Mimpi Aneh

Agak susah nak aku ceritakan masalah yang selalu terjadi kat aku. Balik-balik hal yang sama. Mimpi pelik-pelik dan jatuh sakit. Aku rasa aku malas nak fikir sangat dah. Berulang alik pergi Darussyifa. Bukan aku nak cakap tak bagus. Memang ade kesan atau perubahan setiap kali aku berubat dekat Darussyifa. Tapi macam biasalah berbalik benda neh, atas diri kita sendiri jugak. Masalah aku yang problem (amboih bahasa) skang neh ialah mulut aku. Aku kalau cakap memang lepas.. Takde cover.

Aku sebenarnya bukan seorang yang mulut cepat nak lancang sangat.. Aku akan jadi 'cakap lepas' bila aku dah 'meletop' atau dah benar benar marah. Selagi aku boleh sabar, aku sabar lah. Kalau sampai aku dah 'bersuara' maksudnya aku dah habis sabar lah tu.

Sesiapa yang pernah ikut perkembangan blog aku yang tak berape nak 'famous' neh dari awal, korang mungkin pernah perasan ada beberapa blog yang aku ceritakan tentang pengalaman aku macam mana bila aku di ganggu..

Cuma kali ini, aku rasa 'benda' tu mengganggu lagi.. Cerita bermula dari minggu lepas aku mimpi Arwah Moyang aku. Benda tuh mungkin normal kot.. Cuma dalam mimpi tuh aku rasa benar benar yakin Arwah Moyang aku masih hidup.

Kemudia semalam, lepas aku balik dari Port Dickson, sampai rumah , lepas layan cerita 'Ada Apa Dengan Cinta' aku tido dari pukul 5 sampai 7.. Aku bermimpi, kawan aku ajak aku pergi temankan dia pergi Tempat Perubatan Islam. Aku tak pasti dia sakit apa dalam mimpi tuh.. Cuma aku temankan dia.. Dalam mimpi tuh, aku dalam kereta tiba-tiba aku rasa macam aku tak sedar diri,, aku dengar suara yang pelik dan aneh,, lisan aku terkunci, aku cuma ingat baca Al Fatihah & Ayat Kursi lepastuh aku ok.. Tepat pukul 7 aku tersedar.. Dalam hati aku, oh mungkin aku tidur lepas waktu Asar sebab tuh aku mimpi bukan-bukan. Aku cuma abaikan mimpi tuh.

Kemudian malam pulak, lepas layan rancangan 'Detik 12 Malam' kat TV3 aku terus tido. Tapi sebelum tido aku ingat baca Al-Fatihah & Ayat Kursi.Aku terlelap nak dijadikan cerita aku termimpi aku terbang.. Aku tak tahu kenapa aku terbang,, Bukan kali pertama aku mimpi aku terbang tau, banyak kali jugak.. Puas jugak aku google maksud mimpi terbang neh tapi yang keluar ialah maksud mimpi terbang neh berkenaaan sesorang yang cuba ingin mencari kebebesan dalam hidupnya.. Tapi kalau tak silap aku, aku pernah terbaca dalam satu buku perubatan islam, aku tak pasti Buku Perubatan Islam Darusyifa atau Bathamim, maksud terbang neh salah satu gangguan..

Malam tadi aku bukan setakat mimpi terbang, aku bermimpi aku nak ambik anak angkat, aku dah setuju nak ambik satu budak neh jadi anak angkat neh.. Adalah kot umur dalam 4-5 tahun, macam budak ala-ala Arab atau Iran macam tuh. Budak tuh memang comel,, aku dah setuju nak amibik budak tuh, boleh plak tiba-tiba aku perasan muka budak tuh macam cacat.. Aku terus tak jadi nak ambik budak tuh. Aku lari.

Waktu aku lari ada orang tanya aku kemana, aku cakap aku nak pergi klinik atau hospital, dia siap tawarkan diri dia nak tumpangkan aku,, last-last orang tuh bawak aku kemana nak tau tak?

Orang tuh hantar aku ke rumah mayat.. betul-betul kat tempat mandi mayat. Aku punyalah terkejut & tersentak aku tersedar pukul 0310 pagi.

Aku terus menggeletar sebab kesejukan.. Aku macam nak demam.. Dalam masa yang sama aku rasa dekat betis aku macam ada benda bergerak-gerak sama macam waktu aku berubat dekat Darussyifa Shah Alam masa tuh aku ingat lagi, waktu ustaz tuh nak ruqyah aku,, aku dapat rasakan betis aku bergerak-gerak.. Bila aku cakap macam tuh kat Ustaz, ustaz tuh baca sekali lagi ayat-ayat Quran tiba-tiba tangan ustaz tuh kebas.. Aku ingat lagi.. rasa benda tuh bergerak kat kaki aku tengah malam tadi sama dengan rasa dekat Darussyifa masa tuh..

Tak tahu nak kata kalau permainan tidor  sebab sebelom tido aku menonton 'Detik jam 12'.

Wallahuallam..

Semoga ianya hanya mainan tido.

Tengok lah malam neh macam mana pulak.

Comments

Popular Posts