Tone Excel

Wednesday, November 5, 2014

Gangguan Saka Nenek


Kali neh, aku nak cerita pasal satu cerita tentang saka. Cerita ini mengisahkan tentang Mariah yang dianggap misteri oleh kawan-kawannya kerana Mariah tidak pernah membenarkan kawan-kawan sekolej nya datang ke rumah. Alasan yang sering diberi termasuklah rumahnya bersepah tidak terurus.

Sehinggalah nak dijadikan cerita pada satu hari, Mariah terlibat dalam kemalangan kecil, kakinya patah dan terpaksa berehat lama disekolah. Salah seorang kawan Mariah yang dikenali sebagai Ain berasa teringin melawat Mariah. Tetapi Ain bertekad untuk tidak memberitahu Mariah tentang kehadirannya itu. Dengan memperoleh alamat dari data peribadi Mariah dari kolej, Ain datang ke rumah Mariah.

Setibanya Ain sampai ke rumah, dia disapa mesra oleh ibu Mariah. Tetapi yang membuat dia berkecil hati apabila Mariah membuat ekspresi wajah terkejut dan meminta Ain pulang secepat mungkin. Kebetulan pada waktu itu, Ain terlihat kelibat satu perempuan tua didalam salah satu bilik yang hanya memandang ke arahnya. Ain mengagak mungkin itu adalah nenek Mariah.

Walaupun berasa sedih dengan tindakan Mariah, Ain tetap menghulurkan buah tangan kepada Ain. Sewaktu Ain hendak keluar menunggu lift, Ain terkejut apabila melihat nenek Mariah di hadapan pintu lift seperti sedang menunggu lift terbuka. Dalam hati Ain "Tak kan nenek dia? Tadi bukan dalam bilik ke? Bila pulak dia keluar?" Ain hanya menganggap mungkin dia hanya tersalah orang.

Sesampai ditingkat bawah sewaktu Ain hendak keluar dari lift, Ain terperasan seperti tiada orang dibelakangnya, maksud Ain nenek yang sama-sama menumpang tak ada didalam lift!.

Ain hanya mempercepatkan langkah dan menunggu bas, sewaktu dia sedang menunggu bas, Mariah menelefonnya dan mereka berborak.

Mariah : Ain, aku mintak maaf. Sebenarnya aku bukan nak halau kau, tapi aku ada benda nak bagitahu kau alang-alang kau dah terlanjur sampai ke sini. Sebenarnya, dalam rumah neh, cuma ada aku dan emak..

Ain :..........dan nenek ?

Mariah : Kau ade ternampak nenek? hurm...

Ain : Kenapa neh ?

Mariah : Sebenarnya apa yang kau lihat tadi bukanlah nenek aku, nenek aku dah lama meninggal, yang kau nampak tadi saka nenek aku.Sebab tuh aku tak pernah ajak korang datang kesini.Cukuplah Ain, lepas neh kalau ada sape2 nak datang rumah aku jangan benarkan. Lepas kau keluar dari rumah aku tadi, ada apa-apa tak terjadi kat kau.?

Ain : Erm.. aku macam ternampak kelibat nenek kau masa nak turun lift tadi, tapi bila sampai bawah dia dah takde..

Mariah : Ain, macam ni lah aku nasihatkan kau, pergilah berubat, carilah mana-mana pengamal perubatan islam atau tradisional, sebab sape2 yang pernah ternampak nenek aku, dia akan kacau orang tuh..

Selepas berakhirnya perbualan antara Ain dan Mariah, Ain tetap tidak berjumpa dengan mana-mana pengamal perubatan, tetapi dia hanya memperbanyakkan solat, zikir dan apa-apa sahaja yang mendekatkan dirnya kepada pencipta. Alhamdulillah sehingga sekarang tidak pernah ada apa-apa gangguan selepas pulang dari rumah Mariah.


2 comments: