Sumpahan Warna Hitam dalam perkahwinan






Petang tadi lepas bawak mak aku pergi medical check up waktu pagi sampai tengah hari,teman kawan aku fitting baju kahwin dekat butik, kira mak dia ada sekali. Sekarang neh dah memang trend, konsep perkahwinan banyak orang gabungkan dengan warna hitam. Selama neh aku ingat orang cina dan agama lain jer yang anggap warna hitam neh untuk warna berkabung, rupanya dalam masyarakat Melayu sendiri pun ada pantang gak.

Tak boleh pakai busana hitam, masa hari persandingan ataupun pernikahan kononnya nanti bercerai tak kekal lama sebab warna hitam tuh macam aura yang tidak baik. Hahahhaha selama neh aku ingat Master Feng Shui jer yang cakap macam neh,  tak sangka master baju kahwin pun boleh cakap macam neh gak. Mula tuh memang kami ketawa, kemudian mak dia pun menyampuk, jangan pakai warna hitam, ramai yang dia tengok yang kahwin pakai baju hitam,  mesti bercerai, kalau tak bercerai hidup bermadu lah hahhahahha.

Mula-mula kawan aku berkeras gak, dia tetap nak baju nikah tuh pakai baju hitam + golden lace. Mak dia mula meninggi suara "Kau tak nak bersanding, mak boleh terima, kau tak nak ikut adat melayu dalam perkahwinan ko pun makboleh terima,tak nak buat malam berinai semua tuh, tapi kali neh tolonglah, jangan lah pilih warna hitam,kali neh dengar cakap mak.  Mak kalau boleh, nak kau kahwin bahagia, tak nak kau jadi macam mak, mak dulu kahwin ada mengenakan busana songket hitam, tengok apa jadi pada kami? kawan mak pun sama, kahwin pakai baju hitam sikit jer kat songket pengantin lelaki, sekarang neh hidup bermadu. memang kaler hitam neh tak baik kau tau tak? dah banyak orang bercakap, bila dah banyak orang bercakap dia macam dah jadi satu doa. Korang neh budak tak tahu pape. Cuba korang tengok budak2 sekarang, kahwin berape bulan bercerai berai, sebab tak pernah nak mendengar cakap orang tua-tua"..

Aku terus serius dengan kawan aku Sophea. Kemudia terus Sophea  pilih warna hijau + gold untuk majlis akad nikah dia. Untuk resepsi dia dah pilih gaun warnah putih krim.Tapi dia belum tempah lagi lah gaun tuh. Masih survey dekat butik-butik lain. Sebab butik yang dia pergi neh tak pandai buat gaun. Owner butik tuh tanya gak, nape kahwin tak nak pelamin? Kawan aku cakap simple,dia dah suruh mak dia pesan kat saudara mara dia, "Pada hari tuh nanti, saya buat kat taman, jadi ada banyak background semulajadi untuk fotografi, not necessary pelamin. Kalau ada saudara mara sibuk mengumpat pasal pelamin, senang! saya suruh dorang balik jer, Saya cakap betul, hari tuh Hari Bahagia saya, saya nak orang cakap benda baik-baik. Kalau tak mampu nak berdoa kebahagian saya, just jangan cakap pape. Saya memang jemput tak ramai dalam 200 orang jer"

Hahahah aku memang sokong dengan Sophea,sebenarnya perkahwinan neh benda yang ringkas, kadang2 adat yang remeh neh yang menyebabkan orang kahwin lambat dan tak berkahwin langsung. Aku sokong Sophea bab2 adat neh dia tak nak ikut dalam majlis perkahwinan dia. Tapi tentang busana hitam tuh cukuplah aku anggap warna hitam tuh tak sesuai dan tak menarik untuk perkahwinan, nak percaya pun tak boleh, kalau percaya kang syirik pulak.

Jadi, sejauh mana korang setuju dengan pantang memakai busana hitam neh? Bagi aku dengan Sopeha, inilah kali pertama aku dengar yang kita tak boleh pakai baju hitam di hari persandingan.

Adakah hanya kebetulan yang memakai busana hitam neh akan bercerai dan bermadu?
Adakah sudah menjadi satu sumpahan yang warna hitam memang tak boleh dipakai di hari perkahwinan kerana cakap-cakap orang yang menjadi satu doa?
Ataupun adakah kerana orang dulu -dulu terlampaun terikut2 dengan budaya neh?
Jadi aku dan Sophea hanya menganggap, yang kami hanya mendengar cakap orang tua-tua saje lah. Tapi aku dapat rasakan yang Sophea memang terkilan.


Comments

Popular Posts