Tone Excel

Friday, August 15, 2014

Saka Ibu


Hurm.. bila sebut saka, apa yang korang faham dengan saka? Jin , syaitan? Ok lah kalau merujuk Kamus Dewan(edisi ke berapa aku tak ingat, tapi aku pernah tak ada kerja carik maksud saka kat dalam library sekolah), Saka bermaksud Leluhur/Keturunan. Tu yang pelik kan? Bila dapat kat orang Melayu, asal sebut saka jer Jin belaanlah ape lah.. Tapi perkataan Saka sekarang dah sinonim dalam masyarakat melayu sekarang merujuk kepada Roh/Jin yang diturunkan sama ada dari bapa atau ibu. Saka boleh juga datang dalam keadaan yang kita sedar mahupun tidak.

Saka memang lah boleh membantu manusia, orang dulu-dulu membela saka sebab nak suruh jaga ladang, rumah dan kebun. Aku pernah dengar jugak orang cakap, nak tahu rumah orang tuh ada saka ker tak, kadang-kadang tuh jangankan orang, ulat pun tak berani nak makan buah-buahan yang Tuan Pembela Saka neh tanam. Aku tak tahulah betul ker tak.. Sembang kencang ke ape ker.. hahhaha

Tapi, macam biasa lah, kalau perkara-perkara yang melibatkan setan neh tak pernah pengakhirannya baik. Benda neh buat kerja mestilah nak berupah, masa kau sihat boleh lah layan apa yang saka kau nak. Cuba kalau dah masuk umur tua, korang pun dah tak terlayan. Silap hari bulan, saka tuh makan diri kau sendiri.

Melalui kisah yang aku dengar dari Rahim(bukan nama sebenar), Emaknya ada membela saka, disebabkan semakin tua, sebab tu lah makin lama mak dia dah tak terlayan. Untuk pengetahuan, mak kepada Rahim neh dah nyanyuk. Sebab, sampai sekarang, emak dia suka bangun tengah-tengah malam, berdiri tepi katil dia atau anak-anak dia sambil memanggil-manggil dengan suara yang garau. Padahal Rahim tahu, itu bukan suara mak dia. Mungkin agak keterlaluan kalau Rahim nak menuduh mak dia membela saka.

Pada mulanya, hal ini tidak diketahui oleh Rahim, sehinggalah pada suatu hari emak Rahim meracau-racau pada setiap maghrib. Pada waktu maghrib sahaja emaknya meracau-racau. Nak dijadikan cerita,, akhirnya Rahim memanggil seorang pengamal perubatan tradisional.

Pengamal Perubatan tersebut membawa 4 helai kain kuning lalu diletakkan ke badan ibu Rahim.. Apabila kain tersebut diletakkan ke atas badan emak Rahim, Emaknya tidak boleh bergerak. Sehinggalah sekarang, setiap kali pada waktu Maghrib sahaja ibunya akan meracau-racau.

Kadang-kala, ibunya pandai merayu-rayu apabila kain kuning diletakkan dibadannya  "Rahim. tolong mak , Rahim...".. Pada mulanya suara ibunya itu lembut seperti merayu-rayu.. Lama-kelamaan suaranya berubah menjadi garau. Tapi Rahim hanya buat tak tahu dan tidak akan melayan, kerana Rahim tahu itu bukan emaknya.

No comments:

Post a Comment