Kisah Kematian Suzanna
Kalau aku sebut Suzanna Martha
Frederika van Osch Nathalia korang kenal tak ? Hahahahha ok.. Kalau
Suzanna Sundel Bolong pelakon dari Indonesia yang fofular dengan
filem 'Malam Satu Suro' ? Heheheh mesty ramai kenal larh.. seingat
aku cerita tuh dari aku sekolah Darjah Satu lagi kot,, tapi memang
tol,, dalam banyak2 citer hantu,, citer tu lah yang paling terkesan
di hati sampailah aku dah dewasa sekarang neh. Berapa bulan yang
lepas, ada jer aku beli DVD cerita dia.
Untuk pengetahuan korang, Suzanna neh lahir pada 14/10/1942 dan meninggal dunia pada 15/10/2008. Dia mati masa umur dia 66 tahun, dekat rumah dia kat Magelang, Jawa Tengah. Aku jadi tertarik nak ikut perkembangan Suzanna neh pasal kebetulan tadi aku layan YouTube, tiba-tiba aku ternampak satu tajuk “HOT SHOT Misteri Kematian Suzanna”. Sebelom neh pon aku pernah dengar cerita-cerita dari sepupu aku Farra pasal Suzanna yang dah meninggal dan menjadi buah mulut dan perbualan ramai tentang penampakkan lembaga macam Sundel Bulong atau macam mirip Suzanna.
Berikut adalah sedikit tentang diri
Suzanna.
Nama : Suzanna Martha Frederika van
Osch Nathalia(Kalau orang Islam nama panjang macam neh, aku tak dapat
bayangkan berapa kali Tok Kadi nak kene repeat Akad Nikah hahahhaha).
Lahir : 14/10/1942
Mati : 15/10/2008 (Rabu)
Kebumi : 16/10/2008 (Khamis)
Kubur : Disemadikan dekat Tanah
Perkuburan Griloyo, Jawa Tengah.
Hayat : 66 Tahun
Agama : Kristian
Suami : Cliff Sangra (merupakan
suami kedua selepas Suami Pertama meninggal dunia)
Sebab Kematian
#2 Ada desas desus
mengatakan Suzanna mati sebab di bunuh secara senyap, dia mati selepas minum susu, dah jadi 'habit' dia akan minum susu sebelum
tidur.. lepas dia minum susu tiba-tiba suami dia, Cliff nampak
dia tarik nafas dalam-dalam then dia terkulai, suami dia terus
call dua orang doktor peribadinya untuk tengokkan keadaan Suzanna
bile didapati Suzanna dah terkulai.
#1 Kesan
daripada penyakit kencing manis sejak 30 tahun sebelum meninggal
dunia.
Konflik
Saudara Mara belah Suzanna memang tak berapa nak ngam dengan Suami Suzanna yang nombor dua neh, Cliff. Sebab masa Tahun 2005, Cliff pernah bergaduh dengan anak menantu Suzanna (Aku tak ingat nama menantu dia) tapi apa yang aku tahu, tu suami anakSuzanna yang bernama Kiki Maria, dorang bergaduh sampaikan si Cliff neh pergi tembak sampai terkena tulang rusuk Anak Menantu Suzanna.
Menurut saudara mara Suzanna, dorang dapat tahu Suzanna neh mati masa pihak media dah dapat tahu dulu,, bila didesak, konon nya Suami Suzanna neh kata, dia hanya mengikut apa yang terkandung dalam surat wasiat yang Suzanna berikan (kepala hotak dia).
Saudara Mara belah Suzanna memang tak berapa nak ngam dengan Suami Suzanna yang nombor dua neh, Cliff. Sebab masa Tahun 2005, Cliff pernah bergaduh dengan anak menantu Suzanna (Aku tak ingat nama menantu dia) tapi apa yang aku tahu, tu suami anakSuzanna yang bernama Kiki Maria, dorang bergaduh sampaikan si Cliff neh pergi tembak sampai terkena tulang rusuk Anak Menantu Suzanna.
Menurut saudara mara Suzanna, dorang dapat tahu Suzanna neh mati masa pihak media dah dapat tahu dulu,, bila didesak, konon nya Suami Suzanna neh kata, dia hanya mengikut apa yang terkandung dalam surat wasiat yang Suzanna berikan (kepala hotak dia).
Tapi, bagi pihak
keluarga Suzanna especially anak perempuan dia, Kiki Maria mati-matitak percaya dan
menganggap yang Cliff neh reka-reka cerita, sebab nak bolot harta
Suzanna sorang-sorang. Tapi
macam biasalah,, Cliff neh tetap berkeras dengan pendirian dia dan
tak ambil kisah apa orang
nak cakap. Akhirnya ura-ura yang mengatakan yang Cliff neh memang licik semakin
terserlah apabila pada Tahun 2009, lebih kurang setahun lepas Suzanna meninggal, si
Cliff neh nak kawin lain.. siap buat besar-besaran tu you all,, tak
nak kalah siap pergi
honeymoon keliling Eropah lagi, bukanlah aku dengki ke per,, tapi
adelah rasa jeles sikit,,
sebab aku kesian kat anak-anak Suzanna terbuang macam tu jer lepas Suzanna meninggal.
Menurut Peguam Suzanna, Bambang Tjatur Iswanto (tak tau lah pulak kalo loyer neh adik beradik dengan Bambang Pamungkas yang pemain bola sepak tu hahaah ), Suzanna tak nak majlis pengebumian dia tuh dibuat besar-besaran. Tapi itu, tak lah bermakna yang Si Cliff neh tak boleh jemput saudara mara Suzanna kan?
Lepas kematian Suzanna, anak Suzanna, Kiki Maria memang tak puas hati,, dan meminta polis buat bedah siasat mayat Suzanna. Aku sendiri tak pasti sama ada bedah siasat dijalankan ker tak,sebab tengok cara Suami Suzanna si Cliff tuh macam terburu-buru jer terus kebumikan Suzanna tanpa berbincang dengan Saudara Mara Suzanna. Si Cliff neh siap cakap, dia tak kisah kalau dorang nak buat bedah siasat, sebab katanya, kalau hasil laporan bedah siasat tuh nanti membuktikan yang Suzanna benar-benar mati secara semulajadi, si Cliff neh siap ugut nak saman keluarga Suzanna sebab memalukan dia... (ceh..)
Lagipon, dua orang doktor peribadi Suzanna mengesahkan yang Suzanna mati secara normal sebab tu memang implikasi dari penyakit kencing manis yang dideritainya sejak 30 tahun.
HEHEH JENG JENG JENG... NOW, AKU NAK
CITER KAT KORANG TENTANG PENGALAMAN-PENGALAMAN MISTERI YANG AKU
DENGAR , YANG AKU BACA DARI BLOG atau WEBSITE DAN YANG AKU TONTON
DARI YOUTUBE TENTANG PERKARA YANG TERJADI SELEPAS KEMATIAN SUZANNA..
Kisah 1 : Kisah dari Suami Suzanna,
Cliff
Suami dia kata,
dalam masa 3 hari selepas kematian. Suzanna ada balik ke rumah,
berdiri dekat depan pintu rumah pakai baju kaler coklat, sambil
ucapkan Selamat Tinggal. Selain itu juga suami dia pernah nampak
Suzanna tengah duduk dekat ruang tamu, duduk kat sofa sambil pegang
remote tv, sambil mulut dia membebel-bebel mengkritik cerita yang di
tengok kat TV. Masa tu, Suami Suzanna macam tak sedar yang Suzanna
dah meninggal dia terus masuk bilik nak tidur, sampai kat dalam bilik
baru dia teringat, yang Suzanna dah mati.
Selain itu,
suami Suzanna pernah ternampak kelibat Suzanna tengah sikat rambut
kat dalam bilik Suzanna. Untuk pengetahuan korang, Suzanna neh ada
bilik khas untuk dia sorang-sorang, menurut suami dia, bilik khas
Suzanna tuh, memang tak ada sape2 yang dibenarkan masuk masa dia
hidup. Bilik tu digunakan untuk Suzanna bermeditasi (bertapa),
kadang-kadang bukan sekadar berhari-hari, bermingu-minggu malahan
berbulan-bulan pernah Suzanna tak keluar-keluar dari bilik dia.
Suami dia jugak
pernah kata selepas kematian Suzanna sampai sekarang (sumber dari
youtube) dia akan dengar bunyi macam orang ketuk-ketuk dinding. Bunyi
tuh sebijik macam bunyi yang dibuat oleh Suzanna masa hayatnya, kalau
dia nak mintak sesuatu, dia akan ketuk-ketuk dinding.
Selain
penampakkan dari dalam rumah, suami dia pernah terlihat kelibat
Suzanna dekat luar rumah, especially dekat satu tempat kat bawah
pokok tempat yang digunakan Suzanna untuk bertapa.
Menurut cerita
suami dia lagi, Suzanna neh sebenarnya ade menuntut ilmu dari seorang
guru,, tak pasti ilmu apa. Walaupun dia dah tamat perguruan, tapi
selalu jer Suzanna neh mendengar suara-suara ghaib yang menyuruh dia
bermeditasi. Menurut Cliff, Suzanna selalu pergi ke satu tempat,, aku
tak ingat apa nama tempat tuh,, aku tengok kat youtube, tajuk dia
“Berkunjung Ke Kuburan Suzanna (Mr Tukul)”, Suzanna selalu pergi
bertapa kat tempat neh dengan cara merendamkan badan dia dalam air
yang didakwa air tersebut mempunyai khasiat tertentu,
pengunjung-pengunjung selalu jer datang ke situ nak ambil air
tersebut. Tempat neh boleh lah dikatakan keras.
Lagi satu, kalau
korang tengok kat dalam youtube yang tajuk aku bagi kat atas neh,
Cliff ade cakap dia ternampak Suzanna duduk dekat atas kubur dia
waktu dia datang.
Kisah 2 : Kisah dari Pembuat Batu
Nisan
Aku tak pasti
bila, katanya selepas Suzanah mati, Pembuat Batu Nisan neh, (ntah
sape nama dia, aku bagi nama dia Ali lah), masa tuh ada ura-ura yang
mengatakan suami Suzanna nak kawin lepas Suzanna mati, dia nampak
Suzanna datang kat dia sambil tersenyum (huhuhuhu aku tak tau macam
manalah rupa Suzanna senyum bila dia dah mati, sebab masa dia hidup,
aku tengok kat dalam filem pon dah seram kalau dia senyum
wuwuwuwuwu).
Lepas kejadian
tuh, Ali terus berjumpa dengan Pakar Paranormal. Menurut pakar tuh,
Suzanna suruh sampaikan hasrat dekat Cliff, yang dia nak jumpa Suami
dia. Dorang dah berapa kali jumpe pembantu Cliff suruh sampaikan
perkara tersebut, tapi dia buat derk jer.. Sampailah satu hari Roh
Suzanna merasuk seseorang kat kubur, dorang siap rakam lagi perbualan
Pakar denga Orang yang kene rasuk tuh,, siap hantar lagi pita rakaman
dekat Cliff,, tau tak apa Cliff jawab?? Cliff kata, tak mungkin orang
yang dah mati akan kembali,, lagi satu katanya,, kalau Suzanna nk
apa-apa, Suzanna selalu jer masuk dalam mimpinya.. Haish,, aku
sendiri pon pening dengan Cliff neh,, bukan sebelom neh,, dia sendiri
ker pernah cakap jumpa Suzanna tuh balik selepas kematian? Siap ucap
Selamat Tinggal Lagi? Neh siap cakap, pergi tak kembali lak , dah
macam tajuk lagu Rabbani lak aku dengar statement dia, haish aku rasa
dia patot tukar nama dia dari Cliff ker 'Clink' lah kowt..
Kisah 3 : Kisah Sepupu Aku, Farra.
Hah! Actually,,
sumber pertama yang aku dapat cerita neh dari Sepupu aku Farra.
Cerita neh pon disampaikan oleh Farah dari Ayahnya, aku panggil Ayah
Farah, Paklong Din.. Mengikut Paklong Din dia dapat tahu pasal
Suzanna neh dari cleaner kat ofis dia.. Kata cleaner tuh, Suzanna dah
mati dan kebanyakan orang-orang kampung nampak kelibat Suzanna dalam
bentuk atau jelamaan watak watak hantu yang pernah dilakonkan seperti
Sundel Bolong..
Kisah 4 : Penduduk Magelang, Jawa
Tengah
Kisah neh sama
dengan Kisah 3 yang kat atas neh, dua minggu selepas pemergian
Suzanna, kecoh konon-konon nya ternampak kelibat Suzanna dalam rupa
bentuk Sundel Bolong,, ada yang pernah nampak Suzanna berjalan atas
bumbung rumah, ada yang nampak Suzanna selalu lepak kat tempat kat
depan rumah dia tempat bertapa dan bermacam-macam lah.
Natijahnya:
Inilah beberapa kisah yang aku coretkan kat dalam blog neh, yang tak dapat dipastikan kebenarannya. Cuma apa yang aku dapat simpulkan, janganlah menganggap cerita-cerita neh terlalu serius,, anggaplah cerita neh sebagai hiburan...
Sebagai Seorang yang memegang pada ajaran agama, tak dinafikan yang makhluk makhluk halus ini wujud, tetapi kene ingat.. setiap yang dah pergi,, tak akan kembali... Jika sesuatu yang merupa Si Mati selepas kematian, tak lain tak bukan adalah Qarin...
Disamping itu, marilah bersama-sama berdoa semoga kita mati dalam keadaan orang yang beriman, dielakkan dari mati mengejut seperti kemalangan, dibunuh, ditikam dari belakang, mati lemas, mati dalam kebakaran.. Amin....
mana gambar suzana
ReplyDeletehahahahha baru boleh balas... dah ada dah gambar suzanna
Deletengomong apa kali-__- kalo mau cerita itu pake bahasa yang semua ngerti
ReplyDeleteko yg bodo xphm org lain paham je.bebal botingkek-tingkek!!!
DeleteLOL dia tak dapat membedakan bahasa Melayu Malaysia dan Indonesia
DeleteYow ni bahasa malaysia okey
Deletegud info..mremang bulu roma aku bc..nice..
ReplyDeleteHihi seram woii
ReplyDeleteHihi seram woii
ReplyDeletescary too ya death Suzana..togel sgp
ReplyDeleteTempt suzzanna berendam di sendang jumpret iaitu kuil semulajadi
ReplyDeleteBosok bahasane, marai ra mood
ReplyDeleteBuat keje khurafat mmg gunakan setan. Bila tuan dh mati, setan2 berkeliaran.. Dh x bertuan.
ReplyDeleteMati lemas dlm air,mati kebakaran,adalah mati syahid dunia..sila rujuk ustaz yer
ReplyDeleteSeram tengok gambar muka dia dengan mata garang seolah-olah marah dan pandang kat kita!
ReplyDelete