Tone Excel

Sunday, March 22, 2015

Penampakan Kuntilanak dan Gendurowo di Taman Langsat

Hai masih lagi berkisarkan kisah misteri dari negara seberang, Indonesia yang terkenal dengan kisah mistiknya. Jika berpeluang, memang penulis teringin melawat Indonesia, khabarnya Alas Roban merupakan tempat yang dikatakan terpaling angker disana. Tapi kali ini penulis ingin mengupas kisah seram di Taman Langsat, Mayestik, Jakarta Selatan.

Saturday, March 21, 2015

Lelaki Tergantung Bunuh Diri Di Terowong Casablanca

Kali ini kita menjelajah ke Indonesia. Rasanya ramai yang tahu, Indonesia memang terkenal dengan cerita-cerita mistis. Memang seronok mendengar cerita-cerita dari sana. Jika kita diberi pilihan cerita seram Malaysia dan Indonesia, maaf cakaplah cerita seram Malaysia memang tak dapat menandingi Indonesia. Berbalik kisah tentang Terowong Casablanca yang terletak di bawah Jalan HR Rasuna Said yang terkenal dengan keangkerannya.Kisah ini mula dikatakan berhantu apabila pernah melihat lelaki separuh abad mati tergantung dengan kain sepanduk. Semenjak kejadian itu, banyak kejadian mistis yang berlaku, antaranya pernah telihat makhluk misteri yang berjalan-jalan dipinggir kaki lima.

Misteri Tingkat 3 Asrama

Ini bukan cerita lawak. Ini adalah cerita seram. Pergh lama aku tak update blog. Bersawang dah agaknya. Aku sibuk sekarang sejak dah kerja dan buat artikel di Viralkini.my jadi kalau korang ada masa, bacalah tau. Penat aku taip memerah idea.

Oklah cerita tentang sekolah yang terpaksa dirahsiakan. Ceritanya, ada beberapa kawan yang duduk asrama. Pelik apabila pihak sekolah melarang pelajar-pelajar pergi ke tingkat 3, dengan alasan domitri di tingkat 3 tersebut untuk digunakan pada waktu-waktu kecemasan.