Tone Excel

Sunday, May 25, 2014

Pengalaman Ibu 1 : Rumah Berhantu di Melaka

Ok, macam aku janji kat blogpost yang lepas. tajuk blog "oh my... dia ada 'sixthsense' " 24/05/2014. Kali ini aku nak cerita salah satu kisah yang aku dengar dari insan yang aku anggap 'special' & 'sporting' yang mesra disapa Ibu... Cerita ini berkisarkan pengalaman Ibu sekeluarga  iaitu suami, anak dan termasuk ibu sendiri.


Menurut Ibu, dia pernah bertahan tinggal di sebuah rumah di Melaka selama tiga bulan sahaja. Kerana tidak tahan sering diganggu dengan pelbagai penampakan.



Pada mulanya, penampakan itu dilihat oleh anak ibu, menurutnya lagi, pada satu petang, anak Ibu ternampak seorang budak perempuan berpakaian lusuh duduk ditepi sudut rumah, apabila diceritakan kepada ibu, pada mulanya ibu tidak percaya, sampailah pada suatu hari Ibu terlihat sendiri kelibat budak perempuan itu sering berlegar-legar disekitar rumah. Kadang kala kelibat itu berjalan berdesup sepantas kilat.

Setelah dirisik, akhirnya Ibu mendapat tahu rupa-rupanya rumah yang didiami Ibu dulu pernah ada kes orang bunuh diri. Emak dan Anak terjun dari tingkat atas. Patutlah Ibu perasan kat lantai simen luar rumah, ada kesan warna merah kecoklatan, selama ini Ibu hanya beranggapan warna cat tumpah. Rupa-rupanya warna darah yang tak hilang!.

Kata Ibu, dia tidak dapat bertahan bukanlah sebab takut. Kata ibu lagi pernah satu maghrib dia terlihat kelibat 'Emak & Anak' itu melintas jalan dihadapan rumah, tapi Ibu pun malas nak layan, katanya "Ah, lantaklah kau nak buat apa, janji aku tak kacau kau, kau pun jangan kacau aku"...

Pernah juga 'kelibat' itu terbang dari atas ke bawah...

Tapi, gangguan yang menyebabkan mereka susah nak tidur malam seperti terdengar bunyi tangisan dan tambahan pula anak ibu juga sudah tidak tahan dengan gangguan tersebut sampai satu tahap anak ibu sudah tidak mahu tinggal dirumah memaksa ibu dan suami mengambil keputusan untuk pindah ke rumah.

Rentetan dari kisah Ibu, aku pernah terdengar dari segmen dalam Misteri Jam 12, aku tak ingat bila, tapi yang pasti pertengahan bulan May 2014 mungkin 15/05/2014.DJ radio tersebut ada mengundang seorang Ustaz datang ke konti radio tersebut untuk memberi ulasan tentang kejadian misteri. Salah satu ulasan yang aku ingat dari ustaz terbabit ialah, yang pergi tidak akan kembali... memang selalu akan terjadi kejadian setiap kali tempat kesan kemalangan atau tempat yang pernah bermandikan darah manusia ada syaitan yang akan bertandang ditempat kejadian pada hari, bulan dan ulang tahun kejadian.

Tapi kes ibu neh hari-hari diganggu huhuhuhu....

No comments:

Post a Comment