Bekas Mandi Mayat

Cerita ini di sampai mulut ke mulut,, sejauh mana kebenarannya tak dapat lah dipastikan. Cerita ini dicerita oleh makcik aku, makcik yang aku maksudkan ini bukanlah dalam kalangan adik beradik mak, tetapi sepupu mak.. aku memanggilnya Maklong Sal.

Sebelum aku bercerita lebih lanjut, suka aku ingatkan yang sebenarnya mak aku merupakan anak kembar, oleh kerana itu, Arwah Moyang Lelaki dan Perempuan aku membela mak, dan mak aku membesar bersama-sama Maklong Sal.

Aku sendiri tak pasti yang meninggal neh moyang perempuan atau nenek aku, tetapi kematian berlaku dekat rumah Melaka. Mungkin moyang perempuan kot..  Terus terang aku cakap, aku tak sempat kenal dengan Arwah Nenek dan Moyang Perempuan aku sebab diorang dah meninggal lama dah.

Waktu berlaku kematian, emak dan Maklong Sal masih kecil dan bersekolah. Mengikut cerita maklong aku,, arwah dimandikan dengan satu bekas,, aku tak pasti bekas ape tuh..

Dipendekkan cerita, selepas arwah dikebumikan,, Maklong Sal aku duduk sorang-sorang kat rumah, aku sendiri tak pasti kenapa dia berani duduk rumah kampung tuh sorang-sorang, sebab kalau aku lah,, sampai sekarang, walaupun aku dah dewasa aku tak kan berani duduk rumah arwah moyang aku tu sorang-sorang taw, so sorry for saying that..

Ok berbalik dengan cerita Maklong Sal, waktu tu dia tengah duduk-duduk tiba tiba dia ternampak bekas mandi mayat tu bergerak-gerak, apa lagi, Maklong Sal terus lari ke rumah Nek Jah, RUmah Nek Jah dan Rumah Arwah Moyang bersebelahan, Rumah Moyang Atas bukit, rumah Nek Jah rumah baruh. Aku terus terang cakap, cerita ni  dah lama diceritakan kat aku, cuma sejak aku tulis blog neh, banyak cerita seram-seram yang menjengah di ingatan,, sejak Maklong Sal cerita kat aku, tiap kali aku balik rumah Arwah Moyang,, puas aku carik mana bekas mandi mayat tuh, sampai sekarang tak jumpa,, sampaikan masa Arwah MOyang laki aku meninggal pon,, jenazah dia diuruskan di masjid, Arwah Moyang aku meninggal kat hospital, kemudian jenazah terus dibawa ke surau kampung untuk diuruskan.

Sebenarnya, banyak jer cerita-cerita seram pasal rumah kampung kat Melaka neh, tapi cerita mulut ke mulut lah..

Next time aku share kat entry yang lain..

Comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts