Ulek Mayang @ Ulit Mayang

Ulit Mayang atau Orang Terengganu Sebut Ulek Mayang,, Lidah orang Terangganu kalau sebut huruf 'T' akan jadi huruf 'K' hehhehehe...

Untuk Entri kali neh, aku agak tertarik nak buat ulasan tentang Ulit Mayang.. Berikut adalah beberapa persoalan kajian yang ingin saya ketengahkan dalam blog saya.. Persoalan2  nya adalah :


1) Sejarah Ulit Mayang

2) Sejauh Mana Kebenaran Kata-Kata bahawasanya Lagu Ulit Mayang boleh menyebabkan seseorang        kerasukkan? 

3) Benarkah Ulit Mayang melibatkan cerita 7 Puteri ? 

4) Apakah yang menyebabkan Lagu Ulik Mayang akan menjadi 'Hidup' (berhantu) 

5) Kenapa Kalau Korang Google atau tengok kat Youtube,, dalam lirik Lagu Ulit Mayang tak de menyebut nama Puteri 1, 3 & 5

Ceh, dah macam persoalan-persoalan kajian untuk Thesis pulak yer? kah kah kah mentang2 lah sekarang neh aku dah free, dah tak ada assignment,, nak wat assignment lak..

Ok lah berikut adalah Jawapan Bagi Persoalan Kajian Di atas (wah skema nyer ayat)..

1) Ulit Mayang berasal dari Terengganu semenjak Zaman Pemerintahan Sultan Umar. Waktu tu, Agama Islam belom lagi berkembang luas di Tanah Melayu,, kalau tak silap aku, majoriti Orang2 Tanah Melayu masa tuh menganut agama hindhu dan berpegang pada ajaran animisme (sila google kalau tak faham).

Dijadikan cerita, pada suatu hari Sekumpulan Nelayan pergi ke tengah laut, tiba-tiba kapal dorang eksiden,, sorang-sorang hanyut akhirnya terdampar ditepi pantai dan tersedar dari pengsan, Tetapi dalam banyak-banyak nelayan, ada satu nelayan neh tak sedarkan diri... biarlah aku namakan nelayan yang tak sedar diri tu, Awang k ..Tetapi bila diperiksa, Awang masih bernyawa..

Disebabkan masa tu belom ade Darussyifa, maka kumpulan Nelayan terbabit memanggil Pawang/Bomoh untuk mengubati Awang.. Apabila di 'scan' di dapati Semangat/Roh Awang telah tersesat.. Roh Awang telah masuk ke Alam Bunian..

Salah seorang Puteri Bunian berkenan dengan Awang, tetapi dia tak nak lepaskan Awang, pertarungan secara batin berlaku antara bomoh dan puteri.. kemudian,, Puteri tersebut memanggil lagi dua kakak nya untuk bertarung dengan bomoh, kemudian mereka panggil lagi dua Puteri yang merupakan adik beradik mereka juga sehingga genaplah enam puteri... Pertarungan semakin sengit... Sehingga membuatkan laut berkocak,, yang memaksa Puteri Tujuh turun,, 

Puteri Tujuh merupakan Puteri Yang Sulong, paling cantik dan paling bijaksana antara enam yang lain. Aku rasa,, kalau masa tu ada Universiti, mungkin aku boleh katakan tahap kepandaian Puteri 7 neh macam orang ade PHd manakala adik beradik dia lagi enam tuh mungkin berkelayakan UPSR jer kot..

Si Bomoh neh merayu-rayu kepada Puteri 7 agar semangat Awang dibebaskan,, disebabkan Puteri Tujuh merupakan yang paling 'Otai' maka dia memerintahkan keenam enam adik beradik nya untuk pulang ke tempat asal dengan berkata :

"Aku Tahu Asal Usulmu"

"Yang Laut Pulang Ke Laut, dan Yang Darat Pulang Ke Darat "..

Selepas itu,, semangat Awang dilepaskan,, Si Bomoh berasa berterima kasih kepada Puteri 7, lalu menyediakan Hidangan Pulut Kuning (Kalau dalam lirik lagu Ulit Mayang, 'Nasik Kuning' adalah 'Nasik Berwarna' ).

Selepas Peristiwa Tersebut, setiap kali kalau ada Nelayan nak pergi Belayar , penduduk kampung akan membuat Persembahan Ulit Mayang di Tepi Pantai pada waktu malam berserta Ancak (Makanan Hantu seperti Pulut Kuning). Pada waktu sebelom kedatangan Islam, Ulit Mayang mengandungi unsur-unsur pemujaan atau spiritual,, tetapi selepas kedatangan Islam,, Lagu Ulit Mayang telah di 'pincang' (mengeluarkan lirik/rangkap pantu/ ayat ayat yang berunsur pemujaan atau jampi serapah).. Jadi lagu Ulit Mayang yang kita dengar pada hari ini bukan lah Lagu Ulit Mayang yang Original.

Pada hari ini, Ulit Mayang hanyalah merupakan sebuah tarian atau hiburan yang tiada unsur-unsur khurafat seperti zaman dulu-dulu.. juga Ulit Mayang kini masih giat dipersembahkan di Kampung Pasir Panjang, Kuala Terngganu.

2) Bagi menjawab persoalan kedua, bagaimanakah yang dikatakan Lagu Ulit Mayang boleh menyebabkan Kerasukan,, aku pon tak berapa pasti kenapa agaknya.. Sebab ada beberapa versi yang aku dengar... Dekat lirik Lagu Ulit Mayang, rangkap yang last sekali ada menyebut :

"Ku Tahu Asal Usulmu
 Yang Laut Balik Ke Laut
 Yang Darat Balik Ke Darat
 Nasi Berwarna 
Hamba Sembahkan"

Tang ni yang menyebabkan lagu neh berhantu,, ntah lah,,, 

Mungkin yer mungkin tak,,

Ada jugak aku dengar orang kata jangan nyanyi lagu neh kat Tepi Laut especially waktu maghrib atau malam,, walaupun lirik dia dah tak lengkap, dah dipincangkan .. tapi dalam lirik lagu Ulit Mayang ada sebut :

"Umbok Mayang Di Umbok
  Ulek Dengan Jalan Jemala
  Ulek Mayang Di Ulek
  Ulek Dengan Puterinya Satu..

Puteri Satu Berbaju Serong
Puteri Satu Bersanggul Sendeng
Puteri Satu Bersubang Gading
 Puteri Satu Berselendang Kuning"

** lepastu lirik lagu neh diulang lagi dengan menukar nama-nama puteri tersebut dengan Puteri Dua sampailah Puteri Tujuh,, lepastu digantikan dengan Perkataan 'Tuan Puteri'.. yang Perkataan 'Tuan Puteri' tu tak tahu sebenarnya siapa,, sebab mengikut lagenda,, cuma ade 7 puteri jer,, sape pulak Tuan Puteri yang dimaksudkan dalam Lirik lagu neh ?

3) hahahha masuk persoalan ketiga.. Benarkah Ulit Mayang ada 7 Puteri.. 

Ada yang berpendapat yer,, tapi kalau ditanya Pakar Pakar agama, sebenarnya tak wujud Puteri-Puteri yang dimaksudkan neh.. Yer lah,, cube korang bayangkan,, Ulit Mayang melibatkan Nelayan dan Laut.. Sebagai orang Islam kita percaya, di Lautan adalah merupakan kerajaan Jin dan Syaitan yang Terbesar,,

 So, Puteri-Puteri yang dimaksudkan hanyalah merupakan Jin dan Syaitan yang hanya bertujuan menyesatkan manusia..

4) Persoalan keempat, apakah yang menyebabkan Lagu Ulit Mayang berhantu,, huhuuuhuu...  

Ok lah,, disebabkan lagu Ulit Mayang yang kita dengar sekarang neh dah tak lengkap,, maksud aku ade beberapa rangkap, ayat, jampi atau mentera yang digunakan telah dikeluarkan dari lirik lagu neh,, maka sebenarnya lagu Ulit Mayang hanyalah merupakan sebuah cerita,, bukan lagi merupakan Mantera untuk menyeru...

Ada jugak yang berkata,, lagu Ulit Mayang ini akan jadi "HIDUP" bile korang sebut ke tujuh-tujuh nama puteri tersebut.. 

5) Lepas korang baca blog neh, cer korang google atau search kat YouTube lagu Ulit Mayang (bukak n dengar jer, tak de pape lah kot, Insyaallah .. banyak2 kan berdoa kalau korang takut sangat)..

Korang akan perasan Lagu-Lagu Ulit Mayang tak de sebut nama-nama Puteri 1, 3 & 5... kenapa? sebab.. macam aku cakap kat no 4 tadi lah,,kalau korang sebut atau nyanyi lagu ulit Mayang dengan menyebut secara lengkap Dari Puteri Satu sampai Tujuh,, lagu neh akan jadi "HIDUP"..

Ada versi lain mengatakan,, Puteri-Puteri yang bernombor ganjil neh agak agresif,, kalau korang sebut,, dia akan datang kat korang,, Wallahuallam....

Ok last,, kat bawah neh lirik lagu Ulit Mayang... Sebenarnya Lirik lagu Ulit Mayang ada bermacam-macam versi..


"Ulek mayang ku ulek
Ulek dengan jala jemala
Ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri
Ulek mayang diulek
Ulek dengan jala jemala
Ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya dua

Puteri dua berbaju serong
Puteri dua bersanggol sendeng
Puteri dua bersubang gading
Puteri dua berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya empat

Puteri empat berbaju serong
Puteri empat bersanggol sendeng
Puteri empat bersubang gading
Puteri empat berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya enam

Puteri enam berbaju serong
Puteri enam bersanggol sendeng
Puteri enam bersubang gading
Puteri enam berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya tujuh

Puteri tujuh berbaju serong
Puteri tujuh bersanggol sendeng
Puteri tujuh bersubang gading
Puteri tujuh berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri

Tuan puteri berbaju serong
Tuan puteri bersanggol sendeng
Tuan puteri bersubang gading
Tuan puteri berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri

Ku tahu asal usul mu
Yang laut balik ke laut
Yang darat balik ke darat
Nasi berwarna hamba sembahkan
Umbok mayang ku umbok
Umbok dengan jala jemala
Pulih mayang ku pulih
Pulih balik sedia kala"


P/S : Maksud Ulit/Ulek ialah berdendang atau menyeru makhluk-makhluk halus supaya kembali semula atau datang semula...




Comments

  1. Terangkat bulu roma semuaa xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry lambat reply.. Dah nak dekat setahun heheh. Terima kasih sebab baca

      Delete
    2. baru setahun saya dri 6 thun akan dtg iaitu 2019😂

      Delete
    3. Sy selalu dengar lagu ni mase belajar dulu.. Teringin nak dengar yg original.. Kalau la boleh dpt yg ori..

      Delete
    4. 2023 here...hehehe...1,2,3,4,5,6,7.

      Delete
    5. salam saya dari masa depan 2024

      Delete
  2. Hmmm..susah nk caye..ad tk lirik lgu ulek mayang yg asli atau vdeo...sy nk

    ReplyDelete
  3. Hmmm..susah nk caye..ad tk lirik lgu ulek mayang yg asli atau vdeo...sy nk

    ReplyDelete
  4. Dengan mantera atau jampi serapah yang diawali terdahulunya, suatu bentuk pengucapan antara dia dan “puteri” memberikan nilai mistik dan sakral:

    Tujuhkan beradik
    Tujuh sebiring
    Tujuh segenap
    Mengikutlah dari bari
    Amboilah kan tujuh
    Semangat tujuh
    Selangkat tujuh
    Tunjanglah kan tujuh
    Anggota tujuh
    Sifatkan tujuh
    Maknuyah tujuh
    ...........................
    Ai..turunlah kan tujuh
    Belahkan sifat.

    Tujuh bidadari itu adalah Tohok (tuak), Sulasih (air), kuranta (sayur mayur), tunjung biru (laut/garam), Wilotomo(daging/buah), supraba(padi) dan gagarmayang (minuman keras)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Info berguna. Terima kasih. Saya baru tahu

      Delete
    2. apa nama putri 1 hingga 7 ni? nak tahu sangat

      Delete
  5. klu nyanyi suke2 xpe tp klu korang gatal2 nak try nyanyi start dri puteri 1,2,3,4,5,6 n 7 korang tau la akibat dia... member aku sorang dh giler smpi skrang... kesian dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ade lirik penuh yg asal tak?
      Boleh share dgn sy?

      Delete
    2. Umbut mayang di umbut
      Umbut dengan jala jemala
      Ulek mayang diulek
      Ulek dengan puterinya satu

      Puteri satu berbaju serong
      Puteri satu bersanggol sendeng
      Puteri satu bersubang gading
      Puteri satu berselendang kuning

      Ulek mayang di umbut
      Ulek dengan jala jemala
      Jika sambut mayang disambut
      Sambut dengan puterinya dua

      Puteri dua berbaju serong
      Puteri dua bersanggol sendeng
      Puteri dua bersubang gading
      Puteri dua berselendang kuning

      Ulek mayang di umbut
      Ulek dengan jala jemala
      Jika sambut mayang disambut
      Sambut dengan puterinya tiga

      Puteri tiga berbaju serong
      Puteri tiga bersanggol sendeng
      Puteri tiga bersubang gading
      Puteri tiga berselendang kuning

      Ulek mayang di umbut
      Ulek dengan jala jemala
      Jika sambut mayang disambut
      Sambut dengan puterinya empat

      Puteri empat berbaju serong
      Puteri empat bersanggol sendeng
      Puteri empat bersubang gading
      Puteri empat berselendang kuning

      Ulek mayang di umbut
      Ulek dengan jala jemala
      Jika sambut mayang disambut
      Sambut dengan puterinya lima

      Puteri lima berbaju serong
      Puteri lima bersanggol sendeng
      Puteri lima bersubang gading
      Puteri lima berselendang kuning

      Ulek mayang di umbut
      Ulek dengan jala jemala
      Jika sambut mayang disambut
      Sambut dengan puterinya enam

      Puteri enam berbaju serong
      Puteri enam bersanggol sendeng
      Puteri enam bersubang gading
      Puteri enam berselendang kuning

      Ulek mayang di umbut
      Ulek dengan jala jemala
      Jika sambut mayang disambut
      Sambut dengan puterinya tujuh

      Puteri tujuh berbaju serong
      Puteri tujuh bersanggol sendeng
      Puteri tujuh bersubang gading
      Puteri tujuh berselendang kuning

      Umbut mayang di umbut
      Umbut dengan jala jemala
      Ulek mayang diulek
      Ulek dengan tuan nya puteri

      Ku tahu asal usul mu
      Yang laut balik ke laut
      Yang darat balik ke darat
      Nasi berwarna hamba sembahkan

      Pulih mayang ku pulih
      Pulih balik sedia kala
      ________________________________

      Delete
    3. Masih x lengkap .. ada yg tertinggal lg

      Delete
  6. serius ke jadi giler gitu tapi kan best dpt berjumpa dgn orang tersayang

    ReplyDelete
  7. Umbut mayang di umbut
    Umbut dengan jala jemala
    Ulek mayang diulek
    Ulek dengan puterinya satu

    Puteri satu berbaju serong
    Puteri satu bersanggol sendeng
    Puteri satu bersubang gading
    Puteri satu berselendang kuning

    Ulek mayang di umbut
    Ulek dengan jala jemala
    Jika sambut mayang disambut
    Sambut dengan puterinya dua

    Puteri dua berbaju serong
    Puteri dua bersanggol sendeng
    Puteri dua bersubang gading
    Puteri dua berselendang kuning

    Ulek mayang di umbut
    Ulek dengan jala jemala
    Jika sambut mayang disambut
    Sambut dengan puterinya tiga

    Puteri tiga berbaju serong
    Puteri tiga bersanggol sendeng
    Puteri tiga bersubang gading
    Puteri tiga berselendang kuning

    Ulek mayang di umbut
    Ulek dengan jala jemala
    Jika sambut mayang disambut
    Sambut dengan puterinya empat

    Puteri empat berbaju serong
    Puteri empat bersanggol sendeng
    Puteri empat bersubang gading
    Puteri empat berselendang kuning

    Ulek mayang di umbut
    Ulek dengan jala jemala
    Jika sambut mayang disambut
    Sambut dengan puterinya lima

    Puteri lima berbaju serong
    Puteri lima bersanggol sendeng
    Puteri lima bersubang gading
    Puteri lima berselendang kuning

    Ulek mayang di umbut
    Ulek dengan jala jemala
    Jika sambut mayang disambut
    Sambut dengan puterinya enam

    Puteri enam berbaju serong
    Puteri enam bersanggol sendeng
    Puteri enam bersubang gading
    Puteri enam berselendang kuning

    Ulek mayang di umbut
    Ulek dengan jala jemala
    Jika sambut mayang disambut
    Sambut dengan puterinya tujuh

    Puteri tujuh berbaju serong
    Puteri tujuh bersanggol sendeng
    Puteri tujuh bersubang gading
    Puteri tujuh berselendang kuning

    Umbut mayang di umbut
    Umbut dengan jala jemala
    Ulek mayang diulek
    Ulek dengan tuan nya puteri

    Ku tahu asal usul mu
    Yang laut balik ke laut
    Yang darat balik ke darat
    Nasi berwarna hamba sembahkan

    Pulih mayang ku pulih
    Pulih balik sedia kala
    ________________________________
    ni lirik nya..
    .mentera nya separuh dh ada

    ReplyDelete
  8. Adohh.. lepas tgk vdio n nyanyi lagu nih.. tgn asyik nk menari ja.. naya weyh.. nk terpengaruh.. smpai cari cerita dia

    ReplyDelete
  9. yg bjaya mnjd pawang,
    yg biasa..hanya menghayati..

    apa yg penting, layan sape nk layan.

    ReplyDelete
  10. Maaf andai tersilap tulis..tapi persepsi manusia ni berbeza2. benda ni benar2 terjadi dpn mata saya. kira2 25thn yg lepas. Masa tu tempat kerja buat dinner and salah satu acara persembahannya adalah tarian Ulek Mayang. Bakal suami saya (ketika itu) di pilih memegang watak "awang" nelayan yg pengsan.Mula2 nya biasa sahaja. Tetapi makin hampir nak dinner tu abg yg pegang watak pawang jadi tak sihat, badan lemah2. Wife bawa ke hospital n jaga. Sampai ketika mula meracau and hampir2 nak terjun hospital HTAR. Wife dia minta bwa pulang and berubat. Terkena dari "badi" lakonan tu..Kata orang yang mengubat. Selang 3 hari pula, lpas bakal tunang hantar saya pulang (lps berlatih) dia ckp dia pening nak baring kejap di rumah (rmh fmly saya). Msih ingat lagi waktu tu jam 9mlm. 10mlm mak suruh kejut minta dia balik tapi hanya tangan dia saja yg dok tepuk2 kusyen.

    ReplyDelete
  11. Panggil abg ipar minta hantar pulang. kdaan dia dh tak sedar. jenuh berpapah. secara kebutlan ada kenalan ayhnya org kelantan di rumah mereka. Saya ceritakan hal sbnr. Tau2 esok di tempat kerja bos panggil saya dgn smua penari2 ulek mayang. Jenuh kna tarbiah dgn bos. Dan2 tu juga semua penari di bawa kerumah bakal suami and mrk kena menari di situ. Dari latihan dah jadi yang real.Elok habis saja muzik tu bakal suami pun tersedak terus tersedar. bayangkan smua yg ada di situ mmg terkejut. Dgn 1 tarian ulek Mayang beliau kembali sedar. Mitos tapi kenyataan di depan mata kami. lps dia sedar kami tnya and dia kata dia di bawa ke sebuah perkampungan yg terlalu indah dan masuk di dalam istana. Kesemua berwarna putih. di layan dan di panggil putera Ali. Dan...dia berkawan dgn puteri bongsu Ulek Mayang !!!.. selepas itu masa di dalam berubat dia akan beritahu apa yg puteri tu minta untuk pulangkan dia kepada keluarganya. permintaannya pulut kuning di letak dalam daun pisang untuk di hanyut kan ke sungai yg mengalir. Juga lepaskan seekor burung mayang mengurai di tempat yg sama. Mana kami nak cari burung tersebut. Tpi dpt di tukar dgn burung murai.. semua tu mrk buat di sungai di Puchong..Tpi menurut suami mrk2 ni org2 yg warak. Solat n mengaji tak tinggal langsung. Msa dia tk sedar tu katanya 3 bulan dia di alam mereka. padahal baru sehari sbnarnya. Ini yg saya alami. Bagi saya mrk tu insan2 yg terbaik dan semuanya telah di tetapkan oleh Allah SWT. nama puteri2 tu pn dia ada bagi tau pada saya termasuk ayah ibu puteri2 tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tau x nama puteri, ayah ibu puteri tersebut? Di mana mereka tinggal? Saya nak tahu?
      Pm saya 0182124029

      Delete
    2. Aku memang minat lagu ni Dr umur 13tahun x tahu knpe walau pun aku org Kedah..tp umur 19 aku nk menetap di ganu..tiap Kali kat pantai aku suka dngar Dan nyanyi lagu ni..x kira malam ke..tp xde apa2 pun...cuma tenang je aku ase..

      Delete
    3. Apa nama 7 puteri tu..ayah n ibunya sapa nama

      Delete
    4. Nk tau jgk.. ape name semua puteri tu

      Delete
    5. Bole sy tau apa nama putri tersebut???

      Delete
  12. puteri yg dinyatakan dlam lagu ulek mayang adalah puteri yang sama dlm lagenda ryi roro kidul..anakanda kepada nilakkendra dan prabu siliwangi dari kerajaan laut selatan..keadaan laut china selatan adalah berhadapan dengan laut selatan kerajaan dan menjadi kawasan jajahan puteri ryi roro kidul.

    ReplyDelete
  13. Umbok umbok saptenan
    Ulik di ulik....

    ReplyDelete
  14. Ingat masa kem PSKN kat UNITI pasir panjang... Ada sekumpulan peserta buat persembahan ulek mayang...... Tidak semena2 angin bertiup kencang.... Dan ramai gadis kerasukan.... Yg berdarah hidung tiba2 pun ada.... Mmg seram masa tu

    ReplyDelete
  15. huhuhu 1243 am ni smbil dok baca tiba ii cicak jatuh🤣dia pnya rasa tu mcm kena heart attck

    ReplyDelete
  16. Semua comment yg saya baca masih tak lengkap,sebenarnya lirik asal ialah puteri 1 hingga 6 warna bajunya disebut dan berlainan warna termasuk selendang dan ada yg bersanggul sendeng dn lentang,mantra comment di atas pun masih tidak lengakp hilangnya 5 baris lagi,dan ada nya puteri xxxxx slps lirik puteri tujuh dinyanyikan...hanya orng yg sbnr²nya mempunyai keturunan yg menyanyikan pd zmn dhulu shja yg tahu kisah dn lirik sebenar..salam dri yg bernama sekian...sumpah dan janji taat dirahsiakan..demi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya cuma nk tahu tujuh warna sahaja bolehke beritahu....

      Delete
  17. berbaju serong tu mcmana ek? curious nak tau jugak ni..baju tu potong serong ke..atau cara pakai tu serong?

    ReplyDelete
  18. baca tengah tengah malam niii yaAllah takkk rilekkk jantungg 😭

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts