Pengalaman Ibu 2 : Arwah Adik Balik Rumah

Masih lagi bercerita dengan salah satu kenalan mesra yang aku panggil Ibu. Mula ingat nak update blog neh malam tadi masa aku tak boleh tido, sakit bisa-bisa badan.. Tapi hati aku tak sedap.. kat tepi tingkap boleh lak aku dengar bunyi bersiul. Aku cuba mengintai tapi tak nampak apa-apa.


Biarlah mungkin kutu berahak kat area rumah aku neh dok mengganggu tak pon Mat Rempit ker dok bersiul, kalau bukan Mat Rempit pon mungkin Mat SEMPERIT,, yer lah nak dekat raya neh kan,, walaupun puasa lambat lagi, mungkin ada yang tengah nak buat tester kuih raya ker,



So, dorang pon bersiul sambil buat kuih huhuhuhuh.. Itulah statement aku dalam hati untuk menyedapkan hati..Bukan takut.. Sebab malam kelmarin pon aku ada update blog pasal Ibu neh tengah malam gak lah sebab aku memang tak leh tido malam, tapi malam tadi hati aku tak sedap badan, rasa mencucuk dari tapak kaki sampai pinggang.. Aku follow isyarat hati aku jer lah.

Ok berbalik pasal tajuk blog kali neh, kali ini aku nak ceritakan tentang pengalaman Ibu selepas kematian adik dia. Seperti yang aku nak katakan, yang dah pergi tak akan kembali. Sebab, sekali roh sudah masuk ke Alam Barzakh adalah mustahil untuk kembali ke dunia kembali. Kalau ada pon penampakan Arwah si mati itu tak lain tak bukan ialah Qarin iaitu Jin Pendamping.

Setiap dari kita memang ada Jin Pendamping. Qarin ini akan mengiring kita dari saat kelahiran sampailah kematian. Even kita dah mati pun, Qarin masih boleh hidup beratus-ratus tahun lagi.

Ok lah aku neh membebel jer.. Sekarang cerita pasal pengalaman ibu lepas adik dia meninggal. Kata Ibu, boleh plak dia terdengar macam suara Arwah Adik dia dok panggil-panggil dia "Kak, kak.."..

Pada mulanya, Ibu tak ingat yang adik dia dah meninggal. Dia pun menyahut. Tiba-tiba baru dia teringat adik dia meninggal. Bukan setakat gangguan itu jer. Paling tak tahan, Ibu pernah nampak Pochong.

Anak Ibu pun pernah ternampak kelibat Arwah didalam rumah. Nak dijadikan cerita akhir sekali, Ibu dan Anak pergi berubat untuk pulihkan semangat termasuk lah mandi dengan air ubat.

Macam biasalah, kata Ibu, kesan nya sekejap jer, Ibu, Anak dan Suami masih lagi boleh nampak 'penampakan' mungkin disebabkan dah memang mata diorang boleh 'tembus'.

Tapi kata Ibu, lepas berubat dia tak dengar lagi dah bunyi Suara Arwah adik dia panggil "kak,,, kak..."

Tapi penampakan seperti 'benda terbang' di balkoni rumah masih lagi boleh dialami oleh keluarga Ibu.

Tambah Ibu lagi, Apartment tempat Ibu tinggal neh pun pernah ada sejarah macam kat rumah Melaka gak.. Dekat tingkat 14 atau tingkat 16 pernah ada kes orang mati bunuh diri. Orang tu terjun dari tingkata 14 atau 16 kebawah.

Bayangkanlah kalau dari Tingkat 14 atau 16 kalau terjun, mungkin macam dah tak ada rupa orang dah kot, mungkin adalah sisa-sisa darah atau daging terpercik kat mana-mana, maka jadi 'Permaianan Syaitan' lah disitu.

Comments

  1. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts