Tone Excel

Tuesday, May 27, 2014

Pengalaman Ibu 3 : Hantu Pokok Pisang

   

Hai, masih lagi tentang pengalaman ibu. Kali ini aku nak cerita tentang pokok pisang. Terdapat banyak mitos tentang pokok pisang. Salah satu cerita tahyul yang paling popular ialah, apabila seseorang ikatkan kain merah dekat pokok pisang dengan benang merah sampai kekatil, malam-malam akan ada satu Perempuan Cantik datang yang dipercayai Penunggu Pokok Pisang. 

Monday, May 26, 2014

Pengalaman Ibu 2 : Arwah Adik Balik Rumah

Masih lagi bercerita dengan salah satu kenalan mesra yang aku panggil Ibu. Mula ingat nak update blog neh malam tadi masa aku tak boleh tido, sakit bisa-bisa badan.. Tapi hati aku tak sedap.. kat tepi tingkap boleh lak aku dengar bunyi bersiul. Aku cuba mengintai tapi tak nampak apa-apa.


Biarlah mungkin kutu berahak kat area rumah aku neh dok mengganggu tak pon Mat Rempit ker dok bersiul, kalau bukan Mat Rempit pon mungkin Mat SEMPERIT,, yer lah nak dekat raya neh kan,, walaupun puasa lambat lagi, mungkin ada yang tengah nak buat tester kuih raya ker,

Sunday, May 25, 2014

Pengalaman Ibu 1 : Rumah Berhantu di Melaka

Ok, macam aku janji kat blogpost yang lepas. tajuk blog "oh my... dia ada 'sixthsense' " 24/05/2014. Kali ini aku nak cerita salah satu kisah yang aku dengar dari insan yang aku anggap 'special' & 'sporting' yang mesra disapa Ibu... Cerita ini berkisarkan pengalaman Ibu sekeluarga  iaitu suami, anak dan termasuk ibu sendiri.


Menurut Ibu, dia pernah bertahan tinggal di sebuah rumah di Melaka selama tiga bulan sahaja. Kerana tidak tahan sering diganggu dengan pelbagai penampakan.

Saturday, May 24, 2014

Oh my.... dia ada 'sixth sense'..!!!

Jumaat semalam, aku berpeluang berjumpa dengan seseorang yang mesra dipanggil Ibu.. Seorang wanita yang berusia mungkin dalam 40an.. berkerjaya dan mempunyai banyak pengalaman..

Pertemuan yang singkat dalam masa sejam, waktu rehat.. berpersonaliti ceria memang mudah untuk didampingi .cukup ramah. Itupun aku berpeluang kenal Ibu melalui seorang lagi kenalan.

gambar sekadar hiasan
Bila aku tanya "Ibu ada 'sixthsense'?... mulanya dia tak nak mengaku. Tapi bila aku ubah sikit soalan "Ibu boleh nampak 'bende' atau dala bahasa lainnya 'Makhluk Halus'..? barulah Ibu memulakan cerita..

Friday, May 23, 2014

Pochong

Sebenarnya dalam beberapa hari neh, aku teringin nak interview beberapa orang yang jaga kubur kat area rumah aku, tapi tak berkesempatan. Aku ingat tak dapat lah aku nak tulis blog selagi tak jumpa penggali kubur tuh. Tapi mungkin ada jer lah 'rezeki' aku untuk menulis.


Ikutkan semalam aku nak update blog pasal pengalaman family sorang kawan aku neh. Tapi, bila nampak kawan aku update pasal Lawang Sewu terus aku teringat hantu masa 'FunFair' kat sekolah aku dulu hahhahahaha...

Thursday, May 22, 2014

Rumah Hantu

Bila nampak kawan aku post pasal Lawang Sewu kat blog dia tadi, aku rasa macam tertarik tengok pic hantu betina tuh. Tertarik sebab apa? Sebab hantu tuh sebijik macam hantu yang pernah aku buat masa sekolah aku ada 'Hari Kantin' tak silap.. Cikgu tetapkan, budak2 tingkatan 6 kena buat rumah hantu,, kelas tingkatan 6 ada 4 jer,, kelas Sejarah, Bio, Fizik & Account.


Hahahha apa lagi,, aku lah manusia yang rasa paling 'Heaven' sekali bila cikgu cadangkan budak Tingkatan 6 buat 'Rumah Hantu' huuhhuuh macam sejiwa jer cikgu2 neh kat aku.. Nak dijadikan cerita, balik rumah, aku carik baju kurung putih, baju sekolah lama aku dua helai,,, aku cantumkan sendiri jadi baju tuh labuh cecah lantai dan bahagian tangan pon aku cantum kasi tak nampak tangan wowowoow ... ops! ops! ops! tu je ker?

Wednesday, May 21, 2014

Ia Sememangnya Wujud

Semalam aku, mak, ayah & adik tonton satu cerita wayang.. 'IA WUJUD'..  baru je release di pawagam dalam beberapa hari yang lepas.. ikut perancangan asal , kitorang ingat nak tengok cerita 'STILL 2'.. tapi 'midnight' show lak..


 Boleh tahan gak ah cerita tuh, cerita pasal seorang Kawan Lelaki pergi kat satu tempat yang memang 'keras'.. tempat tuh sebenarnya dulu adalah sebuah 'Taman Tema Air' tapi dah ditutup.. Mane tu yek? Ok lah nak dijadikan cerita, yang geng2 budak lelaki 5 orang tuh dah sampai..

Tuesday, May 20, 2014

"Haippp...! Jangan Tutup Lampu Dapur!! Nanti........ hehhehehehhe"

Tadi bersembang jap. Ada satu rakan seofis tanya aku, dia ada mimpi ular hitam.. Dia mintak aku google maksud. Tapi keluar merapu jer... Aku cakap dengan kawan aku, kalau mimpi ular hitam neh tak baik. Macam petanda ada gangguan. Tapi bila tanya kawan yang lain, katanya mimpi ular neh untung hahahahha.

Ntah lah macam-macam versi aku dengar pasal mimpi ular neh, ada yang cakap ada orang nak meminang lah, apalah.. tapi kalau tak silap aku,, tak semestinya ular, kalau kita mimpi binatang berbisa macam ular, kala jengking ataupun binatang buas macam harimau, memang maksud dia tak baik. Semua tuh petanda gangguan. Lagi satu tengok jugak waktu kita mimpi tuh.. Kalau kita mimpi waktu siang atau pon dah waktu subuh, mimpi tuh cuma mainan tidur jer tak ada makna apa-apa pun.


Ok lah berbalik semula dengan tajuk blog hari neh,, borak punya borak berlanjutan lah sampai lah tentang Ayat Ruqyah dan juga gangguan di dapur. hohohoho dapur? kenapa dapur? kenapa bukan swimming pool? hahahah.. Swimming pool pun seram gak tau..

Sebenarnya, boleh masuk cerita pasal dapur neh, bila kawan aku cerita, masa tuh dia baru kahwin, tinggal kat satu tempat. Masa malam nak tido dia padam semua lampu satu rumah.. Kemudian masa nak tido dengar kat dapur macam ada orang goncang-goncang barang.. Yang lawaknya, suami dia boleh lak tegur bende tuh "Shuhhh...!!!!" hahhahaha. Lepastuh bende tuh makin menjadi, last-last dia onn kan lampu dapur dan perasan kat atas siling dapur tuh macam ada bentuk macam setan katanya.. Aku pun tak tanya bentuk setan tuh macam mana.

Kemudian, aku teringat pengalaman aku sendiri pernah tinggal kat rumah kampung. Tumpang rumah orang masa tuh, aku ceritalah masa aku tinggal kat satu rumah neh,, owner dah pesan jangan padam lampu dapur bila waktu malam. Nak dijadikan cerita satu malam kitorang terpadam lampu dapur huhuhuhuh apa lagi korang.. Tak boleh tido balik malam tuh, dengar kat dapur macam meriah jer,, dengar orang tarik kerusi, dengar bunyi orang makan, dengar macam-macam lah, macam orang nak memasak pon ada dengar bunyi periuk semua.

Kawan-kawan aku terus cakap, selalunya kalau bunyi orang makan kat dapur atau kerusi bergerak tuh 'Hantu Raya'... Wo! aku tergamam.  Aku terfikir sejenak.. Katakanlah malam tuh aku beranikan diri intai,, apa yang akan aku nampak ek? Tiba-tiba aku rasa rugi lak tak intai,, ceh sembang lak aku neh.. kang gila lak kang kalau nampak 'bende' tuh betul2 tengah makan.


Sebenarnya aku pernah terdengar dalam segmen Misteri Jam 12, sebenarnya ruang kat dapur neh salah satu ruang yang genting kat rumah sebab normally dapur rumah kat Malaysia neh dekat dengan bilik air atau tandas.. Sebab tuh bila kawasan yang 'Hot Spot' tuh gelap especially waktu malam makin gelap lah,, bila dah gelap makin aktif lah aktiviti 'Makhluk' tersebut... Sebab tuh ada rasional nyer lampu dapur jangan dipadam pada waktu malam... nanti.... hehhehehe


Friday, May 16, 2014

Ofis Kami Ada.... 'Ha Alif Nun Ta Wau'

Cerita minggu lepas masa tuh kebetulan lepak dengan officematte aku.. Best gak .. Sembang-sembang kosong gitu... Cerita pasal ofis aku neh memang tak kan habis kot .. Sebab 'bende' neh ada mana-mana jer..
Tak semestinya kat ofis. Cuma kita boleh rasa 'kehadiran' nya walaupun tidak dapat dilihat.

Mula-mula sorang rakan neh cerita dia nak pergi Indonesia nak pergi kat salah satu tempat yang angker gak lah, nama tempat tuh Lawang Sewu dekat Semarang, Indonesia. Takper nanti aku Interview dia plak pasneh hehehhehe..

Cerita bermula bila aku duk lepak-lepak dengan satu akak neh kat kawasan taman kat ofis aku.. Nak ambik 'Fresh Air'.. Dekat kawasan kitorang lepak tuh ada satu kepala paip dimana kalau korang tengok kepala paip tuh memang korang tak boleh pulas dengan tangan. Dalam erti kata lain memang kepala paip tu tak kan boleh keluar air lah sebab dah tak boleh pulas.. Tapi tengah aku dok lepak-lepak tiba-tiba air keluar dari kepala paip tuh sampai memancut-mancut.. lepastuh berhenti kejap.. Aku memang selalu perasan yang air dari kepala paip tuh keluar memancut-mancut pada waktu aku lepak-lepak kat situ.. Kemudian akak kat ofis aku neh tegur "Sue, macam mana air neh boleh keluar? Kalau kita nak pulas pon tak leh tau.. Bukan keluar menitik-nitik jer neh "... Kemudian aku cuma beritahu perkara sebenar,, yang fenomena neh selalu terjadi.. Aku pon tak pasti kenapa.. Kemudian, makin galak plak air keluar dari kepala paip yang tak cukup sifat tuh, macam faham jer kitorang cakap pasal 'dia'.

Dah puas lepak, masuk ofis kemudian kitorang tarik lagi sorang 'officematte' tentang penemuan kitorang pasal kepala paip tadi hahhahaha (Jahat tau kitorang).. Sekali, kawan kitorang yang lagi sorang neh pon cerita, yang sebenarnya ofis neh memang ade 'something'.. Katanya, ada satu hari tuh dia 'stayback' kat ofis sampai pukul 8 malam.. Menurutnya lagi, tiap kali dia balik.. Dia tak pernah 'shut down' PC dia tuh.. Dia selalu buat 'sleep mode' jer.. menurut kawan aku lagi.. Kalau ade sesape yang langgar 'mouse' pon, Automatically kat screen akan keluar satu warning untuk 'key in' password. Nak dijadikan cerita Masa malam kejadian, memang tinggal sorang jer lah kawan aku neh. Sebelom balik, memang kawan aku akan off semua lampu kat dalam ofis neh then terus keluar tanpa menoleh belakang (Neh mesti terpengaruh dengan cerita Jangan Pandang Belakang neh heheh).. Walaupun dia berusaha untuk tidak menoleh kebelakang, masa dia nak lock pintu ofis tiba-tiba dia nampak screen 'PC' dia macam bercahaya. Senang nak faham, macam ada orang langgar 'mouse' sebab tuh dekat screen ada cahaya sebab nak mintak 'key in password'..  Ai, walaupun kawan aku neh lelaki, tapi tak bermakna yang dia nak patah balik kat tempat dia kan..?? Hahhaha apa lagi dia terus cepatkan langkah. Malas nak layan.. huhuhuhu

Then, lastly, cerita aku plak... jika before neh aku hanya mendengar cerita kawan-kawan sepejabat. Tibalah satu hari tuh,, masa tuh waktu rehat.. Aku tak perasan semua orang dah keluar rehat.. Tapi aku dengar bunyi macam riuh jer dekat Department Sales & Lifesyle.. Siap bunyi orang ketawa berdekak-dekak.. Nak dijadikan cerita, tiba-tiba aku rasa nak pergi toilet. Bila aku lalu jer dekat Department berkenaan.. memang takde orang,, senang cakaplah waktu tuh kat ofis memang takde orang langsung! semua dah pergi rehat.. Aku masa mula-mula tuh memang ingat nak pergi tandas sebab rasa nak 'dipenghujung dunia' dah.. Automatically aku tak jadi nak pergi toilet then aku tunggu jer lah sampai dorang balik.

Tuesday, May 6, 2014

Perubatan Tradisional Vs Perubatan Islam.

Ramai terkeliru bila sebut tentang perubatan Islam dan Perubatan Tradisional. Ramai yang menganggap Perubatan Tradisional dan Perubatan Islam adalah sama asalkan ada bacaan dalam Bahasa Arab maksudnye Ayat Al-Quran. No! No!! No!!!...

Korang kena tahu ok, ada jugak ayat yang kita dengar dalam Bahasa Arab sebenarnya merupakan mantera sihir.. sekarang ini kita didedahkan Tulisan Arab/Jawi juga digunakan ukiran untuk Kitab Injil. Aku bukannya 'racist' atau nak bercakap benda benda yang menyentuh sensitiviti keagamaan. Aku cuma nak kongsi kan apa yang aku tahu serba sedikit, selebihnya terpulang kepada pembaca untuk menilai. Aku tak ada latar belakang belajar di Universiti Al Azhar jadi korang berhak untuk pertikai di ruangan komen dibawah.

Perubatan Tradisional

Perubatan Tradisional jenis perubatan yang menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti Bunga, Daun, Akar dan jenis-jenis tumbuhan yang lain sebagi medium perubatan. Perubatan Tradisional juga berbeza dengan perubatan barat yang menggunakan 'drug'.

 Perubatan Tradisional juga menggunakan bacaaan dan mentera mentera tertentu. Perubatan Tradisional adakalanya menggunakan simbolik dan upacara-upacara yang agak pelik. Walaupun pengamal perubatan itu menggunakan Ayat-Ayat Al Quran didalam medium perubatan nya, masih tidak boleh dianggap sebagai Perubatan Islam selagi menggunakan tangkal dan azimat walaupun ditulis dan dijampi menggunakan ayat Al-Quran.

Tidak keterlaluan juga dikatakan pengamal Perubatan Tradisional menggunakan khadam-khadam tertentu melalui jampi serapah untuk menyeru makhluk halus.

Walaubagaimanapun, Pengamal Perubatan Tradisional juga tidak semuanya syirik.

Video dibawah dapat menerangkan serba sedikit tentang pengamal perubatan Tradisional yang Syirik dan Bukan Syirik :



Perubatan Islam


Rawatan Islam dapat dilihat dari caranya, keadah, bahan yang digunakan, alatan dan juga tidak terpesong dari akidah.

Didalam rawatan Islam, tidak menggunakan bahan-bahan yang kotor seperti darah, najis dan sebagainya dalam medium perubatan Islam.

Selain itu, dalam Perubatan Islam tidak menggunkan jampi serapah yang menyeru nama-nama keramat ataupun nama-nama Jin. Penggunanaan jampi serapah dalam Perubatan Islam tidak semestinya menggunakan Ayat-ayat Al-Quran, kerana pada zaman Nabi Muhammad S.A.W . Baginda membenarkan dirinya dirawat oleh orang lain seperti kaedah berbekam. Ada juga peristiwa Nabi Muhammad S.A.W mengarahkan sahabatnya berjumpa dengan orang-orang yang pakar dalam penyembuhan penyakit tertentu dengan menggunakan jampi tradisi arab. Dalam hal ini, maka jelaslah rawatan Islam haruslah diperluaskan dengan menjadikan rawatan nabi sebagai tunjang dalam perubatan Islam.

Selain itu, Perubatan Islam juga tidak melakukan perkara-perkara yang mendatangkan fitnah seperti perawat lelaki dan pesakit wanita berduaan sewaktu rawatan dijalankan.


Sunber Penulisan :

1) http://bmpengurusanc17.blogspot.com/
2) http://citrus-soleh.org/rawatanislam/?page_id=2

Monday, May 5, 2014

Mimpi Aneh

Agak susah nak aku ceritakan masalah yang selalu terjadi kat aku. Balik-balik hal yang sama. Mimpi pelik-pelik dan jatuh sakit. Aku rasa aku malas nak fikir sangat dah. Berulang alik pergi Darussyifa. Bukan aku nak cakap tak bagus. Memang ade kesan atau perubahan setiap kali aku berubat dekat Darussyifa. Tapi macam biasalah berbalik benda neh, atas diri kita sendiri jugak. Masalah aku yang problem (amboih bahasa) skang neh ialah mulut aku. Aku kalau cakap memang lepas.. Takde cover.

Aku sebenarnya bukan seorang yang mulut cepat nak lancang sangat.. Aku akan jadi 'cakap lepas' bila aku dah 'meletop' atau dah benar benar marah. Selagi aku boleh sabar, aku sabar lah. Kalau sampai aku dah 'bersuara' maksudnya aku dah habis sabar lah tu.

Sesiapa yang pernah ikut perkembangan blog aku yang tak berape nak 'famous' neh dari awal, korang mungkin pernah perasan ada beberapa blog yang aku ceritakan tentang pengalaman aku macam mana bila aku di ganggu..

Cuma kali ini, aku rasa 'benda' tu mengganggu lagi.. Cerita bermula dari minggu lepas aku mimpi Arwah Moyang aku. Benda tuh mungkin normal kot.. Cuma dalam mimpi tuh aku rasa benar benar yakin Arwah Moyang aku masih hidup.

Kemudia semalam, lepas aku balik dari Port Dickson, sampai rumah , lepas layan cerita 'Ada Apa Dengan Cinta' aku tido dari pukul 5 sampai 7.. Aku bermimpi, kawan aku ajak aku pergi temankan dia pergi Tempat Perubatan Islam. Aku tak pasti dia sakit apa dalam mimpi tuh.. Cuma aku temankan dia.. Dalam mimpi tuh, aku dalam kereta tiba-tiba aku rasa macam aku tak sedar diri,, aku dengar suara yang pelik dan aneh,, lisan aku terkunci, aku cuma ingat baca Al Fatihah & Ayat Kursi lepastuh aku ok.. Tepat pukul 7 aku tersedar.. Dalam hati aku, oh mungkin aku tidur lepas waktu Asar sebab tuh aku mimpi bukan-bukan. Aku cuma abaikan mimpi tuh.

Kemudian malam pulak, lepas layan rancangan 'Detik 12 Malam' kat TV3 aku terus tido. Tapi sebelum tido aku ingat baca Al-Fatihah & Ayat Kursi.Aku terlelap nak dijadikan cerita aku termimpi aku terbang.. Aku tak tahu kenapa aku terbang,, Bukan kali pertama aku mimpi aku terbang tau, banyak kali jugak.. Puas jugak aku google maksud mimpi terbang neh tapi yang keluar ialah maksud mimpi terbang neh berkenaaan sesorang yang cuba ingin mencari kebebesan dalam hidupnya.. Tapi kalau tak silap aku, aku pernah terbaca dalam satu buku perubatan islam, aku tak pasti Buku Perubatan Islam Darusyifa atau Bathamim, maksud terbang neh salah satu gangguan..

Malam tadi aku bukan setakat mimpi terbang, aku bermimpi aku nak ambik anak angkat, aku dah setuju nak ambik satu budak neh jadi anak angkat neh.. Adalah kot umur dalam 4-5 tahun, macam budak ala-ala Arab atau Iran macam tuh. Budak tuh memang comel,, aku dah setuju nak amibik budak tuh, boleh plak tiba-tiba aku perasan muka budak tuh macam cacat.. Aku terus tak jadi nak ambik budak tuh. Aku lari.

Waktu aku lari ada orang tanya aku kemana, aku cakap aku nak pergi klinik atau hospital, dia siap tawarkan diri dia nak tumpangkan aku,, last-last orang tuh bawak aku kemana nak tau tak?

Orang tuh hantar aku ke rumah mayat.. betul-betul kat tempat mandi mayat. Aku punyalah terkejut & tersentak aku tersedar pukul 0310 pagi.

Aku terus menggeletar sebab kesejukan.. Aku macam nak demam.. Dalam masa yang sama aku rasa dekat betis aku macam ada benda bergerak-gerak sama macam waktu aku berubat dekat Darussyifa Shah Alam masa tuh aku ingat lagi, waktu ustaz tuh nak ruqyah aku,, aku dapat rasakan betis aku bergerak-gerak.. Bila aku cakap macam tuh kat Ustaz, ustaz tuh baca sekali lagi ayat-ayat Quran tiba-tiba tangan ustaz tuh kebas.. Aku ingat lagi.. rasa benda tuh bergerak kat kaki aku tengah malam tadi sama dengan rasa dekat Darussyifa masa tuh..

Tak tahu nak kata kalau permainan tidor  sebab sebelom tido aku menonton 'Detik jam 12'.

Wallahuallam..

Semoga ianya hanya mainan tido.

Tengok lah malam neh macam mana pulak.

Friday, May 2, 2014

Misteri Kematian Alda Risma Elfariani

Mungkin cerita neh agak lapuk. Cuma aku terkejut sebab aku baru tahu rupe2 nye penyanyi lagu 'Aku Tak Biasa' neh dah lama meninggal masa tahun 2006. That means sekarang neh dah 8 tahun dia meninggal. Seriously aku memang terkejut bila baru-baru ni aku nampak ada orang share pasal misteri sebuah lagu yang kononnya ditulis Alda tajuk "Menanti Teman".. tapi ada gak yang mendakwa lagu tuh cuma direka2 oleh pihak tertentu sebab penyanyi lagu tuh tak macam suara Alda.

Aku sebenarnya memang minat ikut perkembangan artis-artis Indonesia walaupun aku sendiri orang Malaysia. Pada aku Lagu-Lagu Indonesia memang best. Penyanyi dia juga kebanyakan suara pun lunak. Especially, Melly Goeslaw.. Memang aku minat sangat dia.. Sebab tuh aku asyik terfikir, tak kan ini jer lagu Alda, 'Aku Tak Biasa' dia tak ada lagu lain ker? Rupa2 nye dia dah meninggal.

Berikut beberapa details tentang Alda :-

Nama : Alda Risma Elfariani
Nama Komersial : Alda 
Karier : Penyanyi, Pelakon dam Model/Peragawati.
Tarikh Lahir : 23/11/1982
Tempat Lahir :  Bogor, Indonesia.
Tarikh kematian : 12/12/2006
Tempat Kematian :Hotel Grand Menteng, Matraman, Jakarta, Indonesia.
Hayat : 24 tahun
Penyebab Kematian : Pengambilan Dadah Berlebihan.

Kontroversi Kematian Alda

1) Pengambilan Dadah 
Dari pemahaman aku antara beberapa blog dan sumber yang aku baca, kematian Alda adalah disebabkan 'overdose' dadah. Dadah jenis apa? dari pemahaman aku gak lah, diorang terjumpa jarum suntikan dalam bilik Alda. Mungkin dia amibik yang jenis suntik , sebab dekat mayat Alda ditemui beberapa bekas suntikan.

2)Dianiaya

Menurut Ibu Alda, Halimah. Alda mati akibat dubunuh oleh kekasih nya Ferry Surya Prakasa atau nama lainnya Eric. Ibu Alda ada menyimpan beberapa bukti sms dari Alda yang mengatakan Ferry memaksa Alda untuk menjalinkan hubungan. Dalam sms tu jugak ada mengatakan Alda pernah dipukul oleh Ferry. Dua hari sebelum kematian Alda, Alda keluar rumah bersama Ferry dan sampailah berita kematian Alda diketahui dan beberapa bukti CCTV ada terlihat Alda 'check in' hotel bersama Ferry.

3) Rakaman Lagu Misteri 'Menanti Kekasihku'.

Selepas kematian Alda, tiba-tiba keluar pulak sebuah lagu yang kononnya ditulis dan dirakam oleh Alda sebelum kematiannya dimana lagu tersebut mengundang misteri baik dari segi lirik dan juga suara latar perempuan mengilai dan bunyi lolongan anjing seperti dibawah.




4) Penampakan Kelibat Arwah Alda di Bilik Hotel di tempat Kematian Alda.

Media dari seberang ada merakam beberapa penampakan perempuan berbaju hitam dan lembaga seperti pocong. Rakaman tersebut seperti sekilas dimana dari rakaman itu terlihat perempuan berbaju hitam berjalan tembus dinding dan pocong berdiri betul betul depan kamera.









Untuk penulisan kali ini, aku merujuk beberapa link seperti dibawah :

1) http://id.wikipedia.org/wiki/Alda_Risma

2)http://www.kapanlagi.com/showbiz/selebriti/alda-diancam-dan-dianiaya-sebelum-meninggal-bwf76wg.html