Tone Excel

Wednesday, May 21, 2014

Ia Sememangnya Wujud

Semalam aku, mak, ayah & adik tonton satu cerita wayang.. 'IA WUJUD'..  baru je release di pawagam dalam beberapa hari yang lepas.. ikut perancangan asal , kitorang ingat nak tengok cerita 'STILL 2'.. tapi 'midnight' show lak..


 Boleh tahan gak ah cerita tuh, cerita pasal seorang Kawan Lelaki pergi kat satu tempat yang memang 'keras'.. tempat tuh sebenarnya dulu adalah sebuah 'Taman Tema Air' tapi dah ditutup.. Mane tu yek? Ok lah nak dijadikan cerita, yang geng2 budak lelaki 5 orang tuh dah sampai..



Tapi tempat tuh pintu gerbang dia dah terkunci... Nak dijadikan cerita dorang pon usaha untuk bukak pintu tuh. Tiba-tiba ada satu Brader neh, yang merupakan penduduk kat situ, nama dia 'Brader Balik-Balik' datang.

Budak-budak neh cuba 'kowtim' dengan Brader Balik-Balik tuh.. tapi Brader tuh tetap berkeras suruh Budak-Budak tuh balik.. Brader tuh sound 'Balik, Balik.. Tempat neh keras.." hahhaha sebab tu lah Brader tuh dapat nama gelaran 'Brader Balik-Balik' dari bebudak tuh... kikikik

Ok lah nak dipendekkan cerita last-last Brader tuh dah balik,, tapi budak tuh tetap tak balik.. Yang paling dahsyat.. budak budak tuh berani main permainan 'Spirit of the coin' kat dalam bangunan lama.. Kalau ikut peraturan, permainan tuh kene main sampai habis.. tapi budak-budak tuh baru jer sebut "Spirit, Spirit of the coin, please come to us"... baru panggil sekali tiba-tiba ada satu kamera salah seorang dari mereka terjatuh. Lepastuh, salah sorang dah takut sampai nak terkencing.. dorang terus skip permainan lain lak macam 'Puja Pochong' dan 'Seru Pontianak' .. Itupun mula-mula dorang main-main. Sampailah ada sesuatu yang menimpa mereka.. hah lepaih tuh, baru depa ada akai noh... (huhuhhuu ter 'speaking' Utara lak)

Sesuatu menimpa mereka? ape tuh? huhuhuhu sori aku tak nak cerita habis.. cerita neh baru release kot,, kang ade yang berbakul-bakul sumpah seranah aku lak kang.. Tapi aku cuma nak cakap, tak rugi korang tonton cerita neh.. Tapi gentle.. dorang guna mentera yang betul untuk seru pontianak.. sebab tuh masa cerita neh start.. korang akan dapat warning kat screen 'SILA TONTON FILEM INI SAMPAI HABIS, KERANA FILEM INI MENGANDUNGI MENTERA-MENTERA MENYERU DAN JUGA MEMPUNYAI AYAT PENUTUP"...

Lepas dah habis menonton, kitorang dah terus balik... Kitorang sume merempit jer ,, dorang siap bawak helmet untuk aku siap-siap untuk aku bonceng. Nak dijadikan cerita,  sewaktu aku melewati satu jejantas, aku perasan macam ada orang duduk dekat satu palang kat atas jambatan.. Serius, 'bende' tuh macam pakai baju hitam... aku tak puas hati aku nak menoleh.. tapi tiba-tiba ada motor belakang aku, yang menghalang aku untuk terus melihat 'bende' tuh.. aku pelik sape nak duduk kat situ tengah-tengah malam?.

Lama-lama fikir, mungkin cuma perasaaan aku jer kot.. Biarlah mungkin aku mengantuk agaknyer..Biasalah bila dah ngantuk tengah-tengah malam, nampak Dugung terdampar pun nampak macam Ikan Duyung hahahah.  Dalam perjalanan pulang lepastuh aku cuba pejam mata.. takut aku ternampak apa-apa.. tiba-tiba aku terkejut adik aku langgar bumper, nasib baik aku tak tergolek, mata aku terbukak terus aku ternampak macam ada kain putih kat atas pokok.. Aku baru nak menjerit histeria, rupa-rupanya kain balut nangka.. haish sabar jer lah..

Sampai rumah aku terus tido, dengan tak tukar baju semua,, rasa macam letih sangat.. padahal tak sampai pukul 12 lagi.. Malam neh aku rasa pelik sikit, tiba-tiba bunyi anjing menyalak.. Aku intai jugak tengok ada 'penceroboh' ker? hahhahaha. Ah lantaklah aku tido..

Tengah aku tido tengah malam aku sedar badan aku kene himpap, aku tak boleh bergerak,, aku rasa mata aku bukak,, tapi, macam ada bunyi 'berkeruh' dari dalam badan aku.. bunyi tuh seingat aku sebijik macam bunyi suara rasukan yang aku dengar dalam cerita wayang tadi 'Ia Wujud' tuh.. memang yer,, memang betol . Tapi tak tahulah pulak kalau bunyi suara aku berdengkur ker.. tapi masa tuh aku antara sedar dan tak sedar..

memang aku ingat bunyi dari dalam badan aku tuh macam bunyi binatang buas,, atau macam bunyi suara kucing yang nak bergaduh "Grrrr... grrrr... grrrr..."... dalam masa yang sama aku teringat 'bende hitam' yang aku nampak kat jambatan tadi...

Kemudian, dalam aku tak sedar masa tuh aku perasan posisi tidur aku terlentang. No wonder! aku kene himpap time tido..

Aku pernah dengar atau terbaca, bila tidur sebaik-baiknya tidur mengiring, jangan terlentang.. bila kita tidur terlentang lah peluang 'Makhluk' tuh mengganggu.

Waktu , aku tulis blog neh, aku dah ada kat ofis.. Sambil dengar ayat ruqyah.. aku terasa tulang belikat aku sakit dan tangan kiri aku kebas.. tak tahulah mungkin sebab badan aku memang letih ke ape.. sebab waktu aku dengar ayat ruqyah,,banyak sangat 'gangguan' hahahhaha




2 comments: