Tone Excel

Friday, May 23, 2014

Pochong

Sebenarnya dalam beberapa hari neh, aku teringin nak interview beberapa orang yang jaga kubur kat area rumah aku, tapi tak berkesempatan. Aku ingat tak dapat lah aku nak tulis blog selagi tak jumpa penggali kubur tuh. Tapi mungkin ada jer lah 'rezeki' aku untuk menulis.


Ikutkan semalam aku nak update blog pasal pengalaman family sorang kawan aku neh. Tapi, bila nampak kawan aku update pasal Lawang Sewu terus aku teringat hantu masa 'FunFair' kat sekolah aku dulu hahhahahaha...



Aku ada kenal dengan seseorang baru-baru neh Borak punya borak. Saje jer aku sakat semalam. Aku siap cerita aku teringin nak buat 'Adventure'.. lepastuh dia cakap, kalau aku teringin sangat nak buat adventure, dia suruh aku duduk rumah Makcik dia...  Aku pelik.. Hah? Rumah Makcik? Nape Makcik? Jeng-jeng lepastuh dia pon cerita lah kat aku jeng... jeng..jeng... Korang janji jangan nangis tau..Aku sendiri tak pasti pertalian persaudaraan kawan aku neh dengan Makcik dia neh.. Aku rasa tak ada talian persaudaraan macam mak sedara & anak sedara tuh.. Aku rasa macam pernah dia cakap,, tapi aku tak ingat kot... Tapi dia panggil Makcik lah..

Cerita bermula apabila Adik kepada Makcik dia neh meninggal dunia tiga tahun lepas..  Nak dijadikan cerita ada lagi satu adik kepada Makcik neh tak puas hati, bila Arwah Adik wasiatkan rumah tuh kat Makcik dia.. Sejak itu lah, adik yang sorang lagi hantar 'barang' kat rumah Makcik dia... Bermacam-macam gangguan lah yang terjadi, nampak benda-benda yang menyeramkan . Untuk pengetahuan, Makcik tinggal kat apartment, rumah tingkat atas lah tak ingat tingkat berapa, pernah sekali anak dia mandi. Ada sesetengah aliran udara kat bilik air macam jenis tingkap yang boleh bukak tolak ke atas.. Macam imej kat bawah neh kot



Sumber Gambar dari Encik Google : http://photos1.blogger.com/blogger/7154/1329/1600/TS288283.jpg


Ok lah berbalik pasal cerita anak Makcik dia tuh, nak dijadikan cerita satu  hari anak dia mandi kat bilik air malam-malam, kemudian anak dia perasan macam ada 'bende' intai kat tingkap bilik air dia.. Itu baru gangguan anak dia,, sebenarnya macam-macam lagi lah dengar macam orang bertukang, main guli , mungkin sampai kan satu tahap, aku rasa Makcik dia pon macam dah lali, dah malas nak layan.. Sebab tuh masa kawan aku neh tumpang rumah Makcik dia, Makcik dia ada pesan. Kalau nampak apa-apa buat tak tahu jer..

Menurut kawan aku, dia pun macam seram sejuk jer tinggal kat rumah tuh,, katanya, kalau dia sorang jer.. memang tak lah dia nak tinggal situ.

Menurut kawan aku lagi baru jer tiga  minggu lepas, tengah-tengah malam, Makcik dia tersedar ada orang baca Yaasin kat tengah rumah. Esoknya Makcik dia tanya Pakcik (Suami Makcik ):

"Malam tadi ada baca Yaasin ker".. terus Pakcik dia jawab "Takde.". Makcik dia senyap mungkin Makcik dia tahu bende tuh apa tapi malas nak layan. Nasib baik baca Yaasin, bantai lak dia 'menyanyi' atau 'menangis' tengah malam tak ke naya hahhaha jahat lak aku neh lebih-lebih lak..

Lepas tuh, kawan aku cerita lagi pengalaman pakcik dia pulak, baru dalam minggu lepas, pakcik dia tertidur kat slah satu bilik kat dalam rumah tu lah. Bangun-bangun jer pakcik dia ternampak ada Pochong.

Bukan itu jer, Pakcik dia jugak pernah sekali tuh pun dengar macam ada 'bende' tuh mengilai-ngilai depan rumah.. Tapi macam biasalah, Pakcik & Makcik dia dah biasa. Tak amik 'port' dah .

Makcik & Pakcik dia kena kuat, sebab 'bende2' tuh semua dihantar oleh seseorang supaya Pakcik & Makcik dia tak tahan dan keluar dari rumah tu..

Tapi apa yang aku tahu, memang bentul tanda-tanda rumah tuh ada gangguan sebenarnya korang akan selalu dengar bunyi orang main guli, dengar bunyi orang bertukang dan paling ekstrim korang akan nampak benda halus yang mengerikan macam hantu.. Kalau dalam Masyarakat Melayu neh, kalau Pontianak, Pochong tuh semua memang 'Legend',, jarang dalam Budaya Hantu dalam masyarakat Melayu yang korang jumpe hantu tuh Pakai Coat/Blazer sebab tuh hantu mat saleh hahhahahha

No comments:

Post a Comment