Tone Excel

Thursday, November 6, 2014

Cerita Kilang Tayar


Hehehehhe  bosan dah baca pasal resort atau hotel berhantu? kali neh aku nak cerita pasal kilang tayar lak. Aku dapat cerita neh dari sumber yang boleh dipercayai gak lah. Sebenarnya menurut adik aku ada bermacam-macam cerita pasal kilang neh, tapi salah satunya termasuklah cerita yang bakal aku ceritakan. Agak susah sebenarnya nak mintak aku berkongsi pengalaman seram. Maklum lah jiwa rockers adik aku tuh .



Walaubagimanapun pengalaman neh bukanlah dari pengalaman adik aku sendiri, tapi dari pengalaman kawan dia dekat kilang terbabit. Cerita bermula masa tuh waktu rehat tak silap, semua orang dah keluar kot dari tempat operasi, tiba-tiba salah sorang kawan dia neh terduduk kat satu tempat.

Kat dalam bilik operasi tuh macam ada satu kelibat yang dia kenal, kelibat kawan dia sendiri, dia pun tegur lah tapi kawan tuh diam jer macam tak respon. Mungkin takpe lah kot. Mungkin kawan dia tak dengar.

Kemudian, tiba-tiba kawan dia balik dari mana ntah. Apalagi teperanjat beruk lah member sorang tuh. Huh! memang betul kawan dia tak ada masuk kat dalam bilik operasi waktu rehat.

Esok tuh terus demam kawan tuh. Sebenarnya menurut adik aku ada banyak cerita lagi, tapi dia malas lak nak citer. Cis!

1 comment: