Tone Excel

Tuesday, August 26, 2014

Arwah Bapa

Hai kali ni aku berpeluang berkenalan dengan seorang teman baru yang dipanggil Ina.. Walaupun kami baru berkenalan beberapa minit sebelum artikel ini ditulis, Ina dengan bersikap terbuka ingin berkongsi sebuah pengalaman.

Menurut Ina, dia sudah kehilangan ayahnya sewaktu dia berusia 13tahun. Ayah Ina terlibat dengan satu kemalangan sewaktu pulang dari kerja. Hubungan Ayah dan Ina memanglah terlalu rapat. Sewaktu ayahnya baru meninggal, Ina demam hampir seminggu, hanya kain pelikat yang digunakan oleh ayahnya waktu kali terakhir menjadi pengubat kerinduan.

Ayahnya banyak menasihatinya dan sepanjang hayatnya, Ayah Ina sering berpesan menjadikan malam Jumaat untuk membaca surah Yaasin. Boleh dikatakan, selepas pemergian ayahnya, Ina masih mengikuti kata-kata arwahnya sehinggalah pada satu hari, setelah dua bulan pemergian ayahnya, Ina terlupa untuk membaca yaasin.. Tiba-tiba sewaktu sedang Ina hendak melelapkan mata, setelah siap membuat kerja sekolah tiba-tiba Ina terdengar seseorang berbisik,"Baca Yaasin".. Ina tersentak,, bisikan dan nafas itu memang jelas ditelinganya.. Dalam keadaan menggigil dan ketakutan, Ina berlari dan mendapatkan ibunya, dan menceritakan apa yang terjadi. Kemudian , Ibu Ina menemani Ina mengambil wudhuk dan terus membaca yaasin.

Sehingga kinilah, Ina akan terus membaca Yaasin pada setiap Khamis malam Jumaat (hahhhaaha nampaknya kalau Ina dah kahwin, kena baca Yaasin dulu lah yer baru... hahahhaha lelebih lak aku neh).

Kemudian, pada usia 18tahun, sewaktu Ina melanjutkan pelajaran di sebuah pusat pengajian , sewaktu Ina sudah habis kelas dan ingin menuju ke hostel, Ina hampir-hampir dirogol.

Dalam keadaan panik itu tiba-tiba muncul satu lembaga yang kelihatan seperti Arwah Ayahnya, mengejar lelaki terbabit hingga hilang dari pandangan. Sehingga kini , Ina benar-benar musykil, siapakah lelaki yang menolongnya pada malam itu. Tetapi, hati Ina kuat mengatakan , lembaga itu mirip Arwah Bapanya.

Siapa yang Makan Mayat-Mayat itu???




Ok kali neh, aku dapat sumber cerita dari seorang kawan fb aku yang sudi berkongsi cerita.. Huhuhuu terima kasih. Ada gak bahan. Ok lah menurut Ila(Bukan nama sebenar) cerita neh berlaku sewaktu dia baru sahaja tamat persekolahan.

Cerita bermula apabila pada satu hari, orang kampung digemparkan dengan penemuan satu lubang kubur yang telah digali dan hanya tinggal kain kapan sahaja. Menurut Ila lagi, lubang kubur yang telah digali itu merupakan lubang kubur dimana arwahnya baru sahaja mati pagi isnin semalam. Setelah diberitahu oleh keluarga mangsa, satu laporan polis telah dibuat.

Seminggu kemudian, hal yang sama berlaku, belum redha lagi dengan kes mayat yang hilang yang telah dimakan itu kesemuanya, pihak polis juga tidak dapat mencari punca. Hal ini berlarutan sehinggalah tiga bulan. Dalam tempoh tiga bulan, 7 mayat yang dilaporkan yang telah dimakan.

Hendak dijadikan cerita, mungkin Allah nak tunjuk siapa pelakunya. Pada satu malam, ada seorang penduduk kampung yang bernama Kanto (bukan nama sebenar) sakit gigi. pada waktu itu menurut Ila, di kawasan kampungnya memang tak ada kedai yang jual ubat sakit gigi, orang kampung hanya mendapatkan ubat sakit gigi disebuah pokok, Ila tidak pasti dan tak ingat nama pokok tersebut, menurut Ila, pokok tuh ada buah bulat-bulat dan bergetah. Kebetulan lagi, pokok tersebut berada betul-betul bersebelahan dengan kubur. Sewaktu, Kanto hendak mengambil ubat tersebut, ngam-ngam Kanto terlihat seseorang sedang mengangkat mayat. Apa lagi? Kanto pun terus berlari kerumah Ketua Kampung yang mesra dipanggil Pak Rahman.

Pak Rahman mengumpulkan beberapa orang kampung untuk ke tanah perkuburan. Sewaktu tiba di tanah perkuburan, alangkah terkejutnya orang kampung apabila mereka terlihat pelakunya adalah seseorang yang mereka kenal sebagai Suman(bukan nama sebenar). Suman merupakan seorang yang agak ramah dengan jiran-jiran, selalu mengaji, solat 5 waktu dimasjid. Pada malam penduduk kampung melihat denga mata mereka sendiri , Suma sedang meratah satu mayat hidup-hidup, sewaktu itu Suman sedang mengunyah telinga mayat tersebut.

Orang kampung mengambil tindakan sendiri dengan cara memukul Suman. Tetapi aneh, kelihatan Suman tidak merasa sakit walaupun sedikit. Malahan, tiada kesan luka ataupun lebam-lebam diwajahnya. Kemudian orang kampung menyerahkan Suman kepada polis.

Disabitkan kesalahan, Suman sepatutnya dipenjarakan selama 5 Tahun. Tetapi perkara pelik yang terjadi pula ialah, belum sampai 7 jam Suman menjalani hukuman penjara, Suman hilang dari tahanan. Hanya pakaian penjara Suman yang tinggal dalam sel dimana Suman dipenjarakan. Bila tanya orang, satu pun tak nampak.

7 bulan berlalu, isue pasal Suman sudah semakin dilupakan. Tiba-tiba, pada satu malam pintu rumah Pak Rahman diketuk bertalu-talu.. Apabila dibuka, seorang pemuda bernama Joko memberitahu yang dia menemui dua mayat di kebun tebu, dengan motosikal disebelahnya dan seorang wanita yang sedang menangis-nangis disebelah mayat. Pak Rahman dan Joko terus membawa perempuan itu ke balai polis. Dan korang nak tahu perempuan tuh kata apa???

Menurut perempuan itu yang dikenali sebagai Ema, malam itu dia baru sahaja pulang dari tempat kerja, dia berjalan kaki sebab bas rosak. Dalam perjalanan, Ema ditahan oleh dua lelaki yang berniat hendak merogol Ema. Sewaktu Ema sedang bergelut dengan dua ekor perogol itulah, tiba-tiba Suman datang dan memakan dua ekor perogol itu hidup-hidup dihadapan Ema, Suman tak makan habis dia cuma amibik mata dan tangan perogol itu sahaja.

Ya Allah, aku yang mendengar cerita Ila neh pon tak tahu lah macam mana perasaan tuh. Kalau aku lah kompom aku pengsan, kalau tak pon aku buat-buat pengsan.,. Ngeri seh!

Lepastuh, kes Suman neh tak dihebohkan sangat seperti dulu, sebab ramai yang takut dengan Suman neh. Menurut Ila sekarang neh, Suman dibimbing oleh seorang Ustaz agar dia tak menjadi macam tuh lagi. Ustaz tuh pun enggan komen apa yang ada pada Suman sebenarnya, Ilmu hitam ker, bela iblis ker tak satu orang pon tahu. Tapi bila orang tanya pasal kes dia makan mayat tuh, Suman terus kata dia tak ingat..

Tapi walaupun Ustaz enggan mengulas, tetapi orang kampung tetap ada teori tersendiri, mungkin Suman mengamalkan ilmu yang salah.

Wallahulallam..

P/s : Sape2 yang ade citer seram email aku please kat puffbuffduff309@gmail.com




Thursday, August 21, 2014

Kucing Hitam yang Misteri....



Kali neh aku nak bercerita pasal kucing hitam. Ada apa dengan kucing hitam? Kenapa kucing hitam dilanda dengan pelbagai tohmahan dan kontroversi walaupun beliau hanyalah seekor kucing dan bukanlah 'retis'(artis). Adakah kerana warnanya yang hitam, dimana warna ini sering dikaitkan dengan perkara-perkara negatif?

Antara cerita yang 'famous' tentang kucing hitam ni adalah, kalau kucing hitam neh langkah mayat, kompom mayat akan bangun (tolong tahan gelak, aku ada bende yang lebih lawak lagi nak share dengan korang.Ok? tarik nafas, hembus,, dan teruskan membaca).

Ada juga yang mengatakan kucing hitam ini adalah simbol kejahatan seperti sihir. Juga kucing hitam ini memberi petunjuk bahawa sesetengah tempat itu dikatakan berhantu jika terlihat kucing hitam disitu.

Masyarakat Melayu percaya, kucing hitam yang dibela didalam rumah boleh menyebabkan anak gadis didalam rumah 'berat jodoh'(tolong tahan ketawa lagi sikit jer lagi). Masalahnya sekarang, berapa ramai lagi yang tak bela kucing hitam tapi tak kahwin-kahwin??? Lu fikirlah sendiri (pinjam ayat Nabil jap).

Kepercayaan tentang kucing hitam ini bukan setakat dalam kepercayaan Melayu sahaja, malahan Masyarakat Cina juga percaya kehadiran seekor kucing hitam memberi petanda bahawa mereka akan jatuh sakit atau akan jadi miskin.

Tetapi seiring dengan peredaran zaman, dan masyarakat yang semakin rasional tidak lagi mempeduli akan hal ini. Malahan kini kucing hitam seakan-akan menjadi buruan/trend bagi mereka yang minat membela kucing, ada yang menganggap kucing yang berbulu hitam keseluruhannya adalah sesuatu yang unik dan sukar didapati kini.

Malahan penulis juga pernah berbicara dengan seseorang yang membela kucing hitam, katanya agak unik dan lain dari yang lain "Kucing hitam ni bagus dibela dalam rumah, dapat menangkal ilmu sihir, kalau ada orang buat tak baik kat rumah ni, kucing hitam ni boleh menyelamatkan. Fungsi dia sama macam bela ikan puyu juga dapat menangkas perbuatan pukau"

Hurm.. setiap orang mempunyai pendapat masing-masing dalam hal ini. Pada pendapat penulis, Kucing Hitam hanyalah seekor kucing. Kucing hitam tidak mampu mendatangkan kemudaratan kepada sesiapapun jika tanpa keizinan Allah.

Pada penulis, kucing yang berbulu hitam keseluruhannya adalah seekor kucing yang sexy, gaya, mutu dan keunggulan.

Oh tak lupa juga, Hitam itu Perilly's... hahahhaah

Selebihnya, tepuk dada dan tanyalah selera masing-masing.



Rujukan :

1) https://www.facebook.com/notes/ensaiklopedia-petua-melayu-lama/pantang-larang-kucing/183369625031841

2) http://kucing2comel.blogspot.com/2013/08/mitos-mengenai-kucing-hitam.html

"Ya Tuhan, rakan sekerjaku itu cuba menghancurkan aku"



Sebenarnya, aku agak tertarik dengan satu cerita Nelly (bukan nama sebenar). Menurut Nelly, ditempat dia bekerja (Office), memang ada seorang kawan yang pandai dalam Perubatan Tradisional. Boleh dikatakan ada juga rakan-rakan sepejabat Nelly yang pernah menggunakan khidmat Zaharah(bukan nama sebenar jugak) yang merupakan rakan sepejabat yang Nelly maksudkan.

Pada mulanya, Nelly hanya biasa sahaja dengan Zaharah, pada Nelly tak ada sebab dia hendak terlalu rapat dengan Zaharah dan tak ada alasan untuk Nelly menjauhi Zaharah. Sehinggalah pada satu hari...

.....tiba-tiba Zaharah menyapa Nelly, "Nel, aku tengok ko neh macam tak sihat lah.. ko cuba lah pergi berubat"... pada mulanya Nelly tidak mengambil pusing kata-kata Zaharah, sehinggalah Nelly merasakan kaki dia sakit,, sampaikan hendak solat pun dia terpaksa menggunakan kerusi...

Keesokannya, sewaktu Nelly dipejabat, Zaharah menegur Nelly ,"Nel, aku dah suruh ko pergi berubat, tu lah ko tak percaya aku cakap, dekat kaki ko tuh ada benda berpaut".. Nelly berasa rimas dengan kata-kata Zaharah, meluat, benci dan takut juga ada pada waktu itu.

Kemudian, Nelly mengambil keputusan untuk berubat dengan seorang Pakar Perubatan Islam, yang hanya dipanggil Ustaz. Sewaktu berubat, Ustaz itu berkata "Sebenarnya, memang ada benda berpaut dekat kaki ko. Tapi benda neh memang bertuan"..

Nelly tersentak dengan kata-kata Ustaz, terus Nelly teringat kata-kata Zaharah dan mengesyaki ini memang perbuatan Zaharah, mungkin dia sengaja melakukan sedemikian supaya mudah dia mendapatkan pelanggan..

Tapi lama berfikir sejenak Nelly membuang perasaan curiga itu,, mungkin hanyalah kebetulan..

Pada keesokan pagi, sewaktu bertembung dengan Zaharah dipejabat, Nelly cuba memandang Zaharah dengan senyuman, agak memeranjatkan, Zaharah memberi respon menarik muka dan tidak senyum.. Seolah-olah 'marah'.. Semenjak kejadian itu, Nelly dan Zaharah tidak lagi bertegur.

Kini, Nelly sudah tahu, walaupun Ustaz tersebut tidak nyatakan siapa pelakunya, tetapi Nelly dapat mengagak..

Colic



Didalam bahasa perubatan, 'Colic' atau dalam bahasa melayu dia 'Kolik'.. Aku saje jer letak tajuk dia Bahasa Inggeris , 'Colic' barulah "Spain..uOlzzz"..

Wednesday, August 20, 2014

'Pelawat' di Bulan Perayaan Hantu



Bulan Hantu atau Ghost Month didalam kepercayaan cina yang jatuh dalam Bulan ketujuh dalam kalendar lunar. Dipercayai pada bulan ini, pintu neraka akan dibuka seluas-luasnya. Kalau korang perasan bila Bulan Hantu jer mesti korang akan perasan ada kaum cina sedang membakar colok ditepi-tepi jalan atau tempat-tempat tertentu seperti dipadang dan sebagainya. Walaupun kita berbeza kaum, agama dan budaya. Tak salah jika kita menghormati adat dan budaya orang lain.

Berikut tentang cerita Bulan Hantu, ada satu kisah dari Samad (bukan nama sebenar), walaupun Samad berbangsa Melayu, Samad juga dapat merasakan sesuatu setiap kali perayaan bulan hantu. Kata Samad setiap kali bulan hantu, ditingkap bilik Samad akan dikunjungi sesuatu.

Hanya pada bulan hantu sahaja ditingkap bilik Samad akan dihinggapi satu lembaga yang kelihatan seperti burung besar. Samad juga pernah mengutarakan hal ini kepada ibunya, ternyata ibu Samad juga percaya, hal ini mungkin kerana bulan tersebut adalah bulan hantu.

Lalu ibu Samad mencadangkan agar Samad memasang bacaan ayat-ayat Al-Quran. Samad perasan , burung besar tersebut akan datang ditingkap biliknya setiap kali waktu maghrib hanya pada Perayaan Hantu.

Walaupun Samad tidak percaya tentang Bulan Hantu, tetapi Samad juga tidak berani untuk mengintai setiap kali tingkap biliknya dikunjungi 'burung besar' tersebut. Kemungkinan, kebetulan bulan tersebut adalah bulan hantu dan musim hujan, jadi kemungkinan kebetulan pada musim hujan spesies burung besar tersebut gemar singgah ditingkap biliknya.

Tetapi, sangkaan sains nya itu berubah, apabila setelah Samad memasang bacaan ayat Al-Quran didalam biliknya 'burung besar' itu tidak lagi singgah ditingkap biliknya.

Kini, sedarlah Samad, bukan semua perkara dan misteri boleh terjawab dengan logik sains.

Selain kisah Samad, aku juga pernah terdengar. Kalau korang nampak macam ada bekas yang berisi makanan yang siap ada colok, jangan terlangkah, sebab kalau korang terlangkah, korang boleh 'diganggu'.
Sebelum kisah Samad ini, aku pernah juga terdengar kisah seorang kawan yang tak sengaja terlangkah 'Bekas Makanan ' untuk diberikan kepada hantu pada Bulan Hantu akhirnya jatuh sakit dan kurus kering. Dengar cerita puas dia berubat dengan Pakar Perubatan Tradisional Melayu tetapi tidak berkesan, akhirnya dia terpaksa berjumpa dengan Pakar Perubatan Tradisonal Cina. Hurm bahayakan?

Cuma pengajaran dari kisah ini, aku bukanlah nak suruh korang percaya dan menyimpang dari ajaran islam. Cuma kita yang hidup dengan berbilang kaum dan agama haruslah ada sikap toleransi dan bertolak ansur, walaupun berbeza agama, budaya, tetapi haruslah hormat menghormati.

Sekian...


Makhluk Berbulu



Kali ni aku nak cerita pasal satu gangguan. Aku dapat cerita dari seorang pengawal keselamatan. Aku tak nak sebut tempat tuh kat mana. Tapi aku memang nak bercerita pasal cerita neh ada jugak sedikit berunsur pengajaran. Cerita neh dari seorang pengawal wanita perempuan lah.

Menurut akak neh, aku panggil dia Kak Ani, dia bertugas sebagai pengawal keselamatan menjaga satu tempat yang tergendala neh. Tempat tuh masih dalam pembinaan, tapi tak tahulah ntah apa masalah sampai tergendala kan.

Sebenarnya bermacam-macam cerita yang Kak Ani tempuh sepanjang bertugas kat situ. Tak dinafikan kat tempat tuh memang bermacam-macam lah jenis gangguan termasuk Kak Ani dan kawan-kawan dia yang lain. Nak dijadikan cerita, masa tuh Kak Ani datang bulan, tengah dia nak tukar pad, tiba-tiba dia dengar macam bunyi bising. Dia terus keluar. Dalam masa yang sama dia terus terlupa akan hal pad tuh.. Dia dah bungkus elok.. tapi lupa nak bawak balik..

Malam tuh, ada sorang kawan yang bekerja shift malam, menurut kawan Kak Ani, nama kawan dia Hasbi (bukan nama sebenar) bercerita, malam tuh, Hasbi nak ketandas, tiba-tiba dia nampak ada satu bende hitam berbulu besar keluar dari toilet perempuan. Bila Hasbi cerita pasal tuh, tiba-tiba dia teringat pasal pad tuh, dia pun masuk ke toilet perempuan,, seingat Kak Ani dah berbungkus, tapi pelik tengok macam balutan kertas surat khabar tuh dah terbuka.

Kak Ani nak bungkus balik, dia perasan dekat pad tuh macam kesan darah dia kurang, sedangkan seingat dia , waktu dia tukar semalam, darah memang penuh... Nak kata ada orang jirus dengan air kasi hilang kesan darah tak jugak, sebab pad tuh tak kembang pun, selalunya kalau terkena air, mesti ada kesan darah.. Lepastuh siapa pulak yang tak ada kerja nak bukak dan bersihkan darah.

Kak Ani terus rasa meremang, telefon suami dan semenjak peristiwa tuh Kak Ani pun dah tak berkerja lagi kat situ,, inipun aku dapat cerita neh kebetulan semalam aku terjumpa Kak Ani kat klinik,, demam tak kebah katanya.

"Saya kenal itu Apek.."

Hai,
Kali neh aku berminat nak cerita pasal seseorang yang pernah mempunyai panca indera keenam atau Sixth Sense yang mesra disapa Saodah(bukan nama sebenar). Menurut Saodah, sesorang yang dikurniakan dengan panca indera keenam dari umur 12tahun hingga 21tahun berkata,  ini tak bermakna yang dia boleh melihat makhluk tersebut sepanjang masa. Hanya pada masa-masa tertentu sahaja.

Salah satu cerita Saodah yang membuatkan aku nak share mula-mula neh pasal sorang apek. Kata Saodah, cerita neh pasal pada satu malam selepas dia bersiar-siar dengan teman-teman, dia menaiki lift hendak ke rumah. Sewaktu didalam lift, Saodah terperasan ada seorang lelaki cina yang sudah tua naik bersama-samanya didalam lift. Sewaktu menaiki lift, Saodah bertanya, "Uncle nak pergi tingkat berapa?"..

Diam..
Apek tersebut hanya mendiamkan diri..
Sampai lah dekat tingkat rumah Saodah, Saodah terus keluar dan apek tersebut kekal didalam lift.

Keesokan harinya, sewaktu Saodah hendak ke tempat kerja, Saodah terlihat ada satu kereta jenazah bagi Kaum Cina,(Happy Nirvana) berada di bawah aprtment tempat dia tinggal.

Saodah agak terperanjat bila terlihat, gambar simati yang terpampang itu ialah Apek yang berada bersama-sama dengannya didalam lift malam semalam.

Menurut Saodah, agak mustahil kalau Apek tersebut baru meninggal pagi itu, kerana apabila dilihat dari cara mayat tersebut, seperti sudah sedia hendak dibawa pergi (maybe tempat pembakaran mayat atau kubur), kerana menurut Saodah, dalam kaum cina, jika berlaku kematian, mereka akan menyimpan mayat beberapa hari didalam rumah seperti 5hari hingga 7hari untuk memberi peluang kepada saudara mara memberi penghormatan terakhir. Jadi, malam pada masa Saodah terserempak dengan apek tersebut, mungkin apek sudah meninggal beberapa hari. Hurm..

Tuesday, August 19, 2014

Kisah Hitam Kereta Terpakai


Tiba-tiba sahaja dia merasakan bagai ada satu perubahan dalam hidupnya. Pada mulanya, Sareah (bukan nama sebenar) tidak menyedari perubahan itu berpunca dari apa. Tapi apa yang pasti semenjak kebelakangan dia merasakan setiap kali dia menaiki kereta sama ada sewaktu hendak pulang ke pejabat mahupun pergi bekerja , dia dapat merasakan seperti ada seseorang didalam keretanya.

Pada mulanya, Sareah tidak mempedulikannya, kerana dia menganggap mungkin hanya kerana mainan perasaan sehinggalah satu hari sewaktu Sareah hendak pulang kerumah melalui cermin, dia melihat ada dua orang dalam keadaan berdarah berada ditempat duduk belakang. Dia memberanikan diri hendak menoleh melihat sendiri, tetapi dua kelibat itu tiada.

Akhirnya, Sareah mengambil keputusan untuk berjumpa dengan seorang Pakar Perubatan Tradisional. Sewaktu Sareah berjumpa Pak Jamil (nama Pakar tersebut), Pak Jamil menegaskan, tiada apa-apa tanda gangguan pada Sareah seperti sihir, saka dan sebagainya.

Kemudian, Sareah menyimpulkan, hal ini mungkin kerana berpunca daripada Sareah yang mungkin mengalami 'keteguran' iaitu 'makhluk halus' tersebut menumpang Sareah sewaktu Sareah singgah dimana-mana tempat yang kebetulan ada makhluk tersebut.

Gangguan ini terus berterusan, akhirnya Sareah berjumpa dengan pakar yang lain, Pak Halim. Pak Halim terus bertanya
"Sudah berapa lama kau beli kereta ini?"..
 Sareah menjawab ringkas "Hampir 6 bulan"...
"Kereta second hand?" tanya Pak Jamil...
Sareah mengangguk...
 Pak Halim terdiam seketika kemudian berkata kepada Sareah "waktu kau beli kereta neh,  kau tahu tak pasal sejarah atau asal usul kereta neh?"..
Sareah menggeleng...

Dipendekkan cerita, akhirnya Sareah dapat tahu bahawa kereta ini mempunyai tragedi hitam dimana, didalam kereta ini berlaku pembunuhan seramai tiga orang. Jadi selepas peristiwa itu, kereta itu dibuat atau diolah semula.

Sewaktu hendak pulang , Pak Halim memberikan Sareah sebotol air penawar dan meminta Sareah merenjis kan keretanya. Sareah pun merenjis air penawar tersebut, tiba-tiba kereta itu seperti 'buat hal' (macam nak rosak)... Kereta tersebut berjalan seperti tidak lancar dan tersentak-sentak.. kononnya seolah-olah 'Penghuni Asal' kereta tersebut seperti sedang marah.

Akhirnya setelah habis sebotol air penawar tersebut, gangguan dari kereta terpakai tersebut sudah tiada lagi..

Pengajaran dan nilai-nila murni (eceh wah macam Pendidikan Moral & Sivik lak),, kalau korang memang berniat nak membeli kereta terpakai, kaji lah dengan sebaik-baiknya, ketahui dulu asal usul pemilik kereta tersebut , kalau boleh, beli direct dari pemilik asal lagi bagus..

Aku bercakap neh bukan nak tutup periuk nasik ejen penjual kereta terpakai,  tetapi ini hanyalah salah satu pendapat.

Sekian..
Peace :)
No war ..
Nak 'war' sangat g lah Gaza

Dalam Perjalanan Terlihat Sesuatu.....




Hurm.. semalam baru jer lepas jumpa balik kawan-kawan ofis lama sebab ada jamuan raya. Terubat gak rindu kat diorang. Dalam sedap-sedap menjamu selera, tiba-tiba seorang kawan bukak topik pasal kisah seram. Ceritanya masa tuh dalam perjalanan balik ke rumah mak kat Semenyih, balik berdua kat dalam kereta, masa tengah-tengah berjalan, tiba-tiba dekat depan dorang, ada satu Pakcik tua neh tengah membonceng motosikal, memang terkedek-kedek lah. Perlahan jer.. yang kawan neh potong jer lah pakcik tuh sambil tergelak-gelak.. Perjalanan agak jauh gak lah masa tuh.

Menurut member aku neh, masa tuh dah nak dekat sampai rumah mak, dekat dengan rumah mak neh mesti kena naik bukit. Tiba-tiba dia rasa pakcik yang sama masa dia potong tadi, berdesup potong kereta dia. Dia berdua memang tercenganglah..

Sebab pakcik tuh memang lambat bawak moto masa tuh. Rasa macam agak mustahil gak. Sebenarnya, member aku neh ada cakap, dekat jalan dekat dengan rumah mak dia kat Semenyih neh memang ada macam-macam cerita, menurut kawan aku tuh lagi, pernah sekali masa tuh ngam-ngam kot dia nak sampai rumah mak dia waktu maghrib. Masa tuh dia memang melalui bukit yang sama gak, dia nampak dekat satu puncak atau lereng bukit (sorry aku pun tak ingat) dia ternampak ada satu makhluk berbunjut,, kalau rempah sup bunjut pon ko akan rasa pelik dan misteri gak kalau tiba-tiba terjumpa kat tepi bukit kan? Melainkan ada kedai runcit kat situ. Tapi member aku neh dia ternampak Makhluk 'berbunjut' tuh aka 'Pocong'. Huuhuhuuuh nasib baik 'benda' tuh takdelah kacau dia. Cuma dia terus buat bodoh jer lah.

Sambung member aku lagi, sebenarnya ada jugak beberapa pengalaman yang dia tempuh sewaktu dalam perjalanan, lagi satu ceritanya, masa tuh dia naik bas dari Putrajaya.. Masa dalam perjalanan, pun member aku neh dengan beberapa orang yang lain termasuklah driver bas tuh dia ternampak macam ada satu perempuan neh drive, dia bawak memang slow, lepastu yang lawaknya, perempuan tuh duduk kedepan sangat hahahhahaha kiranya dada dengan muka tuh macam nak cium stereng lah..

Driver tuh potong, macam biasalah mestilah ada ketawa dan gelak-gelak lah, dah awak ramai kan? Masa tuh pun ceritanya agak lebih kurang sama dengan cerita yang mula-mula tadi,, rasa dah jauh berjalan, tiba-tiba pemandu perempuan tuh potong berdesup gak.

Inilah cerita pasal member aku yang jumpa kat ofis semalam. Aku pun seronok bila diorang pun macam 'support' aku, dengan cara berkongsi cerita-cerita seram. Kalau korang pun ada pengalaman seram nak kongsi boleh lah email kat inbox aku puffbuffduff309@gmail.com

Lastly, terima kasih kepada yang suka dan setia baca blog neh..

Kawan aku yang share cerita neh pon ade pesan, pengajaran dari pengalaman yang diorang terkena neh, next time kena jaga mulut. Sebab benda-benda neh bukan apa. Bila jadi mulut cabul tu lah yang menyebabkan 'Makhluk Astral' neh seronok nak kacau kita. Hehehehehe


Siapa Menangis???

Cerita neh aku dengar dari Singapore. Korang pun tahu kan Singapore neh memang banyak rumah flat, apartment dan kondominium memandangkan orangnya padat dalam negeri yang kecil. Tapi walaupun kecil aku memang kagum jugak dengan beberapa perkara tentang Kota Singa tuh. Dengan kecekapan pihak penguatkuasa, cara diorang memelihara alam sekitar dan sebagainya.



Kali neh pengalaman dari Leman (bukan nama sebenar) yang menetap dengan salah satu flat di Singapore.. Aku tak berani nak bagi tahu nama flat tersebut. Kalau korang tengok gambar kat atas neh, bukanlah gambar flat yang aku maksudkan heheheh comel,, gambar diatas hanyalah gambar hiasan.

Menurut Leman, dekat flat rumah dia tinggal satu keluarga yang mempunyai anak yang 'Istimewa'.. Kalau aku sebut Kanak-kanak 'Istimewa' neh mungkin korang leh agak.. sape tak leh agak tuh korang leh cal aku tanya aku kat 012-246 23... eh? eh? tak yah lah call, email jer lah tanya Insyaallah aku jawab hahhahah

Ok lah berbalik dengan cerita Leman, anak Istimewa yang berada dikawasan jiran dia, orang tingkat atas tak silap. Boleh dikatakan hampir tiap malam, budak neh akan buat bising seperti menangis-nangis sampaikan jiran-jiran terpaksa call polis.. Sebab terasa terganggu. Tak tahu kenapa, tiap kali kalau polis datang, kompom polis akan datang kerumah Leman, mungkin rumah Leman dengan Anak Istimewa tuh macam sebaris kot.

Bila polis dah datang barulah budak tuh akan senyap. Nak dijadikan cerita, pada satu hari, ditakdirkan Anak Istimewa neh meninggal dunia, tiba-tiba masa malam nak tido tuh, Leman dan Isteri terdengar bunyi 'Anak Istimewa' tuh menangis. Pada mulanya, isteri Leman menegur ''Abang, dengar tak saya dengar bunyi apa?".. Leman juga yang turut terdengar hanya menasihati isterinya "Dah lah awak, tidur lah..".

Beberapa ketika, kedengaran pintu rumah diketuk, Leman membuka pintu, kelihatan beberapa anggota polis datang ke rumah dan bertanya, Leman yang malas nak bercakap panjang, takut mereka (polis) tak percaya kalau diceritakan perkara sebenar hanya menunjukkan rumah Keluarga Anak Istimewa tersebut. Kebetulan Isteri Leman nampak apa yang Leman lakukan , memarahi Leman, "Abang neh tak baiklah,, Budak tuh kan mana ada lagi".. "Masalahnya kalau saya cakap pun, diorang(polis) percaya ke?"... ujar Leman.

Mereka bukan sahaja diganggu pada malam itu, suara Budak Istimewa tuh masih lagi kedengaran pada malam-malam tertentu sehinggalah sekarang.

Friday, August 15, 2014

Rahsia Bunga Cempaka


Nah! Buat tak tahu pasal bunga cempaka neh. Neh lah ropenyer bunga cempak tersebut.. Cantik tak beliau? Cantikkan? hahahahhah...

Oklah bila dah tengok rupa bunga neh. Mesti korang boleh bayangkan bau dia semerbak dan menusuk hidung. Tak tahulah kalau ada orang yang berani buat bunga neh sebagai perfume pergi ofis... Kuat siot bau dia .. Kalau tetibe terbau tengah malam, sherrreemmm gak oi.. hohohhoho

Aku selalu perasan, bunga neh selalu tumbuh dikawasan perkuburan.. Mungkin sebab tu lah kot.. orang suka kaitkan bunga neh dengan kisah-kisah misteri..

Salah satu kisah misteri yang aku dengar dari seorang pemandu teksi, mesra disapa Roslan. katanya. Sebagai pemandu teksi, ada masanya dia akan berasa mengantuk dan pernah hilang kawalan kerana Roslan membawa teksi pada waktu malam.

Semenjak peristiwa dia hilang kawalan tu lah, dia sudah tetapkan pada pukul 3 pagi dia akan tidur seketika berhampiran dengan bus stop..

Nak dijadikan cerita pada satu pagi, sewaktu dia hendak melelapkan mata, tiba-tiba Roslan terbau sesuatu yang sangat wangi. Memang dia tak salah. Benda yang wangi itu ialah Bunga Cempaka walaupun dia tidak melihat, dia tahu itu ialah bau bunga tersebut.

Roslan pon bangun sambil melihat ditempat duduk depan dan belakang, kot-kot ada barang-barang yang dia beli terbau bunga cempaka.. sambil meraba tempat duduk bawah dikarpet.. hurm tak ada apa-apa. Nak kata dekat kawasan Bus stop macam ada Pokok Cempaka pun memang tak adalah.

Kemudian Roslan berasa tidak puas hati, dia memutar kan kaset bacaan ayat-ayat suci Al-Quran. Dia juga merancang untuk terus pulang kerumah. Sewaktu Roslan hendak masuk kerumah. Dia tergerak hati untuk menoleh ke teksinya. Dia perasan kat tempat duduk belakang, seperti ada satu perempuan berambut panjang , berpakaian putih.. Roslan tahu, tak mungkin itu manusia.

Dia mempercepatkan langkah dan terus masuk ke rumah..

Kessokannya, dia berjumpa dengan orang-orang yang agak pakar dalam hal-hal 'Super Natural' lalu meminta pendapat. Menurut pendapat teman, mungkin 'benda' mengkiut Roslan pulang kerumah, disebabkan Roslan membuka ayat-ayat suci Al-Quran didalam kereta , maka makhluk tersebut terperangkap dalam kereta. Tetapi ini hanyalah pendapat, mungkin ye mungkin tak. Menurut Roslan, cuma malam itu sahajalah dia diganggu, selepas itu tak ada lagi.

Permainan Nenek


"Nenek nenek ,
Si Bongkok Tiga,
Siang Mengantuk,
Malam Berjaga,
Mencari Cucu,
Dimana aje
Nenek ku kahwin
Dengan Anak Raja

Cucu,Cucu,
Tak dapat lari,
Nenek tua,
Banyak sakti,
SEKARANG NENEK NAK CARIK GANTI,
SIAPA KENA DIA YANG JADI"

Korang pernah dengar tak lirik lagu neh?
Aku percaya sesiapa yang sezaman dengan aku mesti dah familiar dengan lirik lagu neh,
Aku ingat lagi masa sekolah tadika aku selalu kot main permainan neh.
Kalau budak-budak sekarang tak pernah tahu pasal Permainan Nenek neh aku percaya jer kot.
Yerlah tak sampai setahun dah pandai main I Pad.. manalah korang nak kenal dengan lagu neh kan?

Sebenarnya Permainan nenek neh dimain dengan cara menutup mata korang dengan kain. Salah seorang dipilih menjadi 'nenek', kemudian pemain yang lain akan buat satu bulatan, nenek duduk dekat tengah-tengah sambil pegang tongkat (tak payah carik tongkat betul, korang boleh guna payung, penyapu, kayu dan sebagainya untuk gantikan tongkat), pemain yang buat bulatan akan nyanyi lagu neh sampai habis, lepastuh yang jadi 'nenek' akan mencarik 'cucu cucu' dia.. Siapa orang pertama/terakhir(aku pun tak ingat mana satu) yang kene pegang dengan 'nenek', pusingan seterusnya dia pulak jadi 'nenek'.

Bila kenang balik memang seronok jer permainan neh. Tapi aku percaya jer permainan neh sudah pupus. Waima budak-budak kampung pon dah tak kenal permainan neh lagi.

Sebenarnya, korang tahu tak maksud tersirat dengan lirik lagu neh? Kalau difikir balik, memang agak kreatif jugak orang pertama yang mencipta lirik lagu neh kan? Tak ada yang seram dan misteri pun pasal Permainan Nenek neh.

Cuma lirik lagu Permainan Nenek neh jer baru-baru neh menjadi perbualan dekat Misteri Jam 12. Kononnya, lirik lagu neh diciptakan oleh seorang nenek yang membela saka. Cukup masa, nenek neh nak wariskan saka neh kepada cucunya. Oleh hal itu, lagu neh diciptakan oleh nenek tersebut sewaktu dalam usaha dia mencarik 'pengganti' dirinya untuk membela saka tersebut.

Kalau diamati lirik tersebut

Nenek Nenek Si Bongkok Tiga - Menggambarkan seorang nenek yang sudah terlalu tua.

Siang Mengantuk Malam Berjaga - Orang yang bela saka memang buat kerja waktu malam dengan jin peliharaannya.

Mencari Cucu Dimana aje - Carik cucu untuk wariskan saka.

Nenek ku kahwin dengan 'Anak Raja' - Anak raja merujuk kepada 'Jin'.. kahwin disini merujuk kepada 'perjanjian' antara nenek dengan 'anak raja'.

Cucu cucu tak dapat lari - Maksud cucu nenek tidak akan terlepas.

Nenek tua banyak sakti - Bermaksud nenek mempunyai sakti kerana adanya jin pendamping.

Sekarang nenek nak cari ganti - Nenek nak cari 'pengganti' untuk membela sakanya.

Siapa kena dia yang jadi - Siapa yang menjadi pilihan nenek, dia lah yang akan jadi pewaris saka tersebut..


Masalahnya sekarang, korang percaya ker pasal lirik lagu neh? Hhahahaha relax lah.. Jangan serius sangat..
Mungkin kebetulan lirik lagu neh macam neh..




Saka Ibu


Hurm.. bila sebut saka, apa yang korang faham dengan saka? Jin , syaitan? Ok lah kalau merujuk Kamus Dewan(edisi ke berapa aku tak ingat, tapi aku pernah tak ada kerja carik maksud saka kat dalam library sekolah), Saka bermaksud Leluhur/Keturunan. Tu yang pelik kan? Bila dapat kat orang Melayu, asal sebut saka jer Jin belaanlah ape lah.. Tapi perkataan Saka sekarang dah sinonim dalam masyarakat melayu sekarang merujuk kepada Roh/Jin yang diturunkan sama ada dari bapa atau ibu. Saka boleh juga datang dalam keadaan yang kita sedar mahupun tidak.

Saka memang lah boleh membantu manusia, orang dulu-dulu membela saka sebab nak suruh jaga ladang, rumah dan kebun. Aku pernah dengar jugak orang cakap, nak tahu rumah orang tuh ada saka ker tak, kadang-kadang tuh jangankan orang, ulat pun tak berani nak makan buah-buahan yang Tuan Pembela Saka neh tanam. Aku tak tahulah betul ker tak.. Sembang kencang ke ape ker.. hahhaha

Tapi, macam biasa lah, kalau perkara-perkara yang melibatkan setan neh tak pernah pengakhirannya baik. Benda neh buat kerja mestilah nak berupah, masa kau sihat boleh lah layan apa yang saka kau nak. Cuba kalau dah masuk umur tua, korang pun dah tak terlayan. Silap hari bulan, saka tuh makan diri kau sendiri.

Melalui kisah yang aku dengar dari Rahim(bukan nama sebenar), Emaknya ada membela saka, disebabkan semakin tua, sebab tu lah makin lama mak dia dah tak terlayan. Untuk pengetahuan, mak kepada Rahim neh dah nyanyuk. Sebab, sampai sekarang, emak dia suka bangun tengah-tengah malam, berdiri tepi katil dia atau anak-anak dia sambil memanggil-manggil dengan suara yang garau. Padahal Rahim tahu, itu bukan suara mak dia. Mungkin agak keterlaluan kalau Rahim nak menuduh mak dia membela saka.

Pada mulanya, hal ini tidak diketahui oleh Rahim, sehinggalah pada suatu hari emak Rahim meracau-racau pada setiap maghrib. Pada waktu maghrib sahaja emaknya meracau-racau. Nak dijadikan cerita,, akhirnya Rahim memanggil seorang pengamal perubatan tradisional.

Pengamal Perubatan tersebut membawa 4 helai kain kuning lalu diletakkan ke badan ibu Rahim.. Apabila kain tersebut diletakkan ke atas badan emak Rahim, Emaknya tidak boleh bergerak. Sehinggalah sekarang, setiap kali pada waktu Maghrib sahaja ibunya akan meracau-racau.

Kadang-kala, ibunya pandai merayu-rayu apabila kain kuning diletakkan dibadannya  "Rahim. tolong mak , Rahim...".. Pada mulanya suara ibunya itu lembut seperti merayu-rayu.. Lama-kelamaan suaranya berubah menjadi garau. Tapi Rahim hanya buat tak tahu dan tidak akan melayan, kerana Rahim tahu itu bukan emaknya.

Thursday, August 14, 2014

Cara Menyeru Pontianak

Seharum bunga yang menggoda...
Sekadar dipandang usah dipuja..
Kau masih tak percaya,
Kasihku bukan untukmu Sayang,
Tiada kusangka kau sungguh kejam..
Kau rampas segala yang engkau dendam..
Namun takkan bahagia kehidupanmu
BILA BUNYI BERSATU.. Kau Milikkuuu



Yang kat atas tuh cuma lirik lagu.. kalau nak cerita pasal lirik lagu, dalam lagu kat atas neh sebenarnya dah ada bagi klu,, macam mana nak menyeru pontianak.. Sebenarnya, cara nak seru pontianak neh sangatlah senang. Tak payah nak susah-susah nak baca mentera bagai. Apa tak percaya?

Cara dia cukup mudah, korang cuma amik dua sikat kutu, Pastikan sikat kutu tuh dibuat dari kayu bukannya plastik apatah lagi besi yer.. Korang cuma gosokkan kedua-dua sikat kutu tuh kat tepi tingkap tengah-tengah malam.. Aku tak pasti berapa lama. Lepastuh bila korang dah berhenti. Korang akan dengar bunyi sikat yang korang gosok tadi.. Jam tuh cuba korang intai kat luar tingkap, tengok ...

Hahahahha kalau korang nak tahu sebenarnya, bunyi pontianak macam tu lah, bunyi dia macam arnab parkinson "ngit ngit ngit ngit"... So, sesiapa yang kata bunyi pontianak bunyi pompuan mengilai, korang amik kulit durian kasi usap-usap sikit kepala dia,, biar hilang dia punya 'high' tuh...

Sebenarnya bunyi pontianak memang bunyi dia macam yang aku cakap kat atas tadi..

Sebab perkara neh pernah terjadi dekat satu pasangan adik beradik neh. Diorang neh perempuan. Dah takde keje. Pergi carik kerja. Kononnya nak seru-seru pontianak. Diorang pun buatlah macam tuh.. Buat-buat punya buat bende tuh tak muncul-muncul.. 

Lepastuh nak dijadikan masa nak minum air, adik dia terdengar bunyi orang gosok-gosok kan sikat dekat luar rumah. Intai punya intai dia tengok "Maya Karin" tengah dok mencangkung. Untuk pengetahuan korang, pontianak neh memang mencangkung. Sebab orang tua-tua dulu percaya, Pontianak neh dari roh perempuan mati bersalin (sebagai seorang Islam kita tak percaya semua neh, tapi anggap sahajalah sebagai hiburan).

hahahah sebab tuh lah Pontianak neh mencangkung sebab orang bersalin kan menganggkang (sorilah terkasar bahasa), tak dan nak rapat kan kaki dah mati masa bersalin, sebab tu lah pontianak neh mencangkung, kata orang-orang tua lah hahahaah aku dengar statement neh macam lawak pon ade gak..

Lagi satu, yang menguatkan lagi 'statement' yang bunyi pontianak tuh bunyi macam orang gosok sikat kutu sebab, dulu pernah ada kes kerasukan sorang budak pompuan.. Dia keluarkan bunyi "ngit ngit ngit ngit ngit" pasal ada orang dendam kat dia, hantar pontianak kat dia, kes tolak pinangan tak silap aku.. kalau logik lah,, manusia boleh ker hasilkan bunyi sikat kutu dari mulut sendiri?

Itu sahaja nak aku kongsikan kali ini.

Terima kasih kepada yang sudi singgah kat blog aku yang tak seberapa neh.


Misteri Hotel di Tepi Penjara



Hohohoho seram tak gambar hotel neh?
Tak?
Lah.... sape suruh ko seram..
Ok lah aku ada satu cerita pasal hotel berhantu neh. Walaupun pasangan suami isteri ni tak nak sebut nama hotel tuh, tapi aku macam boleh agak hotel tuh kat mana. Al-kisahnya, ada sepasang suami isteri berjalan-jalan kat KL. Diorang 'check in' hotel dekat kawasan tapak Penjara yang terbengkalai. Terbengkalai? hurm.. boleh agak tak? Tak boleh agak pon takpelah..

Menurut isteri, mereka bermalam kat situ adalah dalam 3hari 2malam.. Masa malam pertama dia bermalam kat situ dengan suami dia. Sampailah waktu malam diorang dah tidur, tiba-tiba tengah malam dia tersedar macam ada bunyi TV.. Dia perasan macam suami dia tengah tengok TV takpelah kot.

Tiba-tiba entah macam mana entah, dia terasa nak intai laki dia. Intai punya intai.. aiks? suami dia tidur.. Siapa lak bukak TV? Hurm.. mungkin suami dia yang terbukak lepastuh laki dia tertido balik pon berkemungkinan gak..

Dia pun tutup jer lah TV tuh.. Bukan sebab dia takut bil melambung.. Nak takut apa nya, bukan bil letrik rumah dia ,, tapi sebab bunyi bising.

Dah mati suara televisyen, diganti pulak dengan bunyi air dari dalam bilik air.. Bunyi macam orang tengah mandi guna shower. Dia gerakkan suami dia "Bang, bangun bang.. "..

"Apa dia? kenapa?" balas suaminya macam bengang sebab ada orang ganggu dia tengah tidur..

"Tu, abang dengar tak? ada orang tengah guna shower?".. lepas si isteri habiskan kata-kata, suaminya pun bangun mengintai nak tengok..

Tiba-tiba tengah suami sibuk memeriksa, si isteri rasa kat sebelah dia macam ada orang... dia toleh tengok macam ada perempuan tengah tongkat dagu sambil menyeringai pandang dia hew hew hew..

Apa lagi, bini dia pun terus menjerit "Abannggggg...!!!!!!!" suami dia terus bergegas ke depan. Suami dia terus bukak lampu bayang perempuan tuh pun hilang...

Tapi nasib baik masa malam kedua, tak ada apa-apa gangguan. Selepas diorang 'check out' hotel tuh, isteri dia terus cakap, "Lepasneh, tak nak datang sini(hotel tersebut)lagi"...

Kisah Pak Cik Tua


Pakcik siapa neh?
Hehehehe pinjam gambaq nah...
Ok kali neh aku nak cerita pasal seorang pakcik.
Sumber dari Misteri Jam 12, pengalaman seorang pemanggil yang bernama Mel.
Menurut Mel, dekat kawasan rumah dia, ada seorang pakcik tua.
Semua orang maklum, pakcik neh seorang yang macam agak 'miang'. Mel sendiri tak pasti status Pakcik neh apa sebenarnya. Duda ker, bujang terlajak. Tapi menurut Mel, dia sendiri tak pernah nampak Isteri kepada pakcik tuh.  Pakcik neh, Suka usik siapa-siapa sahaja yang lalu lalang depan dia. Hal ini tak terkecuali berlaku kepada Mel, menurut Mel, setiap kali Mel pulang kerumah, pakcik tuh akan tegur "Hai , balik dengan kawan ye?"..

Mel hanya tersenyum, kalau ikutkan hati dia memang meluat dengan orang tua yang macam tuh. Tapi takkanlah pulak dia nak bersikap kurang ajar dengan orang tua.

Nak dijadikan cerita, satu hari, Mel sengaja pulang lewat kerumah. Selepas waktu kerja, Mel melepak dengan kawan-kawan. Sampailah tengah malam baru dia pulang kerumah. Sewaktu Mel pulang kerumah, dia perasan Pakcik tuh masih ada diluar rumah. "Hesh, tak tidur lagi orang tua neh"..

Tapi pada malam itu, Mel perasan pakcik tuh lain macam sedikit. Seperti ada riak ketakutan diwajahnya sambil memandang Mel.

Mel juga berasa tidak selesa. Tiba-tiba Pakcik tersebut memanggil-manggil Mel. Mel yang agak hairan, datang juga kepada Pakcik tersebut lalu bertanya "Ye Pakcik ada apa?"..

"Nak, selama neh Pakcik memang bergurau. Pakcik selalu tipu yang kau balik dengan 'kawan' tapi kali neh, memang betul nak, Pakcik nampak kat belakang kau ada 'bende' neh hitam. Ikut kau balik...." ujar Pakcik tersebut.

Mel lantas menjawab tapi dalam masa yang sama dia berasa agak takut jugak "Apa neh Pakcik?.. Pakcik cakap apa neh?"...

"Betul anak, kali neh pakcik tak bergurau. Pakcik nasihatkan, kau jangan masuk rumah sekarang, kau telefon mak kau, biar dia keluar?" Ujar pakcik tersebut bersungguh dengan wajah yang agak serius.

Mel pun terus menelefon mak nya. Bebrapa minit kemudian Mak & Ayah Mel sama-sama keluar rumah melihat keadaan Mel.

Ayah Mel seperti seorang yang agak pandai dalam hal mistik begini. Lantas Ayah Mel keluar sambil membaca sesuatu dan menghentak-hentak kaki ke tanah. Kemudian, barulah Mel masuk kerumah.

Pengajaran dari cerita ini, dari pandangan peribadi penulis(aku lah tu ok? skema lak) memang aku pernah dengar, kalau kita pulang lewat kerumah, jangan terus masuk kerumah, sebaliknya singgah lah mana-mana dulu, pergi minum ke apa ker,, sebab mengelakkan ada 'kawan baru bff sumpah sehidup semati' akan mengikut korang pulang kerumah. Hohohohohho.

Wednesday, August 13, 2014

Silat Pengantin

Silat pengantin...


Heheheheheh thrill tak gambar pensilat neh? hahahah mestilah tak kan? Ok lah untuk entri kali neh. Aku sebenarnya nak share dengan korang satu bende pasal Silat Pengantin. Aku tak tahulah masih wujud ke tak Silat Pengantin neh zaman sekarang. Tapi tak silap aku masa mak & abah aku kahwin dulu memang ada Silat Pengantin. Aku cuma nak explain sikit pasal silat pengantin neh pasal aku takut ada budak-budak zaman sekarang neh tak tahu Silat Pengantin tuh apa? Pengantin ker yang bersilat?

Silat Pengantin neh merupakan satu acara tradisi dalam Perkahwinan Melayu. Tapi aku rasa benda neh dah pupus. Sebab aku tengok memang dah jarang aku tengok upacara silat dekat majlis perkahwinan Melayu sekarang.

Sebenarnya, ada benda nak aku ceritakan pasal silat pengantin neh. Ini pun aku dengar dari Misteri Jam 12. Ada satu pemanggil neh bercerita. Pemanggil neh boleh lah dikatakan seorang yang arif dalam Perubatan Tradisional. Kiranya banyak juga pengalaman dia dalam mengubatkan orang dan dia pun banyak berkongsi dalam segmen tuh. Pemanggil tersebut dikenali sebagai Pak Raden.

Sebenarnya banyak cerita-cerita Pak Raden yang berunsur pengajaran. Tapi ntah kenapa kali ini, aku tertarik dengan kisah dia pasal Silat Pengantin.

Menurut Pak Raden, ada satu couple baru berkahwin. Bila dah habis Majlis Resepsi, couple yang baru kahwin tuh pun nak berehat. Tiba-tiba pengantin perempuan neh perasan pengantin lelaki neh lain macam lalu pengantin perempuan neh tanya "Awak demam ke?"..

Lepastuh lama-lama diorang perasan dekat badan lelaki tuh macam ada kesan pukulan, jelas nampak ada kesan tapak tangan dengan 5 jari melekat dekat badan pengantin tersebut. Dah lah pengantin lelaki tuh putih melepak kan.

Lepastuh agaknya pasangan tuh pun mintak pertolongan Pak Raden. Tup tup tup kata Pak Raden ada orang berniat jahat masa majlis perkahwinan tadi. Menurut Pak Raden, ada salah sorang yang buat silat pengantin tuh, sambil bersilat dengan pengantin rupa-rupanya dia ada niat tak baik. Dia tak buat apa-apa dekat pengantin perempuan, tapi dia ada buat sesuatu kat pengantin lelaki.

Agaknya sambil bersilat tuh, orang tuh ada 'mandrem' atau 'jampi' sesuatu kat pengantin lelaki untuk hilangkan semangatnya. Tak tahulah sebab dendam ke apa.

Sebenarnyalah kalau diikutkan logik, sebab tu lah dalam perkahwinan islam, usahkan silat, tepung tawar tuh pon tak wujud sebenarnya. Sebab nak elakkan benda-benda macam neh terjadi lah. Terkena panahan mata orang (orang dengki), tuju-tuju dan sebagainya.

Aku bercakap neh bukan sebab aku jeles dekat orang yang kawin majlis grand. Tidakkkk... kau nak buat majlis kahwin 7 hari 7 malam , kek kahwin bertingkat-tingkat sampai nak kene naik tangga nak memotongnya pon tak jadi masalah.

Kalau boleh kurangkan lah aktiviti-aktiviti yang tahyul neh.

Aku jugak sangat mengalu alukan kalau korang ada cerita seram boleh lah email aku kat puffbuffduff309@gmail.com



Sekali lagi aku mintak maaf kalau aku ada menyentuh hati mana-mana pembaca especially jurusilat pengantin ke ape ke., bukan aku nak tuduh semua jurusilat begitu,,, tapi...

Budak Botak

Hai,
Kali ini nak cerita pasal pengalaman yang aku dapat dari inbox email. Terima Kasih kepada pengirim email. Aku nak sebut agak keberatan gak nama pengirim. Takperlah kot cuma anggaplah nama pengirim tuh Abang Aiman.

Menurut Abang Aiman, pengalaman neh bukanlah berlaku dari diri dia. Sebaliknya berlaku dari pengalaman orang lain jugak. Cuma dia jadi pencerita.

Menurut Abang Aiman, Rita (bukan nama sebenar) ada seorang anak berusia 13tahun(tingkatan 1) tinggal kat asrama. Masa mula-mula tinggal diasrama tak adalah perkara pelik yang berlaku, cumanya nak dijadikan cerita, masa tuh dah nak masuk hujung Februari, tiba-tiba dekat asrama anak dia tuh, banyak kes histeria. Anak Rita pun tak terkecuali, jatuh pengsan dan ketakutan beberapa hari. Mujurlah Rita bijak menanganinya dengan membaca ayat-ayat suci Al-Quran.Tapi dalam masa yang sama, Rita pun ada panggil satu Ustaz untuk pulihkan semangat anaknya. Alhamdulillah lepas berubat, anak Rita semakin pulih dan boleh balik ke asrama.

Nak dijadikan cerita, Rita ada berbual dengan warden asrama, barulah Rita tahu, rupa-rupanya dekat kawasan asrama tuh memang dah jadi tempat tinggal sekeluarga 'makhluk halus'. Menurut warden tuh lagi tempat neh memang 'keras', tapi bagi diorang, diorang dah terbiasa kadang-kadang 'terlihat' kelibat 'bende' tuh semua.

Masalah Rita sekarang neh, anak dia selalu pula diganggu dengan satu 'budak botak'. 'Budak Botak' tuh suka ganggu anak Rita tidur tengah tengah malam, kadang kadang tuh sampai dua tiga kali 'Budak Botak' tuh kacau anak Rita tidur. Siap dia kejutkan lagi. Bila anak Rita bukak mata, 'Budak Botak' tuh tersengih-sengih. Tapi anak Ritta takdelah menjerit ke ape.. Sebab dia nampak Budak Botak tuh macam normal jer,, dia masuk ikut pintu, keluar pun ikut pintu balik. Cuma dia pelik, kenapa 'Budak Botak' tuh suka mencangkung, lepastuh melompat-lompat kat tepi katil pelajar yang lain.

Lagi satu anak Rita perhatikan, Budak Botak tuh suka main batu seremban.

Pernah gak teman kepada anak Rita, yang tinggal satu dorm menjerit bila nampak Budak Botak tuh cuba nak pegang anak Rita. Pernah juga diorang ternampak Budak Botak tuh cuba pegang budak lain yang tengah tidur.

Selepas Rita mendengar cerita anaknya, Rita juga berpesan, sebagai seorang Islam, kena lah menjaga adab hingga ke tempat tidur. Janganlah tidur pakai seksi-seksi, sebab 'bende' tuh pun boleh jatuh cinta dengan manusia jugak.

Jin yang jatuh cinta dengan manusia neh dipanggil Jin Mahabbah atau Jin Cinta. Lagi satu Jin neh agak merbahaya, lebih bahaya dari saka. Sebab, Jin Mahabbah neh, sekali dia dah jatuh cinta dengan manusia, dia akan buat manusia yang dia cinta tuh takkan berkahwin. Kalau manusia tuh dah berkahwin pun, dia akan buat manusia tuh bercerai berai...

Tapi dalam kes Rita, Budak Botak neh pun dia tak pasti bende ape sebenarnya. Jin Cinta atau seperti yang warden asrama katakan, Makhluk Halus yang memang dah lama menetap kat situ..

Tuesday, August 12, 2014

Alamak... Saya nampak dia terbang

Aku baru jer transfer tempat keje baru. Still company yang sama tapi anak syarikat yang lain. Mungkin kalau korang perasan, blog aku neh banyak pasal citer pasal ofis jer kan? Takde tempat lain ker selain ofis..? Bukan takde tempat lain. masalahnya bila aku nak cerita pasal bende lain pun kene tengok idea gak lah. Sape nak bercerita, Sumber dia tuh yang penting.





Sebelum neh, aku dengar cerita kawan aku kata, dia balik lambat. Dia ada dengar macam ada bunyi kat bumbung ofis. Yer lah, tempat aku neh department sales, designer sume balik lambat. Tak pasti lah dia dengar apa. Sebab aku siang-siang tak dengar pun. Dia dengar waktu malam lak kan... Hurm katanye lah bunyi macam JuOn jer atas bumbung tu. Huhuhuhuhuhuu bunyi macam JuOn?

Sebelum neh,, kawan ofis aku yang lain ada cakap, disebabkan ofis aku neh tingkat paling atas, tingkat dua, So, kat atas bumbung ofis kitorang neh ada burung merpati.

Aku tegas kan jugaklah hal neh kat kawan aku, tapi katanya, bunyi lain macam lah.. Susah dia nak kata, kita boleh rasa kot bunyi yang biasa atau pun sebaliknya.

Nak dijadikan cerita, satu pagi aku datang ofis awal, tiba-tiba tengah aku mengadap PC aku perasan ade bende berdesup laju jer..  Macam bende terbang kot.

Ya Allah, dah lah aku sorang..

Terpaksa lah aku buat bodoh, kang kalau aku buat 'pandai' kang, takut 'bende' neh lagi galak kacau aku.,

Ntahlah, aku sendiri pon tak pasti benda apa tuh.
Mungkin sebab aku terikut-ikut ker kata kawan ofis aku neh,,

Tapi tu jer lah sekali, lepas kejadian tuh, tak ada lagi bende pelik berlaku kat aku..

Cuma pagi neh aku masuk ofis, aku kat pantry,, aku tengah breakfast, tiba-tiba aku terdengar bunyi orang ketuk-ketuk pintu bila aku ushar takde. Dalam masa yang sama dekat atas bumbung bunyi orang berjalan, agaknya itu kot bunyi JuOn yang officematte aku katakan hahahaha. Tapi disebabkan aku sorang, terasa seram gak seh!

By the way terima kasih banyak kepada yang suka baca blog neh.

Disebabkab aku selalu kekeringan idea.

Aku nak mintak tolong, kalau korang ade cerita seram boleh lah drop email kat puffbuffduff309@gmail.com



Kisah Makcik Keropok

Cerita pasal Makcik Keropok neh mengisahkan seorang perempuan tua yang datang rumah ke rumah menjual keropok. Kisah Makcik Keropok neh agak popular pada tahun 80an. Makcik Keropok neh bukan sebarang makcik ye..

Kalau dengar versi 80an, makcik keropok neh akan datang rumah ke rumah, sambil menjual keropok dia akan tanya, "Kau sorang je ke kat rumah neh?"... ada yang mengatakan, kalau korang jawab takde.. nanti makcik neh akan lepaskan sesuatu kat rumah korang. Sesuatu tuh mungkin macam saka, mungkin makcik tuh macam nak buang peliharaan dia..

gambar hiasan jer...
Kalau korang jawab, rumah korang memang ade orang selain korang, maka perkara tuh tak kan terjadi.

Sekarang, tiba-tiba Kisah Makcik Keropok neh muncul kembali. Kononnya, sekarang neh Makcik keropok neh dah mula dekat Singapore. Dia akan datang rumah kerumah. Jual keropok 3 paket 10 Dolar Singapore, dalam masa yang same dia akan tanya "Anak sorang je kat rumah?".

Pada mulanya, ramai yang bersangka baik dan menganggap, "alah... makcik tuh mungkin saje jer tanya ada orang ke tak.. Dia nak ramah-ramah jer".


Tapi, tiba-tiba satu hari ada seorang pemanggil buat panggilan di konti Ria dalam segmen Misteri Jam 12, tiba-tiba pemanggil neh tersentap bila Makcik Keropok neh tanya ada orang ke tak kat rumah.. Terus dia teringat Kisah Makcik Keropok yang jadi perbualan orang.

Ada jugak aku pernah dengar dorang cakap  Makcik Keropok tuh bau dia lain macam sikit. Busuk kononnya.

Yer lah kan, dah nama pun jual keropok, badan berpeluh-peluh. mestilah busuk kot.. nak wangi camner plak kan?

Hahahahha chill ok, mungkin cerita ntah benar ntah tidak aku pon tak pasti. Tapi yang pasti, jangan biarkan hidup anda diselubungi keropok...

Eh silap,, misteri...

Friday, August 8, 2014

Bunian



Dah lama tak update blog kan? Huhuhuhu yang sebenarnya, kononnya bulan lepas nak menghormati Bulan Ramadhan.. tapi yer lah kan.. Balik-balik raya jer, jumpa balik kawan-kawan ofis. Tiba-tiba dia cerita pasal ada gangguan dekat rumah kampung dia. Tu yang berkobar-kobar jadi nyer tuh..

Memang aku neh suka online Fb jer.. Tapi sejak kebelakangan neh macam menyampah pon ade gak, nak-nak plak jadi isu boikot memboikot sekarang neh. Nak Boikot pon salah, tak boikot pon salah. Lantak kau lah, dah nama pon manusia, apa ko buat sumenye salah. tak pernah nyer betol. Kalau aku nak panjanglan kisah nak terus bergaduh boleh jer,, sebab manusia skang neh kalau berhujah tak menggunakan FAKTA,, mengAUTA jer pun dah boleh masuk parlimen. Takperlah tunggu carik pasal dengan aku sikit jer lagi. Aku neh memang nampak bodoh-bodoh. macam takde perasaan, 'update status fb' pun macam 'bangang' jer bak kata salah seorang 'FB Friend' aku,, yer lah mungkin dia orang yang berilmu, dah tahu 'berilmu' yang ko BANGANG sangat nak 'add' aku tuh kenape? Kadang pelik gak aku dengan manusia yang rasa Education Level dia tuh tahap Infiniti kononnya. Mungkin dia lupa, persoalan dalam dunia neh tak semuanya berbentuk objektif.. yang sudah terang-terang ada betul dan salahnya. Selepas kau melangkah kaki dari pagar sekolah, sepatutnya kau sedar ada banyak lagi persoalan yang  boleh dijawab dengan dalam bentuk esei.. ada banyak soalan yang boleh dijawab dalam bentuk pro dan kontra

Eh dah aku lari topik lak. Aku nak citer pasal BUNIAN sebenarnya, bukannya nak berBUNYIAN (membebel).

Berbalik pasal citer member aku neh, boleh tahan jugak lah ceritanya. Katanya, masa tuh nak tidur malam. Tiba-tiba dia terdengar macam bunyi bising. macam bunyi orang memasak kot. Salah sorang officemate aku sibuk pulak mencelah, "Yer lah waktu siang kita, dia tidur, waktu malam kita, diorang(bunian) siang, diorang pon nak raya gak, tuh yang ko dengar bunyi orang masak tuh" hahahahahhahaha memang pecah hilai ketawa masa tuh dengar 'statement' member aku neh.

Tapi setakat bunyi tuh memang takper lagi lah kot. Tapi memanglah bunyi tuh mengganggu sampai kawan aku neh tak boleh tidur malam. Nasib baik masa tengah malam tuh hujan lebat. Dapatlah member aku tuh tidur sebab dah tak dengar bunyi 'mereka' bekerja.Tapi ada satu gangguan neh memang yang diorang tak tahan bila 'benda' tuh pandai plak main petik-petik suis lampu hahahahha... Menurutnya lagi, jenis lampu rumah kat kampung tuh, lampu dia jenis kalau kita 'on' kan dia terus menyala, takdenyer nak berkelip-kelip. Tapi malam tuh, tiba-tiba lampu tuh berkelip-kelip. Menurut kawan aku lagi adalah mustahil ada manusia dalam rumah tu yang 'on'kan memandangkan masa tuh waktu malam. Orang dah tidur, tambahan pulak suis dekat luar, siapa pulak nak petik? memang tak lah kan?

Tambah lagi pulak waktu tuh boleh dia nampak ada orang lalu lalang kat luar rumah.. hohoho kalau aku jadi beliaulah kan., memang aku kepit jer bawah ketiak atok atau uwan den.. heyy..

 Ye lah kan, menurut datuk kepada kawan aku neh, dekat rumah tuh dulu asalnya memang tempat diorang (bunian). Tapi dah buat rumah , dorang tetap kat situ. Yer lah kan, Orang Bunian mana lah nak dapat Pampasan nak pindah tempat lain. Duduk jer lah dorang kat situ.

Mungkin ada antara korang yang percaya dan tak percaya dengan kewujudan bunian. terserah.. blog aku neh jenis santai.. tak payah nak stress & tension sangat macam SESETENGAH(Bukan semua) kawan-kawan FB aku yang semuanya berpendidikan tinggi tuh.. kau nak caya satu hal, tak nak caya pon ko punye pasallah k?

hohohoho berlagaknya aku petang-petang jumaat neh,, kang tak memasal kene panah petir kang.

Untuk korang yang tak berape nak faham dengan bunian neh sebenarnya ada beberapa versi yang aku dengar tentang orang bunian

Versi 1, orang bunian ialah merupakan hasil perkahwinan antara jin dan manusia..

Versi 2, orang bunian neh sebenarnya dia macam manusia macam kita, tapi alam diorang dengan alam kita berbeza dari segi waktu,, macam waktu kita kat sini seminggu, tapi bagi dorang macam satu hari,, sebab tuh kalau ada kes orang sorok bunian, dia pergi alam bunian satu hari jer.. tapi bila dia balik alam dunia manusia orang cakap dia hilang seminggu.

Versi 3, orang bunian juga merupakan golongan jin,ada yang cakap tempat tinggal dorang dalam hutan ataupun laut..

Aku pernah teringat arwah atuk aku pernah pesan, kalau masuk hutan, hati-hati kalau dalam hutan tuh ada pokok rapat-rapat, tiba-tiba ada satu pokok neh tumbuh kat tanah lapang, kat situlah tempat permainan bunian. Wallahuallam..

Terima kasih kepada yang baca blog neh.
Yang suka dan salu support aku pon aku nak ucapkan jutaan terima kasih.
Kepada yang dok hentam, konon khurafat, merapu, blog sampah dan picisan, tolong jangan jadi sampah, kalau boleh blah dari sini dan sebelum kau blah sila baca balik dekat bahagian atas blog aku neh tulis ape?


Hew hew hew

Sorry yer ter emo plak beberapa hari neh