Pengalaman Ibu 3 : Hantu Pokok Pisang

   

Hai, masih lagi tentang pengalaman ibu. Kali ini aku nak cerita tentang pokok pisang. Terdapat banyak mitos tentang pokok pisang. Salah satu cerita tahyul yang paling popular ialah, apabila seseorang ikatkan kain merah dekat pokok pisang dengan benang merah sampai kekatil, malam-malam akan ada satu Perempuan Cantik datang yang dipercayai Penunggu Pokok Pisang. 



Selain itu, aku terdengar dalam Misteri Jam 12, salah satu pemanggil pernah berkata, kalau kat rumah ada pokok pisang, kalau pokok tuh dah ada jantung pisang kena cepat-cepat tebas atau ambik jantung pisang tuh, ikut suka hati korang lah nak wat apa pon, nak wat masak lemak cili api ker nak celur ajer makan cicah sambal belacan ker. Eh neh bukan blog masakan lah. Lupe lak. Berbalik pasal pokok pisang, Jantung Pisang tuh macam permainan Pontianak, kalau tak petik aku pon tak pasti akan jadi apa hahhahaha. Pada pendapat aku, biarlah 'Cik Pon' tuh nak main Jantung Pisang jer kot, kang dia main permainan anak ko tak pon bantai dia main permainan adik ko tak ke naya.

Sebelum aku nak tulis pasal Hantu Pokok Pisang neh, aku try gak google.. Aku terjumpa satu blog tentang 10 Pokok yang dipercayai tempat hantu bertandang, salah satunya pokok pisang lah, kononnya dekat pokok pisang tempat Pontianak & Pochong. Hahahhahah takde pokok lain ker Hantu-Hantu neh nak lepak.. Nape lah Pokok Pisang yek.. dah lah pokok pisang tuh rendah jer, tak 'thrill' lansung lah kalau terjatuh dari pokok pisang tuh.

Hahhahahhahhahahh.... Sekarang neh aku gelak
Esok lusa kalau aku lalu depan pokok pisang malam-malam mungkin tercirit gak aku agaknya.

Ok lah berbalik pasal cerita Ibu.. Masa tu, emak kepada Ibu meninggal dunia. Mungkin dekat kawasan rumah ada pokok pisang. Nak dijadikan cerita, Ibu terpandang pokok pisang.. Lama-lama diperhatikan dia terperasan macam ada benda putih kat pokok pisang tuh, berdiri jer tak bergerak-gerak macam memandang Ibu. Ibu pun tak pasti 'bende' tuh apa sebenarnya.



Sumber :

http://alamcyber.blogspot.com/2012/09/ketahui-pokok-pokok-yang-menjadi-tempat.html

Sumber Foto :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjsrdPRfaGNr7Xol9DGjF-JWU2Rr8bdUQDg5ANc7EjFzK0vSVtUk3_lM8cKrDwLMEiPT-ibdBwUUM45HuKn1nIRyZxr48YRZw-pgH8GlMMnL1YBR5tqY_9rDufiZKHJSEBUv-TOrioPn3I/s400/2.jpg

Comments

  1. *Assalamualaikum, jom sebarkan berita ni sberapa byk yg mgkin utk membantu org yg memerlukan, terima kasih smua..aaminn.*

    Sy En.Mohd Zuhairi bin Noordin , pengasas produk herba dr hutan. Sy mnjual herba warisan yg mampu mrawat smua jenis kanser dari tahap 1 ke tahap 4 dan utk pengidap resdung kronik. Herba warisan dr hutan belantara ini tak mganggu rwatan kimoterapi. Ia blh diambil smasa rwatan hospital, malah lg baik jika berubat bsama spya lg cpt sembuh. Daun² herba trpilih ini sudah trbukti brkesan kpd rmai pesakit kanser & ianya sukar dijumpai, malah belum ada mna² syarikat yg mngeluarkn herba ini. Ia herba khusus mrawat kanser & resdung yg kronik. Fokus herba ni ialah mbunuh sel kanser hingga ke akar umbi spya kanser tak berulang lg.Jgn biarkan pnyakit menghuni dlm tubuh hingga kronik. Ia akn merebak ke organ lain.Bila dh merebak ia mnyukarkan rawatan. Herba bkn bnda asing lg. Jgn was² lg, sejak beratus thn herba dh digunakn oleh nenek moyang kita. Benda natural tak mganggu rawatan moden. Bkn pesakit kanser pun blh minum utk mencegah kanser. Utk psakit kanser, sy akn bantu hingga sembuh,memberi saranan & motivasi bgaimna utk hadapi kanser. Sy dh jumpa rmai psakit, kita blh brkongsi pndapat utk rawat smpai sembuh. Rmai psakit sy dh sembuh,anda bila lg?
    Hubungi utk order & pertnyaan:
    *En. Mohd Zuhairi Bin Noordin - 017468 7570*

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts