional, Baju Kebaya kata Nik kalau tak silap.. Baju Kebaya Putih, tapi berkain batik,, tapi tak nampak kaki, rambut cecah tanah.. menyeret bagaikan 'veil' pengantin

Aku secara peribadi boleh dikatakan agak rapat dengan Pak Jat dan Nek Jiha. Mereka memang orang yang baik-baik.. Terus terang ku katakan, sepanjang aku kenal diorang, rasanya tak pernah aku dengar masa hayat diorang, ada orang bercerita tentang ketidak puasan hati tentang pasangan itu, tetapi cerita tak enak ini muncul bila mereka dah tiada,, itu yang aku agak terkilan.

Aku hanya berdoa semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dengan roh orang-orang yang soleh .. Amin..

Monday, October 21, 2013

Bathamim : Disampuk Jin Siam

Ni berbalik kisah makcik aku yang harituh g berubat kat Darussyifa.. yang sakit dada,, terasa macam nak terkeluar jantung dia.. Katanya, masa Raya Haji dia g beraya dekat rumah adik ipar dia.. dia ceritakan pengalaman dia masa berubat dekat Darussyifa. Last2 adik ipar dia cadangkan g berubat kat Gombak,, nama tempat tuh Bathamim (benteng mukmin). Menurut pakcik & makcik aku,, Pakar neh asalnya masa siang Pakar neh Doktor, tapi bile malam dia buat berubat macam Darussyifa..

Nka dijadikan cerita, masa sampai kat sana, semua orang rasa sejuk kat situ.. makcik aku sorang jeh rasa panas & pijar satu badan.. Pakar tuh dah faham, dia bagi makcik aku minum air,, lepastuh dia suruh makcik aku duduk dulu.. tiba-tiba makcik aku cakap, dia nak balik.. pakar tuh tanye, nape nak balik?,, hah! masa ni lah makcik aku kene sampuk :

Pakar    : Nape nak balik cepat?
Makcik : Aku nak balik, NAK HISAP DARAH BUDAK!!!
Pakar    : Mana asal usul ko?
Makcik : Siam..
Pakar    : Nape ko kacau dia?
Makcik : Tuan aku suruh lah..!!
Pakar    : Ko Islam ke kafir ?
Makcik : (Diam..)
Pakar    : Nape ko diam? nape ko kacau orang Muslim?
Makcik : Tuan aku suruh!!! (Pakar tuh dah faham, ni mesty jin kafir)
Pakar    : Ok, aku bagi ko peluang,, keluar dari badan dia dan masuk islam..
Makcik : Tak Nak!!!
Pakar    : Nape ko tak nak??
Makcik : Sebab aku tak nak mungkir janji dengan Tuan aku?
Pakar    : Ko takut dengan janji ko dengan Tuan ko,, dia tuh manusia!! Tapi macam mana janji ko dengan                    Nabi Sulaiman ?
Makcik : Ahhh..!!!! ko tak payah cakap dengan aku pasal bende tuh!! aku tak nak kuar..
Pakar   : Ok last,, aku tanya betul ko tak nak keluar? ko tak takut dengan azab Allah?
Makcik: Ko tak payah ajar aku lah! ko ingat ko hebat sangat ker?
Pakar   : Memang aku tak hebat!! Yang Hebat tu ALLAH S.W.T... habis ko tuh hebat sangat ker sampai
              sanggup berlawan dengan ayat2 Allah? Ok ! Aku dah bagi ko peluang, tapi ko tak nak! Ko                         tunggu! Aku bakar ko dengan Kalam Allah (Ayat Al-Quran).
Makcik : Ok! AKU MASUK ISLAM!!! TUNJUKKAN AKU !!
Pakar    : Betul ko nak masuk Islam?
Makcik : Betul
Pakar    : Kalau ko tipu, ko akan terbakar dengan azab Allah..
Makcik : Tak aku tak tipu!!
Pakar    : (Then, dia ajar Jin tuh mengucap, makcik aku terus pengsan tak sedarkan diri).

Nak dijadikan cerita,, lepas tuh barulah makcik aku rasa ok dah.. Untuk pengetahuan, makcik aku neh selain berniaga runcit kecil-kecilan kat rumah dia, dia jaga anak orang jugak.. Katanya, sebelum dia g berubat,, ada salah satu anak orang yang dia jaga tuh,, bagi tahu dia :

Budak : Makcik!
Makcik : Ye..
Budak  : Rumah makcik ade SETAN lah!!
Makcik : Hah ! mana dia??
Budak   : Tadi dia ada kat atas siling neh?? sekarang dah tak de..

Esoknyer, budak tuh tak berani nak datang umah makcik aku. mak budak tuh siap hantar depan rumah lagi,, budak tu beriye2 berkeras tak nak masuk rumah makcik aku,, TAKUT,, katanya..

Dalam masa yang sama, perniagaan makcik aku turut terjejas,, budak-budak tak berani nak datang rumah..

Tapi lepas dah berubat kat Batahmim.. Alhamdulillah.. Semua berjalan lancar.. :)

Aku sebagai anak sedara,, turut rasa gembira dan syukur sebab makcik aku dah sihat..


Thursday, October 17, 2013

Kisah Seram Di Pejabat

Ada beberapa cerita seram yang pernah aku dengar dan yang pernah aku alami sendiri di pejabat. Kita semua maklum yang jin dan syaitan berada di mana-mana... melainkan seseorang itu 'atheis' yang tiada pegangan agama jer yang tak percaya tentang kewujudan jin dan syaitan..

Cerita 1 

Cerita neh aku dengar dari mulut ke mulut..  dari seorang akak kat ofis aku  neh.. cerita neh pasal ofis lama dia.. (sorry aku tak boleh bagi tahu kat mana & ofis apa).. katanya, dekat tandas kat ofis dia neh memang ade 'something'... mengikut akak neh,, pernah satu kali dia pergi kat tandas,, dia tengah nak ambik tisu tiba2 dia rasa macam ada 'bende' hitam berdesup,, pantas jer kat tepi dia,, katanya sipi-sipi jer dekat dengan dia.

Selain dari pengalaman dia, rakan sekerja dia kena lagi teruk, katanya, ada satu hari tuh kawan dia masuk toilet,, tiba-tiba dia nampak ada orang tengah duduk mencankung atas mangkuk tandas.. katanya sekali pandang macam rakan sepejabat,, dia main tegur jer lah "hahahahah weh,, apahal ko basuh muka kat dalam mangkuk jamban neh? kan ada banyak paip-paip kat sini"... lepas dia habis cakap jer,, bende tuh terus paling kan muka dia,, menunjukkan rupa dia yang sebenar.. Ya Allah... katanya,, Bukan Manusia rupe nyer.. eeee.. dikhabarkan lepas tuh, member tuh demam teruk ..

Cerita 2 

Cerita neh pon diceritakan oleh orang yang sama sperti di Cerita 1 di atas,, bende neh berlaku dekat ofis yang aku keje sekarang neh.. huhuuhuh seriau gak aku dengar bile dia cerita.. Kata akak ni,, ada satu budak ofis stayback sampai malam,, tiba2 dia nampak ada orang masuk ofis neh,,, sekali pandang macam officemate kitorang gak.. dia pon tegur jer lah.."hi stayback gak ker?".. tapi officemate aku yg sorang tuh wat derk jer,, terus menonong.. tiba-tiba member aku neh nak balik kot,, dia carik lah kawan yang maksud tadi, mungkin nk say goodbye,, tapi bile dia carik-carik.. 'member' tuh tak de rupenyer.. huhuuhuhuh

Cerita 3

Ok neh cerita kat ofis lama aku,, cerita neh pon aku dengar dari mulut ke mulut gak,,, bende neh terjadi kat satu manager neh.. masa tuh waktu maghrib.. yang manager neh g tandas.. masa tu kat ofis memang dah tak de orang,, tapi dia dengar macam ada suara budak-budak kat luar macam tengah berlari-lari, tergelak-gelak seolah macam main kejar-kejar.. tapi bile keluar,,, dia tengok tak de pon budak... lepastuh dia masuk bilik dia.. pon dia dengar ada suara budak-budak tuh lagi,, aku tak tau la betul ker tak,, ataupun mungkin alasan manager tuh nak balik awal nak ngelat dari wat keje hahahhahahah (jahatnya ko Sue)...

Cerita 4

Still cerita kat ofis lama aku,, cerita dari mulut ke mulut gak,, tapi masa tu aku belom masuk keje kat situ lagi.. Menurut rakan sekerja aku dulu,, masa tuh ada sorang neh suke stay sampai malam2 kat ofis.. masa tuh dalam pukul berapa ntah,, tiba2 dia terdengar macam ada bunyi orang print atau fotostat,, pelik gak.. ada orang guna printer? setahu dia masa dalam kul 8 lebih,, semua orang dah balik.. tapi dia check gak sekeliling,,tengok-tengok kot kot ada orang guna printer ker,, nak wat tender ker,, tapi memang sah tak de orang... tapi bile dia check mesin fotostat tuh tengah print something...

Cerita 5

Hah ni baru cerita aku... Masa neh berlaku kat depan mata aku,, kat ofis lama aku neh agak ketat gak lah security system dia... dari pintu masuk nak masuk tempat receptionist memang nak kene key in password atau touch kad,, kalau salah password dia akan bunyi macam satu sensor untuk deny access... jadi kalau bunyi sensor tuh kita dah tahu sama ada password salah dan dia tak leh masuk,, lepastu dari tempat recept nak g finance ker, pantry, ker HR & Admin, Bilik R & D memang ada banyak pintu-pintu yang lain.. Nak dijadikan cerita,, satu hari tuh depan-depan mata aku,, aku nampak ada satu pintu neh bunyi macam ada orang tekan-tekan,, lepastu dia bunyi macam deny.. seolah-olah macam tersalah password,, berkali kali tau tak,, seolah olah macam ade orang tekan password,, lepastuh salah password dia bunyi,, aku rasa lebih 3 kali,, akhir sekali aku berlari carik IT support,, aku inform apa yang aku nampak,, aku bawak dia kat pintu yang dimaksudkan tuh,, pelik,, dah tak ada lagi 'bende' tuh., yang officemata aku pandang aku lain macam,, aku boleh nampak muka dia macam tengah tahan gelak,, mungkin dia ingat aku mengigau,, atau sasau kot,, tapi serius,, memang aku rasa bende tuh real.. bukan ilusi aku.. memang aku nampak,, macam mana bende tuh macam bernyala-nyala bila bunyi macam orang masuk password, lepastuh bunyi untuk kedua kali seolah-olah memberitahu 'ACCESS DENIED!'.

Kisah Di Asrama

Hahahhahahaahha sape2 yang pernah duduk asrama mesty ade macam2 citer kan? huhuuhuh.. walopun aku tak pernah duduk asrama,,, tapi aku tingat masa sekolah dulu, macam2 citer pasal org yg duduk asrama neh.. Antaranya ialah seperti kat bawah neh :

Cerita 1 : Kisah Cikgu Matematik

Hahhaha cerita neh aku ingat lagi dari kisah Cikgu Matematik aku masa aku Tingkatan 4 & 5, Cikgu Faizah tak silap aku.. dia orang Kelantan... Memang cantik orangnya, putih melepak tapi dah kahwin,, orangnya pon nampak alim & warak, bertudung labuh,, tapi dia memang baiklah,, kalau dia mengajar,, memang senang nak faham sebab dia memang pandai mengajar,, dan banyak bagi kitorang tips2 untuk memudahkan kitorang hafal formula..

Punca Cikgu Faizah neh berminat nak cerita pasal hantu neh sebab pada satu hari tuh, dia datang dekat group kitorang (hahahha dari sekolah lagi aku memang dah ade GANG taw! hahahhaha ganas tak? takut kan? ceh!), kebetulan masa tu group kitorang citer pasal hantu, (masa tu bukan waktu kelas dia,, tak silap aku dia jadi guru ganti kot,, sementara nak tunggu kelas dia,, dia biarkan kami wat kerja sendiri,, hahhahah dah suruh wat kerja sendiri tuh,, tak kan lah kitorang 'skema' nak baca buku lak,,, malam sikit lah oi), hehheeh dia terus berminat nak share pasal dia kat satu kelas..

Ngam2 waktu tu dah sampai waktu MAth, dia pon mintak izin nak cerita pasal pengalaman dia, katanya dia tertarik dengan Group Belakang (group aku lah tu) yang cerita pasal hantu.

Katanya, waktu tuh, dia duduk asrama. Masa tuh katanya, dia memang penakot.. sampaikan kalau nak masuk tandas pon,, dia akan masuk dengan kawan dia sekali dua orang,, hahhahah siap gilir2 lagi katanya.. Mule2 kawan dia buang air dulu, dia pandang pintu (pusing belakang tak nak tengok orang kencing) pastu tukar lak,, dia kencing pastu kawan dia pandang pintu hahahhahah.

Nak dijadikan cerita, ada satu kejadian neh yang telah mengubah hidup dia selamanya bila satu hari tuh,, dia tengah tido,, tiba-tiba dia perasan kat sebelah dia ade bende tengah berbunjut,, bungkus kaler putih,, eeeeee... dia ternampak pocong rupenyer,,, ape lagi,, menjerit lah dia,, sampaikan warden & senior2 pon ade yg turun... Lepastu nak dijadikan cerita, dekat asrama cikgu aku neh, ade senior dia nama Seri (aku tak pasti sapa nama dia, aku main petik jer,, aku pon dah tak ingat). Untuk pengetahuan , Seri neh sebenarnya macam ada 'something' kat dia.. tak tahulah bende tuh pendamping ker per... Dekat Seri neh macam ada 'Puteri' yang jaga dia..'Puteri' neh sebenarnya makhluk halus,, orang lain memang tak dapat tengok.. tapi kawan2 yang satu dorm dengan Seri neh akan tahu,, bila Sang 'Puteri' tuh masuk dalam badan Seri,, otomatik Seri akan jadi macam rajin,, dia jadi tak duduk diam,, cuci toilet, kemas bilik lah semua.. tapi bila Puteri tuh keluar dari badan Seri, otomatik Seri akan jadi lemah & letih..

Ok berbalik semula cerita Cikgu aku neh,, nak dijadikan cerita masa dia ternampak pocong tuh,, Seri pon ade datang bilik dia sekali.. tiba-tiba 'Puteri' tuh masuk dalam badan Seri.. lepastu Seri pon bercakap lah (konon nya bukan Seri yang bercakap, tapi 'Puteri' tuh) yang konon2 nyer dia yang merupa jadi pocong untuk takutkan Cikgu aku neh,, sebab katanya Cikgu aku neh memang penakot,, siap dia petik sekali yang pasal cikgu aku masuk dalam tandas sekali dua orang tuh. hahahhahah kantoi seh! malu jer..

Sejak kejadian tu lah, Cikgu Math aku berubah...

Cerita 2 : Cerita Cikgu Tuisyen

Hurm ni pon aku ingat-ingat lupa,,, Cerita neh aku dapat dari Cikgu Tuisyen, masa tuh tak silap aku tingkatan berapa ntah,, tiba2 geng2 aku jadi skema lak,, nak g Tuisyen,, tak silap nama Tuisyen tu Tuisyen Mawar.. Aku cuma tuisyen sekejap jer kot,, sebab masa tuh aku sibuk dengan Aktiviti Kadet,, kadang-kadang kelas Tuisyen diadakan waktu aku ade kadet,, so rugilah,,lama-lama aku berhenti.. tapi aku ingat lagi,, ada satu cikgu laki neh.. aku tak ingat sape nama dia,,dia memang Cikgu Tuisyen tapi dia ajar math... tiba-tiba dia dok cerita pasal cerita hantu,, mungkin dia perasan kitorang macam dah boring kot masa kelas dia,, aku tak pasti cerita neh,, berlaku kat dia atau dekat orang lain..

Katanya, dekat asrama, kalau bangun pukul 6 pagi,, konfom kene beratur kalau nak guna toilet atau bilik air, so, nak dijadikan cerita ada satu hamba Allah neh,, biarlah aku namakan dia Ahmad, dia bangun awal, pukul 4 pagi,, konon2 nyer tak nak berebut-rebut dan nak basuh baju sekali.. Waktu Ahmad masuk dalam toilet,, dia perasan dah ada orang lain kat dalam toilet rupenyer,, nampak orang tuh macam tengah gosok gigi.. Lepastuh si Ahmad neh pon gosok gigi sambil membelakangkan 'orang' tuh.. Tibe2 'orang' tuh tegur.. "hai, awal bangun?"..... Hurm Ahmad just jawab "hehehhe saje jer tak nak berebut,, lagipon nak basuh baju sekali"... lepastuh bende tuh tegur lagi "tapi saya tak rasa awak sempat nak basuh baju ataupun mandi.. saya rasa awak nak kumur pon tak sempat"...masa tuh si Ahmad tengah berus gigi,, dia macam tersentak, sape lak neh? Malaikat Maut ker? boleh lak dia cakap aku neh 'tak sempat' haish,,, tibe2 berus gigi Ahmad terjatuh,, memaksa dia memusing ke belakang untuk capai berus gigi,, sambil tuh dia niat nak 'ushar' orang tuh sekali.. sebab pelik gak,, 'orang' tuh gosok gigi tapi tak menghadap cermin,, jangan kata cermin.. paip untuk kumur2 pon tak de... heheheh masa dia nak amik berus gigi tu lah dia perasan.. Aiks? nape orang neh macam pelik,,, tunduk punye tunduk baru perasan 'orang' tuh tak de kaki hehheheheheh... Ahmad berlagak selamba,, cepat-cepat dia berkumur,,, dan nak bergegas keluar.. tibe2 'orang; tuh bersuara "Hai cepat keluar?"... Ahmad bingkas menjawab "Hurm.. tak pe lah... tiba-tiba rasa mengantuk lak...hah..." kata Ahmad sambil menguap konon-konon nyer... lepastuh boleh lak 'orang' tuh cakap ... "MENGANTUK ker.... DAH TAHUUUUU???"....

HIHIHIIHIHIIHIHIIHIIHIHIHIIHIHIHI


Wednesday, October 16, 2013

Insomnia : Mistik atau Ada Penjelasan Sains?

Sebenarnya, aku ni memang bermasalah bila nak tido malam.. Selalu tersentak tengah2 malam. Mungkin hal ini berpunca aku dah terbiasa bersengkang mata masa waktu belajar,, especially time deadline assignment atau kalau esok tu dah nak exam.. Walaupun aku dah prepare pon kadang-kadang aku pernah sampai tak boleh tido malam,, setiap satu jam sekali aku tersentak.. Cuma kebelakangan neh, aku rasa macam Insomnia neh memberi kesan pada tugasan aku di pejabat,, yer lah,, bayangkan,, tiap kali lepas azan subuh,, barulah aku boleh tido lena..

Baru-baru neh dalam minggu lepas, aku ada berjumpa dengan Doktor, aku ceritakan masalah aku, yang aku neh tak boleh tido malam.. Doktor tuh bagi aku ubat penenang yang hanya boleh dimakan satu jam sebelom waktu tidur.. Aku faham,, ubat penenang tuh adalah ubat tidur.. tapi aku dah tak ada pilihan.. Aku ambil dos aku yang pertama.. aku bermimpi ngeri,,, sampai aku tersentak tengah-tengah malam,, bila dilihat jam dinding,, aku tersedar dalam pukul 3.30 pagi..

Selang beberapa hari aku berjumpa  semula dengan Pakar tersebut,, aku ceritakan yang ubat penenang neh tak dapat menyelesaikan masalah aku.. Doktor tuh benar-benar terkejut.. Katanya, mustahil kalau dah makan ubat penenang aku masih boleh terjaga.. Katanya, kesan ubat penenang neh memang kuat, sebelom neh Doktor tuh dah pesan,, kalau nak tidor, sebelom makan ubat penenang, aku kena pastikan aku dah set alarm dan pastikan volume nyer paling tinggi. Tapi, belom sempat alarm aku dah berbunyi, aku boleh tersedar tengah-tengah malam.

Akhirnya, aku dah tak ada pilihan,, sebab aku lihat dari riak wajah Doktor tuh, macam tak percaya kan aku,, aku berterus terang yang aku bermimpi ngeri,, tapi Doktor tuh ada penjelasan sains nya tersendiri,, katanya mungkin aku terlalu memikirkan sesuatu,, mungkin aku dalam keadaan stress menyebabkan aku berfikir bukan-bukan dan susah nak tido malam.. Doktor juga cakap, yang aku tak boleh bergantung dengan ubat tido selama-lamanya atau untuk jangka masa yang panjang..

Tapi kelamaan, Doktor tuh juga akur,, yang sebagai seorang yang mempunyai pegangan agama,, walaupun dia seorang Doktor, dia tetap percaya dengan perkara-perkara mistik,, katanya mungkin aku perlu mencari seseorang yang pakar dengan bende2 mistik neh... Hurmm...

Aku memang dah nekad nak berubat dengan cara rawatan islam.. Pada AHad 13/10/2013 aku nekad bersama dengan Makcik aku pergi ke Darussyifa Shah Alam.. Memandangkan Makcik aku pon seperti terkena gangguan seperti selalu meracau dan sebagainya.

Yerlah mana boleh tahan, tak boleh tidur satu hal,, asal terlelap jer diterjah oleh mimpi-mimpi ngeri..  Aku masih teringat kronologi mimpi ngeri yang aku lalui dalam masa seminggu neh jer... Mula2 aku bermimpi ada ular hitam nak telan aku,, ular tuh memang besar sangat2,, mulut dia dah nganga nak telan aku,, tapi nasib baik kawan aku cepat-cepat sambar aku.. ade bermacam-macam lagi jenis mimpi ngeri,, tapi yang paling aku ingat,, yang membuatkan aku nekad nak berubat bila aku bermimpi aku pergi menguruskan mayat seorang kristian/yahudi(aku sendiri tak pasti, tapi apa yang aku ingat mayat perempuan tuh aku balut dia dengan kain satin kaler krim seolah-olah seperti dikapan kemudian aku iring mayat tuh sampai dia dibakar).. huh! memang aku sedar masa tuh tepat pukul 3 pagi.. oh ya sebelom aku terlupa,, aku teringat sebelom aku bermimpi pasal hal ini,, aku ada bermimpi seolah-olah aku boleh terbang,,

Sebenarnya, aku  plan nak berubat pada hari sabtu dekat satu masjid berdekatan dengan rumah,, tapi pagi tuh,, aku betol2 tak sedar,, sebab kalau nak berubat kat masjid tuh aku kene datang pukul 1030,, aku sedar pon 1040,, aku pelik.. aku tengok henfon ada banyak miskol,, seolah-olah aku tidur mati,, aku tak sedar lansung bunyi orang call, Alarm dan sebagainya,, nak kata aku silent kan fon tak gak,, memang aku set profile yang biasa,, aku memang sensitif,, kadang-kadang bunyi sms masuk yang berketik tu jer pon aku boleh tersedar,, dan untuk pengetahuan aku tak amik ubat tidur pon masa malam tuh.

Akhirnya, hari ahad aku dah bulatkan tekad untuk pergi berubat dekat Shah Alam.. Aku dapat perawat lelaki, seorang Ustaz,, nampak macam muda lagi,, hahhahah yang aku nak gelak tuh dia yang laki lak tersipu-sipu dengan aku kahkahkahakah (memang tak boleh blah,, aku pon rasa macam nak gelak lak).

Sebelom memulakan rawatan, Ustaz tuh tanya apa masalah aku. Aku pon cakap yang aku tak boleh tido malam dan aku selalu bermimpi bukan-bukan. Ustaz tuh cuma pesan, kalau untuk menghindar dari mimpi buruk,, dia ada bagi aku beberapa tips.. Sebelom tidur,, dalam keadaan mengadap kiblat, baca Surah Al Fatihah, Ayatul Kursi dan 3 Qul (Surah An-Nas, Al-Falaq dan Al-Ikhlas), Kemudian tarik nafas dalam-dalam ,, kaup dari kepala sampai hujung kaki sambil tahan nafas.. Ulang step neh 3 kali.... Tiba-tiba aku teringat waktu aku Sekolah Rendah, aku tak ingat aku Darjah berapa,, tapi apa yang aku pasti, masa tuh aku menetap di Kampung Melayu Subang, baru aku teringat yang sebenarnya aku pernah ternampak ada banyak kepala berlegar-legar diudara,, aku macam nak histeria,, last-last aku ingat abah aku bawak balik kawan dia datang rumah untuk ubatkan aku,, aku tak ingat siapa nama pakcik tuh.. klue yang aku ada sekarang neh,, mungkin pakcik tuh nama dia mula denga huruf N, akhir huruf N, tengah2 namanya huruf R.. Aku tak pasti sama ada nama dia NORAN atau NORIZAN.... Yer,,, sekarang bayangan tuh jelas,, pakcik tuh ade letak satu minyak kat dalam piring,, lepastu Abah sapu minyak tuh kat kepala aku.. Yer betol! aku memang ingat! Aku tak mimpi.. Selain aku terlihat kepala berlegar-legar diudara,, aku pernah ternampak ada satu orang berselubung hitam masa aku nak pergi buang sampah,, waktu tu tengah hari... Untuk pengetahuan korang, tempat aku buang sampah tuh memang agak jauh,, ke dalam hutan..

Kemudian aku tersentak dari lamunan, bila Ustaz tuh melambai-lambai kat aku,, huhuhuhu malunyer aku,, aku tengah khayal rupenyer,, dan pandangan mata aku seolah-olah merenung kat Ustaz tuh,,pandangan aku tembus! (kahkahakah mesty Ustaz tuh ingat aku ni ntah hape2 ntah, kuat berangan/khayal). Sebenarnya, aku jugak teringat yang sebelom neh abah pernah ajar aku cara yang sama macam Ustaz tuh ajar,, baca ayat-ayat tertentu kemudian kaup dari muka sampai kaki..Ye! memang aku ingat abah pernah ajar aku sejak aku histeria ternampak kepala terbang banyak diudara.. Abah ada ajar aku.. Tapi bila aku dah sihat,, aku tak amalkan lagi,, jadi aku dah lupe amalannya..

Kemudian, Ustaz tuh terus mulakan rawatan denga cara membaca ayat-ayat Ruqyah. Ustaz tuh pesan, kalau ade rasa apa-apa lepas ni (selepas bacaan ruqyah) ,sila beritahu..

Sewaktu ayat ruqyah dibaca, aku dapat rasakan, sewaktu tiba di bacaan ayat Kursi ,, aku dapat rasa dekat betis belah kanan bergerak-gerak seperti ada sesuatu kat dalam betis aku.,, bergerak-gerak sebanyak tiga kali,, kemudia diikuti belah kiri pon bergerak-gerak sebanyak sekali.. lepas pergerakan dah terhenti di betis,, dia terus tangkap kat bahu aku,, aku dapat rasakan dari bahu sebelah kiri sampai tengkuk dan leher belah kiri jer terasa macam urat ditarik-tarik,,, sakit sangat.. aku cuba menahan... bersabar sehingga ayar Ruqyah habis dibaca.

Lepas habis ayat ruqyah dibaca, Ustaz tuh terus tanya aku,, ada rasa apa2 tak...Aku cakap lah apa yang aku rasa.. Ustaz tuh terus carik satu cawan kemudian dia beri aku minum air ubat yang dia dah ruqyah bersama-sama denga aku tadi,, Aku minum....................................................... Ya Allah, kenapa air neh rasa hanyir? aku nak muntah,,, hanyir nya macam aku minum darah,, beberapa saat lepastuh,, aku rasa kepala aku macam sejuk,, macam nak pitam,,, Ustaz tuh dah faham, macam ada something wrong dengan aku... Bila aku dah start pegang kepala..

Sekali lagi Ustaz tuh membaca ayat-ayat Quran kat aku... kali neh aku rasa tulang belikat aku lak sakit-sakit,, aku perhatikan yang Ustaz tuh macam terganggu,, sekejap-kejap aku dengar dia beristighfar,, beberapa kali... seolah -olah seperti dia terlupa ayat-ayat tertentu,, tiba-tiba Ustaz tuh berhenti dan meminta maaf katanya,, tiba-tiba jer tangan dia kebas... hurmm ...

Lepas beberapa saat Ustaz tu terus kan bacaan ayat-ayat Quran,, kemudia bertanyakan tentang apa yang aku rasa lagi,, sebenarnya,, aku nak cakap,, dada belah kiri aku seolah-olah mencucuk-cucuk,, jantung aku berdegup kencang seolah-olah baru lepas berlari.. Tapi,, ntah lah aku macam segan lak nak cakap,,nanti Ustaz tuh ingat aku saje lak nak ayat dia (hahhahaha sempat lak wat lawak tengah-tengah sakit, serius weh aku malu sebenarnyer,, sebab Ustaz tuh muda lagi kot,, kalau macam dah veteran macam Ustaz Ariff yang  dekat Darussyifa Bangi tuh mungkin aku berani gak lah nak mengadu,, sebab aku dah biasa jumpa Ustaz Ariff, disebabkan Ustaz Ariif tak ada, dia pergi Haji, tu yang aku berubar dekat Shah Alam jer)..

Tapi sebelom aku balik, Ustaz tuh pesan,, sebenarnya bende neh bukan sekali berubat terus boleh elok.. dalam masa yang sama aku kene jaga sembahyang cukup lima waktu, kalau berubat berapa kali pon kalau tak jaga sembahyang & tak mengaji al quran sama jugak (huh amek ko setepek!! huhuhu macam perli aku jer,,tapi aku amik bende neh sebagai positif,, memang aku niat lepas neh aku nak berubah, especially hubungan aku dengan Allah dan juga manusia,, kalau boleh lepas neh aku cuma nak berkawan biasa je denga semua orang,, tak nak terlalu rapat dan tak nak bermusuhan,, tapi kalau dah orang tu sendiri anggap aku musuh tak kan aku nak sembah dia lak?)

Ok lah lepastu aku balik rumah, aku minum air ubat tuh,, but , still rasa hanyir,, macam hanyir darah... aku perhatikan botol tuh betol2,, kot-kot ada kesan kesan darah ker,, aku cium botol tuh sekali untuk pastikan tak ada bau darah,, sebab aku pelik,, apsal rasa hanyir air neh..?. Tapi aku tetap minum gak air tuh waktu malam sebelom tido,, tapi kali ketiga aku minum neh,, rasa hanyir tuh dah tak der,, aku cuma rasa air yang aku minum neh memang macam rasa air ubat,, payau jer..

Tapi, walaupun aku dah berubat dengan Darussyifa,, aku masih lagi tak boleh tido malam.. Haish,, nape lah nasib aku macam neh.. Ntah lah,, mungkin sebab aku masih lagi dalam keadaan tak 'bersih'(faham-fahan jer lah perempuan).. Tak per lah, lepas neh tengok macam mana..



Monday, October 14, 2013

Sihir Siam

Sebenarnya, yang menggerakkan aku nak pergi ke Darussyifa Ahad semalam sebab aku ada melawat auntie aku  masa hari Sabtu haritu, dia baru jer lepas keluar wad,, tak silap aku dia dah pregnant 4 bulan tiba-tiba darah dia naik, dia pengsan, bila dia sedar, dia dah gugur. Ntah macam mana dia rasa macam jantung dia berdebar-debar, katanya macam nak terkeluar jantung dia, perkara terakhir dia ingat jantung dia berdebar lepastu dia sedar-sedar jer dia kat hospital, dia masuk ICU.
Dia masuk ICU sebab suspek macam dia ada masalah jantung. Kesian lak dia.. Aku tak ada nak melawat dia masa dia masuk ICU haritu, jadi Sabtu aku nekad nak jumpa dia kat rumah...

Bila dah berjumpa dengan Auntie aku, aku dengar Auntie aku berborak dengan mak aku, Rossalinda (Bukan Nama Sebenar), "Rossalinda, semalam perempuan tu datang..".. aku terkejut lah , perempuan mana lak neh... Aku terus mencelah"Sape Auntie?".. Last-last Auntie aku bukak cerita..

Auntie aku duduk flat. Katanya ada satu Perempuan Siam kat flat dia neh, asalnya dia ada mengasuh satu budak.. Tiba-tiba dia jatuh sakit. Katanya, masa dia jatuh sakit, Mak Perempuan Siam neh bagi Auntie aku mengasuh sorak budak neh.. kebetulan Auntie aku memang suri rumah sepenuh masa, cuma dia ada bukak kedai runcit kecil-kecilan kat rumah dia.. macam jual makanan ringan macam keropok-keropok macam tu lah..

Ada sebab gak napa Auntie aku tuduh dia, sebab menurut Auntie aku, pernah satu malam, lepas Auntie aku keguguran, Auntie aku tersedar tengah-tengah malam, Auntie aku membebel kat Uncle aku, katanya dia rimas kat sebelah dia ada orang tengah baring. Uncle aku bangun dia ushar lah, sapa kat sebelah Auntie aku? yer lah sebab Auntie & Uncle aku ada anak kecil, takut anak kecil dia baring kat sebelah,, tapi masa tuh memang tak de orang, terus Uncle aku sound Auntie, mana ada orang.. Lepastu Auntie aku terus membebel-bebel, nak dijadikan cerita, akhirnya Uncle aku cakap macam ni "kenapa ko kacau dia?? ko balik! pergi balik!!"... lepastu Uncle aku cakap, Auntie aku terus bangun macam nak ikut bende tu keluar sekali... Lepastu Uncle aku tanya Auntie "Eh? you nak pergi mana?" .. Auntie aku boleh cakap "Dia nak pergi Rumah...Tut (Nama Perempuan) tuh".. Bila ditanya sekarang neh, memang Auntie aku sendiri pon tak sedar yang dia cakap macam tuh & dia sleepwalking(berjalan masa tidur) nak pergi rumah orang tuh.

Kejadian yang lain lak berlaku, masa tuh, nasib baik Anak-Anak lelaki Auntie semua ada rumah,, tiba-tiba Auntie aku nak keluar rumah dia nak terjun dari tingkat rumah dia ke bawah.. Anak-anak Auntie aku nampak perangai mama dia macam pelik, cepat-cepat tarik mama dia..

Kes yang Auntie aku nak keluar rumah neh bukan sekali dua jer, pernah sekali tuh, kebetulan kat dalam rumah , nasib baik jugak Teman Lelaki anak Auntie ada datang rumah, tiba-tiba Auntie aku nak keluar,, pon dia kata dia nak pergi RUmah 'Orang Tu'.

Lepatu, Auntie aku ada cerita pengalaman dia masa dia ICU (tak tau lah dia koma ke per) dia rasa macam dia dah mati, katanya malam tuh macam dia rasa dia balik  rumah tengok anak-anak dia, tengok mak & ayah dia kat kampung, juga dia JUMPA ARWAH MOYANG.

Kemuncak kepada masalah Auntie aku neh, masa Petang Jumaat (kiranya satu hari sebelum aku datang rumah dia) , Perempuan Siam tuh ada datang rumah dia, konon-konon macam nak melawat Auntie aku, tanya Auntie aku sihat ker tak.. Nak dijadikan cerita, Auntie aku nak bangun nak pergi tutup api dapur dia ada masak something, tapi Perempuan tu offer baik punyer, konon nak tolong tutupkan .. Memang perempuan tuh tolong tutupkan,, tapi lepas perempuan tu balik, tiba-tiba tak semena-mena jantung dia berdegup kencang balik.. Yang lebih mengejutkan, Auntie aku ada anak dia umur 2 tahun, biarkan aku nama dia Boboi. Boboi memang kuat minum susu, tiba -tiba petang tuh, si Boboi tak nak minum susu dia mengadu dia tak boleh minum gigi & tekak dia sakit. Auntie aku terus selawat kat botol susu ,barulah budak tu boleh minum.. Lagi satu kata Auntie aku, kedatangan Perempuan Siam tu ke rumah Auntie aku, konon-konon nya dia nak amik budak yang dia pernah asuh dulu.

Sebab-sebab lain kenapa Uncle & Auntie aku memang suspek sume neh keje Perempuan Siam neh, Perempuan tuh macam tak boleh duduk senang , pantang tengok Auntie aku ada apa, dia nak. Contoh, Auntie aku bukak kedai runcit, dia pon bukak gak kedai runcit, Auntie aku buat bisnes jual Aiskrim, Goreng Nugget semua pon dia akan tiru bulat-bulat apa yang Auntie aku buat..

Masa hari kitorang pergi Darussyifa, aku & Auntie aku mendapat rawatan dari perawat yang berbeza, Auntie aku dapat rawatan dari sorang Ustazah, manakala aku lak dirawat oleh sorang Ustaz,, Uncle aku tak dapat masuk sekali ke dalam bilik rawatan, sebab Uncle aku ada bawak Boboi, tau jer lah budak budak kecik kan... dah lah kat dalam tuh macam-macam orang, ade yang kene sampuk lah haish..

Aku yang mula-mula habis rawatan dulu, walaupun Auntie yang masuk dulu dari aku,, hurm.. mungkin agak kritikal kot penyakit Auntie aku,, apa yang aku perasan, sebelum kami balik, Auntie aku singgah kat koperasi nak beli duan bidara,, untuk ditumbuk buat minum dan mandi seperti yang disaran oleh perawat dia.

Mimpi Berdarah...

Sebenarnye untuk entri kali neh, aku nak buat tentang pengalaman aku kat Darussyifa, aku baru jer lepas berubat, aku pergi kat Seksyen 11, Shah Alam jer ,, dekat sikit dari rumah aku.. rentetan selepas beberapa mimpi ngeri yang aku alami dan kebetulan makcik aku pon terkena gangguan maka aku nekad ke sana.

Selepas pulang ke Darussyifa, aku ikut pakcik aku pergi ke rumah Datin Annie(Bukan Nama Sebenar) kat Bukit Antarabangsa. Datin Annie sudah pon berusia 80 tahun, tapi kalau korang tengok, korang mesti tak caya umur dia 80 tahun.. sebab kalau tengok kulit muka dia boleh lah dikatakan tegang lagi,, normally kalau perempuan umur dah 60 lebih pon dah nampak jelas kedutan kat muka.

Sebenarnya, tujuan kami pergi ke rumah Datin Annie, nak hantar dia pergi ke rumah dia kat Puchong,, sebenarnya Datin Annie ada banyak rumah,, bukan setakat kat Malaysia jer ,, tak silap aku kat oversea pon ade,, tapi yang kat sana tuh anak dia duduk.

Sepanjang aku kenal Datin Annie, aku tak pernah tau pon yang dia memang pandai ubatkan orang.. Aku baru tau yang dia Keturunan Bugis. Datin Annie baru tahu yang aku ada gangguan, dia siap cakap, lepas Raya Haji neh, dia mintak aku datang rumah dia,, dia suruh aku bawak kunyit hidup yang ada 7 atau 8 anak (aku tak reti nak panggil apa bahagian tuh,, kalau korang tengok halia, kunyit korang akan perasan ada bende cabang-cabang kecik ). Aku cuma mengangguk, tapi dalam hati aku rasa tak perlu kot, sebab aku dah berubat kat Darussyifa.

Yang lucunya, Datin Annie siap tanya, aku neh Keturunan Bugis gak ker? sebab nampak muke aku macam Orang Bugis (hahhahaha aku hanya ketawa dalam hati).. Aku cakap tak,, tapi Datin Annie still tanya aku lagi, aku asal mana? aku cakap jer lah, mak aku Melaka & ayah aku Terengganu.. Terus Datin Annie pintas aku "Hah! kalau ada keturunan melaka tuh, mungkin ada lah kot Keturunan Bugis, cuba balik neh ko tanya mak ko".. hahah aku cuma angguk jer lah..

Menurut Datin Annie, Keturunan Bugis neh sebenarnya campuran,,  ada sedikit genetik cina, sebab tuh,, Orang Bugis neh walaupun Melayu dia ada nampak macam cina sikit (sorry yek kalau aku salah info, sebab aku cerita neh direct seperti mana yang Datin Annie cerita kat aku).. Kata Datin Annie neh lagi, Orang Bugis neh asalnyer dulu suka berdagang tapi dalam masa yang sama diorang neh berani berlawan,, Tapi keberanian diorang tuh,, mesti lah ada 'pemakai'.. tapi macam biasalah,, bila sekali dah ada 'pemakai' bukanlah boleh buang macam tu jer... kalau nenek moyang dah mati pon, bende tuh masih akan menurun kat cucu cicit piut katanya..

Kata Datin Annie lagi, kalau betul aku ni Keturunan Bugis,, kemungkinan besar apa yang ada kat aku neh 'Saka' ,, hurmm =,=! aku dengar lagi,, Saka Bugis neh liat.. Kalau aku betul-betul nak berubat,, kene pergi kat Satu Makam(ntah makam siapa ntah,, dia ada bagi aku nama makam tuh, tapi aku tak minat dan tak nak ambik tahu), Makam tuh Makam Kerabat tapi Keturunan Bugis kat Port Dickson, dia suruh aku letakkan air kat Makam tuh, lepastuh suruh aku sedekah Al-Fatihah,, dalam masa yang sama,, mintak Kat Nenek Moyang untuk buang penyakit aku,, (Haish mintak maaf, memang tak lah aku nak wat macam tuh).. Menurut Datin Annie,, masa 'orang' (sorry aku tak ingat sapa orang tuh,, merujuk kepada pemilik makam tersebut) tu hidup, dia banyak ubatkan orang sakit,, tapi dia cuma boleh ubatkan orang yang Keturunan Bugis jer lah..

Aku Bugis ker? Aku tengok beriye2 Datin Annie cerita kat aku.

Menurut Pengalaman Datin Annie, sebelum neh ada orang datang jumpa dia. Katanya perempuan tu ada dalam baya/umur aku kot. Selalu mimpi ngeri ngeri.. Tapi perempuan tuh bukan berketurunan bugis, kalau tak mesti Datin Annie suruh dia pergi Makam tuh.

Kata Datin Annie, mula-mula budak tuh mimpi ada banyak darah mengalir,, tak tahu kenapa dalam mimpi tuh,, suasana dibanjiri darah..

Malam berikut lak, dia mimpi ada orang kudung, kalau setakat kudung jer takpe,, tapi orang tuh kudung kaki tapi darah menitik-nitik macam baru lepas kene tetak kot.

Samapailah akhir sekali,, yang dak perempuan tuh betul-betul tak tahan, bila dia mimpi muka dia berdarah,, tu lah yang mendorong dia berjumpa Datin Annie.

huhhuu bagi aku memang cukup seramlah mimpi tuh..

Tapi dalam masa yang sama, Kata Datin Annie yang budak tuh pon selalu sakit-sakit badan, terasa macam bahu dia berat. hurm...

Last-last Datin Annie mintak budak tuh bawak kunyit hidup yang siap ada 7 atau 8 anak tuh,, katanya untuk dipatah2 kan,, dan untuk tentukan jenis gangguan yang mengganggu budak perempuan tuh,, dalam masa yang sama dia nak terbalikkan semangat (roh) budak tuh.. Hurm,, aku mengangguk..

Lepas Datin Annie turun aku tanya Pakcik aku,, apa maksud Datin Annie untuk 'terbalik'kan semangat tuh? Kata Pakcik aku, macam nak 'pulangkan barang' tuh balik kalau betul ada orang buat.. Aku hanya terdiam sejenak..

Sepanjang perjalanan aku hanya diam dan terfikir.. tak sedar aku dah sampai ke rumah, pakcik aku siap ingatkan aku lagi,, "ingat yer,, carik kunyit tu".. Aku cuma cakap Insyaallah..

Tapi sejujurnya, aku rasa tak perlu lagi kot,, sebab aku dah berubat kat Darussyifa,, air penawar pon baru jer dapat.. hurm...

Friday, October 11, 2013

Panggilan Telefon Dari Orang Mati

Cerita neh memang glemer masa aku Tingkatan 1, sampai sekarang aku dengar ade jer orang cerita pasal ada satu pemanggil yang telefon stesen radio, tapi sebenarnyer dia dah mati heheheheh. Antara versi-versi yang pernah aku dengar macam kat bawah neh. :

Cerita 1: Dari kawan Sekelas.

Neh cerita dari kawan sekelas aku yang konon-kononnya ada satu panggilan ke stesen radio neh hehehhe

Deejay : Ok, kita ada dapat satu panggilan telefon. Ye sapa di sana sila kenalkan diri..
Pemanggil : Hello..
Deejay   : Yer Hello, sila cakap kuat sikit.
Pemanggil : Hello saya Nita (Bukan Nama Sebenar) ..
Deejay   : Yer Nita, nak buat ucapan ?
Pemanggil : Isk.. isk...isk....(menangis teresak-esak)
Deejay    : Yer Cik, kenapa neh? teruskan..
Pemanggil : Sebenarnya, saya baru terbabit dalam kemalangan jalan raya, mak, ayah, adik beradik saya semua meninggal isk.. isk..isk..iskk (makin kuat menangis)..
Deejay     : Ok cik, sabar-sabar..
Pemanggil: Saya nak mintak tolong sangat-sangat tolonglah carik mayat-mayat neh semua.
Deejay   : Ok, kat mana kemalangan tuh berlaku..
Pemanggil : Dekat Dalam Gaung Lebuhraya Karak... tolonglah... Dekat seminggu kami kat sini, tak ada orang pon tahu kami semua kat dalam gaung neh..
Deejay   : ok Nita, awak kat mana sekarang neh? buat panggilan dari mana?
Pemanggil : Saya buat panggilan dari tempat kejadian.. tolonglah.. tak de sape yang tahu kami ada kat bawah neh..
Deejay  : Ok Nita, tadi awak kata Mak , Ayah dan adik beradik awak semua meninggal,, kiranya sekarang awak sorang saje ke yang selamat ?
Pemanggil : kan saya dah kata, mak, ayah, adik beradik SAYA SEMUA DAH MENINGGAL DUNIA....
tolong carik MAYAT-MAYAT NEH SEMUA...! (suara berubah jadi garau)

tut. tut. tut lepastu panggilan terputus dan sepanjang malam tak tahu ape kabar Deejay tersebut .. kata oranglah,, semenjak kejadian neh,, TAK ADA SATU PON STESEN RADIO KAT MALAYSIA YANG BERANI ON AIR DARI TENGAH MALAM SAMPAI PAGI SEBELOM SUBUH HEHEHHEHE


Cerita 2 : Dari Deejay KC (Mistei Jam 12, Radio Singapore 89.7FM)

Ok, untuk korang yang duduk kat area Johor atau pun Selatan, macam Negeri Sembilan, Melaka semua mungkin boleh dapat frekuensi Radio Singapura.RIA 89.7FM.. Aku duduk Selangor, aku selalu dengar Radio neh pon dari YouTube,, sebab memang tak dapat lah kalau nak dengar secara LIVE melainkan kalau aku dengar dari Internet Radio/ MeRadio.. Setiap pukul 1230 malam,, Radio neh akan buat satu segmen MISTERI JAM 12, tak silap aku sampai pukul 2 pagi kot.. lepastu nanti dalam segmen neh, Deejay yang bertugas namanya DJKC akan membaca kiriman SMS atau emel dari pemanggil. kadang2 pemanggil juga berpeluang membuat panggilan telefon untuk menceritakan pengalaman misteri diorang.

Nak dijadikan cerita, pada satu malam DJKC naik Teksi Malaysia nak pergi konti radio,, yer lah dia kan jadi Deejay untuk segmen misteri jam 12.. Menurut KC, dia pon agak terkejut kenapa malam tuh, dia berpeluang menaiki teksi malaysia.. 

Menurut KC, cerita neh diceritakan oleh pemandu teksi kepada KC masa dalam perjalanan bila dia dapat tahu yang KC neh kelolakan Misteri Jam 12, kata Pakcik Teksi neh lagi, KC neh kira berani,, sebab menurut Pakcik Teksi neh dulu, ada satu cerita pasal Deejay Radio kat Malaysia tentang satu pemanggil neh. Ceritanya biarlah aku ringkaskan seperti di bawah :

Deejay : Ok kita dapat satu panggilan telefon.
Pemanggil : Hello saya Puteri Farah Binti Nordin (Bukan Nama Sebenar) nak buat ucapan
Deejay : Ye silakan..
Pemanggil: Isk Isk Isk.... (menangis teresak-esak) saya nak mintak maaf kat mak , ayah saya banyak buat silap kat diorang...
Deejay : Ok lah itu aje ker..
Pemanggil ; Saya betul-betul mintak maaf neh,, mak ayah tolong maafkan saya...

**lepastu panggilan telefon terputus,,ngam2 masa siaran radio dah nak habis, tiba2 Deejay tuh dapat Panggilan telefon dari Kakak Pemanggil Diatas..

Kakak Pemanggil : Hello..
Deejay                : Hello ye sapa di sana
Kakak Pemanggil: Hello saya neh kakak kepad Puteri Farah Binti Nordin, pemanggil yang telefon asyik mintak maaf tadi kat mak ayah dia..
Deejay               : yer kenapa? ada masalah ker?
Kakak Pemanggil: Yer memang ada masalah,, Sebenarnya adik saya yang Puteri Farah Binti Noordin tuh dah meninggal.....

tut..tut..tut...

Nota : Sebenarnye terlalu banyak versi pasal cerita neh,, kalau tak silap aku, mak aku pon ade gak cerita pasal ada satu perempuan telefon stesen radio, bagi tau dia dah mati . Hurm... cerita neh dah macam jadi lagenda atau sejarah lak kan.. macam dah jadi turun temurun.. aku rasa korang pon mungkin pernah dengar ceirta neh jugak kan?..





Thursday, October 10, 2013

Kisah Di Sebuah Jalan........

Tajuk blog kali neh, kisah di Sebuah Jalan...... Sengaja aku rahsiakan nama jalan nya kerana aku tak nak orang yang setempat merasa takut dengan jalan tersebut,, sebab aku sendiri pon tak ada bukti nak menjelaskan yang jalan tuh betul2 berhantu seperti yang didakwa sesetengah pihak..

Sebenarnya cerita neh aku dengar masa aku sekolah lagi,, tak silap aku cerita dari rakan sekelas. Masa tuh kat Shah Alam masih lagi tengah membangun, masa tuh banyak rumah-rumah teres yang baru siap. Termasuklah dengan jalan raya yang masih lagi dibuka. Asal mana mana tempat pon mestilah tempat tersebut berasal dari hutan-hutan. maka inilah yang aku nak ceritakan..

Cerita 1: Penamapakan Perempuan Tengah Membibit Anak Ditepi Jalan Tengah-Tengah Malam

Hahaha dengar bunyi pon macam dah biasa sangat,, dalam cerita-cerita mahupun filem-filem pon dah biasa dengan waktu hantu macam neh, perempuan dukung baby lah, bawak anak lah... macam dah stereotaip dan sinonim dengan cerita-cerita hantu Melayu ni kan?

Ok member aku pernah cerita, pernah ada beberapa orang ternampak perempuan neh berjalan dengan anak dia,, seriously, masa tuh jalan neh baru dibuka,, lampu-lampu jalan pon tak silap aku memang tak ada lagi, jadi harapkan lampu-lampu kereta lah baru orang akan nampak macam ada anak beranak tengah berjalan,, kalau mengikut pemikiran yang waras,, kalau aku lah , aku tak akan berenti atau bertanya dekat 'perempuan' tu, nak tumpang ker tak, kalau kau dah nampak dia berjalan tengah-tengah malam especially pukul 12 ke atas, tapi member aku neh konfiden jer cakap, "Memang sekarang neh ko rasa macam tu Sue, tapi bila ko nampak dorang ko akan berhenti jugak, seolah-olah ada bende yang 'menarik' ko nak tego dorang"... huhuuh seram gak aku,, aku pon tanya lah member aku, apa yang jadi bila kita berhenti & datang dekat anak beranak tuh.. kata dorang,, "bile ko dah datang dekat, bila ko dah borak-borak dengan bende tuh, baru ko perasan , 'Perempuan' & 'Budak' tu tak de kaki... heheheh

Cerita 2 : Kisah Mat Rempit

Cerita neh pulak, konon nya dia cuma kacau orang-orang yang menunggang motosikal jer,, tak tau napa dia tak nak kacau orang-orang yang naik merc ker, Lamborghini ker... citer nyer, konon ada orang balik malam, ikut jalan baru tuh,, kadang-kadang tengah jalan,, tiba-tiba jer tau, orang tak tau dia datang dari mana, tiba-tiba nampak dia tahan ko kat depan,, tak nak berhenti tak boleh, sebab dia tahan, dia berdiri tengah-tengah... bile orang berhenti,, dia akan cakap ..

Mat Rempit : bang, tolong bang, saya baru lepas eksiden bang..
Manusia      :eksiden kat mana?
Mat Rempit : eksiden kat sini-sini jer lah bang, moto saya pon tak tau kat mana neh bang tercampak
Manusia      :habistu camner? nak tumpang ker per?
Mat Rempit :tak ade bang, saya nak mintak abang tolong saya carik dulu
Manusia      : Haish,, tak kan nak carik moto tengah-tengah malam macam neh? better call family awak,, tak
                    pon kalau awak kene langgar lari,, saya boleh bawak g Balai Putra Heights, dekat sini jer,, kat
                    bawah bukit tuh..!

Mat Rempit : Motor tu tak pe bang,, yang penting saya nak carik kepala saya neh... nak saya bukak helmet
                     ni ke bang?


**nak dipendekkan cerita,, manusia yang baik hati tu pon ada yang  pengsan,, ade gak kadang-kadang yang dah terkena tuh terus pecut.... hahahhahha



Moral of The Story , bukan aku nak cakap takbur ke per,, tapi untuk pengetahuan korang,, dulu aku n bapak aku selalu jer kot lalu jalan tuh balik tengah2 malam.. tak de pape lah... kadang-kadang tu aku  saja jer mata aku melilau keluar tingkap nak ushar kot-kot ternampak ker,,, tapi aku bukan nak takbur cakap besar ke per,, memang aku tak pernah nampak pon,, even sekarang aku dah tak duduk Shah Alam lagi, tapi aku selalu jer ulang alik pergi shah alam naik kereta dengan kawan-kawan aku,, memang tak der paper lah.. so far...

Mungkin cerita neh sengaja direka-reka, contohnya kisah "Perempuan dengan Anaknya " tuh supaya tak ada laki-laki yang dok gatal-gatal nak tumpang ibu2 tunggal ker bawak balik naik kereta,, then cerita 2 ni plak, yang pasal "Mat Rempit' neh mungkin sengaja direka oleh orang-orang tua supaya anak-anak diorang yang jenis naik moto neh tak balik lewat-lewat... tu jer..


Tuesday, October 8, 2013

Kisah Misteri Mona Fandey

Hai... Hari ini aku macam berminat nak follow tentang Mona Fandey. Walaupun tajuk mungkin dah lapok, tapi dari beberapa blog dan website yang aku baca,, aku agak tertarik sebenarnya nak coret tentang satu nama yang satu masa dahulu pernah menggemparkan satu Malaysia tentang kes pembunuhannya.



Asalnya, sebelum dia menjadi Pakar Ilmu Hitam, Mona Fandey pernah menjadi penyanyi, mungkin tak ada rezeki dia kot dalam bidang nyanyian so dia pon jadi bomoh (mungkin).

Dalam coretan kali ini, sebenarnya aku cuma nak share beberapa cerita yang konon-konon, Mona Fandey neh jadi berhantu selepas kematian nya, termasuklah salah satu penjara/lokap polis yang didakwa berhantu sebelum dan selepas pasangan terbabit di hukum gantung.

Sebelum aku nak citer lebih detail, aku nak share beberapa maklumat peribadi tentang Mona Fandey (MF).

Nama Sebenar : Maznah Ismail
Nama Glemer : Mona Fandey
Tarikh Lahir : 1/1/1956
Meninggal : 2/11/2001 (Tarikh dia dihukum gantung)
Hayat : 45 Tahun

Cerita 1 : Kisah Wartawan.

Kisahnya, ada satu wartawan perempuan pernah interview MF kat lokap. Masa tu MF dah warning, jangan tokok tambah cerita tentang DIA, LAKI DIA dan PEMBANTUNYA, JURAIMI HUSSIN. Aku pon tak pasti, ntah apa lah wartawan tu tulis pasal dia, mungkin wartawan tuh ada letak sedikit "PERASA",, "AJINOMOTO" kot,, untuk lakukan cerita dia agaknya. Malam tu ape terjadi kat wartawan perempuan tuh?

Hah! bananana eh silap... jeng.. jeng... jeng..

Waktu malam, wartawan tuh mengigau sampaikan DIA HEMPAS MUKA DIA KAT LANTAI TANDAS,, sampai berdarah pipi dan bibir dia..

Huhuhuu aku yang dok taip neh pon berdebar-debar,,

Cerita 2 : Kisah Rumah MF di Kuantan, Pahang

Ni cerita dari jiran dia,, dekat Tanjung Lumpur, Kuantan, Pahang. Cerita neh menurut jiran dia lah, rumah MF neh dah roboh,, tapi yang pelik ade satu pokok besar dekat rumah dia neh tak de orang tebang. Nak dijadikan cerita, lepas MF meninggal, anak jiran dia neh lalu dekat depan pokok tuh, tiba-tiba dia nampak ada binatang, tak tau lah spesies ape,, tak de lak dia sebut kan.. tapi makin lama binatang tuh nampak makin garang, pe lagi.. berlari lah dia sampai ke rumah huhuuhhu.

Cerita 3 : Kisah Rumah MF di Shah Alam, Selangor.

Cerita neh aku dapat dari Youtube. Tapi tak tau lah betul ker tak Rumah MF.
Ada sekumpulan budak g kat umah MF kat Seksyen 12, rumah dia memang besar sangat-sangat,, aku tak ingat banglo tuh berapa tingkat, tapi apa yang aku nampak, kat tingkat atas sekali memang ruang dia luas sangat2 sampai leh isik 8 bijik bas kot. Dalam geng tuh, ade sorang jer dak pompuan nama dia Eja. Konon2 si Eja neh kene rasuk tapi takdelah sampai terjerit-jerit. Sebab ada yang dorang off-camera, konon masa si Eja kene rasuk tuh, dia suruh off-camera kalau tak, dia nak lempar kamera tuh kebawah..
Lepas tuh lagi, si Eja neh boleh lak cakap tak nak balik, konon-konon nya MF dah sediakan katil & pakaian untuk dia … hurm

Dalam rakaman video neh jugak, Dorang ade mention suruh kuatkan bunyi speaker konon2 ade suara perempuan mengilai, sebaliknya yang aku dengar bunyi itik. Pelik gak kalau rumah kosong leh ade bunyi itik.. Tak tau lah kalau budak-budak tu tambah sound effect ker.


Cerita 4 : Cerita Abang Polis IPD Raub, Pahang

Ha... walaupun polis, tak semestinya bertulang besi, berurat dawai, berkulit zink,, kalau yer pon diperbuat daripada besi,, satu hari akan berkarat gak.. Hahahhahahha guraw jer.
Citer nyer, selepas 10 tahun MF dihukum gantung, dorang yang bertugas kat balai neh, dimana tempat MF pernah di 'lokapkan' (sorry lah aku tak taw ayat ape yang sesuai), pernah terdengar suara orang merintih tengah-tengah malam, ada macam hembusan nafas kat tengkuk dan pernah terasa macam ada orang perhatikan.

Chaiyokk!!! Polis2 kat sana, semoga korang terus tabah di sana hehehhe ikhlas aku cakap neh..

Cerita 5 : Bunyi Pelik Hari Perbicaraan di Mahkamah.

Masa tuh tiba time Pakar Forensik nak beri keterangan tentang mayat yang dikerat 18, tiba-tiba mahkamah digemparkan dengan bunyi aneh/menakutkan. Menurut sumber dari Utusan OnLine, bunyi tuh macam bunyi itik peliharaan MF yang baka Jawa, seolah-olah memberi signal yang itik-itik dia mati kelaparan.

Penutup.

Apa yang aku boleh katakan, ada beberapa unsur pengajaran yang kita boleh dapat dari cerita MF neh. Mari sama-sama renungkan untuk kebaikan bersama.

Jangan Terjebak Dalam Perkara Syirik.

Sebagai seorang yang beragama, aku rasa bukan setakat agama islam jer,, malahan agama agama lain jugak ada menyebut bahawa Syaitan itu adalah musuh kita yang nyata. Kalau mengikut versi Injil dan Al-Quran, kita semua maklum, punca Adam dan Hawa diturunkan di dunia adalah angkara jin dan syaitan. Jika dia berjaya memperdaya ibu bapa (Adam dan Hawa) kita, apatah lagi kita neh.

Selain dari cerita MF, mungkin korang pernah dengar satu cerita dimana seorang ahli ibadat dengan syaitan dan pokok besar. Satu hari tuh, ahli ibadat nak tebang satu pokok besar, tiba-tiba syaitan kata, jangan. Dalam masa yang sama syaitan berjanji akan memberi duit (berapa dirham aku tak ingat dah).. maka ahli ibadat tu tak jadi tebang. Esoknye bila dia bangun tido, tengok bawah bantal ada duit, begitulah juga hari-hari berikutnya sampailah satu hari tuh Ahli Ibadat perasan, yang syaitan tak bagi duit kat dia lagi. Berlaku pertarungan antara syaitan dan ahli ibadat, dan akhirnya ahli ibadat tu tewas, ahli ibadat itu tewas kerana keimanan dan ketaqwaan nyer boleh ditukar dengan duit.

Dari kisah MF neh, ape yang aku fahamkan, aku pernah dengar orang bercerita, tentang Pengamal2 Ilmu Hitam yang ditipu oleh syaitan, konon2 nyer untuk memiliki KEKEBALAN,, mereka dituntut untuk memBUNUH. Tapi apabila Pengamal2 neh dah buat apa yang disuruh oleh syaitan, sebaliknya mereka ditipu oleh syaitan, kebal nye tak pon, sebaliknya KANTOI. Selain MF neh aku pernah dengar ada satu pembunuh dari Singapore kalau aku tak silap, dia pernah ade kes bunuh budak, konon nyer dia nak menuntut ilmu kebal, last-last bila dia bunuh budak tuh, dia tak kebal2 pown tapi akhirnya di ditangkap.

Jangan Bercakap Riak dan Takbur

Ok mungkin korang pernah dengar atau baca kat mana mana yang sebelum neh MF pernah cakap “Aku Tak Akan Mati”. Ingatlah,, sehebat mana pon kita kat dunia neh, setiap dari kita satu hari nanti akan mengalami kebinasaan(mati).. sekarang neh mungkin kita pakai seluar levis, beg gucci, kasut prada last-last bile mati pakai kain kapan yang harga RM4.90 semeter kat Kamdar, pastu kalau masa hidup naik BMW, Lamborghini last-last nanti naik kereta mayat, Kulit licin halus mulus, pakai SKII lah per lah last-last akan dimakan ulat, minyak wangi Chanel ker per satu masa nanty badan kita neh cuma bau kapur barus dan air mawar jer, itupon sebelum masuk lubang kuburlah wangi sikit,, dah kebumi nanty dah di makan dek ulat busuk gak.

Jangan Mudah Menghukum Seseorang

Hurm.. ada jugak lah beberapa blog atau forum yang aku perasan macam menghina MF, itulah inilah,, mayat tak diterima bumi lah.. Common.. setiap dari kita mesty ada melakukan kesilapan dan kesalahan. MF dah pon terima balasan dia di dunia,, yang the rest biarlah antara dia dengan Allah. Memang bahagian dia mati di tali gantung, tapi sekurang-kurangnya dari sumber yang aku dapat dari youtube, pegawai penjara dan pakar agama dari Penjara Kajang pon pernah bagi statement yang MF neh masa di akhir hayat dia, dia dah berubah, sembahyang ape semua. So, sape kita nak judge dia, siap cakap Ahli Neraka lah.. jangan weh,, kita tak kan taw kita mati biler dan macam mana cara kita mati taw.. Kadang-kadang ada orang, dosa dia membuatkan lagi sejengkal untuk dia dekat dengan api neraka, tapi sebaliknya di akhir hayat dia, dia sempat bertaubat. Ada jugak yang kita lihat, masa hayatnya orang ni macam alim, warak, ahli ibadah, last-last sape sangka dia mati dalam kekufuran?

Mungkin korang boleh amik iktibar neh dari cerita Kisah Ahli Ibadah dan Pelacur.
Sumber :

Bagi penulisan untuk kali neh, sumber didapati dari link2 kat bawah :>
  1. http://en.wikipedia.org/wiki/Mona_Fandey
  2. http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=682333
  3.  http://www.takmungkinbenar.com/2012/01/nota-terakhir-mona-fandey.html
  4. http://www.youtube.com/watch?v=xz2zMLWJu6w#t=14
  5. http://www.youtube.com/watch?v=n9q2acR1Lj8#t=1208
  6. http://drdogol.blogspot.com/2011/05/hantu-mona-fendy-menjelma.html
  7. https://mail.google.com/mail/u/0/?shva=1#inbox
  8. http://malfa15.mywapblog.com/kisah-seorang-abid-dengan-setan-kekuatan.xhtml

Monday, October 7, 2013

Kisah Kematian Suzanna

Kalau aku sebut Suzanna Martha Frederika van Osch Nathalia korang kenal tak ? Hahahahha ok.. Kalau Suzanna Sundel Bolong pelakon dari Indonesia yang fofular dengan filem 'Malam Satu Suro' ? Heheheh mesty ramai kenal larh.. seingat aku cerita tuh dari aku sekolah Darjah Satu lagi kot,, tapi memang tol,, dalam banyak2 citer hantu,, citer tu lah yang paling terkesan di hati sampailah aku dah dewasa sekarang neh. Berapa bulan yang lepas, ada jer aku beli DVD cerita dia.


Friday, October 4, 2013

Ulek Mayang @ Ulit Mayang

Ulit Mayang atau Orang Terengganu Sebut Ulek Mayang,, Lidah orang Terangganu kalau sebut huruf 'T' akan jadi huruf 'K' hehhehehe...

Untuk Entri kali neh, aku agak tertarik nak buat ulasan tentang Ulit Mayang.. Berikut adalah beberapa persoalan kajian yang ingin saya ketengahkan dalam blog saya.. Persoalan2  nya adalah :


1) Sejarah Ulit Mayang

2) Sejauh Mana Kebenaran Kata-Kata bahawasanya Lagu Ulit Mayang boleh menyebabkan seseorang        kerasukkan? 

3) Benarkah Ulit Mayang melibatkan cerita 7 Puteri ? 

4) Apakah yang menyebabkan Lagu Ulik Mayang akan menjadi 'Hidup' (berhantu) 

5) Kenapa Kalau Korang Google atau tengok kat Youtube,, dalam lirik Lagu Ulit Mayang tak de menyebut nama Puteri 1, 3 & 5

Ceh, dah macam persoalan-persoalan kajian untuk Thesis pulak yer? kah kah kah mentang2 lah sekarang neh aku dah free, dah tak ada assignment,, nak wat assignment lak..

Ok lah berikut adalah Jawapan Bagi Persoalan Kajian Di atas (wah skema nyer ayat)..

1) Ulit Mayang berasal dari Terengganu semenjak Zaman Pemerintahan Sultan Umar. Waktu tu, Agama Islam belom lagi berkembang luas di Tanah Melayu,, kalau tak silap aku, majoriti Orang2 Tanah Melayu masa tuh menganut agama hindhu dan berpegang pada ajaran animisme (sila google kalau tak faham).

Dijadikan cerita, pada suatu hari Sekumpulan Nelayan pergi ke tengah laut, tiba-tiba kapal dorang eksiden,, sorang-sorang hanyut akhirnya terdampar ditepi pantai dan tersedar dari pengsan, Tetapi dalam banyak-banyak nelayan, ada satu nelayan neh tak sedarkan diri... biarlah aku namakan nelayan yang tak sedar diri tu, Awang k ..Tetapi bila diperiksa, Awang masih bernyawa..

Disebabkan masa tu belom ade Darussyifa, maka kumpulan Nelayan terbabit memanggil Pawang/Bomoh untuk mengubati Awang.. Apabila di 'scan' di dapati Semangat/Roh Awang telah tersesat.. Roh Awang telah masuk ke Alam Bunian..

Salah seorang Puteri Bunian berkenan dengan Awang, tetapi dia tak nak lepaskan Awang, pertarungan secara batin berlaku antara bomoh dan puteri.. kemudian,, Puteri tersebut memanggil lagi dua kakak nya untuk bertarung dengan bomoh, kemudian mereka panggil lagi dua Puteri yang merupakan adik beradik mereka juga sehingga genaplah enam puteri... Pertarungan semakin sengit... Sehingga membuatkan laut berkocak,, yang memaksa Puteri Tujuh turun,, 

Puteri Tujuh merupakan Puteri Yang Sulong, paling cantik dan paling bijaksana antara enam yang lain. Aku rasa,, kalau masa tu ada Universiti, mungkin aku boleh katakan tahap kepandaian Puteri 7 neh macam orang ade PHd manakala adik beradik dia lagi enam tuh mungkin berkelayakan UPSR jer kot..

Si Bomoh neh merayu-rayu kepada Puteri 7 agar semangat Awang dibebaskan,, disebabkan Puteri Tujuh merupakan yang paling 'Otai' maka dia memerintahkan keenam enam adik beradik nya untuk pulang ke tempat asal dengan berkata :

"Aku Tahu Asal Usulmu"

"Yang Laut Pulang Ke Laut, dan Yang Darat Pulang Ke Darat "..

Selepas itu,, semangat Awang dilepaskan,, Si Bomoh berasa berterima kasih kepada Puteri 7, lalu menyediakan Hidangan Pulut Kuning (Kalau dalam lirik lagu Ulit Mayang, 'Nasik Kuning' adalah 'Nasik Berwarna' ).

Selepas Peristiwa Tersebut, setiap kali kalau ada Nelayan nak pergi Belayar , penduduk kampung akan membuat Persembahan Ulit Mayang di Tepi Pantai pada waktu malam berserta Ancak (Makanan Hantu seperti Pulut Kuning). Pada waktu sebelom kedatangan Islam, Ulit Mayang mengandungi unsur-unsur pemujaan atau spiritual,, tetapi selepas kedatangan Islam,, Lagu Ulit Mayang telah di 'pincang' (mengeluarkan lirik/rangkap pantu/ ayat ayat yang berunsur pemujaan atau jampi serapah).. Jadi lagu Ulit Mayang yang kita dengar pada hari ini bukan lah Lagu Ulit Mayang yang Original.

Pada hari ini, Ulit Mayang hanyalah merupakan sebuah tarian atau hiburan yang tiada unsur-unsur khurafat seperti zaman dulu-dulu.. juga Ulit Mayang kini masih giat dipersembahkan di Kampung Pasir Panjang, Kuala Terngganu.

2) Bagi menjawab persoalan kedua, bagaimanakah yang dikatakan Lagu Ulit Mayang boleh menyebabkan Kerasukan,, aku pon tak berapa pasti kenapa agaknya.. Sebab ada beberapa versi yang aku dengar... Dekat lirik Lagu Ulit Mayang, rangkap yang last sekali ada menyebut :

"Ku Tahu Asal Usulmu
 Yang Laut Balik Ke Laut
 Yang Darat Balik Ke Darat
 Nasi Berwarna 
Hamba Sembahkan"

Tang ni yang menyebabkan lagu neh berhantu,, ntah lah,,, 

Mungkin yer mungkin tak,,

Ada jugak aku dengar orang kata jangan nyanyi lagu neh kat Tepi Laut especially waktu maghrib atau malam,, walaupun lirik dia dah tak lengkap, dah dipincangkan .. tapi dalam lirik lagu Ulit Mayang ada sebut :

"Umbok Mayang Di Umbok
  Ulek Dengan Jalan Jemala
  Ulek Mayang Di Ulek
  Ulek Dengan Puterinya Satu..

Puteri Satu Berbaju Serong
Puteri Satu Bersanggul Sendeng
Puteri Satu Bersubang Gading
 Puteri Satu Berselendang Kuning"

** lepastu lirik lagu neh diulang lagi dengan menukar nama-nama puteri tersebut dengan Puteri Dua sampailah Puteri Tujuh,, lepastu digantikan dengan Perkataan 'Tuan Puteri'.. yang Perkataan 'Tuan Puteri' tu tak tahu sebenarnya siapa,, sebab mengikut lagenda,, cuma ade 7 puteri jer,, sape pulak Tuan Puteri yang dimaksudkan dalam Lirik lagu neh ?

3) hahahha masuk persoalan ketiga.. Benarkah Ulit Mayang ada 7 Puteri.. 

Ada yang berpendapat yer,, tapi kalau ditanya Pakar Pakar agama, sebenarnya tak wujud Puteri-Puteri yang dimaksudkan neh.. Yer lah,, cube korang bayangkan,, Ulit Mayang melibatkan Nelayan dan Laut.. Sebagai orang Islam kita percaya, di Lautan adalah merupakan kerajaan Jin dan Syaitan yang Terbesar,,

 So, Puteri-Puteri yang dimaksudkan hanyalah merupakan Jin dan Syaitan yang hanya bertujuan menyesatkan manusia..

4) Persoalan keempat, apakah yang menyebabkan Lagu Ulit Mayang berhantu,, huhuuuhuu...  

Ok lah,, disebabkan lagu Ulit Mayang yang kita dengar sekarang neh dah tak lengkap,, maksud aku ade beberapa rangkap, ayat, jampi atau mentera yang digunakan telah dikeluarkan dari lirik lagu neh,, maka sebenarnya lagu Ulit Mayang hanyalah merupakan sebuah cerita,, bukan lagi merupakan Mantera untuk menyeru...

Ada jugak yang berkata,, lagu Ulit Mayang ini akan jadi "HIDUP" bile korang sebut ke tujuh-tujuh nama puteri tersebut.. 

5) Lepas korang baca blog neh, cer korang google atau search kat YouTube lagu Ulit Mayang (bukak n dengar jer, tak de pape lah kot, Insyaallah .. banyak2 kan berdoa kalau korang takut sangat)..

Korang akan perasan Lagu-Lagu Ulit Mayang tak de sebut nama-nama Puteri 1, 3 & 5... kenapa? sebab.. macam aku cakap kat no 4 tadi lah,,kalau korang sebut atau nyanyi lagu ulit Mayang dengan menyebut secara lengkap Dari Puteri Satu sampai Tujuh,, lagu neh akan jadi "HIDUP"..

Ada versi lain mengatakan,, Puteri-Puteri yang bernombor ganjil neh agak agresif,, kalau korang sebut,, dia akan datang kat korang,, Wallahuallam....

Ok last,, kat bawah neh lirik lagu Ulit Mayang... Sebenarnya Lirik lagu Ulit Mayang ada bermacam-macam versi..


"Ulek mayang ku ulek
Ulek dengan jala jemala
Ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri
Ulek mayang diulek
Ulek dengan jala jemala
Ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya dua

Puteri dua berbaju serong
Puteri dua bersanggol sendeng
Puteri dua bersubang gading
Puteri dua berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya empat

Puteri empat berbaju serong
Puteri empat bersanggol sendeng
Puteri empat bersubang gading
Puteri empat berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya enam

Puteri enam berbaju serong
Puteri enam bersanggol sendeng
Puteri enam bersubang gading
Puteri enam berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya tujuh

Puteri tujuh berbaju serong
Puteri tujuh bersanggol sendeng
Puteri tujuh bersubang gading
Puteri tujuh berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri

Tuan puteri berbaju serong
Tuan puteri bersanggol sendeng
Tuan puteri bersubang gading
Tuan puteri berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri

Ku tahu asal usul mu
Yang laut balik ke laut
Yang darat balik ke darat
Nasi berwarna hamba sembahkan
Umbok mayang ku umbok
Umbok dengan jala jemala
Pulih mayang ku pulih
Pulih balik sedia kala"


P/S : Maksud Ulit/Ulek ialah berdendang atau menyeru makhluk-makhluk halus supaya kembali semula atau datang semula...




Thursday, October 3, 2013

Bekas Mandi Mayat

Cerita ini di sampai mulut ke mulut,, sejauh mana kebenarannya tak dapat lah dipastikan. Cerita ini dicerita oleh makcik aku, makcik yang aku maksudkan ini bukanlah dalam kalangan adik beradik mak, tetapi sepupu mak.. aku memanggilnya Maklong Sal.

Sebelum aku bercerita lebih lanjut, suka aku ingatkan yang sebenarnya mak aku merupakan anak kembar, oleh kerana itu, Arwah Moyang Lelaki dan Perempuan aku membela mak, dan mak aku membesar bersama-sama Maklong Sal.

Aku sendiri tak pasti yang meninggal neh moyang perempuan atau nenek aku, tetapi kematian berlaku dekat rumah Melaka. Mungkin moyang perempuan kot..  Terus terang aku cakap, aku tak sempat kenal dengan Arwah Nenek dan Moyang Perempuan aku sebab diorang dah meninggal lama dah.

Waktu berlaku kematian, emak dan Maklong Sal masih kecil dan bersekolah. Mengikut cerita maklong aku,, arwah dimandikan dengan satu bekas,, aku tak pasti bekas ape tuh..

Dipendekkan cerita, selepas arwah dikebumikan,, Maklong Sal aku duduk sorang-sorang kat rumah, aku sendiri tak pasti kenapa dia berani duduk rumah kampung tuh sorang-sorang, sebab kalau aku lah,, sampai sekarang, walaupun aku dah dewasa aku tak kan berani duduk rumah arwah moyang aku tu sorang-sorang taw, so sorry for saying that..

Ok berbalik dengan cerita Maklong Sal, waktu tu dia tengah duduk-duduk tiba tiba dia ternampak bekas mandi mayat tu bergerak-gerak, apa lagi, Maklong Sal terus lari ke rumah Nek Jah, RUmah Nek Jah dan Rumah Arwah Moyang bersebelahan, Rumah Moyang Atas bukit, rumah Nek Jah rumah baruh. Aku terus terang cakap, cerita ni  dah lama diceritakan kat aku, cuma sejak aku tulis blog neh, banyak cerita seram-seram yang menjengah di ingatan,, sejak Maklong Sal cerita kat aku, tiap kali aku balik rumah Arwah Moyang,, puas aku carik mana bekas mandi mayat tuh, sampai sekarang tak jumpa,, sampaikan masa Arwah MOyang laki aku meninggal pon,, jenazah dia diuruskan di masjid, Arwah Moyang aku meninggal kat hospital, kemudian jenazah terus dibawa ke surau kampung untuk diuruskan.

Sebenarnya, banyak jer cerita-cerita seram pasal rumah kampung kat Melaka neh, tapi cerita mulut ke mulut lah..

Next time aku share kat entry yang lain..

Wednesday, October 2, 2013

Igauan...

Orang kata kalau sekadar mimpi atau tidur mungkin kita akan ingat waktu kita macam dah boleh berfikir, tapi ada satu kejadian yang menyebabkan aku ingat sampai sekarang.. Setahu aku, aku memang tak ingat, umur aku berapa, masa tuh aku berani cakap aku belom sekolah tadika lagi dan tak silap aku, aku tak pandai bercakap lagi kot, tapi aku macam boleh terfikir dan teringat sampai sekarang.

Aku tak mintak korang percaya cerita aku . Cuma anggaplah cerita ni hanyalah hiburan semata-mata sama macam korang menonton filem seram..

Cerita bermula, masa tu aku tengah duduk dekat ruang tamu rumah aku,, masa tu aku ingat kejadian tu disiang hari,, dalam rumah aku gelap,, pintu dan tingkap tak buka, tapi dari luar tingkap kelihatan cerah..

Tiba-tiba aku terasa macam ada satu lembaga perempuan rentap tangan aku, tarik aku ke bilik air,, dia terus mencurah/menjirus2 aku dengan air... lepastu aku tak ingat apa jadi kat diri aku.

Tapi kesan bende tu sampai sekarang,, mungkin yang rapat/mengenali aku pon tak tahu, yang aku cukup fobia bila ada orang main siram-siram aku sampai sekarang, contoh nya masa aku sekolah-sekolah dulu,, aku duduk rumah makteh,kat Terangganu tiap kali cuti sekolah, masa tuh bilik air atau tandas kat rumah makteh ade kat luar,, aku dengan dua orang lagi anak dara mak teh suka mandi sama2 berkemban,, kadang2 sambil mandi dorang nak siram aku,, aku terus takut dan teringat kejadian masa aku kecik-kecik dulu..

Sampai sekarang aku memang fobia bila ada orang nak siram aku dari atas kepala,, aku sendiri tak pasti,, kejadian yang aku alami masa kecik2 dulu hanya mimpi atau kenyataan.. Tapi kalau hanya mimpi, kenapa aku boleh teringat sampai sekarang..

Cuma tu lah igauan ngeri yang memang aku akan teringat sampai sekarang,, masa kejadian tuh,, aku memang rasakan aku berada kat dalam rumah gelap gelita, aku rasa mak, abah dan adik aku pon tak de waktu kejadian..

Kalau korang nak tahu, sampai sekarang aku tak leh tido dalam gelap sorang2 pasal bende ni lah.. Terbayang-bayang macam segar lagi..


Tuesday, October 1, 2013

Tengah Malam

Bende ni baru terjadi kat aku 2 malam lepas. Masa tuh dalam kul 1 lebih pagi, aku tengah tido, tiba-tiba hujan dan angin kuat.. Aku cepat-cepat bangun tutup tingkap bilik abah aku dengan pintu bilik aku dengan bilik abah. Tapi, still terasa macam angin neh kuat gila,, adik aku keje malam, tinggal aku sorang.. bunyi angin menderu seakan akan suara manusia,, seram sangat bunyi nya Demi Allah ,"wuuuuuuuuuuu..............wuuuuuuuuuu...............wuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu".

Aku mengambil sikap tak ambik peduli, aku terus baring ,, memaksa diri aku tidur,, tiba2 terdengar bunyi 'TANG!!!' rupe2 nyer papan seterika aku jatuh terbalik, aku tido kat ruang tamu, papan seterika tuh lagi sikit nak terkena kepala aku.. Ya Allah.. Nasib baik,, aku cuma pelik,, selama neh,, selalu jer angin atau ribut kuat,, tapi malam tuh pertama kali sampai papan seterika terbalik.. Cepat - cepat aku lipat papan seterika,, lepastuh aku sandar kan papan tuh kat dinding jer,,

Aku terus rasa tak sedap hati,, aku tak tido,, tapi aku berdiri antara dapur dan ruang tamu,,, boleh lak aku terdengar macam ada orang pulas2 tombol pintu rumah aku,, aku betol2 rasa nak meraung... Dalam masa yang sama, pintu bilik aku bukak tutup,, dalam ketakutan, aku berani kan diri pergi sendal pintu bilik aku dengan timbunan bantal-bantal yang aku tak pakai, aku masuk kat dalam plastik hitam lepastu aku sendal dari dalam, aku lega,,

Tiba-tiba aku perasan tapi aku tak tau,, setahu aku hujan dan ribut berhenti, tapi aku ternampak macam ada satu daya,, aku tak pasti daya tersebut dari dalam atau luar bilik,, pintu bilik aku terkuak... Aku tak berani nak tengok bilik aku,, aku teruskan menonton tv,,

Ntah lah,, tak tau nak kata, mungkin aku ni memang penakut ker? bende neh bukan sekali jer taw.. masa hari tak hujan pon mcm tu gak,, masa tuh adik aku keje pagi,, adik aku ngam2 keluar rumah,, dua2 pintu bilik terkuak tiba2,, masa tuh pagi,, subuh2 ada dalam kul 6 lebih,, aku tak rasa macam angin kuat..

Malam tadi aku tido nyenyak,, aku selalu susah nak tido malam,, kalau aku tido pon ,,camner pon aku akan tersentak pukul 1,2,3 atau 4 pagi.. Tapi, walaupun aku tido nyenyak,, hidup aku tak selamat, aku termimpi kan seseorang.. bukan aku nak menuduh dia bukan2.. dulu 'orang' tuh kawan aku,, tp nape ntah tibe2 aku termimpi dia,, ntah lah aku tak taw nape aku rasa seram sangat bila aku tersedar sepertiga malam. Aku terus sambung tido balik, sebab dengar suara jiran2 aku riuh kat dapo,, tak delah aku nak takut sangat.

Tapi terus terang aku cakap,, kalau aku sorang-sorang kat rumah jer mesti ade gangguan,, pernah aku tengah tido,, ade bende pergi picit hidung aku,, aku tak boleh nafas,, tapi aku tak daya nak tepis 'tangan' tuh.. Bunyi macam lawak,, napa nak picit hidung? tak picit lain? telinga ker, jari ker? tapi tu lah yang aku rasa,,,