Tone Excel

Thursday, November 27, 2014

Sumpahan Warna Hitam dalam perkahwinan






Petang tadi lepas bawak mak aku pergi medical check up waktu pagi sampai tengah hari,teman kawan aku fitting baju kahwin dekat butik, kira mak dia ada sekali. Sekarang neh dah memang trend, konsep perkahwinan banyak orang gabungkan dengan warna hitam. Selama neh aku ingat orang cina dan agama lain jer yang anggap warna hitam neh untuk warna berkabung, rupanya dalam masyarakat Melayu sendiri pun ada pantang gak.

Tak boleh pakai busana hitam, masa hari persandingan ataupun pernikahan kononnya nanti bercerai tak kekal lama sebab warna hitam tuh macam aura yang tidak baik. Hahahhaha selama neh aku ingat Master Feng Shui jer yang cakap macam neh,  tak sangka master baju kahwin pun boleh cakap macam neh gak. Mula tuh memang kami ketawa, kemudian mak dia pun menyampuk, jangan pakai warna hitam, ramai yang dia tengok yang kahwin pakai baju hitam,  mesti bercerai, kalau tak bercerai hidup bermadu lah hahhahahha.

Mula-mula kawan aku berkeras gak, dia tetap nak baju nikah tuh pakai baju hitam + golden lace. Mak dia mula meninggi suara "Kau tak nak bersanding, mak boleh terima, kau tak nak ikut adat melayu dalam perkahwinan ko pun makboleh terima,tak nak buat malam berinai semua tuh, tapi kali neh tolonglah, jangan lah pilih warna hitam,kali neh dengar cakap mak.  Mak kalau boleh, nak kau kahwin bahagia, tak nak kau jadi macam mak, mak dulu kahwin ada mengenakan busana songket hitam, tengok apa jadi pada kami? kawan mak pun sama, kahwin pakai baju hitam sikit jer kat songket pengantin lelaki, sekarang neh hidup bermadu. memang kaler hitam neh tak baik kau tau tak? dah banyak orang bercakap, bila dah banyak orang bercakap dia macam dah jadi satu doa. Korang neh budak tak tahu pape. Cuba korang tengok budak2 sekarang, kahwin berape bulan bercerai berai, sebab tak pernah nak mendengar cakap orang tua-tua"..

Aku terus serius dengan kawan aku Sophea. Kemudia terus Sophea  pilih warna hijau + gold untuk majlis akad nikah dia. Untuk resepsi dia dah pilih gaun warnah putih krim.Tapi dia belum tempah lagi lah gaun tuh. Masih survey dekat butik-butik lain. Sebab butik yang dia pergi neh tak pandai buat gaun. Owner butik tuh tanya gak, nape kahwin tak nak pelamin? Kawan aku cakap simple,dia dah suruh mak dia pesan kat saudara mara dia, "Pada hari tuh nanti, saya buat kat taman, jadi ada banyak background semulajadi untuk fotografi, not necessary pelamin. Kalau ada saudara mara sibuk mengumpat pasal pelamin, senang! saya suruh dorang balik jer, Saya cakap betul, hari tuh Hari Bahagia saya, saya nak orang cakap benda baik-baik. Kalau tak mampu nak berdoa kebahagian saya, just jangan cakap pape. Saya memang jemput tak ramai dalam 200 orang jer"

Hahahah aku memang sokong dengan Sophea,sebenarnya perkahwinan neh benda yang ringkas, kadang2 adat yang remeh neh yang menyebabkan orang kahwin lambat dan tak berkahwin langsung. Aku sokong Sophea bab2 adat neh dia tak nak ikut dalam majlis perkahwinan dia. Tapi tentang busana hitam tuh cukuplah aku anggap warna hitam tuh tak sesuai dan tak menarik untuk perkahwinan, nak percaya pun tak boleh, kalau percaya kang syirik pulak.

Jadi, sejauh mana korang setuju dengan pantang memakai busana hitam neh? Bagi aku dengan Sopeha, inilah kali pertama aku dengar yang kita tak boleh pakai baju hitam di hari persandingan.

Adakah hanya kebetulan yang memakai busana hitam neh akan bercerai dan bermadu?
Adakah sudah menjadi satu sumpahan yang warna hitam memang tak boleh dipakai di hari perkahwinan kerana cakap-cakap orang yang menjadi satu doa?
Ataupun adakah kerana orang dulu -dulu terlampaun terikut2 dengan budaya neh?
Jadi aku dan Sophea hanya menganggap, yang kami hanya mendengar cakap orang tua-tua saje lah. Tapi aku dapat rasakan yang Sophea memang terkilan.


Wednesday, November 26, 2014

'Dia' KEMBALI . . .



Kali ini, aku nak bercerita dari pengalaman teman aku pasal gangguan yang baru berlaku dekat dia 3 hari lepas. Teman aku neh, mesra ku sapa Ris pergi kerumah rakan kepada suami beliau, katanya ada makan-makan(kenduri gitu). Kebetulan masa Ris dan suami nak balik, masa tuh malam hujan lebat. Memandangkan kereta Ris tak ada aircond, jadi tak boleh lah nak tutup tingkap sebab hujan kan, jadi Ris dan suami ambil keputusan nak bermalam dirumah teman tersebut.

Kiranya rumah kawan yang mereka pergi tuh rumah suami isteri, yang Suami bernama Firman manakala isterinya Via.

Encik Firman tawarkan Ris untuk tidur didalam satu bilik, yang dah kosong selama 4 bulan . Menurut Ris bilik tuh ok, ada katil, tilam semua memang bilik tuh bersih. Sewaktu Ris tengah tertidur, suami Ris berborak lagi dengan Encik Firman, tiba-tiba Ris tersedar ada satu lembaga hitam sebelah Ris. Apa lagi, Ris menjerit sekuat hati.

Aneh tak ada siapa yang dengar! Ris terus keluar dari bilik, tengok-tengok, suami dia ada dekat ruang tamu tengah berborak. Ris bertanya kepada suami, "Awak tak dengar ker saya menjerit kat dalam tuh?".. suami Ris bermati-matian kata dia tak dengar,.

Ris hairan, padahal jarak bilik dengan ruang tamu tak jauh, ada dalam satu meter jer. Tak mengapalah!. Suami Ris terus menemani Ris untuk tidur ,"Dah-dah jom masuk, saya teman awak. Takde pape lah"..

Ris pun tertidur, sampai lah dia tersedar keesokan paginya, suaminya tiada disisi. Bila intai keluar, suami nya sedang tidur diruang tamu. Ris terus menggerak kan suaminya "Bila awak tidur sini?"..

Suami Ris menjawab "Memang sepanjang malam saya tidur sini."
Ris kehairanan dan bertanya "habis malam tadi awak temankan saya tidur?"
Suami Ris bermati-matian mengatakan yang dia tidak tidur bersama Ris malam tadi.

????????????????????????????????????????

Dua hari lepas sebelum majlis makan-makan tuh, ada orang hantar kelapa seguni, padahal tak ada siapa pun yang order. Bila tanya katanya hadiah dari seseorang .Tak ada siapa pun yang berani makan, diorang letak kelapa tuh kat dapur. Keesokan pagi tengok kelapa seguni tuh boleh hilang!..

Berbalik kisah Ris diganggu dirumah terbabit, akhirnya mereka membuka cerita, dahulu jiran rumah mereka ada membela. Bela apa tuh tak pastu, tapi yang pasti benda tuh pandai menjelma jadi manusia. Kiranya, jiran sebelah neh pernah simpan 'benda' tuh kat dalam rumah mereka neh, sebab masa tuh rumah neh dah lama kosong.

Lepastuh tak silap, gangguan dah tak ada sebab 'tuan' kepada makhluk tuh dah ambik balik, kiranya dua tahun mereka aman lah. Tapi siapa sangka lepastuh gangguan tuh datang kembali.

Mereka suami isteri dah serik diganggu, boleh dikatakan setiap malam jumaat mereka diganggu. Antara gangguan yang maha dahsyat apabila suatu hari Encik Firman balik ke rumah, dia lihat Via sedang masak, Encik Firman perasan kenapa muka isterinya Via macam pucat, rupa-rupanya 'benda' tuh menyamar. Benda tuh pandai menyamar tiru sebijik dengan perangai orang yang dia menyamar tuh(aku tak tahu nak susun ayat macam mana).

Menurut teman Ris lagi, mereka pernah memanggil Pengamal Perubatan Tradisional untuk menghalau makhluk tersebut. Tapi menurut pakar, 'benda' tuh kena Tuan dia yang ambil. Masalahnya, tuan kepada 'benda' neh pernah datang ambik, tapi ntah macam mana benda tuh boleh datang balik. Yang lucunya, menurut Via, pernah satu kali dia baca yaasin dalam bilik, boleh lak dia terasa benda tuh ketuk kepala dia hahahhaha (aku yang menaip neh boleh lak  gelak, kena  sendiri baru tahu).

Aku yang menulis neh tak rasa seram sangat, tapi aku kesian dengan Ris yang tak boleh tidur malam. yer lah kena kat batang hidung dia kan.

Sebenarnya, aku pernah terbaca info tentang jin yang suka menyamar jadi manusia neh selalunya Hantu Raya, walaupun nama dia Hantu Raya, tak semestinya masa musim-musim perayaan jer dia muncul, hari biasa pun dia ada gak hahhahantah pape lah aku neh.

Ok lah aku serius, sebenarnya Hantu Raya neh adalah spesies jin yang paling jahat dan otai.. Sebab tuh dia digelar Hantu Raya, (kalau dalam Bahasa Melayu, Raya tuh merujuk kepada benda-benda yang besar seperti jalan RAYA, Pasar RAYA) jadi Hantu Raya neh memang jahatlah.

Hantu Raya neh memang mempunyai keupayaan untuk menyamar especially menyamar jadi tuan dia, tapi dalam kes Ris neh aku tak pasti makhluk tuh jenis jin apa, sebab boleh menyamar jadi semua benda, tak pasti lah buah kelapa pun dia boleh menyamar ker.

Sebenarnya senang jer kita nak tahu, orang yang kita kenal tuh memang dia ker tidak salah satunya korang tenung anak mata dia, kalau dia manusia, anak mata dia . Korang tahu tak anak mata tuh yang mana?

Kalau korang tengok mata manusia neh ada putih mata, dengan hitam mata, kat dalam hitam mata tuh kan macam ada satu lagi lingkaran bulat kan? hah . yang tu lah anak mata.

Korang tenung lama-lama anak mata dia, kalau dia tak berani tentang dia takut, kalau dia berani tentang gak mata korang , korang akan perasan, anak mata dia bukan berbentuk bulat, anak mata dia berbentuk macam segitiga macam tuh. Huhuhu kalau 'benda' tuh berani bagi korang tengok anak mata dia yang segitiga tuh, maksudnya dia memang saja nak 'bergurau' dengan korang lettewwww....


Huuhuhuhuhuuh Selamat Malam.....
Ehem.. Sebelah katil  korang ade ape yek?


Saturday, November 22, 2014

Pengemis di Jalan HR. Rasuna Said, Kuningan, Jakarta, Indonesia



Jalan ini dikatakan berhantu kerana banyak nyawa yang pernah terkorban, jalan disini lebar tetapi agak berliku dan kadangkala membuatkan pemandu dan penunggang motosikal selalu memecut laju ekoran banyak nyawa yang terkorban, maka jalan disini dikatakan berhantu.

Jalan di HR. Rasuna Said ini dikatakan berpuaka kerana para pengguna jalan seringkali terlibat kelibat manusia yang tiba-tiba ingin menyeberang jalan. Kemudahan di jalan ini belum lagi dikatakan mencukupi kerana tiada jejantas untuk pengguna jalan kaki menyeberang jalan, hanya berbekalkan lintasan zebra dan tombol manual yang ditekan untuk pengguna jalan kaki. Oleh yang demikian, jika tiada siapa yang menekan tombol manual pada lampu isyarat untuk menyeberang jalan maka lampu isyarat disitu sentiasa hijau.

Akan tetapi, pada waktu dahulu, tombol manual di lintasan zebra Jalan HR. Rasuna Said adalah automatik. Hal ini bermakna, lampu hijau untuk pejalan kaki tetap akan menyala walaupun tiada siapa yang menekan tombol untuk melintas jalan.

Pada waktu itulah (di saat tombol lalu lintas itu masih automatik), kebanyakan pengemis mengambil kesempatan meminta sedekah kepada pemandu-pemandu yang berhenti di lampu isyarat ketika berwarna merah. Pengemis yang datang meminta-minta pada waktu itu tidak kira waktu, baik siang hari hingga kelarut malam.

Salah satu cerita seram dikwasan tersebut, berlaku pada awal 90 an dimana kawasan itu pada waktu itu masih jarang kereta yang lalu disitu hingga kelarut malam, cerita mengisahkan seorang saksi yang pernah terlibat dalam kemalangan dikawasan itu, menurutnya pada waktu itu sudah tengah malam, memang tiada kenderaan lain disitu. Tiba-tiba lampu isyarat berwarna merah dan memaksa dia berhenti sementara tunggu hijau tiba-tiba datang seorang pengemis yang merupakan seorang kanak-kanak datang meminta sedekah. Dia hanya mengangkat tangan kerana tidak mempunyai wang kecil. Tetapi budak tersebut masih berdiri diluar kereta berdekata dengan pintu pemandu masih tidak berganjak dan terus tersenyum.

Tiba-tiba lampu isyarat sudah bertukar hijau, pemandu tersebut terus memandu, yang menyeramkan, budak tersebut masih berada disebelah pintu pemandu walau kenderaan sudah berjalan, tidak berganjak dan terus ketawa "Hi hi hi hi hi hi hi hi hi...."

Tiba-tiba bayang kanak-kanak pengemis tersebut menghilang dengan cara terbang naik keatas kenderaan terbabit. Kerana terlalu terkejut, pemandu tersebut menekan minyak kereta dengan terlalu kuat sehingga menyebabkan keretanya hilang kawalan dan terbabas. Pemandu wanita itu selamat tetapi cedera parah.

Kini, jalan itu digelar 'Segitiga Emas' kerana selalunya berlaku kecelakaan. Rentetan terlalu banyak peristiwa-peristiwa kemalangan yang menyebabkan kecederaan dan korban, jalan disitu kini dilebarkan, jambatan sudah didirikan untuk memudahkan pejalan kaki untuk melintas dan juga jalur untuk laluan bas .Laluan zebra juga dikurangkan untuk mengelakkan peristiwa yang tidak diingini berlaku.

Misteri Stesen Keretapi Manggarai


Disalah sebuah wilayah di Jakarta, terdapat satu stesen keretapi yang besar yang dipanggil Stesen Keretapi Mangarai kerana kawasannya lebih luas dari kebanyakan stesen di Jakarta.
Di stesen keretapi terdapat satu kawasan yang luas untuk menyimpan spare part atau body keretapi yang boleh dikatakan sebahagian darinya rosak akibat kemalangan termasuklah body keretapi yang terlibat dalam kemalangan di Stesen Bintaro.

Kerana terlalu banyak body keretapi yang tidak dapat dibaikpulih dan diperbaiki akibat kerosakan yang teruk, maka kebanyakannya ditinggalkan terbengkalai disini. Rentetan itu lah muculnya beberapa cerita misteri kononnya terlihat penampakan kanak-kanak yang bermain layang-layang disekitar itu dan juga penampakan kelibat wanita di malam hari, tak kurang juga ada penduduk tempatan yang pernah melihat jin yang terkenal disana yang dipanggil Genderuwo.

Disebabkan depoh penyimpanan badan keretapi yang pernah terlibat dengan kemalangan ini disimpan disatu tempat dimana tidak semua orang dapat memasukinya, cerita tentang Stesen Manggarai ini seolah semakin dilupakan.

Walau bagaimanapun, aura seram di kawasan ini masih dapat dirasakan kepada penduduk Jakarta, kerana akibat kekurangan orang yang melewati kawasan tersebutlah tempat itu menjadi semakin sepi dan kelibat makhluk-makhluk halus menjadi semakin aktif akibat kurangnya aktiviti manusia dikawasan itu.

Sebagai seorang yang mempunyai pegangan agama, kita juga percaya bahawa jin dan syaitan tidak pernah berhenti untuk menyesatkan manusia, walaupun Stesen Keretapi Manggarai menyimpan badan-badan keretapi yang pernah terlibat dengan kemalangan yang melibatkan jutaan nyawa yang terkorban, kita percaya, seseorang yang telah pergi tidak mungkin kembali. Maka disnilah syaitan berperanan menjadikan tempat tersebut berhantu kerana sejarah kemalangan tersebut.

Wednesday, November 19, 2014

Ku Sangkakan 'Sleep Walking' rupa-rupanya . . .


Kali neh aku nak bercerita tentang pengalaman Pak Man. Pak Man mempunyai seorang anak perempuan, anak Pak Man yang dipanggil Lisya selalu sahaja mengalami 'Sleep Walking'. Sebenarnya apabila diketahui kebenaran, Lisya bukanlah 'Sleep Walking'  tetapi . . .

Kisah bermula apabila Pak Man dan isteri Mak Leha mengetahui yang anaknya bukan lah 'Sleep Walking' sebaliknya dipindahkan ketika tidur. Pada satu malam, Lisya menegetuk2 pintu "Mama! Mama! Bukak pintu neh Mama, Please Mama!" dengan rasa tersentak Pak Man dan Mak Leha membuka pintu dan bertanya apa yang terjadi, Lisya menjawab dia tersedar berada diluar beranda rumah dan tidak tahu siapa yang meletakkannya disitu.

Pak Man terus mengambil keputusan untuk tidur di ruang tamu dan membiarkan isterinya tidur dengan Lisya.

Pak Man dan Mak Leha berfikir dengan cara Lisya tidur bersama Mak Leha, masalah ini akan selesai. Rupanya tidak! Kerana pada satu malam Mak Leha tidur benar-benar dihadapan pintu bilik (tak dapat dipastikan sebab Mak Leha tidur disitu), tiba-tiba Mak Leha tersedar Lisya hilang dikatil! Mak Leha terus menegejutkan Pak Man, ternyata Lisya tiada!. Tiba-tiba dari belakang rumah, Pak Man dan Mak Leha terdengar bunyi suara perempuan menejerit, apabila diamati, itu suara Lisya.

Mereka bergegas ke belakang rumah, alangkah terperanjatnya apabila melihat Lisya berada di belukar. Apabila mereka bertanya kepada Lisya, dia sendiri tidak tahu kenapa dia disitu. Pak Man bertanya kepada Mak Leha "Tak kan masa budak neh keluar awak tak sedar ?".. Mak Leha terus menjawab "Tak, saya memang tak sedar langsung, saya tersedar neh pun sebab terjaga nak minum air dan pergi ke bilik air, awak tahu kan saya neh jenis cepat tersentak kalau ada apa-apa"

Pak Man merasa pelik, bila difikirkan balik, betul kata Mak Leha, isterinya seorang 'Light Sleeper' mudah terjaga walaupun terdengar bunyi cicak berdecik di dinding.

Akhirnya, Pak Man dan Mak Leha mengambil keputusan membawa Lisya untuk berjumpa pakar. Apabila berjumpa dengan Pakar Perubatan Modern , doktor mengesyorkan Lisya dirujuk ke bahagian Piskiatri, tetapi apabila berjumpa dengan Pakar Perubatan Tradisional, lain pulak kata bomoh tersebut, kononnya Lisya dialihkan seekor Jin. Pak Man pelik, kenapa Jin tersebut hanya memilih anaknya Lisya?

Pak Man dan Mak Leha hanya menurut kata bomoh tersebut untuk selalu meletakkan Yaasin dibawah bantal Lisya sebelum tidur. Alhamdulillah... Selepas mendengar kata pakar tersebut, Lisya tidak lagi mengalam 'Sleep Walking'.






Bahana What'sApp



Kini dengan kepelbagaian dan kecanggihan teknologi mempunyai beberapa kesan Pro dan Kontra. Ada yang menyalahkan teknologi seperti laman sosial seperti facebook sebagai punca keretakan dalam sesuatu perhubungan. Tak kurang juga menganggap dengan adanya platform sebeginilah mengeratkan lagi perhubungan kekeluargaan yang terpisah jauh.

Dah cukuplah. Apsal aku jadi skema macam Amran neh hesh. Kali neh aku nak bercerita tentang satu pengalaman sorang abang yang dulu nya aktif ber 'what'sApp' tapi semenjak satu kejadian ini berlaku, dia terus 'uninstall' aplikasi tersebut dari telefon bimbitnya.

Cerita bermula apabila pada satu hari nombor yang dia tidak kenal menambah nya sebagai rakan di 'What'sApp' . Smenjak kejadian itulah mereka sering berhubung, tapi lama-kelamaan muncul dalam hati abang untuk melihat rupa sebenar manusia yang selalu dia bermain 'What'sApp' kerana selama ini perempuan tersebut hanya meletakkan gambar bunga sebagi profil.

Tiba-tiba pada satu malam , perempuan tersebut menukar gambar profil nya, kemudia dia mula menghantar mesej kepada abang tersebut untuk melihat gambar dirinya yang baru di 'up load'.

Abang tersebut tersentak apabila melihat gambar tersebut adalah rupa satu mayat yang sudah dikafan dan hidungnya disumbat kapas. Dengan rasa kaget , abang tersebut menghantar mesej "Hei jangan main-main lah".

Kemudian diikuti balasan dari perempuan tersebut "Kenapa,? awak dah tak nak berkawan dengan saya ke bila dah tahu siapa saya?"

Abang tersebut mengmbil langkah untuk tidak melayan, tetapi tiba-tiba dia terasa seperti dia ada ternampak kelibat pocong dan bayang-bayang hitam didalam dan diluar rumah.

Selepas berubat dengan Pakar Perubatan Tradisional, abang tersebut mengambil langkah untuk membuang aplikas tersebut dari telefon bimbitnya.

Menurut pakar, hal itu bukanlah dilakukan oleh pocong/makhluk halus terbabit, tetapi dilakukan oleh seseorang yang dengki

Tuesday, November 11, 2014

Dendam Isteri


Tiba-tiba aku teringat satu cerita dari kawan aku, masa nak tido malam tadi, tapi aku tak berani nak update tengah-tengah malam heheheh.

Masa tuh aku ingat aku form 6 lagi. Menurut kawan aku yang mesra ku sapa Kartika. Cerita yang ingin aku ceritakan kali neh cerita seram dari Masyarakat India. Memandangkan Kartika memang berbangsa India.

Tak silap aku cerita neh pernah terjadi dalam keluarga jauh dia tak silap aku bau-bau bacang macam tu lah kot. Cerita yang dia dapat neh mungkin penyampaian dari mulut ke mulut.

Menurut Kartika, Letchumi (bukan nama sebenar) merupakan isteri kepada Prabu (bukan nama sebenar). Letchumi dan Prabu dikurniakan seorang anak. Selepas melahirkan bayi perempuan, tiba-tiba Letchumi mendapat tahu yang Prabu mempunyai perempuan simpanan iaitu Kencana (bukan nama sebenar jugak hhuhuuh).

Letchumi dan Prabu bertengkar, tak silap aku mereka bercerai. Selepas Prabu bercerai, Prabu dan Kencana berkahwin. Akibat terlalu kecewa, akhirnya Letchumi membunuh diri.

Pada malam kematian Letchumi, ribut kuat melanda kampung, rumah ibu bapa Prabu tiba-tiba kecoh apabila menerima tetamu tidak diundang!

Sesusuk tubuh wanita memakai sari mengetuk-ngetuk pintu rumah menjerti dan meminta kembalikan anaknya. Mendengar dari suara tersebut mereka kenal itu adalah suara mendiang Letchumi. Darah mereka seisi keluarga berderau. Semua tidak boleh tidur sepanjang malam akibat diganggu dengan ekstrem.'Hantu' Letchumi balik dan membuat onar untuk menuntut anaknya kembali.

