Tone Excel

Saturday, November 8, 2014

Perjanjian Berdarah

Apabila perkara-perkara yang melibatkan jin dan syaitan tidak pernah mendatangkan kebaikan. Jika ia pun mungkin hanya sementara waktu. Kali neh aku nak bercerita tentang kisah menantu dan ibu mertua. Biar aku namakan menantu sebagai Rosman (bukan nama sebenar) manakala ibu mertuanya bernama Ema (pun bukan nama sebenar). Sebenarnya hubungan Rosman dan Ema tidaklah baik.


Rosman agak membenci Ema kerana sikap mata duitan ibunya. Boleh dikatakan Ema agak pilih kasih. Hal ini sehinggalah pada satu hari membuatkan Rosman menjadi penasaran untuk bertemu dengan satu bomoh untuk memiliki kekayaan!...

Sewaktu berada di rumah Pak Ayie (bukan nama sebenar) merupakan seorang pengamal ilmu hitam, Pak Ayie memberi kata dua kepada Rosman :

"Aku boleh beri apa yang kau inginkan...
aku boleh beri kau kekayaan...
Tetapi dengan syarat ada benda yang harus kau korbankan...
Korban tersebut adalah nyawa..
Dan..
Nyawa itu haruslah terdiri dari ahli keluarga kau sendiri..."

Dalam beberapa saat, Rosman tidak berfikir panjang, terus mencadangkan nama ibu mertuanya, Ema..

Sebenarnya terdapat beberapa pantang yang harus Rosman ikutkan tapi tak perlu lah ku nyatakan disini sebab aku takut jugak sebenarnya menulis sorang-sorang dalam bilik malam-malam neh. Meremang lak segala bulu kat badan hahahhaha.

Ok lah nak dipendekkan cerita akhirnya, Rosman mendapat duit tidak terduga, menang loteri. Apabila menang  duit tersebut, Rosman tidak lokek membelanja ahli keluarga , kawan-kawan malahan termasuk ibu mertuanya sendiri.

Ibu mertuanya juga berubah seolah-olah semakin sayang kepada Rosman, tiba-tiba pada satu malam Ema memanggil Rosman

"Man, mak ada benda nak cakap dengan kau...
Tak tahulah kenapa, dalam banyak-banyak anak-anak dan menantu mak,
Walaupun mak selalu membebel dan berleter dekat kau,
Tapi mak rasa kau lah anak yang boleh diharap,
Sebenarnya, dalam hidup mak, ada benda yang mak sorokkan. ayah(ayah mertua Rosman) kau pun sendiri tak tahu yang mak ada simpanan sedikit selain dekat tabung haji tuh.Ingat esok nak mintak kau bawak kan mak pergi bank"

Rosman tiba-tiba terharu melihat Mak mertuanya yang dah berubah.Agak  mengejutkan.. Tapi Ema tidak sebut apa tujuan pergi ke bank. Rosman menganggap mungkin ibu mertuanya ingin membuat sedikit pengeluaran...

Pagi esok, Rosman bersiap-siap hendak membawa ibu mertuanya keluar dengan alasan untuk membawa Ema beli barang dapur. Isteri Rosman, iaitu Manda tidak mengesyaki, ye lah hubungan Ibu dan Menantu kan..

Dijadikan cerita, dalam perjalanan, kereta Rosman rosak ditengah jalan.Kebetulan berdekatan dengan stesen KTM, Rosman hanya menyarankan Ema menaiki KTM jika dia ingin cepat, kerana dia tiada pilihan lain kecuali menunggu mekanik sampai dalam setengah jam, lepastuh nak repair lagi tak tahu berapa lama nak siap.

Ema pun menurut kata Rosman, Rosman hanya memerhatikan ibu mertuanya sahaja. Tiba-tiba dalam 05 minit sebuah tren baru sahaja sampai ke stesen tersebut. Tiba-tiba dalam masa yang sama Rosman terdengar bunyi yang agak riuh,, Rosman jadi tidak puas hati dan terus meninggalkan keretanya sahaja.

Suasana menjadi gegak gempita, tren berhenti agak lama...

Sesampainya disana, Rosman dimaklumkan oleh petugas kaunter ada perempuan terjatuh di landasan dan digilis.

Walaupun tidak diberitahu siapa, Rosman dapat mengagak.

Ya Allah,
Tak sangka sungguh tragik cara 'mengorbankan' nyawa untuk sebuah kekayaan...

Begitulah cerita dari seorang doktor yang merawat Rosman di Hospital gila. Menurut Doktor Hanif (bukan nama sebenar) walaupun Rosman gila, tapi dari cara dia bercerita tidak nampak seperti seorang gila.

Mungkin apa yang diceritakan Rosman kepada Hanif hanyalah ilusi...

Tetapi mungkin benar..

Tidak kiralah sama ada cerita tersebut benar ataupun tidak.
Tetapi tidak salah jika dijadikan sebagai pengajaran.

Menurut Doktor Hanif, Rosman mengidap skizofrenia sejenis penyakit mental dan halusinasi sering ternampak perkara-perkara yang menakutkan. Kemuncak masalah Rosman sehingga dia dimasukkan hospital gila apabila Rosman nyaris-nyari membunuh kekasih anaknya, Daud kerana mengesyaki Daud berniat hendak melakukan perkara yang sama kepada isterinya Manda.

Mungkin kerana Rosman juga takut dengan bayang-bayang sendiri..

No comments:

Post a Comment