Tone Excel

Friday, August 8, 2014

Bunian



Dah lama tak update blog kan? Huhuhuhu yang sebenarnya, kononnya bulan lepas nak menghormati Bulan Ramadhan.. tapi yer lah kan.. Balik-balik raya jer, jumpa balik kawan-kawan ofis. Tiba-tiba dia cerita pasal ada gangguan dekat rumah kampung dia. Tu yang berkobar-kobar jadi nyer tuh..

Memang aku neh suka online Fb jer.. Tapi sejak kebelakangan neh macam menyampah pon ade gak, nak-nak plak jadi isu boikot memboikot sekarang neh. Nak Boikot pon salah, tak boikot pon salah. Lantak kau lah, dah nama pon manusia, apa ko buat sumenye salah. tak pernah nyer betol. Kalau aku nak panjanglan kisah nak terus bergaduh boleh jer,, sebab manusia skang neh kalau berhujah tak menggunakan FAKTA,, mengAUTA jer pun dah boleh masuk parlimen. Takperlah tunggu carik pasal dengan aku sikit jer lagi. Aku neh memang nampak bodoh-bodoh. macam takde perasaan, 'update status fb' pun macam 'bangang' jer bak kata salah seorang 'FB Friend' aku,, yer lah mungkin dia orang yang berilmu, dah tahu 'berilmu' yang ko BANGANG sangat nak 'add' aku tuh kenape? Kadang pelik gak aku dengan manusia yang rasa Education Level dia tuh tahap Infiniti kononnya. Mungkin dia lupa, persoalan dalam dunia neh tak semuanya berbentuk objektif.. yang sudah terang-terang ada betul dan salahnya. Selepas kau melangkah kaki dari pagar sekolah, sepatutnya kau sedar ada banyak lagi persoalan yang  boleh dijawab dengan dalam bentuk esei.. ada banyak soalan yang boleh dijawab dalam bentuk pro dan kontra

Eh dah aku lari topik lak. Aku nak citer pasal BUNIAN sebenarnya, bukannya nak berBUNYIAN (membebel).

Berbalik pasal citer member aku neh, boleh tahan jugak lah ceritanya. Katanya, masa tuh nak tidur malam. Tiba-tiba dia terdengar macam bunyi bising. macam bunyi orang memasak kot. Salah sorang officemate aku sibuk pulak mencelah, "Yer lah waktu siang kita, dia tidur, waktu malam kita, diorang(bunian) siang, diorang pon nak raya gak, tuh yang ko dengar bunyi orang masak tuh" hahahahahhahaha memang pecah hilai ketawa masa tuh dengar 'statement' member aku neh.

Tapi setakat bunyi tuh memang takper lagi lah kot. Tapi memanglah bunyi tuh mengganggu sampai kawan aku neh tak boleh tidur malam. Nasib baik masa tengah malam tuh hujan lebat. Dapatlah member aku tuh tidur sebab dah tak dengar bunyi 'mereka' bekerja.Tapi ada satu gangguan neh memang yang diorang tak tahan bila 'benda' tuh pandai plak main petik-petik suis lampu hahahahha... Menurutnya lagi, jenis lampu rumah kat kampung tuh, lampu dia jenis kalau kita 'on' kan dia terus menyala, takdenyer nak berkelip-kelip. Tapi malam tuh, tiba-tiba lampu tuh berkelip-kelip. Menurut kawan aku lagi adalah mustahil ada manusia dalam rumah tu yang 'on'kan memandangkan masa tuh waktu malam. Orang dah tidur, tambahan pulak suis dekat luar, siapa pulak nak petik? memang tak lah kan?

Tambah lagi pulak waktu tuh boleh dia nampak ada orang lalu lalang kat luar rumah.. hohoho kalau aku jadi beliaulah kan., memang aku kepit jer bawah ketiak atok atau uwan den.. heyy..

 Ye lah kan, menurut datuk kepada kawan aku neh, dekat rumah tuh dulu asalnya memang tempat diorang (bunian). Tapi dah buat rumah , dorang tetap kat situ. Yer lah kan, Orang Bunian mana lah nak dapat Pampasan nak pindah tempat lain. Duduk jer lah dorang kat situ.

Mungkin ada antara korang yang percaya dan tak percaya dengan kewujudan bunian. terserah.. blog aku neh jenis santai.. tak payah nak stress & tension sangat macam SESETENGAH(Bukan semua) kawan-kawan FB aku yang semuanya berpendidikan tinggi tuh.. kau nak caya satu hal, tak nak caya pon ko punye pasallah k?

hohohoho berlagaknya aku petang-petang jumaat neh,, kang tak memasal kene panah petir kang.

Untuk korang yang tak berape nak faham dengan bunian neh sebenarnya ada beberapa versi yang aku dengar tentang orang bunian

Versi 1, orang bunian ialah merupakan hasil perkahwinan antara jin dan manusia..

Versi 2, orang bunian neh sebenarnya dia macam manusia macam kita, tapi alam diorang dengan alam kita berbeza dari segi waktu,, macam waktu kita kat sini seminggu, tapi bagi dorang macam satu hari,, sebab tuh kalau ada kes orang sorok bunian, dia pergi alam bunian satu hari jer.. tapi bila dia balik alam dunia manusia orang cakap dia hilang seminggu.

Versi 3, orang bunian juga merupakan golongan jin,ada yang cakap tempat tinggal dorang dalam hutan ataupun laut..

Aku pernah teringat arwah atuk aku pernah pesan, kalau masuk hutan, hati-hati kalau dalam hutan tuh ada pokok rapat-rapat, tiba-tiba ada satu pokok neh tumbuh kat tanah lapang, kat situlah tempat permainan bunian. Wallahuallam..

Terima kasih kepada yang baca blog neh.
Yang suka dan salu support aku pon aku nak ucapkan jutaan terima kasih.
Kepada yang dok hentam, konon khurafat, merapu, blog sampah dan picisan, tolong jangan jadi sampah, kalau boleh blah dari sini dan sebelum kau blah sila baca balik dekat bahagian atas blog aku neh tulis ape?


Hew hew hew

Sorry yer ter emo plak beberapa hari neh

4 comments:

  1. Sekarang Telah Hadir LIVECASINO338
    Anda tidak perlu lagi untuk ke luar negeri hanya untuk bermain di Kasino
    Hanya dengan menggunakan handphone saja anda sudah bisa bermain
    LIVECASINO338 online 24 jam

    Promo untuk saat ini:
    ~Bonus Deposit 10% (New Member)
    ~ Bonus Rollingan Casino 1% (all product)
    ~ Bonus Referral 3%

    1 User id Untuk Semua permainan
    ~ Baccarat
    ~ Roulette
    ~ Sicbo
    ~ Dragon Tiger
    ~ Slot Game
    ~ Sabung Ayam

    Contact US
    WA : +855965922558
    BBM : 2AD88032
    NO HP : +855965922558
    Register : http://livecasino3381.pkr69.com

    ReplyDelete
  2. Banyak fakta salah disebut di sini. Ingin saya perbetulkan pemahaman dan pengetahuan anda mengenai alam ghaib.

    Sebenarnya bunian adalah bunian. Bukan dari keturunan jin atau keturunan campuran jin bersama manusia. Bunian juga salah satu daripada makhluk ciptaan Allah. Bunian diciptakan daripada sedikit cahaya daripada malaikat, sama seperti malaikat dicipta daripada cahaya. Tetapi bunian bukan malaikat. Cuma berbezanya adalah Para Malaikat tiada jantina, tidak makan, tidak minum dan tidak tidur manakala Bunian pula sebaliknya. Mereka berkeluarga, makan, minum dan tidur seperti manusia. Bunian tidak memakan daging, tetapi Cuma makan tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan. Bunian mempunyai sayap sama seperti malaikat. Akan tetapi bunian mempunyai mahkota emas permata yang tumbuh semulajadi seperti tanduk rusa. Alam bunian bukan di bumi tetapi di langit iaitu alam kayangan yang dipanggil Alam Zara yang penuh emas permata, begitu juga pakaian bunian, diselimuti emas permata, lautan putih ibarat susu sungguh jernih.

    Sudah beratus tahun, tidak ada manusia yang berkahwin dengan bunian. Tetapi dahulu kala, memang wujud manusia yang berkahwin dengan bunian. Bagi manusia keturunan campuran ini, dalam kandungan si ibu itu nanti, anak itu samada bercahaya atau mempunyai jasad. Bila kandungan mencapai usia 5-6 bulan, jika kandungan itu bercahaya, maka dia akan diambil bunian. Tetapi jika dia berjasad, anak itu tidak akan di ambil, kerana manusia tidak boleh hidup di alam bunian.

    Bunian diciptakan oleh Allah untuk menjadi rahsia Allah dan tidak boleh memuncul dihadapan manusia apatah lagi bersuara. Tetapi kini Allah mengizinkan bunian bersuara tetapi hanya melalui manusia kacukan bunian yang mana satu-satunya diwujudkan oleh Allah yang bercahaya tetapi dia juga mempunyai jasad, iaitu “Puteri Nur”. Tujuan dia dilahirkan adalah untuk bersuara membetulkan salah faham umat Adam mengenai siapa bunian (http://www.superkiram.net/2017/08/18/inilah-wajah-sebenar-puteri-nur-satu-satunya-manusia-kacukan-bunian/). Tetapi “Puteri Nur” akan kembali ke alam zara, kerana hari demi hari, dia semakin menyerupai seperti bunian sepenuhnya dan dia tidak boleh tinggal lama di dunia. Selepas pemergian Puteri Nur, bunian tidak akan bersuara lagi, jika kemudian ada yang berkata bahawa dia adalah bunian, itu adalah lakonan jin kafir semata-mata. Puteri Nur boleh mendengar segala termasuk pokok berzikir dan awan menyanyi. Puteri Nur tidak boleh hidup tanpa menghidu bunga dan dia tidak boleh kena matahari sentiasa, kerana kulitnya nipis dan di dari cahaya.

    ReplyDelete
  3. Bunian juga tidak memberi harta kepada manusia. Manusia yang ingin pertolongan, perlu hanya meminta kepada Allah sahaja dengan berdoa dengan baca surah al kahfi, bunian akan membantu memberi lorong jika Allah perintahkan tetapi bunian tidak memberikan harta bunian kepada manusia kerana berdosa, Allah tidak mengizinkan.

    Sebenarnya, apa yang dikatakan oleh orang ramai selama ini mengenai masuk ke alam bunian, berjumpa bunian, ternampak bunian, anak dalam kandungan diambil bunian, disembunyikan bunian itu semua bukan angkara bunian tetapi Iblis, jin kafir dan qarin. Setiap manusia dilahirkan bersama qarin dan qarin-qarin inilah kebanyakannya ke hutan dan membina kerajaan masing-masing. Manusia meninggal dunia, meninggalkan qarin. Hanya qarin Rasulullah saja yang islam. Banyak manusia merawat menggunakan qarin. Malah ada manusia yang disembunyikan qarinnya sendiri ketika memasuki hutan. Kerana sifat jin itu sendiri suka berjenaka dan amat nakal. Manakala iblis pula membenci manusia dan bunian. Jadi untuk memberikan salah faham mengenai bunian maka iblis dan jin-jin kafir berlakon memakai serban putih, janggut putih dan berjubah putih menyamar menjadi bunian. Kerana manusia memandang orang yang berpakaian serba putih, berjubah putih itu adalah orang alim dan waraq. Malah kampung yang dikatakan kampung bunian juga adalah kampung jin kafir. Kerana bunian tidak tinggal di bumi tetapi tinggal di langit, iaitu Alam Zara. Alam Zara tidak mempunyai matahari dan alam itu cerah kerana bunian itu sendiri bercahaya. Manusia tidak boleh tinggal di alam bunian kerana alam bunian tidak ada matahari. Allah jadikan alam bunian sebagai alam paling sakti dan Allah memberi kelebihan ini kepada bunian kerana bunian perlu membantu malaikat, bertempur dengan iblis. Iblis dan jin kafir takut kepada bunian kerana bunian boleh mengawal dan memusnahkan iblis dan jin kafir.

    Manusia dari dulu sehingga kini, masih syirik kepada Allah apabila menyeru dan meminta pertolongan jin. Dalam perawatan tidak boleh menggunakan perantaraan contoh seperti jin, keris, limau dan macam-macam lagi. Apabila manusia menggunakan barang perantaraan ini, jin kafir seronok kerana manusia telah syirik. Manusia hanya boleh meminta pertolongan Allah dengan berdoa terus kepada Allah saja. Ada manusia merawat manusia lain menggunakan keris dan kadang ada yang kononnya membunuh jin dengan menyembelih jin menggunakan keris itu, itu tidak logik, kerana hanya Allah boleh mengambil nyawa makhluknya dan manusia tidak boleh melihat jin atau iblis itu, bagaimana dia pasti dia telah membunuh iblis dan jin? Keris tidak boleh membunuh iblis dan jin, kerana iblis dan jin dibuat daripada api. Malah ada perawat mengatakan dia telah membakar iblis dan jin, adalah tidak logic kerana iblis dan jin itu sendiri dibuat daripada api.

    ReplyDelete
  4. Allah memerintahkan semua makhluk bersujud kepada Adam termasuklah bunian, cuma iblis enggan kerana mereka merasa megah mereka diciptakan daripada api yang berwarna-warni, manakala Adam daripada tanah yang berwarna-warni. Kerana itu Allah telah menukarkan wajah iblis kepada hodoh. Iblis berdendam kepada manusia sehingga kini. Manusia di angkat Allah sebagai makhluk paling mulia. Iblis berjanji untuk menyesatkan umat Adam sehingga hari kiamat dan berjaya membuatkan habil dan qabil berbunuh. Oleh itu Allah mencipta bunian, untuk berdamping dengan Adam agar manusia dapat membiak, setelah habil dan qabil berbunuh. Bagaimana manusia hendak membiak dengan sendiri? baru membiak saja sudah berbunuh di tanah Somalia. Kerana itu Allah menyumpah tanah Somalia dan tanah itu tidak subur.

    Semasa hujan dan petir, ketika itulah Raja-raja Bunian bersama-sama para malaikat turun dan bertempur melawan iblis yang selalu mengganggu manusia. Iblis bukan berada di Malaysia, Indonesia saja, tetapi iblis berada di seluruh dunia. Begitu juga bunian, berada di seluruh dunia. Tetapi bunian tidak membiak secepat sebanyak iblis dan jin. Iblis dan jin membiak dengan banyak dan cepat kerana mereka daripada api. Segala masalah dunia seperti manusia berbunuh, manusia berperang dan macam-macam lagi adalah angkara iblis yang mahu memusnahkan manusia. Bunian juga menyimpan segala khazanah manusia di alam bunian yang di panggil alam zara, seperti tongkat nabi musa, pusara hang tuah yang sebenar dan lain-lain. Berbeza waktu alam bunian dan alam manusia (Dunia) dimana di alam bunian 3 tahun, tetapi di dunia cuma 30 minit.
    Dengan lahirnya manusia kacukan bunian yang unik ini iaitu Puteri Nur, juga bermaksud dajal sudah mula bergerak. Malah sekarang, quran juga sudah mula diubah. Kemudian apa yang akan berlaku suatu hari nanti adalah kaabah dirobohkan dan sudah tidak ada umat islam. Bumi sudah terlalu tua, selepas dunia ini musnah, Allah tetap akan membuat dunia yang baru tapi tidak ada lagi manusia. Allah telah menurunkan perintah kepada bunian, semasa manusia berbunuhan, bahawa biarkan saja, kerana bumi sudah tua dan begitulah akhirnya. Bunian dan jin islam menangis melihat kekejaman manusia. Islam sesama islam berbunuhan. Segala tanda kiamat sudah ada.

    Allah mencipta 7 jenis alam dan Allah saja mengetahui mengenai makhluk-makhluk itu. Allah sebut dalam quran, Allah mencipta pelbagai alam. 7 petala langit, 7 petala bumi. Semasa 100 hari sebelum kematian manusia, manusia yang tidak percaya alam ghaib, Allah akan memperlihatkan makhluk-makhluk ghaib kepadanya. Akhir zaman, akan datang imam Mahdi membawa turun nabi isa dari langit dan membinasakan dajal. Imam Mahdi bukan dari kalangan manusia biasa.

    Orang dahulu mengambil jin kerah, untuk menjaga dusun. Kerana diwaktu itu tiada racun. Manakala saka ular selalu di ambil oleh orang yang menari liuk lentuk, kerana dahulu raja selalu meminta rakyat menari di istana. Saka nenek kebayan, di ambil orang dahulu kala untuk perbidanan. Saka nenek kebayan adalah langsuir dan uri bayi lahir dijamu kepada langsuir. Tapi jin itu kemudian diwarisi dari keturunan ke keturunan dan menjadi saka. Saka di ambil dari perkataan pusaka, iaitu warisan. Selain tujuan kedatangan Puteri Nur untuk menjelaskan perkara sebenar mengenai bunian, Puteri Nur juga bertujuan membatalkan perjanjian lama antara jin kafir yan menjadi saka dengan manusia.

    Kumpulan iblis dan jin kafir:
    1. Kumpulan azazil : berbulu seperti serigala jadian.
    2. Kumpulan ifrit: anjing-anjing hitam pengiring ifrit.
    Mereka suka berada di kawasan kubur.

    ReplyDelete