Akhirnya, pakcik kepada Prabu yang agak bijak menipu Letchumi dengan mengatakan anaknya telah mati. Pada mulanya Letchumi semakin meradang apabila mengetahui anaknya sudah mati. Setelah berjaya  dipujuk oleh beberapa sami, akhirnya Letchumi pergi.

Mungkin cerita ini betul dan mungkin tidak hanya direka oleh orang-orang tua sebagai pengajaran.

Monday, November 10, 2014

'Harta Pusaka' Mak



"Yan..............
yan..............
Yan......................"

Izyanti terdengar suara yang memangil-manggil namanya dengan agak tersekat-sekat dan perlahan. Terus dia berlari ke bilik emak nya yang sudah menanggung kesakitan yang agak lama. Apabila berada betul-betul disisi ibunya, Izyanti lantas bertanya "Kenapa mak?"..

"Yanti....
Mak nak mintak maaf,
Mak terpaksa tinggalkan 'dia' kat sini..
Mak tak boleh bawak dia pergi.."

Itulah apa yang Izyanti dengar walaupun agak susah untuk dia hadam apa yang ibunya kata. Izyanti terkedu antara percaya tak percaya. Antara takut dan berani. Izyanti menjawab "Mak,.. janganlah cakap macam tuh, Mak cakap apa neh mak?"

Keesokan pagi, sewaktu Izyanti masuk kedalam bilik ibunya, alangkah terkejutnya dia terlihat ibunya menghembuskan nafas yang terakhir dengan mulut yang ternganga sambil mengeluarkan satu bunyi yang agak panjang "Arrrrrrrrrkkkkkkk............."

Hampir seminggu kematian ibunya, masih terngiang-ngiang difikiran Izyanti tentang kata-kata ibunya sebelum menghembuskan nafas yang terakhir iaitu emaknya ada meninggalkan sesuatu. Izyanti masih berdiam dan tidak mahu memberitahu suaminya sehinggalah..

Sehinggalah pada satu hari suaminya memanggil "Sayang, tolong keluar dari bilik neh sekarang.. keluar sekarang".

Tanpa banyak soal Izyanti terus melangkah keluar. Dia agak pelik, apabila dia diberitahu yang rumahnya akan didatangi dua orang yang merupakan Pengamal Perubatan Tradisional.

Setibanya mereka didalam rumah, salah seorang terus bertanya kepada suami Izyanti "Masih nampak lagi ker ?"..

Izyanti bingung..

Akhirnya barulah Izyanti faham apa yang dikatakan oleh ibunya sebelum meninggal apabila Izyanti diberitahu bahawa Arwah Emaknya ada membela polong.

Punca menyebabkan suaminya menjemput dua pakar terbabit apabila suaminya sendiri terlihat ada satu kelibat perempuan tua berlidah  panjang berada disebelah isterinya sewaktu Izyanti sedang tidur.

Saturday, November 8, 2014

Perjanjian Berdarah

Apabila perkara-perkara yang melibatkan jin dan syaitan tidak pernah mendatangkan kebaikan. Jika ia pun mungkin hanya sementara waktu. Kali neh aku nak bercerita tentang kisah menantu dan ibu mertua. Biar aku namakan menantu sebagai Rosman (bukan nama sebenar) manakala ibu mertuanya bernama Ema (pun bukan nama sebenar). Sebenarnya hubungan Rosman dan Ema tidaklah baik.

Friday, November 7, 2014

Saka Mencari Tuan Di Malam Kematian


Sekarang aku nak cerita tentang satu pengamal perubatan tradisional yang dipanggil Pak Ali (bukan nama sebenar). Pak Ali merupakan pengamal perubatan tradisional di kampung. Ramai yang mencari Pak Ali jika mempunyai apa-apa masalah atau ingin berubat. Ramai yang tahu Pak Ali menggunakan cara yang salah untuk mengubati seseorang iaitu dengan menggunakan pengantara jin dan syaitan. Sehinggalah pada satu hari Pak Ali meninggal dunia. Setelah urusan pengkebumian selesai, salah seorang membuka kata, "Korang tahukan Pak Ali tuh masa hayat dia ada membela. Jadi malam neh kalau boleh lepas maghrib semua kena duduk kat rumah jangan keluar, sebab takut-takut lah kan".

Man(bukan nama sebenar) hanya mendengar, walaupun bunyi seperti agak tidak logik, ye lah. Masalah sekarang, Pak Ali yang membela, kenapa mereka pulak yang kena berjaga-jaga, lagipun tidak siapa tahu, kepada siapa saka tersebut diperturunkan, memandangkan Pak Ali memang tidak mempunyai waris.

Tetapi Man, hanya mengambil langkah berjaga-jaga, Ye lah manalah tahu, kalau benar malam neh Qarin Pak Ali kembali dan membuat kacau di kampung.

Pada malam kematian Pak Ali, bukan sahaja dirasai oleh Keluarga Man, malahan seluruh penduduk kampung. Boleh dikatakan pada malam itu, satu kampung berasa seram, jika dulu orang berani lepak ke kedai kopi hingga lewat malam, tetapi boleh dikatakan pada malam itu selepas maghrib jer suasana kampung benar-benar lengang dan hening.

Pada malam itu, Man juga tidur bersama-sama dengan anak-anak dan isteri di ruang tamu, mungkin kerana berasa takut yang teramat sangat!... Tiba-tiba dalam pukul 12 lebih tengah malam terdengar bunyi orang mengetuk pintu rumah sambil memberi salam. Memang Man  diam tak terkutik, kerana suara tersebut memang suara orang yang mereka kenal iaitu Pak Man!. Mujurlah anak-anak dan isteri Man sudah nyenyak tidur pada malam itu.

Sepanjang hayat Pak Man, selain menjadi pengamal ilmu hitam, Pak Man juga seorang perokok yang tegar, kerana itulah Pak Man mempunyai suara yang agak garau dan kasar kerana selalu batuk-batuk. Hampir setengah jam bunyi suara orang memanggil-manggil sambil memberi salam tidak dipedulikan oleh Man,. akhirnya ia berlalu pergi.

Tiba-tiba Man terfikir, nasib baik dia mendengar kata-kata penduduk kampung. Walaupun agak sukar untuk dipercayai, tapi sekurang-kurangnya tak salah jika dia mengambil langkah berjaga-jaga atau berundur selangkah daripada menjadi terlalu berani dan tidak menghiraukan kata-kata mereka.

Tambahan penduduk kampung lagi, jin yang dipelihara oleh Pak Ali memang terlalu banyak, jadi nasib lah kepada siapa-siapa yang berada diluar pada malam kematian Pak Ali, kerana ada desas desus mengatakan, jika sesiapa bertemu dengan 'Pak Ali' pada malam itu, secara automatik dia akan menjadi 'tuan' yang baru kepada jin-jin yang ditinggalkan oleh Pak Ali.

Hantu Kum Kum



Hai,
Mungkin korang dah pernah dengar cerita pasal Hantu Kum Kum kepada yang tak pernah tahu pasal Hantu Kum Kum sebenarnya cerita neh popular masa Tahun 1970an, aku pun tak lahir lagi masa tuh. Buat yang dah ada sekitar tahun tuh, Hantu Kum Kum neh heboh diperkatakan kononnya dia akan datang dari rumah ke rumah untuk memburu gadis sunti atau perempuan mengandung, gelaran Kum Kum neh diperoleh dari cara dia mengetuk pintu dan seolah-olah memberi Salam,, tapi sebenarnya dia tak sebut penuh Assalamualaikum, dia hanya sebut "Kum..............." Bukan sebab dia pakai Kum Kum kat dahi macam Orang India tuh tau? hehehhehe

Kalau korang pernah tengok cerita Sumpahan Kum Kum dia mengisahkan seorang perempuan yang nak cantik bertemu dengan bomoh susuk. Bagi mereka yang memakai susuk, ada pantang selama 40 hari tak boleh tengok cermin. Tetapi akhirnya perempuan tersebut melanggar pantang lantas mukanya terus menjadi hodoh.. Lebih teruk dari sebelum neh. Kemudian dia beretemu kembali dengan bomoh susuk tersebut lalu dia diminta meminum darah gadis sunti sebanyak...sebanyak berapa orang ntah aku tak ingat, untuk dia kembali cantik.

Hurm cerita kat atas neh dari DVD atau wayang. Tapi aku ada cerita yang REAL untuk entri aku kali neh. Lepas aku dengar cerita neh baru aku tahu rupa-rupanya Hantu Kum Kum neh dia attack perempuan yang mengandung jugak.

Cerita bermula apabila Rosnah(bukan nama sebenar) bersama dengan anaknya Rayyan yang berusia satu tahun lebih pulang dari berjalan-jalan ada dalam pukul 10 lebih malam. Waktu dalam perjalanan tiba-tiba dia dapat merasakan macam ada orang ekori sewaktu turun dari perhentian bas,  yang paling menakutkan susuk tubuh yang mengekori mereka masa tuh seperti susuk tubuh perempuan tapi berselubung, kemudian sewaktu sampai di bawah blok untuk menaiki lift nasib baik pintu lift terbuka mereka cepat-cepat masuk, tapi yang menakutkan sewaktu sampai ketingkat rumah mereka, Rosnah intai melalui tangga kelihatan perempuan tersebut meluru menaiki tangga untuk mengejar Rosnah dan anaknya di tingkat 6.

Cepat-cepat Rosnah dan Rayyan berlari, Rosnah minta anaknya Rayyan berlari terlebih dahulu memikirkan dia tidak larat mendukung Rayyan kerana hamil 6 bulan ketika itu. Nasib baik setibanya dihadapan pintu rumah, pintu pagar tidak bermangga(kunci menggunakan pad lock). Rosnah terus masuk ke rumah dan meminta anaknya Rayyan masuk ke bilik.

Dalam beberapa saat  mereka berada didalam rumah, tiba-tiba pintu bagai diketuk-ketuk bertalu-bertalu dan terdengar bunyi orang memberi salam tetapi tidak lengkap "Kum..."..

Apabila tidak dilayan, lembaga tersebut terus menghilang dan Rosnah tidak tidur sepanjang malam.

Sehingga kini, Rosnah tidak berani memberitahu hal tersebut kepada suami kerana bimbang dimarahi. Untuk pengetahuan carita berlaku pada tahun 1980an sewaktu Rayyan berusia setahun lebih dan sedang Rosnah mengandungkan Qistina.



Thursday, November 6, 2014

Cerita Kilang Tayar


Hehehehhe  bosan dah baca pasal resort atau hotel berhantu? kali neh aku nak cerita pasal kilang tayar lak. Aku dapat cerita neh dari sumber yang boleh dipercayai gak lah. Sebenarnya menurut adik aku ada bermacam-macam cerita pasal kilang neh, tapi salah satunya termasuklah cerita yang bakal aku ceritakan. Agak susah sebenarnya nak mintak aku berkongsi pengalaman seram. Maklum lah jiwa rockers adik aku tuh .

Wednesday, November 5, 2014

Gangguan Saka Nenek


Kali neh, aku nak cerita pasal satu cerita tentang saka. Cerita ini mengisahkan tentang Mariah yang dianggap misteri oleh kawan-kawannya kerana Mariah tidak pernah membenarkan kawan-kawan sekolej nya datang ke rumah. Alasan yang sering diberi termasuklah rumahnya bersepah tidak terurus.

Sehinggalah nak dijadikan cerita pada satu hari, Mariah terlibat dalam kemalangan kecil, kakinya patah dan terpaksa berehat lama disekolah. Salah seorang kawan Mariah yang dikenali sebagai Ain berasa teringin melawat Mariah. Tetapi Ain bertekad untuk tidak memberitahu Mariah tentang kehadirannya itu. Dengan memperoleh alamat dari data peribadi Mariah dari kolej, Ain datang ke rumah Mariah.

Setibanya Ain sampai ke rumah, dia disapa mesra oleh ibu Mariah. Tetapi yang membuat dia berkecil hati apabila Mariah membuat ekspresi wajah terkejut dan meminta Ain pulang secepat mungkin. Kebetulan pada waktu itu, Ain terlihat kelibat satu perempuan tua didalam salah satu bilik yang hanya memandang ke arahnya. Ain mengagak mungkin itu adalah nenek Mariah.

Walaupun berasa sedih dengan tindakan Mariah, Ain tetap menghulurkan buah tangan kepada Ain. Sewaktu Ain hendak keluar menunggu lift, Ain terkejut apabila melihat nenek Mariah di hadapan pintu lift seperti sedang menunggu lift terbuka. Dalam hati Ain "Tak kan nenek dia? Tadi bukan dalam bilik ke? Bila pulak dia keluar?" Ain hanya menganggap mungkin dia hanya tersalah orang.

Sesampai ditingkat bawah sewaktu Ain hendak keluar dari lift, Ain terperasan seperti tiada orang dibelakangnya, maksud Ain nenek yang sama-sama menumpang tak ada didalam lift!.

Ain hanya mempercepatkan langkah dan menunggu bas, sewaktu dia sedang menunggu bas, Mariah menelefonnya dan mereka berborak.

Mariah : Ain, aku mintak maaf. Sebenarnya aku bukan nak halau kau, tapi aku ada benda nak bagitahu kau alang-alang kau dah terlanjur sampai ke sini. Sebenarnya, dalam rumah neh, cuma ada aku dan emak..

Ain :..........dan nenek ?

Mariah : Kau ade ternampak nenek? hurm...

Ain : Kenapa neh ?

Mariah : Sebenarnya apa yang kau lihat tadi bukanlah nenek aku, nenek aku dah lama meninggal, yang kau nampak tadi saka nenek aku.Sebab tuh aku tak pernah ajak korang datang kesini.Cukuplah Ain, lepas neh kalau ada sape2 nak datang rumah aku jangan benarkan. Lepas kau keluar dari rumah aku tadi, ada apa-apa tak terjadi kat kau.?

Ain : Erm.. aku macam ternampak kelibat nenek kau masa nak turun lift tadi, tapi bila sampai bawah dia dah takde..

Mariah : Ain, macam ni lah aku nasihatkan kau, pergilah berubat, carilah mana-mana pengamal perubatan islam atau tradisional, sebab sape2 yang pernah ternampak nenek aku, dia akan kacau orang tuh..

Selepas berakhirnya perbualan antara Ain dan Mariah, Ain tetap tidak berjumpa dengan mana-mana pengamal perubatan, tetapi dia hanya memperbanyakkan solat, zikir dan apa-apa sahaja yang mendekatkan dirnya kepada pencipta. Alhamdulillah sehingga sekarang tidak pernah ada apa-apa gangguan selepas pulang dari rumah Mariah.