Tone Excel

Monday, October 28, 2013

Mayat Mati Kemalangan

Aku memang suka sangat dengar Misteri Jam 12 kat 87.9FM, neh stesen radio kat Singapore. Aku memang tak dapat dengar secara live. So, aku selalu dengar kat Youtube. Kalau nak cerita satu per satu memang banyak aku yang aku ingat, tapi ade satu neh selalu melekat sampai sekarang.

Cerita neh dari seorang pemanggil yang telefon stesesen radio.. kata Ahmad (bukan nama sebenar). Dulu dia seorang Mat Rempit, macam biasalah kata Ahmad, kalau dah kata rempit, mesty ade pompuan yang ikut. Nak dijadikan satu cerita, satu hari tuh, kawan dia Khairul (bukan nama sebenar) menunggang motorsikal dengan satu awek, biarkan aku nama perempuan tuh Daliliah (bukan nama sebenar).

Katanya nak dijadikan cerita kawan Ahmad, Khairul & Dalillah kemalangan dan mati ditempat kejadian.
Disebabkan hubungan Ahmad & Khairul neh memang rapat, memang dia datang lah majlis pengebumian kawan dia tuh sampai malam, Aku pon tak berapa nak ingat sangat cerita neh. ape hubungan sebenar Khairul dengan Dalilah, sebab masa hari pengkebumian tuh, ibu kepada Dalilah ada sekali dekat rumah Khairul.

Nak dijadikan cerita, masa tuh waku maghrib, masa tuh kebetulan ada satu budak neh terkejut beruk sebab katanya dia ternampak Dalillah yang dah mati tuh datang, nak masuk ke dalam rumah dalam keadaan berdarah-darah dengan memakai pakaian yang dipakai waktu masa kejadian..

Ibu kepada Dalillah pujuk budak tuh suruh masuk rumah cepat-cepat dan suruh semua budak-budak tu mandi dan sembahyang. Menurut ibu kepada Dalillah, yang datang tu bukan Dalillah,, macam biasalah,, tak lain tak bukan hanya syaitan yang nak menyesatkan manusia, kemungkinan juga Qarin kepada Dalillah..

No comments:

Post a Comment