Kisah Misteri Mona Fandey

Hai... Hari ini aku macam berminat nak follow tentang Mona Fandey. Walaupun tajuk mungkin dah lapok, tapi dari beberapa blog dan website yang aku baca,, aku agak tertarik sebenarnya nak coret tentang satu nama yang satu masa dahulu pernah menggemparkan satu Malaysia tentang kes pembunuhannya.



Asalnya, sebelum dia menjadi Pakar Ilmu Hitam, Mona Fandey pernah menjadi penyanyi, mungkin tak ada rezeki dia kot dalam bidang nyanyian so dia pon jadi bomoh (mungkin).

Dalam coretan kali ini, sebenarnya aku cuma nak share beberapa cerita yang konon-konon, Mona Fandey neh jadi berhantu selepas kematian nya, termasuklah salah satu penjara/lokap polis yang didakwa berhantu sebelum dan selepas pasangan terbabit di hukum gantung.

Sebelum aku nak citer lebih detail, aku nak share beberapa maklumat peribadi tentang Mona Fandey (MF).

Nama Sebenar : Maznah Ismail
Nama Glemer : Mona Fandey
Tarikh Lahir : 1/1/1956
Meninggal : 2/11/2001 (Tarikh dia dihukum gantung)
Hayat : 45 Tahun

Cerita 1 : Kisah Wartawan.

Kisahnya, ada satu wartawan perempuan pernah interview MF kat lokap. Masa tu MF dah warning, jangan tokok tambah cerita tentang DIA, LAKI DIA dan PEMBANTUNYA, JURAIMI HUSSIN. Aku pon tak pasti, ntah apa lah wartawan tu tulis pasal dia, mungkin wartawan tuh ada letak sedikit "PERASA",, "AJINOMOTO" kot,, untuk lakukan cerita dia agaknya. Malam tu ape terjadi kat wartawan perempuan tuh?

Hah! bananana eh silap... jeng.. jeng... jeng..

Waktu malam, wartawan tuh mengigau sampaikan DIA HEMPAS MUKA DIA KAT LANTAI TANDAS,, sampai berdarah pipi dan bibir dia..

Huhuhuu aku yang dok taip neh pon berdebar-debar,,

Cerita 2 : Kisah Rumah MF di Kuantan, Pahang

Ni cerita dari jiran dia,, dekat Tanjung Lumpur, Kuantan, Pahang. Cerita neh menurut jiran dia lah, rumah MF neh dah roboh,, tapi yang pelik ade satu pokok besar dekat rumah dia neh tak de orang tebang. Nak dijadikan cerita, lepas MF meninggal, anak jiran dia neh lalu dekat depan pokok tuh, tiba-tiba dia nampak ada binatang, tak tau lah spesies ape,, tak de lak dia sebut kan.. tapi makin lama binatang tuh nampak makin garang, pe lagi.. berlari lah dia sampai ke rumah huhuuhhu.

Cerita 3 : Kisah Rumah MF di Shah Alam, Selangor.

Cerita neh aku dapat dari Youtube. Tapi tak tau lah betul ker tak Rumah MF.
Ada sekumpulan budak g kat umah MF kat Seksyen 12, rumah dia memang besar sangat-sangat,, aku tak ingat banglo tuh berapa tingkat, tapi apa yang aku nampak, kat tingkat atas sekali memang ruang dia luas sangat2 sampai leh isik 8 bijik bas kot. Dalam geng tuh, ade sorang jer dak pompuan nama dia Eja. Konon2 si Eja neh kene rasuk tapi takdelah sampai terjerit-jerit. Sebab ada yang dorang off-camera, konon masa si Eja kene rasuk tuh, dia suruh off-camera kalau tak, dia nak lempar kamera tuh kebawah..
Lepas tuh lagi, si Eja neh boleh lak cakap tak nak balik, konon-konon nya MF dah sediakan katil & pakaian untuk dia … hurm

Dalam rakaman video neh jugak, Dorang ade mention suruh kuatkan bunyi speaker konon2 ade suara perempuan mengilai, sebaliknya yang aku dengar bunyi itik. Pelik gak kalau rumah kosong leh ade bunyi itik.. Tak tau lah kalau budak-budak tu tambah sound effect ker.


Cerita 4 : Cerita Abang Polis IPD Raub, Pahang

Ha... walaupun polis, tak semestinya bertulang besi, berurat dawai, berkulit zink,, kalau yer pon diperbuat daripada besi,, satu hari akan berkarat gak.. Hahahhahahha guraw jer.
Citer nyer, selepas 10 tahun MF dihukum gantung, dorang yang bertugas kat balai neh, dimana tempat MF pernah di 'lokapkan' (sorry lah aku tak taw ayat ape yang sesuai), pernah terdengar suara orang merintih tengah-tengah malam, ada macam hembusan nafas kat tengkuk dan pernah terasa macam ada orang perhatikan.

Chaiyokk!!! Polis2 kat sana, semoga korang terus tabah di sana hehehhe ikhlas aku cakap neh..

Cerita 5 : Bunyi Pelik Hari Perbicaraan di Mahkamah.

Masa tuh tiba time Pakar Forensik nak beri keterangan tentang mayat yang dikerat 18, tiba-tiba mahkamah digemparkan dengan bunyi aneh/menakutkan. Menurut sumber dari Utusan OnLine, bunyi tuh macam bunyi itik peliharaan MF yang baka Jawa, seolah-olah memberi signal yang itik-itik dia mati kelaparan.

Penutup.

Apa yang aku boleh katakan, ada beberapa unsur pengajaran yang kita boleh dapat dari cerita MF neh. Mari sama-sama renungkan untuk kebaikan bersama.

Jangan Terjebak Dalam Perkara Syirik.

Sebagai seorang yang beragama, aku rasa bukan setakat agama islam jer,, malahan agama agama lain jugak ada menyebut bahawa Syaitan itu adalah musuh kita yang nyata. Kalau mengikut versi Injil dan Al-Quran, kita semua maklum, punca Adam dan Hawa diturunkan di dunia adalah angkara jin dan syaitan. Jika dia berjaya memperdaya ibu bapa (Adam dan Hawa) kita, apatah lagi kita neh.

Selain dari cerita MF, mungkin korang pernah dengar satu cerita dimana seorang ahli ibadat dengan syaitan dan pokok besar. Satu hari tuh, ahli ibadat nak tebang satu pokok besar, tiba-tiba syaitan kata, jangan. Dalam masa yang sama syaitan berjanji akan memberi duit (berapa dirham aku tak ingat dah).. maka ahli ibadat tu tak jadi tebang. Esoknye bila dia bangun tido, tengok bawah bantal ada duit, begitulah juga hari-hari berikutnya sampailah satu hari tuh Ahli Ibadat perasan, yang syaitan tak bagi duit kat dia lagi. Berlaku pertarungan antara syaitan dan ahli ibadat, dan akhirnya ahli ibadat tu tewas, ahli ibadat itu tewas kerana keimanan dan ketaqwaan nyer boleh ditukar dengan duit.

Dari kisah MF neh, ape yang aku fahamkan, aku pernah dengar orang bercerita, tentang Pengamal2 Ilmu Hitam yang ditipu oleh syaitan, konon2 nyer untuk memiliki KEKEBALAN,, mereka dituntut untuk memBUNUH. Tapi apabila Pengamal2 neh dah buat apa yang disuruh oleh syaitan, sebaliknya mereka ditipu oleh syaitan, kebal nye tak pon, sebaliknya KANTOI. Selain MF neh aku pernah dengar ada satu pembunuh dari Singapore kalau aku tak silap, dia pernah ade kes bunuh budak, konon nyer dia nak menuntut ilmu kebal, last-last bila dia bunuh budak tuh, dia tak kebal2 pown tapi akhirnya di ditangkap.

Jangan Bercakap Riak dan Takbur

Ok mungkin korang pernah dengar atau baca kat mana mana yang sebelum neh MF pernah cakap “Aku Tak Akan Mati”. Ingatlah,, sehebat mana pon kita kat dunia neh, setiap dari kita satu hari nanti akan mengalami kebinasaan(mati).. sekarang neh mungkin kita pakai seluar levis, beg gucci, kasut prada last-last bile mati pakai kain kapan yang harga RM4.90 semeter kat Kamdar, pastu kalau masa hidup naik BMW, Lamborghini last-last nanti naik kereta mayat, Kulit licin halus mulus, pakai SKII lah per lah last-last akan dimakan ulat, minyak wangi Chanel ker per satu masa nanty badan kita neh cuma bau kapur barus dan air mawar jer, itupon sebelum masuk lubang kuburlah wangi sikit,, dah kebumi nanty dah di makan dek ulat busuk gak.

Jangan Mudah Menghukum Seseorang

Hurm.. ada jugak lah beberapa blog atau forum yang aku perasan macam menghina MF, itulah inilah,, mayat tak diterima bumi lah.. Common.. setiap dari kita mesty ada melakukan kesilapan dan kesalahan. MF dah pon terima balasan dia di dunia,, yang the rest biarlah antara dia dengan Allah. Memang bahagian dia mati di tali gantung, tapi sekurang-kurangnya dari sumber yang aku dapat dari youtube, pegawai penjara dan pakar agama dari Penjara Kajang pon pernah bagi statement yang MF neh masa di akhir hayat dia, dia dah berubah, sembahyang ape semua. So, sape kita nak judge dia, siap cakap Ahli Neraka lah.. jangan weh,, kita tak kan taw kita mati biler dan macam mana cara kita mati taw.. Kadang-kadang ada orang, dosa dia membuatkan lagi sejengkal untuk dia dekat dengan api neraka, tapi sebaliknya di akhir hayat dia, dia sempat bertaubat. Ada jugak yang kita lihat, masa hayatnya orang ni macam alim, warak, ahli ibadah, last-last sape sangka dia mati dalam kekufuran?

Mungkin korang boleh amik iktibar neh dari cerita Kisah Ahli Ibadah dan Pelacur.
Sumber :

Bagi penulisan untuk kali neh, sumber didapati dari link2 kat bawah :>
  1. http://en.wikipedia.org/wiki/Mona_Fandey
  2. http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=682333
  3.  http://www.takmungkinbenar.com/2012/01/nota-terakhir-mona-fandey.html
  4. http://www.youtube.com/watch?v=xz2zMLWJu6w#t=14
  5. http://www.youtube.com/watch?v=n9q2acR1Lj8#t=1208
  6. http://drdogol.blogspot.com/2011/05/hantu-mona-fendy-menjelma.html
  7. https://mail.google.com/mail/u/0/?shva=1#inbox
  8. http://malfa15.mywapblog.com/kisah-seorang-abid-dengan-setan-kekuatan.xhtml

Comments

  1. Memang best lah buat cerita ni tapi kita kena ingat allah itu sentiasa berada dengan kita

    ReplyDelete
  2. Memang best lah buat cerita ni tapi kita kena ingat allah itu sentiasa berada dengan kita

    ReplyDelete
  3. dia dah lps dosa dia dengan digantung sampai mati tu. So has some respect ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Jah yg jaga sel dia tu pun kata MF ni ok je

      Delete
  4. Yezza.... I sokong u .. Kita ni x elok kata buruk kat orang. Biarlah jahat manapun orang tu masa hidup yg penting masa mati dia cana. Kita dihukum atas amalan kita yg akhir. X guna solat seribu rakaat sehari pastu buat maksiat- mati. Hidayah milik ALLAH

    ReplyDelete
  5. paha ayam dalam kuali... apa lagi maka taruk minyak n goreng la untuk makan...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts