Tone Excel

Friday, May 16, 2014

Ofis Kami Ada.... 'Ha Alif Nun Ta Wau'

Cerita minggu lepas masa tuh kebetulan lepak dengan officematte aku.. Best gak .. Sembang-sembang kosong gitu... Cerita pasal ofis aku neh memang tak kan habis kot .. Sebab 'bende' neh ada mana-mana jer..
Tak semestinya kat ofis. Cuma kita boleh rasa 'kehadiran' nya walaupun tidak dapat dilihat.

Mula-mula sorang rakan neh cerita dia nak pergi Indonesia nak pergi kat salah satu tempat yang angker gak lah, nama tempat tuh Lawang Sewu dekat Semarang, Indonesia. Takper nanti aku Interview dia plak pasneh hehehhehe..

Cerita bermula bila aku duk lepak-lepak dengan satu akak neh kat kawasan taman kat ofis aku.. Nak ambik 'Fresh Air'.. Dekat kawasan kitorang lepak tuh ada satu kepala paip dimana kalau korang tengok kepala paip tuh memang korang tak boleh pulas dengan tangan. Dalam erti kata lain memang kepala paip tu tak kan boleh keluar air lah sebab dah tak boleh pulas.. Tapi tengah aku dok lepak-lepak tiba-tiba air keluar dari kepala paip tuh sampai memancut-mancut.. lepastuh berhenti kejap.. Aku memang selalu perasan yang air dari kepala paip tuh keluar memancut-mancut pada waktu aku lepak-lepak kat situ.. Kemudian akak kat ofis aku neh tegur "Sue, macam mana air neh boleh keluar? Kalau kita nak pulas pon tak leh tau.. Bukan keluar menitik-nitik jer neh "... Kemudian aku cuma beritahu perkara sebenar,, yang fenomena neh selalu terjadi.. Aku pon tak pasti kenapa.. Kemudian, makin galak plak air keluar dari kepala paip yang tak cukup sifat tuh, macam faham jer kitorang cakap pasal 'dia'.

Dah puas lepak, masuk ofis kemudian kitorang tarik lagi sorang 'officematte' tentang penemuan kitorang pasal kepala paip tadi hahhahaha (Jahat tau kitorang).. Sekali, kawan kitorang yang lagi sorang neh pon cerita, yang sebenarnya ofis neh memang ade 'something'.. Katanya, ada satu hari tuh dia 'stayback' kat ofis sampai pukul 8 malam.. Menurutnya lagi, tiap kali dia balik.. Dia tak pernah 'shut down' PC dia tuh.. Dia selalu buat 'sleep mode' jer.. menurut kawan aku lagi.. Kalau ade sesape yang langgar 'mouse' pon, Automatically kat screen akan keluar satu warning untuk 'key in' password. Nak dijadikan cerita Masa malam kejadian, memang tinggal sorang jer lah kawan aku neh. Sebelom balik, memang kawan aku akan off semua lampu kat dalam ofis neh then terus keluar tanpa menoleh belakang (Neh mesti terpengaruh dengan cerita Jangan Pandang Belakang neh heheh).. Walaupun dia berusaha untuk tidak menoleh kebelakang, masa dia nak lock pintu ofis tiba-tiba dia nampak screen 'PC' dia macam bercahaya. Senang nak faham, macam ada orang langgar 'mouse' sebab tuh dekat screen ada cahaya sebab nak mintak 'key in password'..  Ai, walaupun kawan aku neh lelaki, tapi tak bermakna yang dia nak patah balik kat tempat dia kan..?? Hahhaha apa lagi dia terus cepatkan langkah. Malas nak layan.. huhuhuhu

Then, lastly, cerita aku plak... jika before neh aku hanya mendengar cerita kawan-kawan sepejabat. Tibalah satu hari tuh,, masa tuh waktu rehat.. Aku tak perasan semua orang dah keluar rehat.. Tapi aku dengar bunyi macam riuh jer dekat Department Sales & Lifesyle.. Siap bunyi orang ketawa berdekak-dekak.. Nak dijadikan cerita, tiba-tiba aku rasa nak pergi toilet. Bila aku lalu jer dekat Department berkenaan.. memang takde orang,, senang cakaplah waktu tuh kat ofis memang takde orang langsung! semua dah pergi rehat.. Aku masa mula-mula tuh memang ingat nak pergi tandas sebab rasa nak 'dipenghujung dunia' dah.. Automatically aku tak jadi nak pergi toilet then aku tunggu jer lah sampai dorang balik.

No comments:

Post a Comment