Penjaga Rumah

Cerita neh, memang agak sensitif.. mungkin agak menyentuh sensitiviti sesetengah pihak.. tetapi aku cuma mintak sahaja cerita neh sebagai hiburan.. Sebab aku sendiri pon tak lihat dengan mata kepala sendiri tentang ape yang berlaku. Cerita disampai mulut ke mulut.

Di sebuah kampung tinggal sepasang suami isteri.. Pak Jat dan Nek Jiha.. Hidup bahagia walaupun tinggal berdua sahaja.. Tetapi bagaikan satu tragedi dan menyentuh hati penduduk kampung apabila Pak Jat dan Nek Jiha meninggal dunia.. Mula-mula Pak Jat meninggalkan Nek Jiha, kemudian Nek Jiha pun menyusul.

Kemudian cerita yang tak enak pun menyusul.. Katanya, selepas pasangan suami isteri itu meninggal, jiran sebelah cuba menghalau binatang peliharaan Arwah pasangan tesebut yang masuk ke perkarangan rumahnya. Dipendekkan cerita, pada malam kejadian, dia terasa rumahnya bagaikan diketuk-ketuk.. Bukan diketuk di pintu sahaja, sebaliknya ketukan itu ibarat bagai ada orang berlari-lari keliling rumah sambil mengetuk-mengetuk dinding rumah.. Yer lah rumah kampung separuh batu separuh papan,, kalau ketukan itu diketuk di papan  memang lah berbunyi.

Tak habis dengan cerita tuh, aku dengar lagi,, ade orang ternampak bagai kelibat Pak Jat pada satu maghrib seperti sedang menuju ke surau.. Masa hayat Pak Jat,Pak Jat memang selalu pergi sembahyang berjemaah di surau kampung.

Tetapi, ada cerita yang tak enak lagi, konon2 nya Rumah Arwah Pak Jat & Arwah Nek Jiha macam ada 'penjaga' sebab semasa hayat Pak Jat, dia memang rajin tanam buah-buahan di sekeliling rumah. Tapi kata orang kampung, sampai sekarang, walaupun sudah 10 tahun Pak Jat & Nek Jiha dah meninggal dunia, pokok buah-buahan bagaikan tak terusik,, kononnyer,, ulat pun takut nak makan.. Ish3... Ntah lah.. 

Tapi ada 'statement' yang menguatkan lagi dakwaan, yang konon nye Rumah Arwah Pasangan tuh memang ada 'Penjaga' apabila pada zaman kanak-kanak Nik (Bukan nama sebenar) pernah terlihat ada satu perempuan sedang berlegar-legar dihalaman rumah pasangan tersebut. Perempuan tuh berpakaian tradisional, Baju Kebaya kata Nik kalau tak silap.. Baju Kebaya Putih, tapi berkain batik,, tapi tak nampak kaki, rambut cecah tanah.. menyeret bagaikan 'veil' pengantin

Aku secara peribadi boleh dikatakan agak rapat dengan Pak Jat dan Nek Jiha. Mereka memang orang yang baik-baik.. Terus terang ku katakan, sepanjang aku kenal diorang, rasanya tak pernah aku dengar masa hayat diorang, ada orang bercerita tentang ketidak puasan hati tentang pasangan itu, tetapi cerita tak enak ini muncul bila mereka dah tiada,, itu yang aku agak terkilan.

Aku hanya berdoa semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dengan roh orang-orang yang soleh .. Amin..

Comments

Popular Posts