Tone Excel

Thursday, August 21, 2014

Kucing Hitam yang Misteri....



Kali neh aku nak bercerita pasal kucing hitam. Ada apa dengan kucing hitam? Kenapa kucing hitam dilanda dengan pelbagai tohmahan dan kontroversi walaupun beliau hanyalah seekor kucing dan bukanlah 'retis'(artis). Adakah kerana warnanya yang hitam, dimana warna ini sering dikaitkan dengan perkara-perkara negatif?

Antara cerita yang 'famous' tentang kucing hitam ni adalah, kalau kucing hitam neh langkah mayat, kompom mayat akan bangun (tolong tahan gelak, aku ada bende yang lebih lawak lagi nak share dengan korang.Ok? tarik nafas, hembus,, dan teruskan membaca).

Ada juga yang mengatakan kucing hitam ini adalah simbol kejahatan seperti sihir. Juga kucing hitam ini memberi petunjuk bahawa sesetengah tempat itu dikatakan berhantu jika terlihat kucing hitam disitu.

Masyarakat Melayu percaya, kucing hitam yang dibela didalam rumah boleh menyebabkan anak gadis didalam rumah 'berat jodoh'(tolong tahan ketawa lagi sikit jer lagi). Masalahnya sekarang, berapa ramai lagi yang tak bela kucing hitam tapi tak kahwin-kahwin??? Lu fikirlah sendiri (pinjam ayat Nabil jap).

Kepercayaan tentang kucing hitam ini bukan setakat dalam kepercayaan Melayu sahaja, malahan Masyarakat Cina juga percaya kehadiran seekor kucing hitam memberi petanda bahawa mereka akan jatuh sakit atau akan jadi miskin.

Tetapi seiring dengan peredaran zaman, dan masyarakat yang semakin rasional tidak lagi mempeduli akan hal ini. Malahan kini kucing hitam seakan-akan menjadi buruan/trend bagi mereka yang minat membela kucing, ada yang menganggap kucing yang berbulu hitam keseluruhannya adalah sesuatu yang unik dan sukar didapati kini.

Malahan penulis juga pernah berbicara dengan seseorang yang membela kucing hitam, katanya agak unik dan lain dari yang lain "Kucing hitam ni bagus dibela dalam rumah, dapat menangkal ilmu sihir, kalau ada orang buat tak baik kat rumah ni, kucing hitam ni boleh menyelamatkan. Fungsi dia sama macam bela ikan puyu juga dapat menangkas perbuatan pukau"

Hurm.. setiap orang mempunyai pendapat masing-masing dalam hal ini. Pada pendapat penulis, Kucing Hitam hanyalah seekor kucing. Kucing hitam tidak mampu mendatangkan kemudaratan kepada sesiapapun jika tanpa keizinan Allah.

Pada penulis, kucing yang berbulu hitam keseluruhannya adalah seekor kucing yang sexy, gaya, mutu dan keunggulan.

Oh tak lupa juga, Hitam itu Perilly's... hahahhaah

Selebihnya, tepuk dada dan tanyalah selera masing-masing.



Rujukan :

1) https://www.facebook.com/notes/ensaiklopedia-petua-melayu-lama/pantang-larang-kucing/183369625031841

2) http://kucing2comel.blogspot.com/2013/08/mitos-mengenai-kucing-hitam.html

No comments:

Post a Comment