Sihir Siam

Sebenarnya, yang menggerakkan aku nak pergi ke Darussyifa Ahad semalam sebab aku ada melawat auntie aku  masa hari Sabtu haritu, dia baru jer lepas keluar wad,, tak silap aku dia dah pregnant 4 bulan tiba-tiba darah dia naik, dia pengsan, bila dia sedar, dia dah gugur. Ntah macam mana dia rasa macam jantung dia berdebar-debar, katanya macam nak terkeluar jantung dia, perkara terakhir dia ingat jantung dia berdebar lepastu dia sedar-sedar jer dia kat hospital, dia masuk ICU.
Dia masuk ICU sebab suspek macam dia ada masalah jantung. Kesian lak dia.. Aku tak ada nak melawat dia masa dia masuk ICU haritu, jadi Sabtu aku nekad nak jumpa dia kat rumah...

Bila dah berjumpa dengan Auntie aku, aku dengar Auntie aku berborak dengan mak aku, Rossalinda (Bukan Nama Sebenar), "Rossalinda, semalam perempuan tu datang..".. aku terkejut lah , perempuan mana lak neh... Aku terus mencelah"Sape Auntie?".. Last-last Auntie aku bukak cerita..

Auntie aku duduk flat. Katanya ada satu Perempuan Siam kat flat dia neh, asalnya dia ada mengasuh satu budak.. Tiba-tiba dia jatuh sakit. Katanya, masa dia jatuh sakit, Mak Perempuan Siam neh bagi Auntie aku mengasuh sorak budak neh.. kebetulan Auntie aku memang suri rumah sepenuh masa, cuma dia ada bukak kedai runcit kecil-kecilan kat rumah dia.. macam jual makanan ringan macam keropok-keropok macam tu lah..

Ada sebab gak napa Auntie aku tuduh dia, sebab menurut Auntie aku, pernah satu malam, lepas Auntie aku keguguran, Auntie aku tersedar tengah-tengah malam, Auntie aku membebel kat Uncle aku, katanya dia rimas kat sebelah dia ada orang tengah baring. Uncle aku bangun dia ushar lah, sapa kat sebelah Auntie aku? yer lah sebab Auntie & Uncle aku ada anak kecil, takut anak kecil dia baring kat sebelah,, tapi masa tuh memang tak de orang, terus Uncle aku sound Auntie, mana ada orang.. Lepastu Auntie aku terus membebel-bebel, nak dijadikan cerita, akhirnya Uncle aku cakap macam ni "kenapa ko kacau dia?? ko balik! pergi balik!!"... lepastu Uncle aku cakap, Auntie aku terus bangun macam nak ikut bende tu keluar sekali... Lepastu Uncle aku tanya Auntie "Eh? you nak pergi mana?" .. Auntie aku boleh cakap "Dia nak pergi Rumah...Tut (Nama Perempuan) tuh".. Bila ditanya sekarang neh, memang Auntie aku sendiri pon tak sedar yang dia cakap macam tuh & dia sleepwalking(berjalan masa tidur) nak pergi rumah orang tuh.

Kejadian yang lain lak berlaku, masa tuh, nasib baik Anak-Anak lelaki Auntie semua ada rumah,, tiba-tiba Auntie aku nak keluar rumah dia nak terjun dari tingkat rumah dia ke bawah.. Anak-anak Auntie aku nampak perangai mama dia macam pelik, cepat-cepat tarik mama dia..

Kes yang Auntie aku nak keluar rumah neh bukan sekali dua jer, pernah sekali tuh, kebetulan kat dalam rumah , nasib baik jugak Teman Lelaki anak Auntie ada datang rumah, tiba-tiba Auntie aku nak keluar,, pon dia kata dia nak pergi RUmah 'Orang Tu'.

Lepatu, Auntie aku ada cerita pengalaman dia masa dia ICU (tak tau lah dia koma ke per) dia rasa macam dia dah mati, katanya malam tuh macam dia rasa dia balik  rumah tengok anak-anak dia, tengok mak & ayah dia kat kampung, juga dia JUMPA ARWAH MOYANG.

Kemuncak kepada masalah Auntie aku neh, masa Petang Jumaat (kiranya satu hari sebelum aku datang rumah dia) , Perempuan Siam tuh ada datang rumah dia, konon-konon macam nak melawat Auntie aku, tanya Auntie aku sihat ker tak.. Nak dijadikan cerita, Auntie aku nak bangun nak pergi tutup api dapur dia ada masak something, tapi Perempuan tu offer baik punyer, konon nak tolong tutupkan .. Memang perempuan tuh tolong tutupkan,, tapi lepas perempuan tu balik, tiba-tiba tak semena-mena jantung dia berdegup kencang balik.. Yang lebih mengejutkan, Auntie aku ada anak dia umur 2 tahun, biarkan aku nama dia Boboi. Boboi memang kuat minum susu, tiba -tiba petang tuh, si Boboi tak nak minum susu dia mengadu dia tak boleh minum gigi & tekak dia sakit. Auntie aku terus selawat kat botol susu ,barulah budak tu boleh minum.. Lagi satu kata Auntie aku, kedatangan Perempuan Siam tu ke rumah Auntie aku, konon-konon nya dia nak amik budak yang dia pernah asuh dulu.

Sebab-sebab lain kenapa Uncle & Auntie aku memang suspek sume neh keje Perempuan Siam neh, Perempuan tuh macam tak boleh duduk senang , pantang tengok Auntie aku ada apa, dia nak. Contoh, Auntie aku bukak kedai runcit, dia pon bukak gak kedai runcit, Auntie aku buat bisnes jual Aiskrim, Goreng Nugget semua pon dia akan tiru bulat-bulat apa yang Auntie aku buat..

Masa hari kitorang pergi Darussyifa, aku & Auntie aku mendapat rawatan dari perawat yang berbeza, Auntie aku dapat rawatan dari sorang Ustazah, manakala aku lak dirawat oleh sorang Ustaz,, Uncle aku tak dapat masuk sekali ke dalam bilik rawatan, sebab Uncle aku ada bawak Boboi, tau jer lah budak budak kecik kan... dah lah kat dalam tuh macam-macam orang, ade yang kene sampuk lah haish..

Aku yang mula-mula habis rawatan dulu, walaupun Auntie yang masuk dulu dari aku,, hurm.. mungkin agak kritikal kot penyakit Auntie aku,, apa yang aku perasan, sebelum kami balik, Auntie aku singgah kat koperasi nak beli duan bidara,, untuk ditumbuk buat minum dan mandi seperti yang disaran oleh perawat dia.

Comments

Popular Posts