Oh my.... dia ada 'sixth sense'..!!!

Jumaat semalam, aku berpeluang berjumpa dengan seseorang yang mesra dipanggil Ibu.. Seorang wanita yang berusia mungkin dalam 40an.. berkerjaya dan mempunyai banyak pengalaman..

Pertemuan yang singkat dalam masa sejam, waktu rehat.. berpersonaliti ceria memang mudah untuk didampingi .cukup ramah. Itupun aku berpeluang kenal Ibu melalui seorang lagi kenalan.

gambar sekadar hiasan
Bila aku tanya "Ibu ada 'sixthsense'?... mulanya dia tak nak mengaku. Tapi bila aku ubah sikit soalan "Ibu boleh nampak 'bende' atau dala bahasa lainnya 'Makhluk Halus'..? barulah Ibu memulakan cerita..



Sebenarnya aku tahu, Ibu bukan seseorang yang mudah nak mengaku dia ada kebolehan macam tu, tapi akhirnya Ibu bercerita gak..

Menurut Ibu, dia berkebolehan melihat 'Makhluk' tersebut apabila dia pernah menolong abang angkatnya satu masa dahulu..Abang Angkat Ibu merupakan seorang Perawat Tradisional. Boleh mengubati seseorang. yang mengalami gangguan makhluk halus dan sebagainya .Kata Ibu, bila tiba part dia nak mandikan seseorang, terutama pesakit wanita, maka Ibu lah yang akan memandikan pesakit wanita tersebut.Abang angkatnya tak kan nak mandikan pesakit wanita nanti timbul fitnah.

Kata Ibu lagi, sewaktu seseorang dirawat, Ibu boleh melihat makhluk yang merasuki badan pesakit. Baik yang bertanduk, jantan , betina, lidah panjang, rupa binatang maca beruk/monyet dan sebagainya.

Menurut  Ibu, memang ada beberapa bacaan untuk membuka hijab seseorang. Tapi Ibu takut nak kongsikan kat aku, sebab Ibu tak tahu sejauh mana kekuatan aku.. Sebab, kalau tak kuat, boleh jadi gila,, Macam-macam benda boleh dilihat.. Kata Ibu, walaupun dengan kecanggihan teknologi yang sedia ada kini, memang senang je untuk 'google' atau 'search' kat internet cara bukak hijab. Tapi semua tu kena ada Guru.. Bukan senang sebenarnya.

Menurut Ibu, kadangkala kalau kita beriya-iya nak tengok 'benda' tuh dia tak akan ada.. sebab 'benda' neh semua datang dalam keadaan tak diduga..Tapi kalau kita beriya-iya 'mencabar' kehadiran makhluk tersebut 'dia' akan datang jugak nanti hehehehhe..

Baru aku tahu, dalam keterbukaan Ibu bercerita sebenarnya Ibu. Suami dan Anaknya minat aktiviti 'Adventure'. Kata Ibu, dia sekeluarga pernah merancang nak pergi 'Highland Tower' tapi tempat tuh dah ditutup hahhahah yang part neh aku nak tergelak. Aku siap cakap dengan Ibu, lepasneh kalau Ibu nak pergi lagi ajak lah saya. Tapi Ibu cakap dia dah tak minat lak skang.. Adei... Katanyan dah puas dah dia tengok benda-benda tuh semua kalau boleh dia tak nak..Ibu bukan bercakap besar,  Sebab kadangkala 'dia' mengganggu.

Menarik..

Sebenarnya banyak benda dan pengalaman Ibu.. Tapi aku akan kongsikan pada 'blog post' yang lain.. Sebab idea untuk menulis blog neh bukan senang tau,, nak kena ada cerita baru boleh 'update' kalau korang perasan dekat 'arkib blog' aku yang kat belah kanan bawah neh, korang akan perasan ada bulan-bulan tertentu aku cuma 'post' dua hingga tiga blog jer... sebab dah tak ada idea.. hehehheeh... lepasneh aku ingat nak 'interview' Penjaga Kubur kat belakang rumah aku ni lak.. Stay tuned!!!


hohohohho jangan aku tersalah interview pulak dah lah,,, nak interview "penjaga" kubur, sekali ter interview "penghuni" nya lak hak hak hak..


P/S : Semalam aku ada baca Ujang, dalam Buletin Ujang ada keluar pasal Aktiviti Paranormal kat Kellie's Castle... Kalau sape-sape tau info dan nak join email aku yek.. Aku nak pergi tapi tak cukup 'korumn'.. then aku tak tahu nak contact sape untuk aktiviti paranormal kat kellie's castle, kene bayar rm80, tempat terhad dan diorang cuma buat sebulan dua kali jer


Comments

  1. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts