Tone Excel

Saturday, March 21, 2015

Misteri Tingkat 3 Asrama

Ini bukan cerita lawak. Ini adalah cerita seram. Pergh lama aku tak update blog. Bersawang dah agaknya. Aku sibuk sekarang sejak dah kerja dan buat artikel di Viralkini.my jadi kalau korang ada masa, bacalah tau. Penat aku taip memerah idea.

Oklah cerita tentang sekolah yang terpaksa dirahsiakan. Ceritanya, ada beberapa kawan yang duduk asrama. Pelik apabila pihak sekolah melarang pelajar-pelajar pergi ke tingkat 3, dengan alasan domitri di tingkat 3 tersebut untuk digunakan pada waktu-waktu kecemasan.





Pelik juga, kalau untuk waktu kecemasan pun, kenapa sampai nak kena berpagar dan berkunci? Sebenarnya buat Rina, Ayu, Lisa dan Ferra, mereka pernah membaca blog-blog dari pelajar-pelajar yang senior, kononnya di tingkat 3 asrama tersebut, pernah terjadi kes bunuh diri.

Ya! Bunuh diri!. itulah jawapan yang mereka peroleh jika mencari di carian google tentang asrama mereka. Dijadikan cerita, pada satu cuti semester, mereka enggan pulang ke rumah. Tidak pasti sama ada enggan pulang ke rumah atau mengambil keputusan untuk pulang lewat sikit dari pelajar-pelajar yng lain.

Memang mereka teringin mengetahui tentang apa yang ada di tingkat tiga tersebut. Tibalah pada waktu malam, mereka yang dari tingkat 4 turun ke tingkat 3. Memang pagar tersebut terkunci dengan rantai yang besar dan bermangga.

Sikit pun tidak mematahkan semangat mereka, malahan mereka mencari kerusi. Untuk pengetahuan, sebelah pagar yang bermangga ada satu tembok. Jadi, jika hendak pergi ke tingkat tiga, mereka terpaksa memanjat tembok terbabit.

Tiba giliran Ayu, tiba-tiba dia enggan naik ke atas, alasannya dia ada terlihat ada satu kelibat pelajar di tingkat 3 di atas. Pelajar tersebut berambut panjang dan kini pelajar itu berada di depan pagar di tempat mereka memanjat tembok.

Ferra menarik nafas panjang-panjang. Lalu melihat ke pagar, aneh dia tidak melihat kelibat sesiapa pun di pagar. Mungkin Ayu ada kelebihan untuk melihat sesuatu. Tak mengapa biarkan.

Akhirnya setelah beberapa kali dipujuk, Ayu setuju untuk naik ke atas. Berbekalkan lampu suluh. Mereka berjalan dari satu domitri ke domitri di tingkat tiga tersebut. Mereka masuk ke setiap bilik, kesemuanya lengkap dengan katil dan almari. Cuma ada satu bilik tersebut yang kosong, tiada katil dan almari. Sewaktu masuk ke bilik tersebut, mereka merasa dingin dan bulu roma meremang.

Mungkin bilik inilah yang dikatakan orang ada kes pelajar mati. Setelah 30 minti berada di atas, Ferra dan Ayu mengambil keputusan untuk turun ke bawah semula, biarkan yang lain-lain terus meneroka lagi bilik-bilik disitu.

Sewaktu Ferra dan Ayu sampai di pagar berkunci tersebut, tiba-tiba terdengan bunyi suara jeritan. Ayu dan Ferra terkejut. Ferra terus menjerit kepada rakan-rakan mereka yang masih diatas, "Woi! Korang ok tak?!"

Kemudian , mereka keluar dari salah satu bilik sambil menyuluh ke arah mereka dan bercakap, "Ok".

Sehingga ke hari ini, Ferra dan Ayu hanya diam dan tidak memberitahu rakan mereka yang lain tentang apa yang didengar oleh mereka.

Sampai hari ini, mereka tidak tahu, siapa yang harus dipercayai. Keyboard Warrior yang menulis tentang tingkat 3 asrama tersebut? Atau kata guru-guru kononnya tingkat 3 tersebut adalah tingkat untuk kecemasan, andaikata jika berlaku pengubahsuaian, maka mana-mana tingkat asrama yang terjejas boleh menggunakan tingkat tiga terbabit.

Masalahnya, asrama tersebut ada empat tingkat? Kenapa tingkat tiga? Kenapa bukan tingkat 1 atau empat?


No comments:

Post a Comment