Tone Excel

Saturday, March 21, 2015

Lelaki Tergantung Bunuh Diri Di Terowong Casablanca

Kali ini kita menjelajah ke Indonesia. Rasanya ramai yang tahu, Indonesia memang terkenal dengan cerita-cerita mistis. Memang seronok mendengar cerita-cerita dari sana. Jika kita diberi pilihan cerita seram Malaysia dan Indonesia, maaf cakaplah cerita seram Malaysia memang tak dapat menandingi Indonesia. Berbalik kisah tentang Terowong Casablanca yang terletak di bawah Jalan HR Rasuna Said yang terkenal dengan keangkerannya.Kisah ini mula dikatakan berhantu apabila pernah melihat lelaki separuh abad mati tergantung dengan kain sepanduk. Semenjak kejadian itu, banyak kejadian mistis yang berlaku, antaranya pernah telihat makhluk misteri yang berjalan-jalan dipinggir kaki lima.



Menurut pengalaman tukan ojek (teksi motosikal), pernah didatangi oleh seorang wanita yang minta hantar ke rumahnya yang berada di belakang makam. Wanita tersebut meminta tukang ojek menghantarnya dengan menggunakan jalan pintas dengan cara mengikut jalan dari dalam kawasan pemakaman. Hai, entah kenapalah tukang ojek ini berani sangat. Kalau saya sepatutnya dah boleh berfikir macam ada satu benda tak kena dan mungkin menolak.

Mungkin kerana wanita tersebut memberi alasan untuk cepat, jadi tukang ojek tiada pilihan. Khabarnya, orang ramai yang memerhatikan tukang ojek tersebut hairan, kenapa tukang ojek tersebut berani masuk lalu dalam kawasan kubur, sedangkan orang lain tak nampak pun yang tukang ojek tu ada bonceng sesuatu. Kiranya hanya tukang ojek je yang nampak wanita tersebut.

Tiba disebuah pokok yang besar dalam kubur tersebut, wanita itu minta diturunkan disitu, akhirnya wanita itu menghulurkan duit yang berupa sekeping daun kemudian terus hilang dengan terbang ke atas!. Eeee... Ya Allah. Tak dapat bayangkanlah kalau saya kena macam itu. Rasanya kalau, tak pengsan pun, mahunya saya buat-buat pengsan.


3 comments: