Tone Excel

Friday, November 7, 2014

Hantu Kum Kum



Hai,
Mungkin korang dah pernah dengar cerita pasal Hantu Kum Kum kepada yang tak pernah tahu pasal Hantu Kum Kum sebenarnya cerita neh popular masa Tahun 1970an, aku pun tak lahir lagi masa tuh. Buat yang dah ada sekitar tahun tuh, Hantu Kum Kum neh heboh diperkatakan kononnya dia akan datang dari rumah ke rumah untuk memburu gadis sunti atau perempuan mengandung, gelaran Kum Kum neh diperoleh dari cara dia mengetuk pintu dan seolah-olah memberi Salam,, tapi sebenarnya dia tak sebut penuh Assalamualaikum, dia hanya sebut "Kum..............." Bukan sebab dia pakai Kum Kum kat dahi macam Orang India tuh tau? hehehhehe

Kalau korang pernah tengok cerita Sumpahan Kum Kum dia mengisahkan seorang perempuan yang nak cantik bertemu dengan bomoh susuk. Bagi mereka yang memakai susuk, ada pantang selama 40 hari tak boleh tengok cermin. Tetapi akhirnya perempuan tersebut melanggar pantang lantas mukanya terus menjadi hodoh.. Lebih teruk dari sebelum neh. Kemudian dia beretemu kembali dengan bomoh susuk tersebut lalu dia diminta meminum darah gadis sunti sebanyak...sebanyak berapa orang ntah aku tak ingat, untuk dia kembali cantik.

Hurm cerita kat atas neh dari DVD atau wayang. Tapi aku ada cerita yang REAL untuk entri aku kali neh. Lepas aku dengar cerita neh baru aku tahu rupa-rupanya Hantu Kum Kum neh dia attack perempuan yang mengandung jugak.

Cerita bermula apabila Rosnah(bukan nama sebenar) bersama dengan anaknya Rayyan yang berusia satu tahun lebih pulang dari berjalan-jalan ada dalam pukul 10 lebih malam. Waktu dalam perjalanan tiba-tiba dia dapat merasakan macam ada orang ekori sewaktu turun dari perhentian bas,  yang paling menakutkan susuk tubuh yang mengekori mereka masa tuh seperti susuk tubuh perempuan tapi berselubung, kemudian sewaktu sampai di bawah blok untuk menaiki lift nasib baik pintu lift terbuka mereka cepat-cepat masuk, tapi yang menakutkan sewaktu sampai ketingkat rumah mereka, Rosnah intai melalui tangga kelihatan perempuan tersebut meluru menaiki tangga untuk mengejar Rosnah dan anaknya di tingkat 6.

Cepat-cepat Rosnah dan Rayyan berlari, Rosnah minta anaknya Rayyan berlari terlebih dahulu memikirkan dia tidak larat mendukung Rayyan kerana hamil 6 bulan ketika itu. Nasib baik setibanya dihadapan pintu rumah, pintu pagar tidak bermangga(kunci menggunakan pad lock). Rosnah terus masuk ke rumah dan meminta anaknya Rayyan masuk ke bilik.

Dalam beberapa saat  mereka berada didalam rumah, tiba-tiba pintu bagai diketuk-ketuk bertalu-bertalu dan terdengar bunyi orang memberi salam tetapi tidak lengkap "Kum..."..

Apabila tidak dilayan, lembaga tersebut terus menghilang dan Rosnah tidak tidur sepanjang malam.

Sehingga kini, Rosnah tidak berani memberitahu hal tersebut kepada suami kerana bimbang dimarahi. Untuk pengetahuan carita berlaku pada tahun 1980an sewaktu Rayyan berusia setahun lebih dan sedang Rosnah mengandungkan Qistina.



2 comments:

  1. Ada yang saya pernah dengar hantu kum kum ni sbnrnya nak hina wanita Islam yang bertudung labuh dah berjilbab awal tahun 80an dahulu sebab masa tu tak ramai perwmpuan Islam pakai tudung labuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hurm mungkin dari sudut lain kita nampak macam tu. Tapi saya rasa cerita hantu kum kum neh direka untuk takutkan perempuan yang suka keluar malam

      Delete