Tone Excel

Monday, October 27, 2014

Motel Berhantu di India

Mungkin dari minggu lepas aku banyak nak bercerita pasal hotel atau motel yang berhantu. Nak buat macam mana dah banyak sangat dapat citer pengalaman kat hotel, ok takpe lepas neh aku nak citer kat korang pasal pengalaman kat resort lak hahahhaha.Eh nanti dulu, Kali neh aku nak bercerita tentang satu motel yang berhantu di India. Cerita bermula apabila ada 3 sekawan dari Malaysia mencuba nasib sebagai 'backpacker' ke India. Untuk makluman, sewaktu berada di Malaysia lagi mereka sudah membuat tempahan awal-awal. Walaupun mereka hanya bermalam di sebuah motel.




Sewaktu tiba di lapangan terbang, mereka menaiki sebuah teksi ke sana. Sewaktu tiba tempat yang dituju, pemandu teksi terbabit bercakap dengan gaya 'broken english', tapi mudah difahami, katanya "Awak duduk kat sini(motel)" dengan wajah yang agak risau dan terkejut, kemudian mereka menjawab, "Ya, kami duduk dekat sini untuk satu malam sebelum kami mengembara ke tempat lain".
Kemudian disapa pula dari salah seorang dari mereka, "Kenapa?".. Pemandu bingkas menjawab "Tak ada apa-apa cuma berhati-hati tempat neh terdapat banyak kes seperti samun , rompakan dan sebagainya". Setelah memberi duit tambang mereka terus check in.

Setelah check in rehat dan sebagainya, mereka terasa lapar dan mengambil keputusan untuk keluar makan. Usai menikmati makan malam mereka kembali ke motel. Sewaktu dalam perjalanan ke motel, mereka ada terlihat seorang wanita berdiri didepan pintu salah satu bilik ditingkat yang sama dengan mereka. Kemudian, tiba-tiba perempuan tersebut masuk kedalam, setibanya didepan bilik hotel tersebut, mereka terkejut, kerana tidak silap perempuan tadi berdiri betul-betul didepan bilik tersebut dan masuk kedalam. Apakah wanita tersebut berada didalam?

Dengan perlahan mereka membuka pintu, setelah diperiksa memang tiada siapa-siapa. Sehinggalah mereka bertiga berpecah, disebabkan mereka menyewa  motel, jadi dalam bilik tersebut tiada kemudahan yang lengkap, tandas, air kosong, seterika semuanya berada diluar, dan mereka terpaksa berkongsi.

Rahim( bukan nama sebenar) mengambil keputusan untuk mandi, Rahman pula ingin ke pantry kerana ingin membuat air panas dan Razak pula ingin seterika baju. Sewaktu salah sorang dari mereka masuk ke dalam bilik, mereka terperasan lampu bilik gelap seperti tiada orang tapi pintu tidak berkunci, dia menolak pintu perlahan-lahan alangkah terkejutnya apabila dia terlihat seorang wanita yang memakai sari tergantung di tengah-tengah bilik, pada mulanya dia ingat tersalah bilik, kemudian Rahman yang baru sahaja keluar dari pantry dengan membawa secawan air panas ingin masuk kebilik, terus di terpa, jangan masuk kedalam.

Mereka bertiga terus turun ke lobi. Memberitahu apa yang terjadi, 'receptionist' tersebut mengesyorkan mereka menukar bilik, seolah-olah seperti sudah biasa terjadi, sedikitpun tidak mahu mengambil inisiatif untuk memeriksa bilik tersebut. Sepanjang malam  mereka mengambil keputusan untuk berada diluar motel, terdapat seorang pengawal keselamatan.

Lelaki tersebut boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris dan menceritakan yang motel tersebut pernah ada sejarah seorang pelacur dibunuh.

2 comments: